Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 30 Disember 2013

Ilmu Seri Muka atau Seri Wajah Kupasan


Salam kepada semua pembaca,
Kali ini saya akan mengupas dengan lebih lanjut berkenaan ilmu seri muka. Ramai orang perempuan dan lelaku yang mencari dan menggunakan ilmu ini secara  sengaja atau tidak sengaja. Untuk pengetahuan pembaca semua, ilmu seri muka adalah ilmu bathil atau ilmu sihir walaupun menggunakan doa ataupun ayat surah yusuf.

Apakah kesan ilmu ini kepada pengamalnya.


  1. Pengamalnya akan kelihatan menarik dan mempunyai persona. Maybe tak berapa nak hensem atau cantik tetapi dengan ilmu ini, orang berkenaan akan mempunyai semacam aura atau persona atau something yang menarik yang tak dapat digambarkan melalui perkataan biasa.
  2. Pengamal ilmu ini kebiasaanya akan mudah terkena ilmu pengasih orang lain.
  3. Sukar nak buat ibadah, jika buat sukar nak khusyuk.
  4.  Disebabkan ilmu ini sihir, amat besar mungkinan amalan dan ibadah tertolak begitu sahaja disebabkan syirik.
  5. Ilmu ini akan menyebabkan orang disekeliling akan tertarik untuk berbuat jahat dan mengambil kesempatan terutamanya wanita.

6.        
Apakah Punca mendapat ilmu ini.
  1. Mengambil khidmat mak andam yang mempunyai ilmu seri muka terutama untuk tujuan bersanding.
  2. Menggunakan minyak seri muka yang banyak dijual dipasaran kebanyakkkan menggunakan limau kasturi dan bacaan surah yusuf. Diletakkan dikawasan muka dan kening.
  3. Mengamalkan ilmu cermin muka. Bacaan mantera ataupun bacaan dari surah al-yusuf sambil berniat menyerikan muka.
  4. Menanam susuk ayat atau susuk logam untuk tujuan seri muka.
  5. Mandian ayat alquran atau mantera yang dibuat untuk menaikkan seri wajah dan untuk kelihatan cantik mostly untuk perempuan yang baru mahu berkahwin.
  6. Diwarisi daripada generasi yang diatas didalam bentuk saka.
  7. Amalan mandi bunga, daun , susu yang byk dibuat oleh bakal bakal pengantin dan terapi aura warna bunga oleh spa spa kecantikan.
  8. Amalan bacaan ayat dr surah yusuf dan taha yang dipelajari drpd blog , tv dan ceramah untuk khasiat menaikan seri muka dan seri wajah.


Rata-rata ramai orang yang mempunyai ilmu seri muka tanpa mereka sedar yang mereka ada ilmu ini. Kesan kepada mereka amat banyak. Gelisah dan sering kusut didalam hati. Ilmu ini juga mendatang banyak masalah terutama bab maksiat disebabkan sesiapa yang mempunyai ilmu ini akan cenderung untuk melakukan maksiat dan menarik yang disekeliling mereka melakukan maksiat or benda tak elok pada diri mereka. 

Terlalu banyak ilmu seri muka ini disebarkan dan amat senang nak belajar. Tanyalah pakcik google, ada yang berbayar dan ada yang free. Ilmu sihir ini diajar berleluasa dan amat senang nak dapat. Saya rasa, blog ini adalah satu satunya blog yang menentang amalan dan ajaran ilmu seri muka ni didalam alam cyber ni.


Wallahu aklam.

120 ulasan:

  1. Salam... wah wah entry ni macam ada kaitan dgn saya je nih....tp mmg betul minyak seri muka atau aura ni memang banyak di pasaran dan memang terdapat bacaan surah2 tertentu untuk mengaburi mata pengguna, yang berfungsi sebagai aura seri muka, mudah jodoh dan disayangi orang dan diakui saya yang menggunakannya mengalami simptom yang teruk...contohnya sakit kepala yang berpanjangan.....tiada guna cantik tetapi terpaksa menanggung kesakitan.....dan apa yang saya diberitahu pengguna minyak ni akan nampak cantik terutamanya pada waktu malam......mungkin saya naif sebab menganggap itu cuma minyak biasa yang dikhasiatkan tetapi apabila mengalami sakit dan berubat alhamdulillah saya dah buang minyak tu dan sedar tu sebenarnya syirik dan salah satu minyak pengasih yang tanpa kita sedar....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,

      Ramai perempuan dan lelaki yang ada ilmu ini sebenarnya. Kepada yang pernah terambil ilmu sebegini pulangkan balik kepada empunyanya.

      Kalau ada terbeli akad pulang kepada pembekal atau syarikat itu. Buang minyak sahaja tidak boleh membuang ilmu tu didalam diri kita.

      Saya harapkan para pembaca mendapat manafaat daripada posting saya ini.

      Wallahu aklam

      Padam
    2. Bagaimana pula kalau amalkan mandian garam bukit berserta niat2 yg baik sbgai ikthiar elak gangguan ..adakah tidak boleh juga juga?

      Padam
    3. Jangan terlampau extreme macam wahabi .para ulama membenarkan dan mendalami ilmu lagi tinggi dari kita .takka baru belajar sikit terus nak jatuh hukum .soalan saya , tuan sendiri buat rawatan ka ? Hanya ahli2 yang mahir saja yang tahu apakah ianya sihir ataupun tak .kalau merawat jin yang ringan2 pun tak pernah , maka tuan lebih kepada seorang pemerhati saja.bukan seorang yang benar2 alim .para ulama aswj membolehkan kita mengambil manfaat daripada ayat2 al quran , dan tujuannya juga mesti tujuan yang baik .kerana al quran adalah kalam Allah .melihat corak pemikiran tuan , saya sangat pasti tuan bukan ahli di dalam ilmu hikmah .hikmah tak boleh masuk sebab kena blok oleh pemikiran tuan sendiri .kalau benar bacaan doa itu adalah syirik .kena buktikan .tak boleh cakap saja kalau sekadar cakap org lain pon boleh cakap .boleh buktikan ada khadam atau intipati sihir yang terhasil melalui amalan surah yusuf dan surah taha tersebut ? Kalau tak dapat buktikan .tuan hanya bersangka sangka sedangkan tuan belum mengenal apa itu sihir sebenarnya .sebab itu soalan pertama saya tanya , tuan ahli kah dalam bidang rawatan ? Kalau ahli .buktikan apa yang tuan cakap .tiada guna berpanjang lebar sekiranya sekadar tulisan yang semput

