Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 17 Ogos 2011

Gejala Sosial, Suka Maksiat Sebab Sukar Nak buat Ibadat,



Salam semua,

Diharap semua pembaca dalam keadaan sihat wal afiat dan didalam keberkatan Allah S.W.T. Kali ini saya akan bercerita tentang kenapa sesetengah dari kita sukar nak buat ibadat, sukar nak buat baik dan senang nak buat kejahatan dan maksiat.

kalau dilihat fenomena sekarang, banyak muda mudi kita mempunyai masalah akhlak dan sosial yang boleh dikatakan agak membimbangkan. Dengan gejala sosial seperti kuat enjoy, kuat berparti dan kedisko2, mat rempit, bohjan, bohsia, lesbian, gay dan sebagainya. Jika diteliti dan dikaji ada sebahagian kes masalah gejala sosial ini kebanyakkannya dari pada mereka sebenarnya mempunyai ilmu agama dan tauhid islam yang cukup tetapi tetap sukar nak buat ibadat dan sukakan maksiat. Kenapa?



pernah terfikir tak kenapa sebahagian muda mudi cukup sukar or amat mudah meninggalkan solat dan amat tak sukakan agama dan ibadah? nak cakap ilmu agama tak cukup, asuhan tak cukup...serasa saya sebahagian mereka mempunyai asal ilmu tauhid dan feqah yang cukup jika nak dikaji dari segi silibus pelajaran agama disekolah rendah, sekolah menengah, sekolah agama petang dan sebagainya. Ada sebahagian dari mereka malangnya adalah dari golongan keluarga yang beragama dan kuat ibadah seperti tok iman, pendakwah, tok-tok guru dan sebagainya. Nak dikatakan mereka kurang pendidikan dan pelajaran agama, rasa tidak malahan ada kes lepasan-lepasan dari uni dari bidang syariah pun terlibat dengan gejala sosial nie.

kenapa? Saya boleh bagi jawapan yang mudah tetapi sebenarnya agak sukar diterima oleh sebahagian dari kita. Kita sering kali menunding jari kepada orang lain untuk masalah kita dan sememangnya benar agak mudah meletakkan kesalahan keatas pihak lain dari melihat sendiri kesalahan kita dan keluarga kita sendiri lakukan. Sebagai contoh gejala sosial sekarang , kebanyakkan orang tanpa segan silu menyalahkah kerajaan dan instituasi pembelajaran kita sebagai punca utama.

Bak kata org satu jari kita menunding kearah org lain, 4 jari yang lain sedang menunjuk kearah kita. Golongan yang berpolitik mostly akan menunding jari kepada pemerintah dan menyalahkan pemerintah atas kelemahan dalam pembelajaran anak kita dan juga kawalan peraturan dan undang-undang berkaitan peyekatan maksiat dan dosa.  Ada seorang artis tanpa usul periksa menyalahkan kerajaan dan instituasi pengajian kita sebagai punca masalah sosial anaknya. Adakah kerajaan or pihak lain bertanggungjawab keatas anak kita ataupun kita sendiri sebenarnya bertanggungjawab keatas mereka.

bagi saya sendiri melalui pengamatan dan pengalaman serta sedikit ilmu yang Allah pinjamkan ini, masalah sebenarnya bukan terletak kepada salah kerajaan, sekolah, silibus pelajaran dan sebagainya. Mudah aje jawapannya. Mudah tetapi sukar untuk diterima umum. Saka...

bagi pembaca yang mempunyai masalah gejala sosial yang kronik yang melibatkan anak-anak, saudara mara anda sebagai contohnya sebenarnya amat mudah untuk menyelesai masalah utama didalam hati dan batin anak-anak kita. Hati yang sukakan maksiat, dan bencikan agama. Tak percaya, silalah kaji salasilah kelurga anda. kepada pembaca yang mempunyai masalah gejala sosial yang membimbangkan seperti tak sembahyang, tak suka ibadat, suka berpeleseran, dadah, sosial dan sebagainya, silalah ambil masa dan telitilah salasilah keluarga anda dan pasangan anda. Ada atau tidak dari keturunan anda mempunyai kaitan dengan ilmu bathil seperti tok bomoh, dukun, guru silat, tok bomoh urut patah, tok bidan kampung, dukun santet or ilmu hitam, tok guru ilmu-ilmu kebatinan dan sebagainya.

