Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 10 April 2011

Barang-barang Mistik dan Ajaib Tangkal dan Wafak, Penjelasan kenapa ianya boleh menjurus kearah syirik.


Ramai yang tahu barang-barang mistik seperti buluh perindu, rotan bertemu ruas, geliga embun, jengelot, burung cendrawasih, tangkal dan wafak dan pelbagai jenis barang-barang yang ada 'kelebihan'. Kenapa barang mistik ini boleh mensyirikkan Allah. saya cuba explain semudah mungkin bagaimana barang mistik dan misteri ini boleh jadi syirik.

barang mistik ini berisi dgn makluk halus dan dengan memiliki barang mistik nie anda sudahpun mendapat ilmu bathil. ilmu bathil nie amat mudah nak dpt berbanding ilmu haq. Ilmu bathil aka ilmu sihir nie tak susah nak dpt sebenarnya. salah datu antara 3 dah cukup untuk anda me master kan diri anda dgn ilmu bathil. dalam ilmu yang haq perlu ada 3 step iaitu iktikad (niat), lafaz dan kemudian perbuatan. dalam benda mistik nie cukup dgn beli dan dapat aje barang mistik nie anda dah dapat ilmu bathil dan makluk halus sebagai pendamping. sebagai contoh ilmu kebal. cukup dgn tangkal yang dijampi anda sebenarnya dah menguasai ilmu sihir kebal. selain dapat ilmu kebal anda juga dapat makhluk halus percuma disertakan dalam tangkal tu.

kenapa barang mistik nie boleh jatuh syirik dan merugikan iman anda dan mengundang masalah-masalah lain ialah:-


  1. meminta tolong dan menggunakan makluk halus. Dari segi ini dalam islam melarang sama sekali kita meminta bantuan dgn jin dan menggunakan jin dalam apa jua keadaan pun. (ada certain ulamak dan ustaz mengharuskan penggunaan jin ketika darurat). sebenarnya tak perlu gunakan jin pun kita manusia mampu buat dan selesaikan apa juga masalah.
  2. benda mistik nie boleh jadi tangkal dan azimat. bahayanya bila ada tangkal nie adalah risiko kita percayakan objek or makhluk berkuasa seperti Allah. memberikan rezeki lebih, lebih dikasihi, kebal, dan kelebihan-kelebihan lain yang sukar nak diperolehi dgn cara konvensional.
  3.  benda mistik nie short cut way to achieve one objective. masalah utama dgn barang mistik nie adalah ianya berisi dan kelebihan yang anda dapat ialah atas af'al (perbuatan) jin dan makhluk halus. buluh perindu sebagai contohnya dapat memerdukan suara sipemakainya. mana logik akalnya buluh secubit tu, dijampi dan ditelan boleh memerdukan suara seekor katak. kecuali anda tukar kotak suara anda kepada kotak suara ning baizura..maybe ada logik akal nya lagi.
  4. makhluk halus berserta barang mistik ini akan mendiami diri anda dan batin anda. tang ini saya dah pernah rasa sebab saya pernah terambil barang mistik nie, tangkal pelindung santau, geliga embun, minyak pengasih cenuai dan susuk penunduk. Nauzubillah. makhluk halus dan ilmu sihir yang ada dalam diri sebenarnya menjauhkan diri anda dari Allah dimana mereka ini akan menggangu iman dan batin anda dan banyak mana amalan dan ibadat sekalipun akan menjauhkan diri anda dari Allah dan nur keimanan. ibadat khusus yang wajib jadi liat nak buat kalau buat pun khusyuknya langsung takde.

barang mistik/tangkal/wafak = tangkal + ilmu bathil+ makhluk halus. ini akan menjadi saka (pusaka) kepada anak cucu anda kelak.

saya harap explaination saya nie dapat difahami. saya kene mengaji bab nie lama jugak baru dapat kefahaman yang ok. (lembab pickup agaknya). mudah nak faham barang mistik ada jin kat dalamnya. ada nya jin kita menggunakan dan meminta bantuan jin secara sengaja or tak sengaja dan akhir ceritanya akan menjurus kepada syirik. sebabnya jin tu dok dalam hati kita, membisikkan dalam hati kita kejahatan dan memungkaran dan akhirnya anda akan lebih bergantung kepada objek dan makhluk lebih dari anda bergantung kepada Allah. itulah syirik.