      Padam
    4. Kalau tuan hanya sekadar pesakit .mana mungkin pesakit berbangga dengan aibnya sedangkan tuan tidak mengetahui .yang mengetahui sebenarnya adalah ahlinya sendiri .bukan pesakit .pesakit ni hanya kategori yang paling bawah , apa yang tuan tahu tu sekadar tempias2 ilmu saja .tapi tuan sendiri tak melalui keadaan merawat tu mana mungkin tuan memahami ilmu tersebut .sepatutnya pesakit merasa rendah diri kerana tidak tahu dan hanya mengharap belas ehsan perawat , tapi zaman sekarang pesakit pula yang melebih lebih pandai dari perawat .kalau rasa lebih pandai .rawatlah sendiri .kenapa gagal .sebab pengetahuan pesakit hanya tersekat pada pemikiran semata mata .janganlah berbangga tentang aib sendiri , kalau org alim ilmu tengok gelak ja .terlebih tahu pulak

      Padam
  2. Assalamualaikum, saya nak tanya. Macam mana kalau kita sudahpun menggunakan minyak tersebut. Bolehkah saya meminta tolong tuan untuk email kan saya cara@jalan penyelesaiannya di : jumperzboyz96@gmail.com

    BalasPadam
  3. Salam tuan anon,

    Sudah di email kan jawapan kepada tuan.

    BalasPadam
  4. Tuan, kalau baca doa melihat cermin dan surah nabi yusof dengan niat dijauhkan dari hasad dengki mcm mne ye? kira syirik ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,
      Jawapan saya.
      1. Doa melihat cermin adalah satu sihir. Namanya ilmu sihir seri muka.
      2.amalan sebaiknya ada dalilnya dan diajar oleh Rasulullah s.a.w.
      3. Amalan ni asalnya haq akan tetapi amalan ni dah dicemari oleh niat dan orang yang mengajar yg mempunyai sihir.
      4. Elakkan dari baca doa depan cermin..jadi sihir seri muka kelak. sebabnya..ajaran ini bukan daripada Rasulullah s.a.w.

      Wallahu aklam

      Padam
  5. assallamualaikum tuan ...dlu sye pena memakai ilmu pengasih dan ilmu penyeri muka atas niat sya ,,"tpi skrg sye tidak mengamalkan nya lagi... soalan sya adakah ilmu2 itu ada dampingannya pada diri kita atau pun tidak xkira lah ilmu itu dlm aliran putih atau pun aliran hitam ....minta tuan hantar kan jawapan kt email sye ericdanial92@gmail.com

    BalasPadam
  6. walaikumsalam.

    jawapan saya.
    1. Semua ilmu putih atau hitam memang ada dampingan jin masing masing.
    2. Untuk soalan tuan, kedua dua ilmu tuan tu ada pendamping jin yang sedang berkampung didalam hati dan batin tuan.
    3. Ilmu ini selagi tidak diputuskan selagi itu lah pendamping ilmu tu ada didalam diri kita walaupun tak mengamalkannya lagi dan juga sengaja melanggar pantang ilmu.

    wallahuaklam

    BalasPadam
  7. Salam..saya nak tny kalau didampingi jin memang rezeki kita akan tersekat ke..atau pun nasib kita x berapa baik dalam mencari rezeki..

    BalasPadam
  8. walaikumsalam,

    jawapan saya.
    1. Bab rezeki tu bergantunglah pada Allah. kebanyakkan masa nya kalau didampingi jin (bukan ilmu pelaris) memang rezeki akan tersekat dan nasib nampak tidak menyebelahi kita.
    2. Ini disebabkan jin akan menyusahkan hidup anda dan akan mengenakan anda supaya anda susah dan hidup kesimpitan..dan akhirnya menyalahkan takdir dan Allah sebab anda susah.
    3. Banyak berlaku kes, memang hidup susah sebab dampingan jin.
    4., Akan tetapi ada sebilangan kes yang berkaitan ilmu pelaris, tarik duit dan ilmu kekayaan bathil..memang banyak dapat duit. Akan tetapi, saya sebut duit...bukan rezeki.
    5. Rezeki daripada Allah. Duit dan harta bukanlah rezeki yang sebenarnya terutama yang didapati dengan cara bathil.
    6. Berdasarkan hadis, rezeki itu hanya boleh diperolehi dengan cara ketaatan kepada Allah.

    wallahu aklam

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum, saya nak tanya. Macam mana kalau kita sudahpun menggunakan minyak tersebut.. dan saya juga telah mengamalkan surah yusuf & thaha. Bolehkah saya meminta tolong tuan untuk email kan saya cara@jalan penyelesaiannya di : ummiammar2@gmail.com

    BalasPadam
  10. terima kasih atas perkongsiannya :)

    BalasPadam
  11. Assalam ustad, adakah ambilan ilmu itu termasuklah menggunakan minyak aura seri, minyak kasturi dan minyak anugerah yang banyak dijual di pasaran? Mohon pencerahan kepada orang yang baru belajar seperti saya ini...saya tidak sedar ia adalah syirik. Boleh emel pada saya? nasirmajidd@yahoo.com terima kasih atas perkongsian ilmu ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1. Ya. Ambilan ilmu itu termasuklah menggunakan minyak aura, minyak kasturi Dan minyak anugerah.
      2..minyak minyak ilmu dah jadi semacam tangkal kpd ilmu seri muka dan pengasih.

      Wallahuaklam

      Padam
  12. Assalamualaikum..maaf jika saya salah disini..tidak semua doa yg diamalkan yg terdapat di dalam al-quran karim seperti ayat dari surah yussuf da surah taaha, haram dan jatuh hukum syirik jika di jadikan amalan..bergantung kepada niat...mengamalkan nya juga membuat kan pengamal mengingati peristiwa disebalik ayat tersebut,dan juga sentiasa yakn bahawa tiada jadi sesuatu melainkan dengan izin Allah s.w.t..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam,
      Jawapan saya.
      1. Saya lebih suka dan gemar buat amalan yg berdalil dan ada nas daripada hadis. Amalan yg direka cipta mengundang kepada selitan ilmu bathil tanpa sedar.
      2. Yg saya tekan kan ialah amalan yg kita dapat perlu dibersihkan dan dipastikan tiada selitan virus ilmu bathil.
      3. Bab ini banyak saya discuss dan tuan boleh refer pada posting ilmu bathil terang separa dan tersembunyi.

      Wallahuaklam

      Padam
  13. Asalamualaikum tuan.....bleh bg penerangan skit kaedah poliklinik ...

