Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 27 Ogos 2011

Bagaimanakah Jin memasuki diri kita dan cara mereka masuk. Ucapan Selamat Hari Raya kepada Semua.

Salam,

selamat hari raya kepada pembaca setia blog saya yang dhaif nie. terdapat persoalan bagaimana jin menyerang dan memasuki diri kita manusia. terdapat beberapa cara jin (secara umumnya termasuklah iblis, syaitan, jin, bunian, khannas dll) memasuki diri anda. Yang paling utama ialah manusia nie ada beberapa pintu yang menjadi tempat mereka masuk. kalau tuan dan puan pembaca ada kawan yang tahu tentang ilmu batin or perawat mereka boleh menunjukkan dimana pintu-pintu jin masuk kedalam diri manusia. Pintu ini adalah tempat dianggota badan manusia yang menjadi jalan masuk dan keluar mereka.

cara masuk ialah melalui pintu-pintu (ada banyak pintu sebenarnya, biarlah saya bercerita secara umumnya sebab kalau diterangkan secara detail boleh menyebabkan kekeliruan kepada pembaca). bagaimana mereka boleh memasuki diri kita.


Cara masuk pula adalah jalan mereka masuk kedalam diri manusia. pintu lain, jalan tu lain. Jalan itu more kepada cara mereka masuk kedalam badan kita. Pintu itu merujuk specifiknya kepada tempat mereka masuk kedalam badan manusia.

Cara or jalan mereka masuk tu banyak, cara-caranya ialah:-

  • Mengambil ilmu bathil. Termasuklah menerima rawatan dari tok bomoh/dukun/pawang/tok bomoh patah dll.
  • Melalui kawasan-kawasan yang mejadi rumah mereka iaitu kuil hindu, kuil buddha, gereja dan sebagainya. Kalau masuk kedalam rumah nie lagi parah. ada sesetengah kes budak-budak mencuri buah-buahan yang menjadi sembahan tokong2 ini, pun kene serang juga.
  • Membuat rumah-rumah or meletakkan rumah-rumah mereka dikawasan rumah dan dalam rumah mereka. Banyak sekali rumah-rumah jin nie sebenarnya. Saya akan bercerita tentang rumah jin diposting yang akan datang. contoh rumah jin ialah wafak dan patung-patung yang cukup sifatnya. klik sini
  • melalui kawasan-kawasan perkuburan cina or hindu dan sometime islam. Yang ini kebanyakkan masa yang menyerang adalah roh-roh yang bergentanyangan (roh2 yang tidak diterima oleh bumi dan langit).
  •  Serangan ilmu sihir or bathil seperti santau, tuju-tuju, ilmu pengasih, ilmu penunduk, ilmu pelalau dan sebagainya. Ini boleh berpunca dari banyak orang dan pihak.
  • menonton cerita-cerita hantu dan seram didalam tv. Yes..ramai yang maybe tak setuju tetapi kepada yang khasaf boleh melihat serangan-serangan jin dari kaca tv anda sendiri. Mcm tak percaya aje kan??? terpulanglah.
  • Makan ditempat or kedai yang mempunyai pelaris.
  • membeli barang-barang mistik seperti cincin permata, burung cendrawasih, jenglot, keris-keris lama, senjata-senjata lama, buluh perindu, minyak pengasih dan sebagainya.
  • Warisan pusaka ilmu-ilmu bathil generasi diatas anda iaitu saka.
  • memasang pagar halus or batin dirumah or premises perniagaan.


Banyak lagi cara-cara or serangan jin boleh datang kepada anda. Yang saya ceritakan disini adalah sebahagian besar cara-cara jin masuk kedalam diri anda. Kalau nak mendalami boleh tetapi sedikit memakan masa dan sukar dijelaskan secara baik didalam blog seperti ini.

Sesetangah cara-cara serangan ni akan saya kupas secara perlahan-lahan didalam posting-posting yang akan datang. Kepada pembaca yang memandu pulang ketika raya nie diharapkan anda berhati-hati dijalan raya. Kalau mengantuk, berentilah sekejap dan tidurlah walaupun sekejap. Semoga tuan-puan dirahmati Allah dan diberikannya yang Haq semata-mata.

