Mengupas gangguan jin, sihir, buatan orang, hantu, iblis, syaitan dan cara mengatasi gangguan.
Jumlah Paparan Halaman
Khamis, 25 Ogos 2011
berubat dengan dukun/bomoh/pawang dan seangkatan dengannya dan kesan kepada diri anda dan bunuh jin
salam semua,
Agak lama saya tak meposting disini. hari raya dah dekat ni, syawal dah hampir menjelang,
Terdapat persoalan yang diajukan kepada saya tentang permasalahan berubat dengan duku/bomoh/pawang dan kaitan dengan sihir. Ilmu yang digunakan oleh dukun/bomoh/tok pawang adalah salah satu cabang ilmu bathil or sihir yang mempunyai kaitan yang amat rapat dengan jin. Jika anda pernah mengambil perkhidmatan dari mereka-mereka ini yang berlaku ialah anda telah terambil ilmu bathil a.k.a sihir dari mereka dan dalam masa yang sama anda telah terambil sekali sejumlah jin yang datang berserta dgn perubatan itu. Saya pun pernah mengambil perkhidmatan dari bomoh/dukun/pawang ini time-time saya terkene gangguan dan time itu adalah time jahiliah. kalau anda semua nak tahu cara berfungsi perubatan bomoh ini adalah mereka memasukkan jin kedalam diri anda dan mereka menggunakan jin untuk berlawan dgn jin. jika tiada jin dimasukkan, nescaya anda tidak akan or tak boleh sembuh.
itu lah hakikat perubatan ilmi bomoh/pawang/dukun nie. mereka memasukkan jin kedalam diri anda, dan jin ini akan mendiami diri anda dan menjadikan anda sebagai tuan barunya. Certain orangg siap dapat kelebihan seperti dpt menilik or dapat menjadi perubat alternatif selepas mendapatkan rawatan dari mereka-mereka ini. Lagi hebat dan terer jin yang dimasuukan dan anda ambil dari tok moh tu, lagi hebat sebenarnya anda. Hebat dari segi ilmu bathil nie sebenarnya banyak mengundang masalah-masalah dan dosa-dosa sebenarnya. ilmu bathil adalah syirik. terambil ilmu bathil or anda mendapatkan rawatan dari tok moh sebenarnya anda dalam keadaan dosa syirik. sebagai contoh yang mudah ialah tukang ramal nasib. Berjumpa sahaja tukrang ramai nasib anda telah mensyirikkan Allah da dikatakan 40 hari dan 40 malam ibadat anda tidak diterima.
cara yang paling mudah nak buat ialah pulangkan or lafaz cerai ilmu itu dengan tok moh tersebut. contoh lafaz cerai or putus (akad).
yang bujang:
Terima kasih tok moh kerana ubatkan saya tempohhari. Saya dah sihat, sekarang saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil dari tok moh...
untuk yang dah berkeluarga:
saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil dari tok moh yang ada pada saya, isteri saya dan anak-anak saya.
ramai sebenarnya mengalami masalah gangguan lepas tu berjumpa dan berubat dgn tok moh/dukun/pawang. Baik sekejap lepastu penyakit tu datang balik dalam bentuk yang lain pun.
soalan seterusnya ada yang bertanya, bolehkan saya bunuh jin.
jawapannya saya boleh dan anda pun boleh. Terdapat banyak cara untuk membunuh jin dan salah satu cara yang amat popular ialah rukyah. Rukyah adalah salah satu cara tetapi bukanlah satu-satunya cara. kalau anda nak tahu tok cha or sami budhha pun sebenarnya ada teknik tersendiri untuk bunuh jin. Cara yang lain untuk bunuh jin ialah jurus, teknik dan yang lain-lain.
Ilmu yang haq sebenarnya luas. Ada org mempunya teknik untuk mengikat, menembak, kurung dan sebagainya. banyak cara dan teknik sebenarnya nak bunuh jin nie.
