Mengupas gangguan jin, sihir, buatan orang, hantu, iblis, syaitan dan cara mengatasi gangguan.
Jumlah Paparan Halaman
Memaparkan catatan dengan label Tangkal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tangkal. Papar semua catatan
Khamis, 22 Disember 2011
Lada hitam, garam dan kacang hijau sebagai pagar halus.
Assalamualaikum,
Agak lama saya berhenti berehat dari menyampaikan idea dan pandangan saya disini. Kini saya nak sambung bercerita tentang lada hitam, garam, kacang hijau, paku, benang serta kadang-kadang tahi besi yang digunakan sebagai pagar halus oleh kebanyakkkan pengamal perubatan islam dan tradisional. adakah benar jin , syaitan dan sekutunya takut pada objek-objek ini??
berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya, saya dah merasai bahana pagar objek-objek pemakanan ini yang jatuh kategorinya sebagai tangkal. Ramai yang mempunyai pendapat bahawa garam ataupun lada hitam adalah objek-objek yang diberi kebaikan dan khasiatnya oleh Allah sebagai pengusir jin. Ada yang berpendapat garam sebagai contoh mempunyai khasiat yang diberikan Allah untuk menghindari tenaga-tenaga negatif dan meneutralkan tenaga jahat. Adakah benar pendapat ini?
Ahad, 22 Mei 2011
Cara mengatasi Gangguan dan penerangan tentang punca gangguan jin makhluk halus
Salam semua,
Bagaimanakah caranya nak mengatasi masalah gangguan makhluk halus. Caranya yang paling penting ialah kenelah belajar hakikat tentang ilmu haq dan ilmu bathil. musuh utama dan masalah utama kita ialah kita semua jahil atau tak pandai. Teknik boleh didapati dan boleh belajar dgn ustaz mail, takde masalah pun. Dlm dvd pun ada teknik mudah yang paling berkesan iaitu pulangkan dan poliklinik. setinggi mana teknik yang saya ada, tetap 2 ini yang paling berkesan dan paling effektif sebenarnya. teknik2 lain ada tetapi keberkesannya bergantung kepada tahap batin dan diri anda. semakin kurang anasir ilmu bathil, semakin kuat diri anda sebenarnya.
Bagaimanakah caranya nak mengatasi masalah gangguan makhluk halus. Caranya yang paling penting ialah kenelah belajar hakikat tentang ilmu haq dan ilmu bathil. musuh utama dan masalah utama kita ialah kita semua jahil atau tak pandai. Teknik boleh didapati dan boleh belajar dgn ustaz mail, takde masalah pun. Dlm dvd pun ada teknik mudah yang paling berkesan iaitu pulangkan dan poliklinik. setinggi mana teknik yang saya ada, tetap 2 ini yang paling berkesan dan paling effektif sebenarnya. teknik2 lain ada tetapi keberkesannya bergantung kepada tahap batin dan diri anda. semakin kurang anasir ilmu bathil, semakin kuat diri anda sebenarnya.
Rabu, 13 April 2011
Al-Quran disalahgunakan dan kaitan dengan wafak dan tangkal
Apa jadi bila Al-quran disalahguna??? Apa kaitannya dengan jin?
Al-quran kitab yang kita ada tu (beli kat kedai) tu Al-quran ke? bagaimana dgn thumbdrive, dvd, cd, para tahfiz Al-quran? ataupun just a medium of storage? Apa hukum beli al-quran? Apakah hukumnya menjadikan Al-quran sebagai satu objek untuk disanjung dan diletakkan kat tempat tinggi mengutip habuk? Apakah hukumnya meletakan ayat2 Al-quran didinding rumah sebagai hiasan?? apa kaitannya dgn jin ?sebab dinding kosong sgt? apatah lagi bila ayat2 Al-quran digantung didinding2 dengan niat syaitan dan jin takut nak masuk rumah anda. ayat2 al-Quran dalam frame yang cantik2 tu berkuasa ke melindungi anda? digantung didinding untuk dibaca atau digantung dgn niat nak hiaskan rumah dan melindungi rumah dari jin? apa kaitannya dgn jin?
