Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Ilmu urut patah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ilmu urut patah. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Jun 2011

Ilmu Bathil/ Sihir dan Ilmu haq Penjelasan

Assalamualaikum

kali ini saya akan berceritakan tentang ilmu haq dan ilmu bathil dan bagaimana ianya berfungsi or bagaimana nak mendapatkannya. Sebenarnya amat senang nak dapat ilmu bathil berbanding nak dapat ilmu haq. Ilmu yang haq or amalan yang haq perlu ada 3 asas iman iaitu:-
1) Tasdiq dalam hati (niat)
2) lafaz dengan lidah (sebutan)
3) Diikuti dengan perbuatan.

contoh amalan yang haq ialah sembahyang or berpuasa. Ibadat ini memerlukan 3 asas iman ini dilaksanakan sebelum ianya sempurna. Ilmu dan amalan yang haq (benar dan diredhai Allah) kesemuanya bertertib dan mengikut aturan. Sebagai mana sembahyang ada tertib dan step yang perlu dipatuhi dan mengikut aturan. Tak boleh nak melompat step sebagai contoh takbir  lepas tu terus tahiyat akhir. Kalau lompat step tak ikut aturan maknanya amalan tu tak sempurna dan tertolak.