Ilmu bathil pendampingnya ialah jin. Jin yang terdiri dari golongan jin, syaitan dan juga iblis. Makluk halus ini adalah berpindah dan mengikuti keturunan seseorang itu hingga kiamat jika tidak dihentikan. Syaiatan dan iblis inginkan peneman untuk mereka ketika diseksa didalam neraka kelak. Banyak jin dalam diri, semakin senang untuk anda buat maksiat dan dosa sebenarnya. Makhluk ini lah yang membisikkan dan meguasai diri dan pemikiran seseorang tu menyebabkan sebagai contoh si polan tidak mempunyai kekuatan untuk solat. Jika dapat keluarkan makluk halus ini dari badan or dapat membunuhnya terus, maka si polan akan mempunyai kekuatan sendiri untuk beribadat (sebagai contoh).

kalau ada dan anda teliti dan kajilah diri anda. Tanya hati dan iman anda, adakah anda rasa anda semakin hari semakin dekat dengan Allah dengan ibadat anda. Adakah anda dapat menahan diri dan sabar anda dari memaki hamum , bercakap kasar dan telitikan akhlak anda. akhlak anda dan perkataan dari mulut dan pemikiran anda adalah cermin kepada hati, batin dan iman anda sebenarnya.

Agak panjang posting saya kali ini, alhamdullilah saya ada sedikit masa lapang untuk saya menyampai serba sedikit pendapat dan pengetahuan saya didalam blog yang tak seberapa ini.

Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah yang sebenar benarnya Haq dan mengolongkan kita didalam kalangan yang sedikit yang diberikannya hidayah dan petunjukNya.

Wallahu aklam..

4 ulasan:

  1. As salam..

    Saya rasa mmg betul sbb dulu saya jahil dan tak mengenali antara ilmu haq dan ilmu bathil.. sbb nya, keturunan saya mmg ramai yg menjadi penagih, bohsia, ada anak luar nikah, selain bersifat kurang ajar, tidak menghormati org tua, berjudi dan mencuri.. dlm adik beradik saya sendiri cuma abang saya yg sulung saja terlibat dlm gejala diatas cuma tak mempunyai anak luar nikah sahaja..sekarang dia sudah insaf dan bertaubat.. alhamdulillah, kami adik beradik yg lain "menjadi" cuma saya bersyukur masih belum terlambat utk membetulkan kesilapan keturunan yg dulu..sbb nya hampir setiap generasi ada sahaja yg mengikut..mula nya mmg saya pelik tak kan gejala sosial dlm keturunan kami adalah "warisan" sbb setiap generasi ada saja "pewaris" masalah sosial ni.. alhamdulillah..selepas dipulangkan saka tu keluarga saya makin rapat, ayah saya kurang sifat panas baran nya..makin senang beribadat cuma saya amat berharap semua keluarga saya dpt berkumpul ramai2 utk buang saka durjana ni.. harap2 tidak diwarisi pada keturunan saya akan datang.. mana tak nya, ayah saya sendiri ada 4 saka (saka tok mudim, saka mak andam, saka bunian dan saka harimau)mak ada 2 saka (saka harimau dan bunian).. nauzubillah..