Apa jadi bila niat salah, amalannya betul..atau amalan salah niatnya betul???
Apakah tujuan al-quran diturunkan kepada kita? dibaca dan difahami ataupun sebagai tangkal digantung didinding rumah kedai pejabat dan sebagainya? apakah Al-quran boleh dijadikan hiasan?
ada tak Nabi ajar dan suruh kita pakai wafak? tulis al-quran cantik2 atau tulis dalam bentuk rajah petak sana sini dan digantung didalam rumah atau diikat dibadan untuk melindungi kita dari syaitan dan jin?
Bilakah Al-quran menjadi Al-Quran? Apakah bezanya sebagai contoh Al-Quran yang dibaca oleh seorang arab kristian di mesir dan seorang islam arab dimesir? Bunyinya sama. tetapi apakah bezanya?
apakah bezanya seorang kristian arab dimesir menulis ayat2 Al-quran diatas kertas atau menghasilkan cetakan ayat-ayat Al-quran dengan seorang muslim arab dimesir menulis dan mencetak ayat2 Al-quran? rupanya sama, tetapi apakah bezanya??
apa jadi bila sebahagian kecil al-quran yang ditulis oleh seorang bomoh yang berkawan dgn jin ditulis diatas kertas digulung oleh dibalut dan berikan kepada anda sebagai tangkal? atau ayat2 alquran dilukis berbentuk rajah dan simbol diatas kertas dan kertas ini dipercayai dapat melindungi kita dari syaitan, sihir dan perlindungan? pakai kat badan, gantung kat rumah, pejabat dan kereta?
orang yang beragama budhaa, confusinism dan hindu pun pakai tangkal sana dan sini, azimat digantung sana dan sini. letak dalam keter, rumah dan pejabat juga? apa bezanya tangkal orang islam dan tangkal org kafir?
Ada yang cakap Al-quran boleh melindungi? Allah berkuasa melindungi ataupun ayat al-Quran berkuasa melindungi? Perhalusi sikit takut2 kita tergolong dalam golongan syirik kahfi. BAca ayat itu dan baca ayat ini 7 kali, nescaya kita akan dapat itu dan ini... Ayat berkuasa ke? Allah suruh kita bergantung dan berserah pada ayat ke? Ataupun Allah menyuruh kita bergantung kepadaNya sepanjang waktu? kalau tak baca ayat itu dan ini 7 x tu, Allah tak bagi ke kita itu dan ini? wallahukalam...
apa kaitan wafak, tangkal dan azimat dengan syirik dan kaitannya dengan jin? kenapa ada org pakai wafak al-quran or baju bertulisan Al-quran jadi kebal? Kebal tu sebahagian dari ilmu dan sunnah islam ke? kenapa pakai wafak dan tangkal boleh jadi kebal sedangkan Rasululah sendiri pun tak pakai Al-quran kat badan time perang dan jadi kebal?
ntahlah, saya pun tak pasti dan tak pandai. Wallahuaklam...
Ahad, 10 April 2011
Barang-barang Mistik dan Ajaib Tangkal dan Wafak, Penjelasan kenapa ianya boleh menjurus kearah syirik.
Ramai yang tahu barang-barang mistik seperti buluh perindu, rotan bertemu ruas, geliga embun, jengelot, burung cendrawasih, tangkal dan wafak dan pelbagai jenis barang-barang yang ada 'kelebihan'. Kenapa barang mistik ini boleh mensyirikkan Allah. saya cuba explain semudah mungkin bagaimana barang mistik dan misteri ini boleh jadi syirik.
