Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label ilmu bathil separa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmu bathil separa. Papar semua catatan

Isnin, 31 Mac 2014

Ambilan Ilmu Kupasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Saya menerima banyak soalan berkenaan ambilan ilmu dari pembaca yang kebanyakkanya melalui email. Kali ini saya akan mengupas apa kah itu ambilan ilmu. Untuk memudahkan pembaca saya akan membuat Q&A bagi memudahkan pemahaman.

Q: Apa kah itu Ambilan ilmu.
A: 
1.        Secara umumnya ambilan ilmu adalah keadaan dimana sebagai contoh saya terambil atau terbelajar ilmu bathil yang terang,separa atau tersembunyi. Ilmu adalah makhluk dan sebenarnya ilmu berjisim. Halus jisim ilmu sebenarnya. Nak faham lagi mudah, sekiranya saya belajar ilmu matematik iaitu mencampur, menolak, mendarab dan membahagi, sebenarnya saya terambil ilmu dan ilmu ini masuk kedalam diri saya. Agak out of this world penerangan ini bukan? Tetapi hakikatnya ilmu adalah makluk dan setiap kali kita belajar, ilmu akan masuk kedalam diri kita.

2.     Ilmu terbahagi kepada dua, Ilmu yang haq (benar dan Allah redha) dan ilmu yang bathil (salah dan Allah murka).
3.  Sila rujuk link dibahagian bawah articles untuk penerangan lanjut berkenaan ilmu bathil yang terang, separa dan tersembunyi.

Isnin, 30 Disember 2013

Ilmu Seri Muka atau Seri Wajah Kupasan


Salam kepada semua pembaca,
Kali ini saya akan mengupas dengan lebih lanjut berkenaan ilmu seri muka. Ramai orang perempuan dan lelaku yang mencari dan menggunakan ilmu ini secara  sengaja atau tidak sengaja. Untuk pengetahuan pembaca semua, ilmu seri muka adalah ilmu bathil atau ilmu sihir walaupun menggunakan doa ataupun ayat surah yusuf.

Apakah kesan ilmu ini kepada pengamalnya.


  1. Pengamalnya akan kelihatan menarik dan mempunyai persona. Maybe tak berapa nak hensem atau cantik tetapi dengan ilmu ini, orang berkenaan akan mempunyai semacam aura atau persona atau something yang menarik yang tak dapat digambarkan melalui perkataan biasa.
  2. Pengamal ilmu ini kebiasaanya akan mudah terkena ilmu pengasih orang lain.
  3. Sukar nak buat ibadah, jika buat sukar nak khusyuk.
  4.  Disebabkan ilmu ini sihir, amat besar mungkinan amalan dan ibadah tertolak begitu sahaja disebabkan syirik.
  5. Ilmu ini akan menyebabkan orang disekeliling akan tertarik untuk berbuat jahat dan mengambil kesempatan terutamanya wanita.

6.        
Apakah Punca mendapat ilmu ini.
  1. Mengambil khidmat mak andam yang mempunyai ilmu seri muka terutama untuk tujuan bersanding.
  2. Menggunakan minyak seri muka yang banyak dijual dipasaran kebanyakkkan menggunakan limau kasturi dan bacaan surah yusuf. Diletakkan dikawasan muka dan kening.
  3. Mengamalkan ilmu cermin muka. Bacaan mantera ataupun bacaan dari surah al-yusuf sambil berniat menyerikan muka.
  4. Menanam susuk ayat atau susuk logam untuk tujuan seri muka.
  5. Mandian ayat alquran atau mantera yang dibuat untuk menaikkan seri wajah dan untuk kelihatan cantik mostly untuk perempuan yang baru mahu berkahwin.
  6. Diwarisi daripada generasi yang diatas didalam bentuk saka.
  7. Amalan mandi bunga, daun , susu yang byk dibuat oleh bakal bakal pengantin dan terapi aura warna bunga oleh spa spa kecantikan.
  8. Amalan bacaan ayat dr surah yusuf dan taha yang dipelajari drpd blog , tv dan ceramah untuk khasiat menaikan seri muka dan seri wajah.


Rata-rata ramai orang yang mempunyai ilmu seri muka tanpa mereka sedar yang mereka ada ilmu ini. Kesan kepada mereka amat banyak. Gelisah dan sering kusut didalam hati. Ilmu ini juga mendatang banyak masalah terutama bab maksiat disebabkan sesiapa yang mempunyai ilmu ini akan cenderung untuk melakukan maksiat dan menarik yang disekeliling mereka melakukan maksiat or benda tak elok pada diri mereka. 

Terlalu banyak ilmu seri muka ini disebarkan dan amat senang nak belajar. Tanyalah pakcik google, ada yang berbayar dan ada yang free. Ilmu sihir ini diajar berleluasa dan amat senang nak dapat. Saya rasa, blog ini adalah satu satunya blog yang menentang amalan dan ajaran ilmu seri muka ni didalam alam cyber ni.


Wallahu aklam.

Sabtu, 30 April 2011

ilmu bathil yang terang, separa dan tersembunyi

>Assalamualaikum,
<
agak lama saya tak posting tak sini. Memang sibuk skit lately isteri masuk ward. Ada seseorang tanya saya pasal budak hilang disebabkan ilmu hitam. Saya sebenarnya belum cukup kuat untuk scan dan cari kan orang yang hilang, nak scan punca serangan sendiri pun still tgh bertatih.

Dulu saya agak doubt pasal scan menscan nie. Dah lama-lama nie baru saya nampak sememangnya ilmu dan kemahiran ini memang ada dan memang tepat. Sendiri dah rasa skit2 barulah saya faham. Memang sukar nak diterima akal bagaimana scan nie berfungsi. kalau saya bagi jawapan , ramai mesti tak percaya. Mana punca kebolehan dan kemahiran scan. lagi senang tak payah bagi jawapan.

bercerita sedikit mengenai ilmu bathil. Ada ilmu bathil yang terang-kerang bathil seperti ilmu pengasih, ilmu penunduk, ilmu tuju-tuju, ilmu santau, ilmu bomoh patah dan sebagainya. Ada ilmu dipanggil separa bathil ada ada ilmu yang nampak haq tetapi bathil disebaliknya. Saya baru dapat petunjuk bagaimana nak menerangannya.