Nie Jalan yang cantik, bukan jalan jin masuk dalam badan.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan batin kepada semua. Selamat dunia dan akhirat...

(p.s Malang org cakap tak berbau. Sebenarnya malang itu ada baunya dan anda boleh tahu bila malang tu nak datang...sekadar makluman sahaja)

10 ulasan:

  1. SALAM..saya ingin bertanya,kawan saya diganggu oleh makhluk halus. setelah itu kawan saya telah dibawa untuk berubat.perawat membekalkan air untuk di minum dan di mandi untuk menghalau makhluk yang berada di dalam badan kawan saya tersebut. setelah kawan saya mandi dan minum air tersebut kawan saya telah pulih wat sementara,namun setelah itu makhluk tersebut telah muncul dan mengatakan dia tidak dapat keluar dari badan kawan saya ini kerana laluannya telah ditutup untuk dia keluar..mohon penjelasan.terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam hamba Allah,

      Sila baca bab mandi limau dan mandi bacaan rukyah. Dalam kotak search taipkan mandi.

      Mandi rukyah or bacaan doa adalah salah satu jalan jin masuk kedalam diri. Bab mandi dan minum air doa ni saya ada buat posting khas.

      Mandi dan minum air doa tak boleh menghalau jin dari badan. Malah sebaliknya menambah jin didalam badan. Saya namakan sebagai top up gangguan dan saka.

      bab jin tu cakap jalan or laluan telah ditutup adalah penipuan semata mata. Jin itu mmg tak nak keluar pun. Itu cuma alasan karut jin tu.

      kena lah belajar sendiri bab cara mengeluarkan dan menghapuskan jin dari badan.mandi dan minum air rukyah dan doa bukan caranya.

      silalah hubungi no of profail saya itu maklumat lanjut.

      wallahu aklam

      Padam
  2. assalamualaikum encik,
    usaha bagi memurnikan akidah dan menyedarkan masyarakat tentang menjauhi amalan2 yg syirik merupakan amalan yg terpuji..mudah2han usaha saudara dirahmati Allah..tapi sy sungguh tidak bersetuju dengan stament saudara yg berpendapat ada roh bergentayangan tersebut..

    " Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).

    mana mungkin roh tersebut mampu menganggu manusia didunia ni lagi..roh semua ke alam barzakh...kalau sekiranya dia simati 2 jahat sekalipun sewaktu hidupnya..adakah adil dia terlepas dari azab kubur? sedangkan kita ini pun belum tentu terlepas dan tahu nasib kita disana..adilkah bagi roh tersebut tidak terkena azab kubur siap boleh kacau2 lagi orang kat didunia ni??

    Berdasarkan ayat Quran juga, ruh si jahat juga akan di azab di dalam alam barzakhnya. Iaitu :

    " Api neraka dikenakan kepada mereka (kafir) pada pagi dan petang, manakala di apabila tiba qiyamat mereka di masukkan bersama keluarga Firaun yang dikenakan azab" (Ghafir : 40)

    Berdasarkan sebuah hadith,
    apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berkata Allah SWT : Tuliskan buku hambaku ini di ‘illiyyin' (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat ... (Ringkasan Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

    Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Nabi SAW membacakan ayat 40 dari Surah al-A'raf . Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dtuliskan namanya di dalam ‘Sijjin' (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Nabi SAW membacakan firman Allah : " Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh" (Al-A'raf : 31) . Kemudian dikembalikan kepada jasadnya, ...kemudian di datangi Malaikat..lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

    rujukan: http://zaharuddin.net/aqidah-&-kepercayaan/283-hantu-roh-kembali-a-destinasi-roh.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumsalam,

      saya akan menjawab dengan lebih lanjut jika saya ada masa dan kelapangan akan tetapi alam barzah, alam manusia dan alam jin adalah bersebelahan.

      pengetahuan berkenaan dengan roh yang tidak diterima oleh langit dan bumi (untuk yg kafir dan bunuh diri) sukar nak dijelaskan akan tetapi mmg ada.

