Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 22 Mac 2012

Doa Air Zam-Zam


MINUM AIR ZAM-ZAM DENGAN DOA INI

Segala puji-puji bagi Allah yang Esa pada Zat yg Ghaib, Esa pada sifat Takabur, Esa pada Perbuatan, Esa pada Nama, Esa pada Wajah. Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. ahli bait baginda, sahabat sahabat baginda, kaum mukminin mukminat, muslimin muslimat.

Ya Allah aku berserah kepada Mu, aku beriman kepada Mu, aku bertawakal kepada Mu, aku kembali kepada Mu dan aku berjuang kerana Mu. Ya Allah, aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan Mu, Aku naik saksi tiada tuhan yang aku sembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Engkau yang benar, janganlah aku disesatkan(3x). Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya pasti mati.