    BalasPadam
  2. Salam..
    suatu masa dulu, saya minat muzik2 berat spt doom metal, death metal, black fucking metal dan yg seangkatan dengannya, local band spt sil-khannaz, silent death, riusgnal(langsuir), mistik, foreign band spt as-sahar, immortal, dark funeral, emperor, mayhem, rotten christ, messiah, black sabbath, cradle of filth dsb..
    banyak duit dilaburkan utk membeli kaset, baju, dan sedikit aksesori..
    wlupun solat, tetapi saya tidak mampu memenuhi 5 waktu penuh..
    Alhamdulillah, Allah hantar rakan tabligh supaya saya dapat ke masjid dan mendekatkan diri kepada Allah swt..
    wlupun menceburi tabligh, keluar 3 hari, 40 hari, saya tidak boleh membuang 'music metal' lebih2 lagi ramai rakan2 tabligh pun berkecimpung dengan music ini..
    Dis 2004, Allah SWT hantar seorang hamba Allah yg menerangkan kpd saya tentang ilmu haq dan ilmu bathil secara terperinci.. penerangan bermula sekitar jam 10 malam dan berakhir sekitar jam 3-4 pagi..
    Penerangan terbahagi kepada 4 slot, 1.tauhid, 2.fekah, 3.tasauf, 4.ilmu.
    Keesokkan harinya saya terus 'apply' kaedah 'buang dan pulang', saya kumpulkan beberapa keping kaset dan baju metal yg saya simpan d rmh sewa, terus saya bakar dgn cara tertentu.. natijahnya saya dapat rasa satu perasaan tenang yang tak pernah dirasakan sepanjang hidup ini.. saya nekad apabila balik ke kampung halaman saya akan kumpulkan kesemua kaset2, baju2 dan aksesori metal yang saya beli drpd form 4 hinggalah ke IPTA (2 tahun sijil + 1 tahun dip)..
    awal 2005, saya balik kampung dan apply kaedah buang dan pulang termasuk kaset2 metal tadi. Antara pengalaman yang tak dapat dilupakan sepangjang hayat, sebelum saya ingin membakar kaset2, baju2, poster dan aksesori pada esok harinya, malam itu saya tidur dan terjaga untuk buang air pada pkl 2 pagi, suasana hening dan sunyi sepi menyelubungi..
    tengah2 buang air, tiba2 terdengar satu suara mengangis.. keluar bilik air, saya amati suara itu, persis suara perempuan cantik menangis dan merintih panjang, betul2 di tangga depan rumah saya.. naik siot bulu roma satu badan.. bayangkan suara anjing menangis dan merintih panjang, seolahnya begitulah.. nak buka pintu dan tengok siapakah yang menangis itu? jgn harap lah... perasaan seram sejuk menyelubungi saat itu, org rumah semuanya tido lena, seolah aku seorang saja yang mendengar rintihan perempuan itu..
    Pendek cerita, suara itu ialah suara yg mewakili irama2 dan muzik metal yang aku agungkan selama ini. ianya membentuk satu tubuh perempuan lalu menangis dan merintih kepada aku supaya jangan membakar dia esok hari..
    Aku masuk bilik dan paksa diri untuk tidur walaupun suara itu terus mengganggu aku seorang..
    Esoknya aku nekad, aku nak Allah sahaja dalam hidup, Dia saja yang aku sembah dan aku puja, kerana Dia yang Menciptakan dan Mematikan.
    Aku kumpul kaset2, baju2, poster2,dan aksesori metal muat2 satu beg galas (belakang), bawa satu mineral kecil minyak tanah dan lighter.
    Aku cari satu kawasan dekat2 hutan utk membakarnya..
    Alhamdulillah, selesai itu, aku dapat satu perasaan lapang dan tenang yg tidak pernah aku rasai sepanjang hidup ini. Solat pun semakin baik tawajuh kepada Allah.. tetapi ada lagi saki baki black metal yg masih mengekori aku iaitu drpd kawan2, kedai2, syarikat rakaman dan dari mana2 saja dalam keadaan samar2..
    Banyak lagi perkara2 bathil selain drpd black metal ini yang aku pernah buang dan pulang bersama pengalaman2 yang begitu sukar utk diterjemahkan dgn kata2..
    Marilah kita bersama-sama membina ilmu haq dan membuang ilmu bathil yang kita amalkan drpd sejak lahir sehingga dewasa yg kita tidak tau ianya adalah bathil..
    dikhuatiri pada saat sakaratulmaut nanti, benda2 bathil ini akan taskyil kita sambil membawa segelas air supaya kita mengikutnya, kerana di saat sakaratulmaut, hausnya tidak terkata..

    BalasPadam
  3. Dengan meluangkan masa 4-5 jam mendengar penerangan dan penjelasan daripada seorang hamba Allah (Ust Ismail @ Pak Mail)insyaAllah kita akan dapat jalan bagaimana mengatasi ilmu2 bathil yg sering mengganggu kita seharian..
    Mudah-mudahan kita dapat beramal dengan baik dan dpt mendekatkan diri dengan Allah SWT, mengikut cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW..

    -saya bagi yg haq sahaja dan ambil yg haq sahaja, kalau ada yg lain2 saya pulangkan ya... hehe..

    BalasPadam
  4. salam tuan anon,

    terima kasih atas komen tuan tentang penerangan tentang masalah ilmu bathil tuan dan testimoni tuan tentang konsep ilmu haq dan ilmu bathil.

    sukar untuk sesiapa percaya or faham cerita tuan jika mereka tak mengalaminya sendiri. Memang amat benar sekali cerita tuan tentang musik black metal dan segala jenis musik yang bertemakan kegelapan, syaitan, hantu dan memuja syaitan dan iblis adalah satu cara ataupun jalan syaitan memasuki diri kita.

    bab musik black metal ataupun segala musik yang bertemakan kegelapan ini akan saya kupas dengan lebih lanjut dalam posting yang akan datang jika diizinkanNya.

    dengar aje musik black metal ada dua benda memasuki diri anda, satu pendamping syaitan yang ada pada kumpulan musik itu sendiri dan yang keduanya adalah zulumat ataupun kegelapan.

    silalah komen pada posting-posting yang lain jika tuan ingin berkongsi cerita dengan semua pembaca.

    Semoga Allah merahmati tuan dan semua pembaca blog saya ini dan ditunjukkanNya yang haq semata-mata.

    wallahu aklam..

    BalasPadam