Allah suruh kita semua bergantung harap dan meminta dariNya semata-mata. Nak apa-apa minta sahaja dgn Allah, jgn sesama makhluk. makhluk cuma asbab sahaja.

kalau explaination saya tak difahami or tak jelas harap maaf. ini sebab kejahilan dan kelemahan saya sendiri dalam menerangkan. Jauhi diri dari barang2 mistik nie, kehebatan yang anda dapat dari barang mistik nie tak kemana pun...akan memakan diri anda kelak terutama bila anda dah tua nanti. Nyanyuk, mudah lupa, melatah, hati sempit dan kerungsingan dan sukar nak mati time2 kita dihujung hayat kelak.

wallahuakalam

13 ulasan:

  1. assalamualaikum,
    sy nak tanye adakah syirik kalau kita membeli dan memakai barang2 mistik. contoh sbgai utuk pelaris dan pelindung diri sperti kain cindai,minyak buluh perindu,bulu kulit kijang berwafaq,cincin 9lapis gading gajah berpasak besi kuning dan dengan seadanya lagi adakah syirik semua itu. terima kasih

    BalasPadam
  2. salam,

    Syirik atas pelbagai sebab. Satunya ialah barang2 ini menjadi tangkal atau azimat. Logiknya bagaimana kain cindai or minyak buluh perindu mendatangkan manafaat kecuali dengan bantuan makhluk halus? cincin 9 lapis gading gajah for example bukanlah baju perisai yang boleh menahan diri kita dari luka. Kalau ikut hukum fizik ya, yes tak menjadi syirik.

    Yang keduanya ambil sahaja barang2 mistik nie anda dah terambil ilmu bathil. Tak perlu menuntut pun untuk dpt ilmu kebal sebagai contohnya cukup sekadar memgambil tangkal kebal, anda dah dapat ilmu kebal. ilmu kebal, ilmu pengasih dan ilmu pelaris adalah sihir.

    wallahu aklam

    BalasPadam
  3. Apa kaitan botol susu dan kain kapan di tanam di perkuburan islam?

    BalasPadam
  4. salam,

    saya kurang pasti dgn soalan ini. Botul susu dan kain kapan ditanam begitu sahaja tanpa mayat? Setahu saya uri kebiasaannya ditanam dgn pelbagai jenis barang yang agak pelik konon-kononnya untuk menjadi bekal kpd bayi seperti pensil, garam, pembaris, jarum dan sebagainya. Yang bab uri tu senang nak kaitankan.
    Yang berkenaan botol susu dan kain kapan ditanam nie adalah sejenis kepercayaan khurafat dan mungkin ada kene mengena dgn perbuatan sihir, Saya tak begitu pasti, InsyaAllah jika boleh diterangkan lebih detail sedikit maybe saya boleh bagi jawapan yang lebih konkrit.

    Wallahu Aklam..

    BalasPadam
  5. Assalam ;-)

    Bab syirik2 nie adalah satu masalah akidaq tetapi kita juga ign mudah menjatuhkan hukum dengan mengatakan seseorang itu syirik ;-) bagi pandangan saya terhadap barang2 mistik/khasiat ini ada 2 kategori iaitu berbentuk "ISIAN" & "ALAMIAH" yang berbentuk isian itu adalah haram disebab menggunakan khadaq/makhluk halus (jin islam,bunian,ifrit dll) yang bersifat almiah pula adalah sifat semulajadi sesuatu barang itu yang Allah SWT telah berikan kelebihan dari perciptaan alam ini... tp ingat hanya manusia yang betul2 beriman & bertaqwa mempunyai kelebihan untuk mengawal mahkluk2 ini... Urusan alam ghaib adalah hak mutlak Allah s.w.t kita hanya diberikan sedikit pengetahuan untuknya... sekiranya kita mendapat pertolongan tidak kira dari jin islam & malaikat itu adalah pertolongan Allah SWT untuk hamba2nya yang bertaqwa ;-) ingat sebaik2 perciptaan adalah manusia sebagai khalifaq Allah SWT diatas muka bumi ini... bagi mereka tiada ilmu ini elok la mencari guru yang mursyid supaya tidak tersesat ;-) Niat kita bukan manusia yang menilai tetapi Allah SWT yang maha mengetahui apa yang nyata& bahtil ;-) berkasih sayang