Saya nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca setia blog saya ini. Jika ada apa-apa kesalahan terumpat or apa sahaja salah saya, saya minta ampun dan maaf. Silalah e-mail saya or telefon terus menggunakan no yang disediakan jika anda sebarang pertanyaan dan masalah. Saya bukanlah perawat, hanya tukang penunjuk arah.
Wallahu aklam..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Danish,
BalasPadamTolong bagi pandangan Danish. Saya telah membawa emak mengurut dan berubat (ambil air) hampir sepuluh tahun. Emas saya kena angin ahmar, sekarang ni dalam seminggu atau dua minggu akan bawa emak pergi mengurut dan ambil air (air tu bawak sendiri, dalam 2/3 botol 5liter) untuk di'jampi'. Cara perubatan oleh org tu dalam sebuah bilik, lampu tak dipasang cuma dinyalakan dengan sebatang lilin. Ada air-con, cahaya samar-samar terang sebab cahaya dari lampu jalan, boleh la nampak. Dia tak ambik atau pun letak tabung di luar, membantu ikhlas seadanya. Dia adalah org yg berjaya dalam perniagaan, perubatan dia hanya membantu, dalam seminggu dia membantu berubat dua hari sahaja.
Adakah ini termasuk dalam kategori di atas? saya tak percaya kan bomoh/pawang atau seangkatan dengannya, takut ada yang bercampur-baur antara ilmu allah dan yang bukan, takut nanti syirik. Sehingga sekrang walaupun masih bawak emak pergi berubat, dalam diri saya masih lagi ada rasa betul ke ni? Betul ke apa yang saya buat, kalau x betul, adakah saya subahat dan emak saya sekali.
Selain dari itu, sejak kebelakangan ini emak saya kerap sakit daalam perut, dah pergi hospital tapi semua normal.
Satu lagi, apa pandangan saudara tentang rawatan penyakit kronik seperti kanser, jantung atau seangkatan dengannya, apakah cara terbaik kaedah rawatan bukan hospital? Rawatan hospital ni banyak test sana sini, pas tu belah sana sini, ini yang tak brapa gemar, mesti ada cara lain. Yang penting tak ada was-was atau syirik.
harap Danish tak keberatan membantu. Wassalam
Walaikumsalam tuan Azmin,
PadamHarap maaf kepada tuan azmin sebab saya terlepas pandang komen tuan bab ini.
soalan tuan saya pendekkkan seperti berikut.
1) bagaimanakah status perubatan yang ibu tuan buat yang menggunakan urut dan minum air hampi hampir sepuluh tahun.
Jawapan saya:-
Jika perubatan tu betul, tak perlu sampai sepuluh tahun tetapi takde apa-apa perubahan. Sebenarnya bab air jampi nie saya belum lagi tulis dan sentuh secara khas didalam blog saya nie disebabkan terlepas pandang. Saya akan cuba kupas subjek ini dalam posting seterusnya InsyaAllah.
Walau bagaimana pun saya akan menjawab soalan tuan secara ringkas disini. Saya menolak perubatan dengan menggunakan air jampi, air rukyah, air doa.
air sebenarnya mampu merakam dan menyimpan serta memindahkan jisim yang haq dan juga jisim yang bathi. Jika saya sebagai contoh mempunyai pendamping khadam dan saka dan saya membacakan rukyah kepada sebotol air, maka 1 ekor pendamping saka dan 1 ekor pendamping khadam akan melompat ke dalam sebotol air tu.
Jika tuan minum air tu, maka complete lah jin itu masuk kedalam badan anda. Jika jin yang ada pada saya kuat dan dari jenis jin peringkat tingggi dan tinggi ilmu , maka..penyakit tuan akan sembuh jika tuan ada gangguan.
Ini dinamakan top up saka or top up gangguan. Jin yang baru masuk maybe akan menjalankan tugas yang disuruh saya secara betul pada mulanya, tetapi lama kelamaan jin ini pulak akan menggangu tuan.