      Ada satu hadis yang sama dengan yang tuan tampal
      Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Nabi SAW membacakan ayat 40 dari Surah al-A'raf . Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dtuliskan namanya di dalam ‘Sijjin' (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Nabi SAW membacakan firman Allah : " Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh" (Al-A'raf : 31) . Kemudian dikembalikan kepada jasadnya, ...kemudian di datangi Malaikat..lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir).

      benar sekali golongan ini adalah golongan yang tidak diterima oleh langit dan golongan ini lah yang golongan roh yang merayau rayau dikawasan perkuburan.

      Sedikit sekali pengetahuan bab roh yang kita ada sebenarnya. Akan tetapi dalam kekuasaaNya juga berlaku dan adanya roh roh yang bergentayangan atau dinamakan roh roh yang jahat.

      Saya nampak benda ini dan benda ini bukanlah jin. Jin dari api, roh daripada nur. Susah nak explain akan tetapi mintalah dengan Allah pengetahuan bab ini.

      kebanyakkan roh berada dialam barzah dan disiksa sana akan tetapi ada diantara roh ini diseru oleh manusia manusia dah mengganggu manusia, Sukar nak dijelaskan dengan dalil dan nas sebenarnya.

      Wallahu aklam

      Padam
  3. Betulkah roh kembali ke rumah pada bulan puasa/mlm jumaat dsb tu?

    Bulan puasa yg lepas, di hospital, ada sorang nurse ni bg anak dia main phone, tak pasti umur berapa, tp belum sekolah lagi. Anaknya pun main ambik-ambik gambar secara random. Bila nurse tu tgk gamba2 tu, dlm gamba2 tu ada seorang perempuan yg berpakaian seperti doktor (pakai kot putih tu) tp mukanya muram dan sedih, rambut panjang n chinese look. And nampak macam superimpose sbb gambar ppuan tu hitam putih, sedangkan bahagian lain dlm gambar tu berwarna macam biasa. Dalam setiap gambar, perempuan tu berada di tempat2 yg berbeza, sekejap sebelah org tu, sekejap sebelah org ni, tp muka semua muram. Sampai skrg xtahu siapa ppuan tu sbb mmg xde doktor disitu masa tu rupa mcm tu. Cerita ni dari adik saya seorang doktor di hospital yg sama, dia ada tgk gamba2 tu, saya sendiri xtengok. Dicerita pada saya sehari selepas benda ni jadi. Saya hanya curious nak tahu, apa bendanya tu, sbb bulan puasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan anon,
      1. Tidak semestinya roh balik pada bulan puasa. Tak banyak roh yang dilepaskan (yang betul betul beriman) utk lawat dunia.
      2. yang kawan cik nampak tu bukan roh tetapi saka si mati.
      3. Saka mengambil rupa dan wajah empunya badannya/
      4. Kebanyakkan kes penampakan hantu adalah berpunca daripada saka. Jarang org dapat tgk roh. Hanya org yg terpilih sahaja sebenarnya.

      Wallahuaklam

      Padam
  4. Jika betul ada roh yang dpt mengangu manusia, adakah jugak teknik tertentu untuk menghalau roh-roh jahat tersebut? Kerana mereka tidak boleh di bunuh, bukan seperti jin

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Jawapannya ya tetap ada teknik utk membelasah roh roh jahat atau bergentayangan ni.
      2. Walaupun roh mmg tak boleh mati, tetapi masih boleh disakitti dan dibelasah secukupnya.

      Wallahuaklam

      Padam
  5. Serasa saya jin qorin juga boleh menyerupai seperti tuan punya badan setelah tuan punya badan sudah mati. Adakah betul begitu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Mmg rupa qarin sama seperti kembar manusianya.
      2. Akan tetapi qarin jarang nampak oleh manusia dan kebanyakkan masa jelmaan org yg dah mati tu sebenarnya adalah saka.
      3. Saka lebih byk kesnya dimana org nampak jelmaan arwah yg dah tiada.
      4. Qarin adalah jenis jin yg halus didalam jin yg halus. So, sukar utk manusia biasa nampak qarin. Yg biasa nampak tu pun saka semata mata.
      Wallahuaklam

      Padam