    BalasPadam
  6. walaikumsalam,

    Bab berkhadamkan jin ini minta maaf lah tuan. Saya sendiri dah terambil pelbagai jenis barang mistik yang berkhadam jin dan malang sekali, walaupun namanya kita mengkhadamkan jin tu, sebenarnya kelak kita akan jadi khadam kepada jin. Saya dah terambil pelbagai jenis barang mistik seperti susuk penunduk, geliga embun, minyak cenuai pengasih dan sebagainya. Memang banyak gangguan terutama didalam hati dan bila solat, mereka ini akan menggangu dan memesongkan khusyuk kita.

    bab berkhadamkan jin nie saya ambil satu hadis dari rasullullah

    274, Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw. katanya: "Tadi malam, Ifrit bangsa Jin datang kepada ku hendak mengganggu ku solat (atau beliau mengucapkan kata-kata yang sama maksudnya). Tetapi Allah memungkinkan ku untuk mengatasinya. Aku bermaksud hendak mengikatnya pada sebuah tiang masjid, sehingga pagi-pagi anda semua dapat melihatnya. Namun aku ingat doa saudara ku, Nabi Sulaiman, yang memohon, "Ya, Allah, Tuhan ku! Ampunilah aku, dan berikanlah kepada ku suatu kerajaan yang tidak akan pernah Engkau berikan kepada seorang jua pun sesudah ku." Kata Rauh, lalu jin itu diusir oleh Nabi."

    Didalam hadis ini menceritakan bab Rasullulah berniat mengendalikan or menawan or mengikat jin. Tetapi apa bila teringatkan saudaranya Nabi Sulaiman a.s, maka baginda membatalkan niatnya.

    Ilmu dan kelebihan untuk mengendalikan or mengkhadamkan jin yang Haq seperti kelebihan Nabi Allah Sulaiman bukanlah mudah untuk diperolehi. Yang banyak berlaku ialah beli aje barang mistik, jin khadam dan pendamping didalam barang itu akan masuk didalam diri kita dan berkampung dalam diri kita. Last-last kita akan jadi khadam mereka tanpa kita sedar. Ilmu untuk mengendalikan jin seperti Nabi Sulaiman a.s adalah jenis ilmu anugerah separa mukjizat sebenat.

    Belum pernah saya jumpa lagi barang mistik yang mempunyai kelebihan yang semulajadi tanpa ada penglibatan jin khadam. Minta maaf tuan. Semua ada 'benda' menumpang.

    Bab bantuan dari malaikat adalah kerja Allah, Bantuan dari jin, kita sendiri boleh minta dan dapatkan. BAntuan dari Malaikat adalah Af'al Allah, bantuan dari jin adalah af'al kita sendiri dengan mengamalkan ilmu khadam ayat or khadam barang.

    Saya hanya menyampaikan. Saya dah mengalami pelbagai jenis ujian dan gangguan disebabkan oleh barang msteri dan mistik nie. kebanyakkan yang berlaku jin khadam barang mistik ini akan jadi saka kepada anak dan cucu cicit kita kelak jika tidak diputuskan.

    Minta ajelah pada Allah bab bukti dan kebenaran apa yang saya cakapkan. doa minta Allah tunjukkan benar atau tidak apa yang saya dok cerita nie.

    Wallahu aklam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, "sebaik baik jin adalah sejahat jahat manusia"

      Padam
    2. ungkapan 'sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" sebenarnya adalah perkataan daripada arifbillah dan bukanlah hadis. Arifbillah adalah orang yang arif tentang Allah jika nak mudah faham.