    BalasPadam
  14. Waalaikumussalam,

    jawapan saya.
    1, Kaedah poliklinik sengaja tidak dijelaskan secara mendalam didalam blog ini disebabkan beberapa sebab.
    2. Antara sebabnya ialah tentang tertib ilmu dan juga peraturan ilmu. Hanya mereka yang benar benar berminat dan nak tahu sahaja akan diajar.
    3. kepada pembaca yang nak penerangan lanjut berkenaan teknik poliklinik, diharap dapat mencari jawapan selanjutnya melalui video penerangan yang boleh diakses oleh semua.
    4. Secara umumnya, teknik ini adalah teknik asas yang boleh digunakan oleh semua peringkat masyarakat dan teknik ni tidak mempunyai prasyarat seperti suci daripada hadas kecil dan besar dan tidak melibatkan sebarang bentuk ibadah khusus.
    5. cara ini diketahui oleh kebanyakkan orang tua tua dan even mak saya sebagai contohnya tahu teknik ini walaupun dia tak penah belajar secara khusus dengan saya, time dia muda muda dahulu.
    6. Jika perlukan penerangan yang lebih mendalam, saya cadangkan pembaca email terus kepada saya dan saya akan jelaskan secara mudah.
    7. teknik ini mudah dan amat berkesan. Silalah cuba caranya seperti yang ada didalam video penerangan.

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  15. Saya sebelum ni ade juga amalkan doa air zam zamtu so saya nak tau lebih tentang poliklinik Bleh emailkan kpada saya tuan danish MAAries97@gmail.com

    BalasPadam
  16. email kan saya cara membuang sihir yg pendamping

    BalasPadam
  17. Salam tuan.
    Saya ada mengamalkan surah yusuf dan taha selepas solat atas niat ingin mendapat jodoh yg trbaik.
    Di dlm doa selepas solat pun saya berdoa benda yg sama.
    Sy amal kn amalan ni sebagai doa dan amalan tambahan.
    Sy juga amal kn doa di dalam tapediri.
    Adakah apa yg sy buat ny salah???
    Mohon penjelasan.

    BalasPadam
  18. Salam tuan
    sy ada mengamalkan ayat yusuf dgn taaha slepas solat atas niat ingin mendapat jdoh yg terbaik.
    Di dalam doa selepas solat pun sy berdoa untuk mndapat jdoh terbaik.
    Sy amal kn ni sbgai doa tambahan.
    Sy juga mengamalkan amalan tapediri.
    Adakah apa yg sy buat ni dikira syirik atau sihir?
    Mohon penjelasan tuan
    tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam,
      Jawapan saya.
      1. Adakah tuan mengamalkan ayat daripada surah yusuf dan bukan keseluruhan ayat?
      2. Sila baca maksud tafsir ayat yg tuan amalkan itu. Apakah maksudnya sampai dengan doa tuan nak mempermudahkan jodoh?
      3.secara umumnya amalan bacaan ayat surah yusuf yang diambil sebaris atau dua baris ayat dan diamalkan serta ayat dari surah taha adalah tidak bernas dan berdalil daripada hadis.
      4. Amalan ini adalah ciptaan dan amalan ini pada masa sekarang adalah banyak tercemar dengan kebathilan guru yg mengajarkan amalan ini.
      5..jika ada nas daripada hadis sila nyatakan periwayatnya dan dari kitab mana. Saya belum jumpa lagi Rasulullah ada ajar bacaan ayat itu dan ini sekerat sekerat daripada satu surah utk mudahkan jodoh.
      6. Ya. Amalan surah yusuf dan taha yg tuan belajar dan.dapat daripada seseorang tu mmg dah jadi sihir.

      Wallahuaklam

      Padam
    2. Kalau saya dah amal ayat tertentu surah yusuf n taha sebagai wirid adakah ada jin pendamping yg mendampingi saya...?? Jika ya macamana nak buang dia...mohon pencerahan...

      Padam
  19. Boleh sy wasap tuan untuk ptanyaan lbih lnjut?
    Mgkin ada byk benda yg sy da tersilap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Silalah email terus kepada saya untuk nombor telefon saya.

      Wallahuaklam

      Padam
  20. Tuan.. tlg emel sya cara menghilangkan jin tersebut..krn sya ada mengamalkan doa nabi yusuf yg sebaris tu..sya risau tuan akan kesan2 nya..terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam raynih,
      1. silalah email kepada saya disebabkan saya pun tak tahu email cik.
      2. selesaikan lah juga gangguan saka yg mengganggu cik tu sekali ya.

      wallahuaklam

      Padam
    2. Tolong emailkan kepada saya juga ..email:bendang_kampung@yahoo.com terima kasih

      Padam
    3. saya dah menyatakan cara dan lafaz akad dalam komen saya 23 Oktober 2014 9:53 am. Silalah rujuk. Ada dua akad. satu utk bujang dan satu untuk sudah berkahwin.

      boleh sms, email, bercakap melalui telefon, pm kepada empunya akad tu. yang penting tuannya orang yang betul dan dia baca akad tu.

      Wallahuaklam

      Padam
  21. Boleh tak bgtau macam mana nk buangnye
    email sy : eisya121087@yahoo.com

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum, mohon emel kepada saya juga sebab saya turut mengamalkan surah yusuf ayat 4 tu.

    cahaya18_nbz@yahoo.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,

      Sila rujuk jawapan saya oktober 23, 9:53 am untuk cara untuk pulangkan balik ilmu tu.

      Wallahuaklam

      Padam
  23. Waalaikumsalam,

    disebabkan ramai yang bertanya kan cara untuk membuang amalan surah yusuf tu, saya akan mengajarnya terus seperti komen dibawah. Saya bagi dan ajarkan yg haq semata mata kepada semua pembaca tiada yang bathil, dulu kini dan akan datang.

    1. Akad kepada empunya ilmu (orang yg mengajarkan kita amalan surah yusuf tu).

    a. Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil daripada tuan/puan dan kepunyaan tuan/puan yang ada pada diri saya dan keluarga saya. Saya ambil yang haq sahaja dari tuan dulu kini dan akan datang.
    (akad ini untuk orang bujang sahaja).
    b. Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil daripada tuan/puan dan kepunyaan tuan/puan yang ada pada diri saya, isteri/ suami saya dan anak anak saya. Saya ambil yg haq semata mata dari tuan/puan dulu kini dan akan datang.