2) Adakah sebarang rawatan untuk penyakit kronik sepeti kanser dan jantung yang bukan hospital.
sebenarnya ada. sukar saya nak jelaskan disini, tetapi diharap kelak tuan dapat hubungi ustaz mail untuk keterangan lanjut.
banyak jenis perubatan diluar sana (yang bukan hospital) tetapi 98% perubatan bedah batin adalah bathil dan menggunakan jin sebagai perantara.
Wallahu aklam..
nak buat pulangkan or lafaz cerai ilmu dengan perawat/tok bomoh adakah lafaz cerai tu perlu dinyatakan face to face kepada perawat ataupun cukup sekadar sms/call/niat dalam hati sahaja?
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamkalau lafaz akad cerai siteri ataupun hamba abdi, kita perlu menyatakan dan menyampaikan maksud kepada penerimanya. Mcm akad cerai isteri, boleh sms, call. Tetapi x leh pakai niat.
Amalan yang haq perlu 3 asas iman yang betul, niat, lafaz dan perbuatan. Nak pakai PM facebook boleh, twitter boleh, e-mail boleh, apa sahaja medium.
Assalamualaikum..Bagaimana selepas jin itu dibunuh? Adakah saya dapat melihat jin itu? Bagaimana saya tau samada jin itu sudah mati ataupun tidak?
BalasPadamsalam,
BalasPadamjin itu daripada api. kalau api terpadam apa yang berlaku? sometime tinggal bekas dan sometimes berbangkai. Tengoklah nasib.
bab menengok jin tu dah mati ke belum sampai masanya anda akan nampak sendiri. Jin mati tak macam manusia bermayat.
wallahu aklam
Bolehkah saya membaca doa air zamzam untuk anak saya yg berumur setahun dan lepas itu bagi dia minum? Adakah qarin saya akan masuk ke dalam badan anak saya? Anak saya sering nangis malam dan sukar tidur. Terimakasih.
BalasPadamSalam puan,
Padam1. Ikutkan nya agak berat akan tetapi boleh dicuba dengan syarat akad dengan anak atau cakap dengan dia.
'Nak, emak bacakan doa utk engkau sahaja ya. Mak bagi air zam zam dengan doa sahaja, yang lain tak ada.'
Sebaiknya pulangkan lah saka puan dan suami. Selesaikan terus gangguan.
Wallahuaklam
assalamualaikum....Saya nak tanya tentang perubatan tok kencana y menggunakan minyak pengasih dan paku adakah ianya syirik? Harga untuk perubatan juga mencecah ribuan ringgit....
BalasPadamsalam zeeyanee,
BalasPadam1. Ya perubatan tu bathil.
2. sememangnya menggunakan jin pendamping ilmu utk perubatan.
Wallahuaklam
Dalam 10 thn dulu masa masih belajar saya pernah terkena penyakit kulit seperti kurap, kemudian pergi jumpa pakar kulit dia bagi ubat sapu dan makan. Bbrp hari selepas tu, dtg seorang pakcik ni yg sgt tua ke rumah saya sekeluarga. Datang dari jauh tp negeri yg sama. Kakak dan abang saya kenal pakcik ni, dan kata abang saya, pakcik ni seorang wali, wallahu'alam.
BalasPadamTak pasti apa tujuan sebenar dia dtg, mungkin sekadar ziarah. Tapi tiba2 dia panggil saya, dan dia kata saya ada penyakit kulit di sekian2 tempat. Sy sgt terkejut sbb saya xde bgtau sesiapa kecuali doktor. Katanya puncanya saya ada terlangkah benda. Kemudian dia ajar saya bbrp ayat utk saya amalkan, bukan ayat Qur'an tp saya xingat exactly ayatnya, dlm bhs arab. Lepas tu dia suruh abang saya ambil air jampi (bukan air kosong, ada keruh2/tanah/pasir) di rumahnya yg dia akan sediakan kemudian, & sebatang kayu pendek yg dah dijampi. Saya xingat dah apa arahan dia dgn benda2 tu, tapi saya buatlah semua yg dia suruh termasuk ayat amalan selama bbrp hari.
