Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 7 Ogos 2011

Ustaz Mail kembali Ke semenanjung. Rumah Bergangguan ..

Salam,

Saya lupa nak bagitahu yang ustaz mail 3 minggu lepas memang tak dapat dihubungi sebab dia berada di Brunei bagi membantu menyelesaikan masalah gangguan disana. Hari ini dia berada disabah dan boleh dihubungi. Dia akan kembali ke semenanjung pada 11 hb Aug 2011. Kepada sesiapa yang bermasalah tu bolehlah menghubungi beliau bila-bila masa dari sekarang dan set kan appointment dengan dia.

Banyak kes yang diselesaikan oleh ustaz mail disabah termasuklah rumah-rumah yang keras. Keras maksudnya bergangguan makhluk halus lah. Untuk perkhidmatan membersihkan rumah, saya cakap terus terang memang memakan masa dan tenaga ustaz mail. 2-3 hari untuk menyelesaikan masalah rumah bergangguan ni.



Biasanya untuk membersihkan rumah memang terpaksa dikenakan bayaran disebabkan masa dan tenaga yang diperlukan untuk membelasah dan bunuh makhluk halus yang mengganggu. Saya dah buat benda nie, so saya dah faham dan tahu betapa sukarnya nak menyelesaikan masalah gangguan dirumah nie. Punca dan rumah makhluk halus nie perlu dicari dan dimusnahkan.

Rumah saya sendiri pun makan dalam seminggu nak clear. Nasib baiklah saya ada sedikit sebanyak kekuatan sekarang nie untuk menyelesaikan masalah gangguan nie  Dah 3 tahun saya buat dan amalkan teknik belasah dan bunuh jin nie, alhamdullilah dapatlah kekuatan untuk membelasah dan bunuh benda-benda nie.

Selamat berpuasa ,

Wallahu aklam

2 ulasan:

  1. assalamualaikum tuan,
    ibu saya pernah dimasuki jin.. dan jin yg memasuki tubuh ibu saya tu pun cakap yang dia adalah moyang kami sekeluarga..

    dan di rumah kami ada sebuah meja yg bertutup kain kuning dan merah dan didalamnya ada baju2 berwarna kuning..

    apa yg saya perlu buat..? ustat boleh terangkan tak..??

    BalasPadam
  2. waalaikumussalam tuan yusuf,

    jawapan saya.
    1. Benda yang menganggu mak tuan adalah sakanya sendiri. Bukan moyang. tetapi saka yang berasal dari moyang itu sendiri.
    2. memang nak kena musnahkan meja dan baju baju yang ada didalam rumah tuan yang bertutup kain kuning dan merah.
    3. Nampak macam saka tuan ni more kepada bunian.
    4. Saya cadangkan bawa ustaz ismail kerumah dan minta dia carikan punca gangguan kepada ibu tuan.

    wallahu aklam

    BalasPadam