Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Jin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jin. Papar semua catatan

Rabu, 17 Jun 2015

Kemalangan dijalan raya apakah kejadian biasa ataupun berlakunya unsur unsur campurtangan syaitan?

Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada semua para pembaca,

Dah lama saya tak update blog saya ni. Lately banyak berita berkenaan kemalangan maut yang dipaparkan media social dan juga media masa. Saya terpanggil untuk bercerita bab kemalangan atau kemalangan maut dan kaitannya dengan jalan serta peranan makhluk jin dalam setiap kemalangan.

Saya sendiri pun kemalangan dah terlibat dalam kemalangan banyak kali sebelum belajar dengan ustaz ismail tentang ilmu haq ini. Kurang lebih nak faham, memang setiap kemalangan yang berlaku dijalan raya adalah disebabkan oleh anasir jin yang berada disitu. Sukar nak digest dan sukar nak dipercayai. Mudah aja untuk jin nak bagi kita accident. Kawal dua atau tiga kenderaan sekali gus, dimana syaitan ini kan akan hasut setiap pemandu yang benda ni nak bagi accident untuk berada disatu tempat yang sama pada satu masa. Ada juga kes accident sebab tergelincir sebab jalan basah, itu pun tetap ada syaitan yang menghasut pemandu untuk memandu laju ditempat tersebut dimana air bertakung disitu.

Khamis, 7 Julai 2011

Ilmu Penunduk dan Tangkal Penunduk.

salam,
Memang banyak betul versi ilmu duniawi aka bathil kat dunia nie. Salah satu yang ramai cari dan ramai yang ada ialah ilmu penunduk. Apa itu ilmu penunduk? Ilmu penunduk nie sejenis ilmu sihir yang membuatkan seseorang takut dan patuh kepada pengamal ilmu ini. Kebanyakkan orang yang menggunakan ilmu ini walaupun dizaman teknologi wireless 5G nie dan kebanyakkan yang guna ilmu sihir nie ialah untuk kepentingan dunia or ramai pakai dalam pekerjaan harian.

Rabu, 25 Mei 2011

Santau Part 2

Salam Semua,

Kali ini saya akan bercerita tentang serangan ilmu santau. Ramai yang agak cuak kalau dengar sihir jenis ni.
Ilmu bathil dan sihir ini pendampingnya ialah jin. Jin lah yang akan mengerakkan ilmu sihir ini dengan arahan manusia. Sebagai contoh ilmu santau. Dalam ilmu santau racun yang dibuat oleh tok bomoh santet nie akan dimasukkan kebadan manusia mangsa ini oleh jin. Santau kalau ikut pengetahuan saya yang dangkal nie ada beberapa jenis tetapi yang paling famous ialah santau angin.

Santau yang ditujukan kepada makanan nie sama effeknya dengan jenis santau angin yang tak memerlukan anda makan or minum. Sebagai contoh anda pergi makan kat kedai, tok moh santet nie santaukan makanan anda, anda makan...anda dapatlah santau makan. Jenis santau yang lagi senang ialah santau angin. yang nie santau nie dihantar melalui angin terus kepada mangsanya.

Santau nie memang sejenis ilmu sihir yang amat jahat. Lagi lama dan perlahan racun dan bisa santau tu bertindak sebelum mati dan menimbulkan kesengsaraan kpd mangsa, lagi mahal santau tu. Yang paling cepat membunuh tu paling murah harganya. Tujuan santau nie ialah untuk menyiksa mangsa dan bergembira diatas kesengsaraan si mangsa. Lama lama sengsara, lagi seronok si pengupah santau nie.

Isnin, 16 Mei 2011

Sakit Gila dan Gila Isim rentetan diganggu makhluk halus part 4

untuk cerita terdahulu tentang gangguan part 1 klik disini
untuk cerita gangguan part 2 klik disini
untuk cerita gangguan part 3 klik disini

Saya nak bercerita sedikit tentang gila dan gila isim. Gila dan gila isim sebenarnya tak banyak bezanya dari segi effeknya dan kesannya kepada pesakit. Dulu saya percaya sakit gila nie memang sakit perasaan biasa tetapi selepas saya mengalaminya sendiri dan memperlajari tentang ilmu haq dan bathil nie, sakit gila dan gila isim bukan sakit perasaan or depression.

Sakit gila or gila isim nie boleh diubati tanpa menggunakan sebarang dadah pun. punca sakit gila ini tak lain dan tak bukan adalah makhluk halus. Saya berani cakap sebegini disebabkan saya dan isteri pernah diserang makhluk ini dan kami berdua hampir gila isim. Kalau saya tgk org gila tepi jalan tu, saya faham keadaan mereka. mereka sebenarnya ditemani makhluk halus dan mental mereka memang dikuasai oleh makhluk halus.

Ahad, 8 Mei 2011

Berusaha untuk mengubati sakit misteri dan gangguan dan penerangan tentang cara perubatan

satu point yang boleh kita discuss penyembuhan itu milik Allah. Setiap sakit ada puncanya atau root cause. Benar sekali penyembuhan itu milik Allah tetapi Allah menyembuhkan kita dengan usaha kita jugak. Amik cerita Nabi Musa a.s dan sakit gigi. bagaimana Nabi Musa mengadu kepada Allah tentang penyakit giginya dan Allah menyuruh NAbi musa mencari sejenis rumput disebuah padang sebagai ubatnya. Selepas dicari dan dimamah rumput tersebut alhamdullilah, Sakit giginya nya hilang. Selepas beberapa waktu, sakit giginya datang kembali, NAbi Musa a.s pun tanpa berlengah terus pergi kepadang yang sama dan memakan rumput yang sama. (rumput or daun). Lepas makan, sakitnya tak hilang-hilang. Terus NAbi musa a.s bertanyakan kepada Allah kenapa sakit giginya tak hilang lepas gigit rumput tu. Allah menjawab sakit mu yang dahulu, kau mencari Aku dan aku menyembuhkan mu.. Kali kedua ko mencari rumput..adakah rumput berkuasa menyembuhkan mu? Terus termalu Nabi Musa dan seterusnya dia bertaubat kepada Allah.

Sabtu, 9 April 2011

mengupas tentang Af'al Allah, Manusia dan Jin..kaitan dengan Qadak dan Qadar dan takdir

 "Tidak akan bergerak sebiji zarah pun tanpa izin dan pengetahuan Allah". serasa saya ramai yang tau ayat pemahaman tauhid ini. Ayat ini sebenarnya sangat benar dan agak umum. Saya akan cuba kupaskan dengan lebih terperinci tapi mudah difahami.

ayat seterusnya, qarin jin iblis syaitan semua makhluk, hidup mati Allah aje yang maha kuasa.

ramai yang confuse bab tauhid nih. (macamlah saya nie pandai sgt..akan saya cuba kupaskan mengikut pengetahuan yang Allah bagi pinjam seciput-ciputnya).

secara umumnya ayat yang berbunyi tak bergerak sebiji zarah pun tanpa izin Allah tu berdiri sendiri or umumnya benar.