Tak lama selepas tu, dia call n ckp, dia dpt petunjuk yg dia kena juga tolong saya sampai saya sembuh. So dia kata saya kena jugak amalkan yg dia suruh, nnt saya akan "bertemu" dia. Saya hanya diam, xphm saya apa maksud dia. Dipendekkan cerita, saya stop amalan tu sbb rasa was2. Penyakit kulit saya beransur sembuh, sbb saya sapu n mkn juga ubat doktor. Selepas tu saya dah xjumpa dia lagi sampailah dia meninggal bbrp tahun lepas.
Begituah kisahnya. Soalan saya, kalau saya ada terambil saka dlm kes ni, mcm mana saya nak pulangkan, sbb dia dah meninggal
Salam anon,
Padam1. Dalam kes mcm ni, kena pulang dekat kubur nya.
2. Caranya panjang akan tetapi saya akan ajarkan melalui email jika berminat.
3. Saka yg terambil satu, saka yg sedia ada pun satu. Tu punca sakit kulit pada asalnya.
4. Saya cadangakan call dan dapatkan bantuan ustaz mail dan belajar terus dengan dia.
Wallahuaklam
Assalamualaikum...saya cuma nak tanya..adakah perbuatan ini syirik atau tidak...baru baru ini rumah sy th dimasuki pencuri dan barang emas pusaka telah di ambil. Memandangkan ianya harta pusaka, kami suami isteri beusaha untuk mendptkan balik barang kemas tersebut dgn buat solat hajat dan ada juga berjumpa dgn seoang pak cik yg kata kawan boleh menolong mendptkan kembali barang kemas tersebut.kami buat apa yg disuruh oleh pak cik tersebut disamping solat hajat sendiri tanpa henti..adakah ianya satu perbuatan yg syirik atau ikhtiar yg dibolehkan..Tolong ustz perjlskan..syukan
BalasPadamWaalaikumussalam anon,
Padam1.buat solat hajat utk dapatkan balik barang kemas mmg tidak syirik disebabkan itu adalah tujuan solat hajat. Tuan minta direct kpd Allah. Itu tidak syirik.
2.ikhtiar lain tu lah yg jadi masalaahnya. Ikhtiar yg bagaimana.
3. Saya cadangkan cari air zam zam dan berdoalah dgn air zam zam dan tuan minumlah.
4. Itu adalah cara sunnah Rasulullah s.a.w
Wallahuaklam
Assalam tuan danish.
BalasPadamKefahaman dan pengajaran tuan dlm ilmu haq dn batil kpd masyarakat amatlah berguna utk kita tdk mensyirikkan ALLAH dulu kini dan selamanya selagi hayat d kandung badan.
Di sini inginlah saya bertanya pd tuan dlm usaha saya memulangkan yg b hatil,beberapa tahun lepas sewaktu dlm kejahilan sy ada berjumpa dgm seorang dukun kampung yg terkenal di negeri paling utara tanah air, sy dan isteri berjumpa atas dasar utk berubat sihir pemisah yg di kenakan kpd kami,pada hemat saya beliau amat hebat dlm soal memilik walaupun tanpa diminta pesakit contohnya dlm soal perkara yg sudah berlaku mahupun yg akan berlaku, 80% adalah tepat,ada jg dia menawarkan pd saya serba sedikit belajar ilmunya jika sy berminat tp saya tidak ambil di sebabkan maharnya tinggi sgt.kini dukun tersebut telah kembali ke rahmatullah pd hujung tahun lepas.saya isteri serta anak anak ingin memulangkan apa yg dh terambil pd arwah serta keluarganya, diharap Tuan blh membantu kami memandang kan beliau sudah meninggal dunia.blh email Jeffazura85@gmail.com terima kasih.
Waalaikumsalam,
Padam1. Silalah reply e-mail saya.
2. Sila nyatakan dah tahap mana pulang dah buat.
3. Saya akan ceritakan didalam e-mail kelak.
Wallahua'lam