    2. Hentikan terus amalan tersebut. jangan sekali kali buat amalan tu selepas akad.
    3. Akad ini boleh dibuat melalui lisan ( muka ke muka atau telefon), sms, fb. whatapss dan apa sahaja medium perhubungan termasuklah fax dan juga telegram.

    Wallahuaklam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan, bagaimana kalau ilmu ini saya dapat melalui pembacaan di internet sahaja dan saya pon dah tak ingat blog yg mana satu saya ambik...mohon penjelasan terima kasih...

      Padam
    2. Salam tuan JoeLabu,

      1. Tuan nak kena cari balik blog tu dan hantar msg atau komen atau sms kepada pemilik blog tu akad pulang ilmu seperti komen saya 23 Oktober 9:53 am.
      2. Minta lah Allah permudahkan tuan cari. Sila rujuk pada history browsing jika ada. Kebiasannya goggle akan menyatakan blog mana dan bila last kita access blog tu.

      Wallahuaklam

      Padam
    3. Tuan sy musykil .. Adakah akad ini di ajar oleh Nabi? Atau sekadar rekaan? Bolehke mengamalkan sesuatu yg x diajar oleh Nabi.. Mohon dijawab

      Padam
    4. Salam cik anon,
      1. Akad pd dasarnya mmg ada didalam islam. Akad jual beli, akad meminjam. Akad nikah. Asas kepada amalan yg haq perlu cukup tiga, niat lafaz dan perbuatan.
      2. Ada dua jawapan utk soalan ini. Satu akad pulang ilmu ni dibuat disebabkan pada awal sebelum ini kita tak akad. Sesuatu yg pada dasarnya akad bagi dua dua belah pihak bersetuju bg satu urusan mmg ada didalam islam.
      3. Didalam perperangan melawan syaitan pendamping ilmu, Rasulullah s.a.w dan Allah tidak melimitkan cara utk kita membunuh atau mengatasi musuh as long as cara itu tidak mensyirikkan Dia. Sebagai contoh mcm perang antara manusia. Nabi tak guna missile atau drone, tapi boleh kita guna sebab Nabi x specifiknyya atau limitkan cara perang dan tidak melibatkan ibadah khusus. Ibadah khusus lebih terpernci dan bertertib dan perlu ikut cara yg sepatutnya.

      Wallahuaklam

      Padam
    5. tuan mcmn plk kes saya..sy baca doa nb yusof dan taha ni dan saya pula yg post ke blog? ptt la ramai yg emel akad ni sy pn tk brani bc smpai hbs ayat yg dikomen

      Padam
    6. Salam tuan anon,
      1. Diharapkan tuan selepas ini berhati hati dalam menyebarkan amalan yang tiada dalil yg kuat dan bukan amalan Rasulullah s.a.w.
      2. Utk kes tuan, just akad sahaja dalam blog seperti ini,
      Saya ajarkan dan bagi yang haq semata mata pada semua pembaca. Jika ada yg bathil dari saya, saya ambil semua dari pembaca sekeluarga.
      3. Akad ini akan mengambil semula. Akad pulang hanya utk apa yg kita ambil. Untuk apa yg kita beri, kita ambil guna akad ambil.
      4. Sila cari balik mana tuan dapat amalan tu. Jika dapat dari blog , sila cari balik blog tu dan pulang pd empunya ilmu.
      5. Tuan jangan takut. Just baca sampai habis komen yg diberikan. Benda yg ada tu asalnya dr tuan. Just akad sahaya saya terima. Memang tuan akan terasa sendiri benda tu balik dan masuk semula kedalam diri tuan. Ini adalah bukti bahawa pendamping ilmu (jin) ini memang hakikat dan konsep ilmu haq dan bathil itu benar benar belaka.
      6.'silalah jumpa dan belajar sendiri dengan ustaz mail. Call dia dan aturkan temujanji.

      Wallahualam

      Padam
  24. jaja@teleworld.com.my tuan tolong emailkan no telephone tuan.. sy perlukan pertolongan..

    BalasPadam
  25. Balasan
    1. Waalaikumussalam,

      email saya seperti didalam profail saya. Ilmuhaqdanish@gmail.com. Silalah email ya.

      Wallahuaklam

      Padam
  26. Salam tuan..Emailkan ttg akad pulangkan pada tuannya..


    wawahida_07@yahoo.com

    Terima kasih

    BalasPadam
  27. Saya dah komen akan tersebut pada blog yang saya dapat bacaan tersebut. Kira nya dah terbatal ke sihir tersebut? Saya takut kalau pemilik blog dah tak aktif dan tak baca komen tersebut. Tapi mmg selepas saya amalkan selama beberapa hari berturut2 badan selalu rasa seram sejuk. Semoga Allah terima usaha, dia dan ibadah saya. Amin

    BalasPadam
  28. Sy ada jugak amalkan bacakan surah yusuf lpas solat dgn niat utk menaikkan seri muka.. Mmg sy perasan naik seri muka, muka nmpk bersinar.. Tp lpas 2 3 kli amalkan tu sy stop je sbb rasa mcm syirik.. Mslhnye sy x thu dah lupa sy ambil mne ilmu tu.. Jumpe ilmu tu pun dlm tenet..Mcm mne nk buang ni?

    BalasPadam
  29. salam anon,
    1. kena cari balik blog mana yang kita baca dan dapat ilmu dan amalan ni dan kena akad pulang pada empunya blog.
    2. memang agak memeningkan kepala jika anda faham betapa mudahnya nak dapat ilmu bathil zaman IT ni. Just tanya pakcik google...walla...1000 satu mcm ilmu yang disebarkan tanpa was was.
    3. apa apa pun just mintalah Allah mudahkan jumpa balik dr mana kita dapat amalan ilmu seri muka surah yusuf tu. InsyaAllah , Dia akan bantu anda kelak.

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  30. Mcm mne klau bace hbis satu surah slpas selesai solar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam cik,
      1. Boleh. Nak baca tiga surah pun boleh.
      2. Didalam alquran sendiri dinyata kenapa alquran diturun dan sebab kenapa kita patut baca. Baca dalam arab dan bacalah dgn tafsiran.
      Wallahuaklam

      Padam
  31. Assalamualaikum, ustaz.ustaz jikalau empunya blog itu tidak membaca akad pulang yang kita postkan .adakah akad ini dikira sah .jikalau tidak .tolong berikan cara lain T.T

    BalasPadam
  32. Assalamualaikum, ustaz.ustaz jikalau empunya blog itu tidak membaca akad pulang yang kita postkan .adakah akad ini dikira sah .jikalau tidak .tolong berikan cara lain T.T

    BalasPadam
  33. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum, ustaz.ustaz jikalau empunya blog itu tidak membaca akad pulang yang kita postkan .adakah akad ini dikira sah .jikalau tidak .tolong berikan cara lain T.T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum sya95,
      1. Jika empunya blog x baca akad pulang tu, maka x jadi lah akad tu. Maksudnya, pendamping ilmu tu tidak akan pergi dr batin kita.
      2. Cara lain ialah terpaksa guna teknik poliklinik atau buang kat tandas..ingatkan amalan tu, buang lah. Tapi kena buat sampai bertahun tahun baru nak clear.

