Assalamulaikum...
Saya terpanggil nak bercerita sedikit tentang masalah sesetengah orang yang lambat jodohnya ataupun jodoh yang tak panjang dan kaitannya dgn saka. Ramai ada masalah ini. BAb jodoh pertemuan itu semua ditangan Allah semata-mata dan dalam keizinannya. Tetapi banyak yang tak sedar masalah rumah tangga nie atau bakal rumah tangga nie (utk yang bujang) ada kaitannya dengan saka. Saka nie seperti yang saya pernah cerita dalam posting lepas adalah apa sahaja warisan dan peninggalan keturunan diatas kita termasuk ibu dan bapa kita.i
saya bertemu dua-tiga kes semacam nie. Ada satu kawan sekerja saya nie memang mempunyai saka dan beliau mengaku keturunannya memang ada saka. Orang minang. kawan saya nie sebenarnya perempuan dan dalam berkawan dgn dia nie saya perasan budak nie memang ada satu jenis angin kus-kus yang memang tak terbendung. Saya ada menyatakan bahawa memang ada saka yang menggangu hidup kawan saya nie dan kebiasaannya saka jenis macam nie memang jahat. Saka nie akan menyebabkan suami isteri or boyfriend dan girlfriend bergaduh sakan, dan kebiasannya akan menjurus kepada cerai or clash bagi yang bujang.