      Ungkapan itu sebenarnya amat betul dan amat benar. Ada jin yang islam tetapi keislaman jin dan ketaqwaaan jin tak sama dengan ketaqwaan manusia. Manusia adalah sebaik-baik kejadian Allah dan Allah lagi maha mengetahui mahluknya. Manusia dijadikah Khalifah pun bersebab dan hanya Allah juga Maha Mengetahui.

      wallahu aklam

      Padam
  7. geliga embun, buntat lipan, delima adalah daripada mahluk allah. dan setiap brg2 ini mempunyai penjaganya sendiri. allah menciptakan mahluk ini dgn kelebihan tersendiri. tidak bermasalah jika kita memiliki brg2 ini sebagai koleksi, yg bermasalah sekarang kita terlampau taksub dgn sesuatu benda dengan meletakkan benda itu lebih tinggi darjatnya, maka berlakulah syirik. cukuplah dengan kita mengatakan bahawa pisau lah yg dpt memotong roti dan kita yakin bahawa jika tanpa pisau roti itu tidak boleh dipotong maka dgn itu berlakulah syirik.

    BalasPadam
  8. salam tuan anon,

    Memang kefahaman orang biasa mcm tu. Semua makhluk pun memang ciptaan Allah tetapi kita perlu berhati hati dengan makhluk bernama jin. Kalau setakat ayam itik gajah rimau, takde masalah sangat sebab mereka ni kurang akalnya.

    saya dah menjelaskan secara amnya dalam posting saya bab ni. Secara tak langsung sebenarnya kita berkawan dan meminta bantuan secara tak langsung dengan jin dengan memiliki barang barang mistik ini.

    jin ini tarafnya khadam dan akan menjadi harta pusaka sesiapa yang mengambilnya. Jadilah saka kepada anak cucu kita kelak.

    sesiapa yang ada mempunyai barang mistik ini ada masalah besar dalam mengawal emosi dan kemarahan dan juga mengalami masalah untuk khusuyk bersolat dan rasa tenang.

    gangguan dalaman yang berpunca dari khadam ini adalah serius kepada yang pernah mengalaminya.

    tepuk dada tanyalah iman. bagi saya jangan kumpul brang barnag mistiknya, akhirnya kita akan mnesyirikkan Allah tanpa kita sedar.

    wallahu aklam

    BalasPadam
  9. salam.. saya nak tanya.. sebelum ni saya pernah diberi sesuatu yang dibungkus dgn kain kuning.. kecil n keras sperti batu cuma sy tak pasti apa dalam bungkusan kuning tu sebab sy tak berani buka.. yang kedua minyak ..sy disuruh memakainya di kening seolah2 untuk menaikkan seri muka,barang ketiga adalah kain yang ditulis dgn ayat2 sy tak pasti ayat apa.. kain tu dilipat n dijahit....sblm ni sy tak tau berkenaan hal ni. jadi apa yang diberi sy ambil dan simpan...cuma sy tak mengamalkan. bbrapa minggu lepas saya berkemas dan terjumpa smula barang2 ni... sekarang ni saya tau yang saya tak boleh menyimpan barang2 sperti itu.apa tujuan n kesannya saya tak pasti..apa perlu saya buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumsalam anon,

      jawapan saya.
      1. tuan kena musnahkan barang barang tu dengan cara bakar. Kumpulkan pada satu tempat yang lapang, curah minyak hitam kereta dan sediakan sedikit surat khabar dan bakar lah. dah bakar, pusing dan balik, jangan pandang api yang sedang membakar tu,
      2. yang paling utama ialah tuan kena pulangkan balik kepada owner yang tuan ambil. akad nya sepertti berikut.

      saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil dari tuan dan kepunyaan tuan yang ada pada diri saya dan keluarga saya.

      3. benda benda dampingan tu telah ada dalam diri tuan. satu minyak seri muka dan yang lain lain tu more kepada tangkal.

      wallahu aklam

      Padam
  10. Salam ustaz.. saya ada terbeli batu permata mani gajah. Tetapi sy belum ikat lg dengan cincin kerana masih ragu2 dengan permata berkenaan. Saya risau permata berkenaan mempunyai khadam. Jadi bagaimana saya ingin membuang permata berkenaan? Adakah boleh dibuang begitu saja, contohnya dibuang kedalam hutan??

    BalasPadam