Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 24 April 2011

Rentettan peristiwa diganggu makhluk halus tiga.

untuk cerita gangguan part 1 klik disini
untuk cerita gangguan part 2 klik disini

Bersambung part 3 saya dapat menghubungi dan bercakap dgn ustaz mail. Sebenarnya pada waktu tu saya amat tertekan dimana saya hanya dapat tidur dalam satu jam or 2 jam sahaja sehari. Mcm mana nak tidur, tidur aje kejap isteri saya bgn kejutkan saya dan cakap dia kene kacau. Saya ada vcd rukyah dan al-quran dan ayat2 al-quran nie saya memang pasang setiap hari dan setiap malam. saya siap ada mp3 surah yasin, ayatul kursi dan 4 kul dalam hp saya. pasang ayat rukyah pun tak jalan jugak jugak jin nie. saya time2 tu dok membaca 4 qul, dan ayatul kursi setiap malam dalam usaha membantu isteri saya.

lepas dah dapat hubungi ustaz mail, saya pada masa tu tengah duduk makan kat kedai kopi dibawah office isteri saya. Saya terpaksa mengambil cuti pada masa tu disebabkan isteri saya tak mampu nak drive keter. Saya pun ajak isteri saya terus pergi berjumpa dengan ustaz mail kat dusun tua masa tu.

Isteri saya agak keberatan dan agak penat berjumpa ustaz tu dan ini tetapi masalah tetap tak selesai jugak. Saya cakap cuba try ustaz nie. akhirnya dia setuju. Sampai aje kat depan IKBN dusun tua (cheras) saya terus call ustaz mail dan dia tanya yang kami dah makan ke belum. Dia suruh kami makan terlebih dahulu dan kami pun makanlah kat kedai betul2 depan IKBN tu. Masa makan tu tiba-tiba isteri saya langsung tak bercakap dan melihat muka saya. tunduk dan makan tanpa bercakap langsung. saya sempat perli jin dalam badan isteri saya, 'aik..apesal diam tadi bukan main terer dan hebat kau bercakap dgn aku'. langsung isteri saya tak menjawab.

akhirnya ustaz mail sampai dengan motor usangnya. Dia suruh kami follow dia kerumahnya. sampai jugak kami kerumah ustaz mail.(rumah dia memang belakang IKBN dusun tuan, kampung haji palil). Nak masuk aje rumah dia, saya dah gundah gulana, isteri saya lagilah. Dhaif betul rumah ustaz mail nie. Dia nie tinggal seorang diri, sebabnya akan saya ceritakan kemudian. Yang berlaku ialah isteri saya betul2 takut nak masuk rumah dan amat tak keruan nampaknya. Siap isteri saya cakap, 'bang ini rumah pembunuh bersiri ke apa?' memang rumah ustaz mail nie agak dhaif. Org zuhud nie macam tulah kata saya.

kami berceritalah dgn ustaz mail tentang apa yang berlaku kepada kami dan ustaz mail cuba mencari dari manakah punca jin yang menggangu kami. Akhirnya ustaz mail kata kamu ada jumpa 6 orang dalam proses nak berubat nie. Saya cakap ada 5, katanya 6. rupanya yang menggangu kami sekeluarga yang paling kasar nak paling nampak ialah... Bidan kampung yang pernah mengurutkan isteri saya 2 kali. ( 2 orang baby).

ustaz mail mengatakan sebenarnya bukan isteri saya aje yang kene. Kami sekeluarga pun kene sebenarnya. Yang berlaku ialah isteri saya berurut dgn bidan tu. Jin masuk kedalam isteri saya dan berkampung didalam badan isteri saya. disebabkan saya nie suami, apa sahaja isteri saya ada, saya akan ada. Kata suami isteri sharing kan???..begitu juga dengan anak saya. dia pun terkene juga.

pendekkan ceritanya, ustaz mail suruh kami pulang dan carikan bidan kampung tu dan pulangkan apa sahaja yang kami terambil dari dia. Untuk kupasan lanjut tentang bidan kampung dan kenapa perlu dijauhi klik disini


sambungan....
untuk sambungan cerita gangguan part 4 klik disini

wallahukalam..

10 ulasan:

  1. Assalmualaikum,

    Saya baca cerita tuan, tapi tak baca dari mula sebab tak tau hujung pangkal cerita nie..Mohon tuan sertakan sekali link sambungan di setiap akhir post tuan, terima kasih...

    BalasPadam
  2. Walaikumsalam.

    sudah pun dibuat link dari part 1 sehingga part 4. Part 5-10 pun ada tetapi saya belum karang lagi. Panjang ceritanya. Jika ada permintaan dan jika saya lapang saya akan sambung sehingga part 10.