      Wallahuaklam

      Padam
  35. ustaz adakah doa ini boleh diamalkan setelah selesai solat 5 waktu Allahummaj al fii Qolbi nuuron, wafii bashorii nuuron, wafii sam’i nuuron, wa an yamiinii nuuron, wa an yasaari nuuron, wafawqii nuuron, wa tahtii nuuron, wa amaamii nuron, wa kholfii nuuron, wajj allii nuuron

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam anon,
      1. Saya kurang pasti bab doa tu sama ada ada hadis yg kuat atau tidak.
      2. Jika anon berjumpa hadis yang kuat berkenaan doa tu, silalah amalkan . jika saya jumpa bab hadis berkenaan doa diatas sy akan update kemudian.

      Wallahuaklam

      Padam
  36. Assalamualaikum tuan. Bnyk potongan ayt2 AlQuran yg dberikan oleh ustaz@ustazah di tv utk diamalkan. Cthnya, utk kasih syg suami isteri, ank2@org sekeliling.. adakah ia tgolong dlm ilmu bathil?

    BalasPadam
  37. Assalamualaikum tuan. Bnyk potongan ayt2 AlQuran yg dberikan oleh ustaz@ustazah di tv utk diamalkan. Cthnya, utk kasih syg suami isteri, ank2@org sekeliling.. adakah ia tgolong dlm ilmu bathil?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam cik haida.
      1. Ya. Hampir 100% adalah ilmu bathil atau sihir.
      2. Rasulullah s.a.w tak penah ajar amalan amalan bacaan itu dn ini utk org kasihkan kita.
      Wallahuaklam
      Wa

      Padam
    2. Waalaikumussalam cik haida.
      1. Ya. Hampir 100% adalah ilmu bathil atau sihir.
      2. Rasulullah s.a.w tak penah ajar amalan amalan bacaan itu dn ini utk org kasihkan kita.
      Wallahuaklam
      Wa

      Padam
  38. Assalamualaikum tuan, jika pernah terbaca potongan ayat quran utk tujuan dikasihi/naik seri melalui ajaran ustazah/ustaz dlm tv, mcm mana kita nak hantar akad tu pada mereka? Saya pernah amalkan sekali dua tapi takda kesan pun...adakah perlu juga utk hantar akad tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam anon,
      1. nak kena cari FB ataupun nombor telefon ustaz dan ustazah tu dan pulangkan pada mereka.
      2. banyak orang yg amalkan ilmu ni nampak tak ada kesan. Sebenarnya ada kesan tapi memakan masa baru nak nampak effek.
      3. Memang nak kena akad pulang pada mereka. byk pendamping ilmu tu didalam diri sesiapa yg amalkan ilmu ni.

      Wallahuaklam

      Padam
    2. Salam , saya nak tanya , sya tak mnggunakkn mnyak tap menggunakn bedak dn celak , masalhnya sya trsdar wktu ditgur olh tunng sya , bru shaja mnggunakn 1 hri , sya dpat bnda ni dri sorng kawan yg kata cuba menolong sya menaik kn seri muka , tap skrg sya tak mahu mnggunakn lagi tanpa pengetahuan kawan saya tu , bagaimana sya membuangnya ?

      Padam
    3. Waalaikumussalam ain fyda,
      1. Sila rujuk komen saya diatas untuk akad. Yg pertamanya utk buang pendamping ilmu yg masuk kedalam diri masa cik ambil minyak tu. 1st akad pd kawan tu dahulu.
      2. Yg kedua hapuskan dan musnah kan tap atau minyak tu. Cara yg paling mudah ialah cik buang air besar dan kecil, buang tap atau minyak tu dalam lubang tandas kemudian flush lah.
      3. Akad tu adalah umum. Jika nak pulang tanpa kawan tu sedar, boleh guna hp or lain utk sms. Jika kawan tu tanya ,jgn jawab apa apa. Jgn jawab silap nombor atau silap antar. Just diam aja.

      Wallahualam

      Padam
  39. Assalammualaikum..
    Saya ada kemusykilan di sini dan berharap tuan dapat membantu dapat menyelesaikannya..
    Berkenaan surah al yusuf dan surah taha yg sy baca di blog memberitahu dapat menyerikan wajah dan mengekalkan kebahagiaan rumah tangga..
    Surah yusuf ini dibaca pada ayat 4 dan surah taha ayat 39..
    Tuan mengatakan amalan membaca surah sekerat adalah syirik dan menjadi sihir..
    Adakah membaca ayat 1000 dinar yg diambil sekerat dari surah al thalaq ayat 2-3 juga menjadi syirik kerana ayat tersebut juga diambil sekerat dr surah al thalaq..
    Harap pihak tuan dapat memberikan jawapannya.. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1. Secara umumnya jika amalan itu diajar oleh Rasulullah s.a.w dan ada hadis yg kuat, maka silalah amalkan dengan syarat akad ambil yg haq daripada sipengajar.
      2. Akan tetapi saya belum pernah jumpa lagi hadis berkenaaan bacaan yg sekerat sekerat daripada AlQuran yg diajarkan oleh Rasulullah s.a.w untuk fadhilat fadhilat. Apa tah lagi fahdhilat pengasih dan pelaris yg sememangnya bathil.
      3. Sila rujuk link dibawah untuk kupasan berkenaan pelaris ayat 1000 dinar.

      http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/06/pelaris.html?m=1
      4. Bukan syirik sebab membaca surah tu tetapi pendamping ilmu pelaris dan ilmu pengasih yg terdiri drpd jin. Bacaan alquran sebaiknya sebab kita baca kerana Allah dan nak faham apa yg Allah suruh kita buat dan ambil pengajaran.
      4. Tujuan Alquran diturunkan ialah untuk menjadi penawar kepada sakit kejahilan dan penyakit hati serta mesej dan pengetahuan yg datangnya dari Allah s.w.t.

      Wallahualam

      Padam
  40. Terima kasih dengan penjelasan tuan.. Sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada saya.

    BalasPadam
  41. Pendapat Imam as Syafie:Dikisahkan bahawa Ar Rabi" telah betanya kepada Imam as Syafie tentang hukum bejampi.As Syafie menjawab" Tidaklah mengpa bejampi dengan Kitab Allah SWT dengan sesuatu yang diketahui dengan zikullah"

    jadi bagaimana boleh dikatakan mengamalkan ayat sebaris dari kalamullah bermaksud kita syirik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan anon,
      1. Bab ini saya ambil pendekatan ikut amalan mesti ada hadis yg kuat. Ibadah atau bab feqah ni sebaiknya kita buat ibadah cara Rasulullah s.a.w. hanya amalan yg dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w yg pasti akan sampai pd Allah.
      2. Buat amalan bacaan sebaris ayat dati keseluruhan surah dengan niat mendapatkan sesuatu tu amat bahaya disebabkab amalan ini boleh terselit dgn ilmu bathil dan niat ilmu bathil.
      3. Sebagai contoh yg paling jelas ialah ilmu gentel lada hitam yg menggunakan sebaris ayat alquran. Ini jelas ilmu sihir, akan tetapi ilmu sihir boleh dan byk masanya menggunakan ayat alquran sebagai prasyaratnya.
      4. Mudah bak faham, tidaklah semudah ayat Allah digunakan dan diamalkan, maka amalan itu haq dab benar. Asas iman kena cukup. Niat yang haq, sebutan yg haq dan perbuatan yg haq.
      5. Ketiga tiga asas iman mesti lah haq. Jika niat bathil atau ada niat lain buat ibadah selain drp dapatkan keredhaan Allah, lebih baik elakkan. Boleh mengundang syirik. Didalam alquran jelas perkara ini. Janganlah kamu mencampurkan yg haq dengan yg bathil.
      6. Konsep kefahaman ilmu yg haq ini dah lama ada tetapi ramai yg tak tahu dan mencarinya.
      7.'rujuk hadis Rasulullah s.a.w berkenaan melakukan ibadah dengan niat yg tersembunyi yg Allah dan bagaimana ini amat merisaukan baginda terutama nya umat akhir zaman ini.

      Wallahualam

      Padam
  42. Assalam..
    Saya telah menggunakan minyak kasturi anugerah bertujuan untuk melembutkan hati suami,agar lebih bertolak ansur,lebih memahami & tidak panas baran.Saya nekad menggunakan sbb saya begitu bingung dengan sikapnya...kalau saya sudah terguna minyak tersebut..apa perlu sy buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambung,
      1. Puan kena pulangkan pd syarikat atau kedai minyak pengasih yg puan beli tu.

      Padam
  43. Waalaikumussalam,
    1. Sebenarnya suami mmg diganggu oleh saka keturunan dia dan juga ambilan ilmu dia. Itu lah sebabnya dia panas baran dan keras hati.
    2. Kerja mengambil minyak pengasih bagi menjadikan seseorang tu lebih baik adalah kerja yang salah. Sihir tu puan walaupun niat baik.
    3. Sebaiknya dalam kes puan, silalah hubungi ustaz ismail bab saka suami dan saka puan sendiri. Dia boleh bantu puan kelak.

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  44. macam ad unsur wahabiyyun jee ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan anon,

      1. Utk tuan saya nasihatkan bersangka baik sahaja lah sesama islam.
      2. Semua mazhab menekan amalan yg berdasarkan hadis. Cuma pentafsiran sahaja yg berbeza.
      3. Saya bukan org wahabi.

      Wallahualam

      Padam
  45. Assalamualaikum tuan. Tuan sy pernah menggunakan surah yusuf dan taha tiap kali selepas solat. Tapi setelah saya baca blog tuan ni, saya dah pulangkan akad itu pada semua tuan blog yang pernah sy baca. Persoalan saya adakah saya telah jatuh syirik kepada Allah sedangkan saya baru tahu harini yang perbuatan ini salah. Adakah segala amalan saya tidak akan diterima Allah S.W.T? Mohon penjelasan drpd tuan kerana saya bimbang segala ibadat saya tak diterima kerana perbuatan ini.

    BalasPadam
  46. Assalamualaikum tuan. Tuan sy pernah menggunakan surah yusuf dan taha tiap kali selepas solat. Tapi setelah saya baca blog tuan ni, saya dah pulangkan akad itu pada semua tuan blog yang pernah sy baca . Persoalan saya adakah saya telah jatuh syirik kepada Allah sedangkan saya baru tahu harini yang perbuatan ini salah . Adakah segala amalan saya tidak akan diterima Allah S.W.T ? Mohon penjelasan drpd tuan kerana saya bimbang segala ibadat saya tak diterima kerana perbuatan ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam tuan anon,
      1. Bab syirik yg dilakukan secara tak sengaja atau tak tahu ni kebanyakkan ulama feqah menyatakan pendapat bahawa syirik ini mmg diampunkan disebab kejahilan.
      2. Berbeza dengan taraf syirik yg dilakukan secara faham dan tahu perkara itu syirik.
      3. Jangan risau, just ingat sahaja Allah itu maha mengetahui dan maha pengampun.
      4.'sebaiknya buatlah solat taubat 2 rakaat utk kesilapan kita mengamalkan ilmu bathil tanpa kita tahu tu.
      5. Semoga perkongsian saya dan kita semua adalah yg haw semata mata dan tiada yg bathil.

      Wallahuaklam

      Padam
  47. As'salamualaikum...saya nak tanya adakah perbuatan ilmu hitam akibat perasaan cemburu adik ipar saya atas kelebihan dan kebahagian kami sehingga memyebabkan isteri hilang kecantikan utama beliau iaitu rambutnya yang gugur habis sehingga botak dan hidup kami dari agak murah rezeki mula menjadi begitu susah sehingga masalah bertimpa-timpa sehingga apa kerja yang sebelum ini mendatangkn rezeki pada kami semua serba tak menjadi.beliau mengunakan ilmu anak kerak sebab saya sendiri menjumpai patung anak kerak itu secara tidak sengaja dengan izin allah di atas syiling di rumahnya.sebelum kami tahu semua ini perbuatan beliau kami memang sering kerumahnya malah ketika isteri saya bekerja pn saya seorang diri akan pergi kerumahnya walaupun adik ipar saya itu seorang janda tinggal seorang.saya pergi dan akan menyerahkan wang dan barang berharga kepadanya.begitu juga isteri saya sampai mencuri duit saya hanya untuk diberikan pada adiknya di rumah beliau ketika saya sedang bekerja.bermakna salah seorang pada kami akan sentiasa pergi kerumahnya berangsingan sehinggalah saya menjumpai patung itu baru la saya dan isteri sedar perbuatan beliau kepada kami tetapi masalah lain timbul apabila beliau mengunakan fitnah kepada keluarga isteri saya mengatakan kami yang melakukan perkara jahat itu sehingga keluarga isteri saya percaya fitnah beliau sehingga sekeluarga membenci isteri dan saya sehingga saya lihat isteri saya begitu tertekan kerana ibunya sendiri pn memulau beliau.semua perbuatan adik ipar saya ini adalah disebabkan perasaan cemburu terhadap kami.saya harap dapat terus membalas ke emel saya fazezybiz@gmail.com apa yang boleh saya lakukan.bolehkah saya menutup dari dia memfitnah kami dan menyedarkan kembali keluarga isteri saya yang selama ini apa yang berlaku adalah atas perbuatan jahat adik ipar saya dan patung anak kerak itu pula saya tinggalkan diluar rumahnya ditempat yang beliau tidak tahu saya mengambil dari dalam rumahnya dan letak diluar.saya harap dapat membantu.dan beliau juga ada buat pengasih pada saya sehingga saya akan teringatkan beliau walaupun saya amat geram dan benci beliau tetapi ada masa saya akan rasa macam hendak pergi berjumpa beliau tanpa diketahui isteri saya cuma nasib baik sekarang kami berpindah jauh menyebabkan saya susah hendak pergi kepadanya dan ada jiran beliau mengatakan beliau kerap pada awal pagi akan duduk bersila dihadapan pintu rumahnya sambil membaca serapah sambil menyebut nama saya adakala nama isteri saya.serapah yg lain tidak dipahami jiran beliau yang ceritakn pada kami kecuali nama saya dan isteri saya yang jiran itu fahami.tolong saya...bolehkah kami menghapuskn perbuatan jahat beliau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1. Utk kes mcm tuan ni silalah call.ustaz ismail utk bantuan lanjut.
      2. In sya Allah. Tuan akan dibantu dan diajarkan cara nak selesaikan sihir tu.
      3. Byk kes mcm.tuan ni dah dapat diselesaikan.

      Wallahuaklam

      Padam
  48. Salam ustaz,
    Mintaa tolong kadar segera ..cara Nak buang seri muka ini..
    Mohon email kan sekali number phone ustaz

    shahtop97@yahoo.com

    BalasPadam
  49. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  50. Kenapa kita memakai makeup ? Dan kenapa kita adanya surah yusuf. Harap jangan senang2 judge & mengharamkan sesuatu. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum hanger,
      1. Make up lain cik. Make up tu just powder dan memang tak ada unsur jin dalam pembuatannya. Benda make up adalah berjisim kasar dan tiada jisim halus dan boleh nampak. Jisim.halus itu merujuk kpd bentuk jisim jin.
      2. Surah Yusuf diturunkan Allah untuk menceritakan kisag Nabi Yusuf a.s sebagai pedoman dan kita ambil pengajaran drpd kisah tersebut.
      3. Allah tidak menurunkan Alquran sebagai satu sumber untuk pemgunaan ilmu seri muka yg sah sah nya adalah ilmu sihir.
      Wallahuaklam

      Padam
  51. Asalam..macam mana dengan pengunaan mandian garam aura rezeki..dan minyak energi sinar biru ..yg d kata kan d bacakan dan d rukyah dgn ayat2 al quran...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam tanpa nama,
      1. Mandian garam aura rezeki dan minyak energi sinar biru adalah. Bathil. Maksudnya itu adalah ilmu sihir.
      2. Rasulullah s.a.w ada byk mengajar bab memurahkan rezeki dgn hadis hadis yg sahih seperti beristirfar, bersedekah dan merapatkan hubungan silaturahim.
      3.itulah sebenarnya ilmu membuka rezeki yg sebenarnya haq.

      Wallahuaklam

      Padam
  52. Ape hukum mengamalkan ayat manzil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum tanpa nama,
      1. Saya tidak cukup ilmu dan kelayakan untuk.menjatuhkan hukum.
      2. Saya belum jumpa lagi hadis berkenaan manzil ni. Jika ada sesiapa yg ada rujukan bab manzil ni silalah share dgn saya.

      Wallahuaklam

      Padam
  53. As Salam tuan, saya telah mengalah surah yuruf berserta surah thoha, dan juga mandi air garam. bagaimanakah saya membuang ilmu ini?

    asyhmsrh@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam tuan,
      1. Tuan kena pulangkan ilmu ni pada sesiapa yg ajarkan tuan amalan ni.
      2. Akad pulang pada pengajar tu ya.
      Saya pulangkan apa sahaj yg saya ambil drpd tuan dan kepunyaan tuan yg ada pada diri saya isteri saya dan anak anak saya.

      Wallahuaklam

      Padam
  54. A'kum, saya mengesyaki suami saya telah terkena dgn ilmu seri muka ini sehingga dia gila bayang dgn seorang wnaita berstatus 'isteri org' sehingga mereka pernah melakukan hubungan seks beberapa kali (atas pengakuan suami saya sendiri). Sekarang wanita itu telah kemabli kepada suaminya dan suami saya seperti org gila. Menangis, menegluh setiap masa sedangkan dia bukan orang seperti itu. Wanita itu berlalu dengan mudah tanpa rasa bersalah.

    Apa yang perlu saya buat untuk memulihkan suami saya?

    email kepada saya di hamizaha@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam unknown,
      1. Sebenarnya suami kena ilmu pengasih. Ilmu seri muka selalunya berangkai dgn ilmu pengasih.
      2. Sebaiknya puan dapatkan bantuan ustaz ismail. 0193619305. Dia boleh bantu puan dan tuan.

      Wallahuaklam

      Padam
  55. Assalamualaikum Tuan,

    Pertanyaan saya: Saya ada mengamalkan Ayatul Mahabbah (ayat dari surah Al-Imran) dan saya baca hanya selepas solat fardu. Adakah ini juga boleh dikategorikan sebagai ilmu naik seri muka? Sekiranya ya, bagaimana saya perlu pulangkan akad ilmu kerana sudah bertahun2 lamanya saya amalkan ayat tersebut yg diperolehi dari Internet.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam,
      1. Itu kategori ilmu pengasih. Buat org sayang kat kita. Ilmu ni pun ilmu bathil walaupun guna Al-Quran.
      2. Sebaiknya cik pulangkan pada empunya blog.

