Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label air musstofa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label air musstofa. Papar semua catatan

Isnin, 1 Oktober 2012

Status perubatan menggunakan air jampi, rukyah dan bacaan Al-Quran. Q&A



Assalamualaikum,

Posting kali ini saya akan menceritakan tentang status perubatan menggunakan air jampi ataupun air rukyah. Saya merujuk kepada soalan yang dikemukan oleh pembaca hana Azmin. Berikut adalah soalan dan jawapan saya.

1) bagaimanakah status perubatan yang ibu tuan buat yang menggunakan urut dan minum air hampi hampir sepuluh tahun.
rujuk soalan asal

Jika perubatan tu betul, tak perlu sampai sepuluh tahun tetapi takde apa-apa perubahan. Sebenarnya bab air jampi nie saya belum lagi tulis dan sentuh secara khas didalam blog saya nie disebabkan terlepas pandang.

Walau bagaimana pun saya akan menjawab soalan tuan secara ringkas disini. Saya menolak perubatan dengan menggunakan air jampi, air rukyah, air doa. berikut adalah penjelasannya.