barang mistik ini berisi dgn makluk halus dan dengan memiliki barang mistik nie anda sudahpun mendapat ilmu bathil. ilmu bathil nie amat mudah nak dpt berbanding ilmu haq. Ilmu bathil aka ilmu sihir nie tak susah nak dpt sebenarnya. salah datu antara 3 dah cukup untuk anda me master kan diri anda dgn ilmu bathil. dalam ilmu yang haq perlu ada 3 step iaitu iktikad (niat), lafaz dan kemudian perbuatan. dalam benda mistik nie cukup dgn beli dan dapat aje barang mistik nie anda dah dapat ilmu bathil dan makluk halus sebagai pendamping. sebagai contoh ilmu kebal. cukup dgn tangkal yang dijampi anda sebenarnya dah menguasai ilmu sihir kebal. selain dapat ilmu kebal anda juga dapat makhluk halus percuma disertakan dalam tangkal tu.
kenapa barang mistik nie boleh jatuh syirik dan merugikan iman anda dan mengundang masalah-masalah lain ialah:-
- meminta tolong dan menggunakan makluk halus. Dari segi ini dalam islam melarang sama sekali kita meminta bantuan dgn jin dan menggunakan jin dalam apa jua keadaan pun. (ada certain ulamak dan ustaz mengharuskan penggunaan jin ketika darurat). sebenarnya tak perlu gunakan jin pun kita manusia mampu buat dan selesaikan apa juga masalah.
- benda mistik nie boleh jadi tangkal dan azimat. bahayanya bila ada tangkal nie adalah risiko kita percayakan objek or makhluk berkuasa seperti Allah. memberikan rezeki lebih, lebih dikasihi, kebal, dan kelebihan-kelebihan lain yang sukar nak diperolehi dgn cara konvensional.
- benda mistik nie short cut way to achieve one objective. masalah utama dgn barang mistik nie adalah ianya berisi dan kelebihan yang anda dapat ialah atas af'al (perbuatan) jin dan makhluk halus. buluh perindu sebagai contohnya dapat memerdukan suara sipemakainya. mana logik akalnya buluh secubit tu, dijampi dan ditelan boleh memerdukan suara seekor katak. kecuali anda tukar kotak suara anda kepada kotak suara ning baizura..maybe ada logik akal nya lagi.
- makhluk halus berserta barang mistik ini akan mendiami diri anda dan batin anda. tang ini saya dah pernah rasa sebab saya pernah terambil barang mistik nie, tangkal pelindung santau, geliga embun, minyak pengasih cenuai dan susuk penunduk. Nauzubillah. makhluk halus dan ilmu sihir yang ada dalam diri sebenarnya menjauhkan diri anda dari Allah dimana mereka ini akan menggangu iman dan batin anda dan banyak mana amalan dan ibadat sekalipun akan menjauhkan diri anda dari Allah dan nur keimanan. ibadat khusus yang wajib jadi liat nak buat kalau buat pun khusyuknya langsung takde.
barang mistik/tangkal/wafak = tangkal + ilmu bathil+ makhluk halus. ini akan menjadi saka (pusaka) kepada anak cucu anda kelak.
saya harap explaination saya nie dapat difahami. saya kene mengaji bab nie lama jugak baru dapat kefahaman yang ok. (lembab pickup agaknya). mudah nak faham barang mistik ada jin kat dalamnya. ada nya jin kita menggunakan dan meminta bantuan jin secara sengaja or tak sengaja dan akhir ceritanya akan menjurus kepada syirik. sebabnya jin tu dok dalam hati kita, membisikkan dalam hati kita kejahatan dan memungkaran dan akhirnya anda akan lebih bergantung kepada objek dan makhluk lebih dari anda bergantung kepada Allah. itulah syirik.
Allah suruh kita semua bergantung harap dan meminta dariNya semata-mata. Nak apa-apa minta sahaja dgn Allah, jgn sesama makhluk. makhluk cuma asbab sahaja.
kalau explaination saya tak difahami or tak jelas harap maaf. ini sebab kejahilan dan kelemahan saya sendiri dalam menerangkan. Jauhi diri dari barang2 mistik nie, kehebatan yang anda dapat dari barang mistik nie tak kemana pun...akan memakan diri anda kelak terutama bila anda dah tua nanti. Nyanyuk, mudah lupa, melatah, hati sempit dan kerungsingan dan sukar nak mati time2 kita dihujung hayat kelak.
wallahuakalam
Langgan:
Catatan (Atom)