    Wallahu aklam

    BalasPadam
  3. assalamualaikum..

    saya nak tanya, adakah badan terasa lesu2, letih teramat sangat, lemah punca gangguan makhluk halus?

    sbb dirumah saya, boleh dikatakan kerap juga muncul belalang pelesit warna hijau.. bermacam saiz..

    macam mana untuk halang belalang pelesit tu dari memasuki rumah? adakah sebab saka?

    macam mana kita boleh tau seseorang tu mempunyai saka?

    terima kasih andai dapat menjawab soalan saya..

    BalasPadam
  4. Walaikumsalam Fatimah Zaharah,

    Ya. Mostly badan lesu disebabkan pelesit. Ada dua cara pelesit menyedut darah iaitu dari hujung jari ataupun pada belah kaki. Sila check betis, dan bahagian kaki. Mostly tandanya lebam biru yang tidak sakit apabila ditekan.

    pelesit yg menggangu puan adalah dari jenis saka. Puan kena belajar untuk tahu siapa yang bersaka dan tidak. Kebanyakkannya dari kita sebenarnya bersaka.

    kena pulangkan dan selesaikan saka puan baru selesai masalah saka puan ni. Saya cadangkan puan call ustaz mail. No dia apa pada about me.

    Wallahu aklam

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum
    Sy ingin brtanya PDA tuan maaf mnganggu PDA wktu mcm ni. SMSA sy brumur 16thn sy prnah brmimpi sy drogol mhluk hlus n skrg sy brumur 26thn sdh brkhwin n mmpunyai 3Org chya mata diawal prkhwinan lgi hbngn kmi dingin kmi slalu brtengkr tpi alhamdulillah jdoh kmi msih kuat.. sjak sy remaja shnga skrg sy msih mngalami mimpi yg sama sy slalu didatangi mmpi2 yg buruk sy drogol mkhluk halus x kira masa bdan slalu ltih ltak je kpala trus ttido x kira masa ble sy tdo wktu mlm sy slalu mimpi drogol Org yg tdak dkenali stiap kli sy brmimpi seolah2 mcm btul2 tjdi trasa skit n bsah kdang2 sy mmpi mlhirkn bayi, mnyusukn byi n pernah jga sy mmpi mlahirkn ank kucing rupanye pelik n mnakutkn.. sy jga slalu mmpi ular hitam.. sy btul2 bingung dgn DRI sy apakah mimpi2 yg sy alami lbih 10thn ni smua 2 hnya mainan tdo @ sbliknye???
    Mohon tuan beri penjelasan...TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam puan anon,
      1.mimpi kena rogok dab ular hitam tu merujuk kepada gangguan jin asyik saka keturunan puan drpd belah emak dan ahab.
      2. Bukan mainan tidur malah itu adalah simptom.
      3. Selama 10 tahun lah puan dirogol oleh jin diwaktu tidur.
      4. Sebaiknya puan call lah ustaz maik utk aturkan temujanji dab bantuan lanjut.
      5. Ada soalan boleh email terua kpd saya.

      Wallahuaklam

      Padam
  6. Assalammualaikum
    Sy ingin brtanya PDA tuan maaf mnganggu PDA wktu mcm ni. SMSA sy brumur 16thn sy prnah brmimpi sy drogol mhluk hlus n skrg sy brumur 26thn sdh brkhwin n mmpunyai 3Org chya mata diawal prkhwinan lgi hbngn kmi dingin kmi slalu brtengkr tpi alhamdulillah jdoh kmi msih kuat.. sjak sy remaja shnga skrg sy msih mngalami mimpi yg sama sy slalu didatangi mmpi2 yg buruk sy drogol mkhluk halus x kira masa bdan slalu ltih ltak je kpala trus ttido x kira masa ble sy tdo wktu mlm sy slalu mimpi drogol Org yg tdak dkenali stiap kli sy brmimpi seolah2 mcm btul2 tjdi trasa skit n bsah kdang2 sy mmpi mlhirkn bayi, mnyusukn byi n pernah jga sy mmpi mlahirkn ank kucing rupanye pelik n mnakutkn.. sy jga slalu mmpi ular hitam.. sy btul2 bingung dgn DRI sy apakah mimpi2 yg sy alami lbih 10thn ni smua 2 hnya mainan tdo @ sbliknye???
    Mohon tuan beri penjelasan...TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam anon,
      1. Maaf komen anon termasuk dalam spam inbox. Baru terperasan.
      2. Mimpi puan merujuk kpd gangguan saka jin asyik yg mmg menggangu puan sejak puan muda lagi.
      3. Silalah call dan dapatkan bantuan ustaz ismail.
      4. Kpd pembaca jika komen tuan puan tidak dipublishkan atau tidak kelihatan dalam masa sehari, silalah email terus kpd saya.
      5. Notifikasi komen komen biasanya agak lambat masuk email saya.

      Wallahuaklam

      Padam
  7. Balasan
    1. Assalam cik,

      saya tak faham dgn soalan cik ni. silalah email saya kelak ya.

      Wallahuaklam

      Padam