      Wallahua'lam

      Padam
  56. Assalamualaikum ainfarisya,

    Maaf saya terpaksa delete terus komen cik berkenaan ayat ilmu seri muka yang cik share dengan saya. Jika saya publish maka ramai yang membaca komen cik akan dapat ilmu tu pula.


    Saya ambil yang Haq semata mata daripada cik ainfarisya.

    Ya betul. Ayat yg cik sharekan tu adalah ayat ilmu seri muka aka ilmu bathil aka ilmu sihir.

    Sila pulang kan pada si pengajar ilmu tu ya cik.


    Wallahua'lam

    BalasPadam
  57. assalamualaikum. sejak dr remaja lg sy slalu mengamalkn bacaan ayat2 dr kitab al-ma'thurat iaitu himpunan doa2 nabi d baca pagi dn petang. contohnya salah satu doanya fadhilat boleh djadikan sbg ayat pelindung. adakah ia d kira syirik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam,
      1. Saya pun hafal almatthurat tu. Akan tetapi amalan yg ada sekarang ni semua dah jadi bathil.
      2. Pelindung kita sebenarnya Allah semata mata. Bukanlah amalan Al-mathurat.
      3. Sebaiknya hentikan lah amalan tu. Kawan seguruan saya ke Mekah dan berada di Masjidil haram. Langsung Satu patah pun ayat Al-mathurat yg dia x dapat ingat. Balik Malaysia baru ingat balik.
      4. Jika benar amalan Al-mathurat ni dah lama kawan sy ingat dimana dia mmg hafal dan baca setiap hari.

      Wallahua'lam

      Padam
    2. oh begitu. bukankah nabi saw selalu bermunajat kepada Allah swt di kala pagi dan petang untuk minta pertolongan dan perlindungan dariNya... jadi kita manusia biasa ni tidak layak mohon apa2 pertolongan dr Allah swt. ok trima kasih tuan. saya dah faham. assalamualaikum...

      Padam
    3. Assalammualaikum tuan tanpa nama,
      1. Memohon perlindungan dan munajat kpd Allah tu mmg wajib pun. Didalam.solat kita minta dengan Allah perkara yg sama.
      2. Sesuai dgn sabda nabi, bertawakal lah kepada Allah tetapi ikatan tali unta Mu.
      3. Mohon perlindungan perlu, usaha pun perlu. Dua dua mesti seiringan.

      Wallahua'lam

      Padam
  58. Senang2 je ckp syirik.. nampak sangt wahabi nya.. wlaupun x ngaku wahabi.. semuanya nak dibidaah kn nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalammualaikum tuan tanpa nama,
      1. Amalan sihir aka bathil adalah mensyirikkan kan Allah.
      2. Jika amalan ni Haq, saya takkan menentang pun malah sy sendiri akan promote.
      3. Tak berbaloi dunia dan akhirat amalkan ilmu semacam ni semata mata nak kan makhluk. Dosa yg paling besar di sisi Allah ialah mensyirikkan Dia dgn amalan amalan ilmu bathil.

      Wallahua'lam

      Padam
    2. maaf ya tuan. berdasarkan penerangan2 tuan. saya rasa tuan lebih syirik kerana tuan lebih mempercayai dan mengharapkan ustaz ismail dr Allah swt.

      Padam
    3. Assalamualaikum tuan tanpa nama,
      1. Syirik itu menyekutukan Allah dgn sesuatu tuan.
      2. Ustaz Ismail tu just ahli bab ilmu dan teknik belasah dan bunuh jin.
      3.sihat atau sakit semua kerja Allah. Yg menyembuhkan Allah, yg bagi sakit pun Allah. Kita just usaha dgn cara yg Haq.
      4. Apa pun saya doakan tuan mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Amin.

      Wallahua'lam

      Padam
  59. berikan dalil menuntut ilmu memerlukan akad?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum tuan tanpa nama
      1. tiada dalil yg jelas didalam hadis mahu pun Al-Quran mengenai akad memutuskan ilmu.
      2. buat masa ini saya belum jumpa lagi nas daripada hadis, jika ada kelak sy akan update dan share.
      3. secara am nya segala urusan didalam islam ada akad nya. even jual beli, nikah, bayar zakat yang melibatkan dua atau tiga pihak.
      4. yg nyatanya, dalil aqli nya mengatakan sesuatu makluk mestu ada permulaan dan ada penhujungnya. masa belajar biasanya kita akad dgn tok guru kita nak belajar itu dan ini. untuk membatalkan pelajaran dan ilmu tu mesti ada akad juga seperti mana akad nikah dan akad cerai.

      wallahua'lam

      Padam
  60. Assalamualaikum en danish...dulu sy pernah amalkan ilmu ni....tapi sekarang sy dah tak amalkan lagi...sy ade amalkan cara minum air zam2 yg en danish ajarkan,mase mula minum malam tu sy batuk2 tekak ni rase kering sangat...agaknye kenape ye en danish?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam cik kiki,
      1.batuk batuk menunjukkan bahawa pendamping ilmu tu keluar sementara daripada badan.
      2. sebaiknya pulangkan pada empunya asal ilmu tu.
      3. untuk bantuan lanjut silalah call dan aturkan temujanji dgn ustaz Ismail.
      4. 0193619305.

      wallahua'lam

      Padam
  61. Assalamualaikum.

    Saya ada manggunakan doa Nabi Yusuf dari surah al-Yusuf ayat 4 dan surah Thaha ayat 39, adakah itu dikira sebagai syirik kerana saya mengamalkannya setiap hari. Mohon penjelasan

    BalasPadam
  62. Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya... kalau minyak aura pengasih dsb jelas bahaya. Bagaimana dgn produk berasaskan bidara seperti bidara terapi..?
    Harap dapat penjelasan...
    Terima kasih..

    BalasPadam
  63. Assalamualaikum tuan, sedikit pencerahan, jika saya mengalamalkan bacaan surah yasin penuh dengan niat untuk jodoh dan berkhawin adakah dibolehkan?

    BalasPadam
  64. maaf sy nk bertnya,apakah dalil yg telah dgunakan untk mnjwb persoalan smua ni, tujuan rujukan untk fahaman sy,apakah surah yg berkaitan pernyataan encik ni

    BalasPadam
  65. Saya zikir ya rahim sebanyak 1000x untuk pengasih ..dikira sihir ke?

    BalasPadam