Saya akan bercerita sedikit tentang Bunian. Ramai yang tgk cerita tv yang menunjukkan bunian nie baik, beragama, cantik, dan cara hidupnya semacam manusia zaman dahulu kala sedikit. mengikut pengetahuan saya bunian ini adalah makluk campuran antara manusia dan jin. Hybrid kata term sekarang. Mana datangnya makhluk hybrid nie?
bunian nie datangnya apabila jin berjimak dengan manusia kemudian lahirlah apa yang dinamakan bunian. Kes manusia berjimak dengan jin nie banyak berlaku apabila jin saka menumpang isteri tuannya. Pernah dengar cerita yang ada org yang pergi keluar untuk urusan, malam tu balik tanpa banyak bercakap berjimak dengan isteri. Tuan empunya badan 2-3 hari lepas tu baru balik, isteri terpinga-pinga sebab abgnya balik tiap2 malam, tetapi tiba2 cakap dia baru aje sampai.
ada kes kat kampung saya pulak, baru aje berlaku tahun 2000 something, suaminya dah meninggal dunia tetapi si isteri tiap-tiap malam nampak suaminya balik berjimak dgnnya. yang sedihnya isteri tu umurnya dah mencecah 70 tahun, mana larat sangat nak melayan tetapi syaitan saka nie tetap nak tiap2 malam. yang saya dengar, suatu malam jiran rumah sebelah pada satu tgh2 blackout dgr ada perempuan menangis tgh2 malam. dia pun memberanikan diri pergi jenguk rumah jirannya sebab suara tu datang dari rumah tersebut. setelah sampai dia terdengar perempuan tu berkata 'tiap-tiap malam abg nak, saya tak larat sekarang nie, saya deman..cukuplah tu'. Si jirannya nie hairan sebab dia tahu si suami nie dah 5 tahun meninggal dunia, masakan ada abg lain dgn perempuan umur 70 tahun nie?
dia pun ketuk2 pintu rumah, dan dipendekkan cerita, si isteri nie bercerita yang arwah suaminya tiap-tiap malam balik, berjimak dgnnya. kekuatannya luar biasa 2 jam baru nak selesai dan sebagainya. Sebagai jiran yang prihatin, dia pun ajak lah jirannya bermalam dgnnya. keesokkan harinya dia bercerita kepada anak si isteri ni supaya menjaga jirannya dan menceritakan perihal apa yang berlaku. dengar ceritanya lepas pindah rumah baru barulah si isteri ini tak diganggu.
dari cerita saya diatas, sebenarnya ada banyak kes saka merogol isteri tuannya. Memakai isteri tuan dia. Kes seperti ini sebenarnya banyak berlaku, tetapi ramai yang tak sedar. Satu sebabnya tuan empunya badan pun tak sedar dia ada saka, yang keduanya, si isteri dirogol tanpa sedar seperti dalam mimpi, separa mimpi dan sebagainya. Si isteri nie pulak tak bercerita sebab dia anggap peristiwa tu sebagai mainan mimpi semata-mata. Banyak sebenarnya berlaku, tetapi ramai yang tak sedar.
yang berlaku biasanya, anak-anak hybrid nie kebiasaannya akan mati dalam kandungan (sebenarnya dibawa lari ke alam bunian), ada yang hilang dalam kandungan, ada yang hilang lepas selepas lahir (umur berbeza-beza sehingga umur 9 tahun pun ada). Banyak kes yang berlaku sekarang ini adalah disebabkan saka. Yang hilang selepas lahir nie pun banyak berlaku tetapi disebabkan kes kehilangan baby dan kanak2 nie banyak berlaku, sukar nak pinpoint yang mana satu dilarikan bunian dan yang mana satu dillarikan oleh manusia biasa.
Itulah serba sedikit cerita tentang bunian part 1. Jika ada masa dan ketika saya akan sambung cerita bunian part 2 pula.
wallahuaklam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan