Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 9 April 2011

mengupas tentang Af'al Allah, Manusia dan Jin..kaitan dengan Qadak dan Qadar dan takdir

 "Tidak akan bergerak sebiji zarah pun tanpa izin dan pengetahuan Allah". serasa saya ramai yang tau ayat pemahaman tauhid ini. Ayat ini sebenarnya sangat benar dan agak umum. Saya akan cuba kupaskan dengan lebih terperinci tapi mudah difahami.

ayat seterusnya, qarin jin iblis syaitan semua makhluk, hidup mati Allah aje yang maha kuasa.

ramai yang confuse bab tauhid nih. (macamlah saya nie pandai sgt..akan saya cuba kupaskan mengikut pengetahuan yang Allah bagi pinjam seciput-ciputnya).

secara umumnya ayat yang berbunyi tak bergerak sebiji zarah pun tanpa izin Allah tu berdiri sendiri or umumnya benar.


apa pun perlu diperhalusi lagi supaya kita tidak tersalah faham. Pemahaman berkenaan tauhid berkenaan Perbuatan (A'fal) Allah perlu diperincikan supaya kita tidak salah faham dan terjerumus kepada fahaman wahdatul wujud atau muktazillah yang sangat berbahaya.

Manusia adalah khalifah. Khalifah itu sama erti dgn raja atau pemerintah. Definasi khalifah ialah makluk yang paling mulia yang diberi kuasa dan berkuasa. ada yang bertanya dimanakah kita dibenarkan mengunakan sifat sombong. sombong bagi saya yang dibernarkan ialah sombong seorang khalifah yang tidak tunduk, tidak takut apa sahaja kecuali Allah. sombong yang dibenarkan sisebabkan title khalifah ini cuma untuk makhluk yang bawah sahaja (jin, syaitan, ayam , itik, kerbau..dll). sesama khalifah dan kepada Allah, tak boleh nak sombong. Sombong yang maksudkan oleh saya bukanlah sombong dan angkur seraya takabur sperti takaburnya iblis.

perbuatan terdiri kepada 3.

a. perbuatan Allah (af'al Allah)
b. perbuatan manusia (khalifah)
c. pebuatan syaitan/iblis/jin.

contoh perbuatan
a. Memasukkan manis kedalam tebu. (ini af'al Allah)
b. Memasukkan gula ke dalam air.(ini af'al manusia)
c. Membuatkan diri sombong/marah/gila isim/ serangan makhluk halus. (af'al jin).

sebagai khalifah Allah memberikan anda kuasa. sebagai contoh anda boleh memaniskan air dgn memasukkan gula kedalam air. Perbuatan itu adalah kuasa manusia yang Allah bagi. mcm mana Allah bagi?...anda makan nasi, nasi dari beras, beras itu dari Allah. untuk anda memasukkan gula tu anda memerlukan tenaga, tenaga itu dari makanan dan Allahlah yang mencipta beras. so..Allah s.w.t adalah berkuasa dalam semua hal. Allah lah yang izinkan anda letak gula dlm air. kalau Allah izinkan anda makan dan dapat tenaga, dah tentu Allah izinkan yangg seterusnya. Allah memasukkan manis kedalam tebu dan seterusnya gula (gula dari tebu) adalah satu contoh af'al Allah.

Af'al Allah ataupun perbuatan Allah adalah berbeza tarafnya dengan af'al dan perbuatan manusia. Pergerakan matahari naik dari timur ke barat, pusingan planet bumi mengelilingi matahari dan kejadian siang dan malam adalah perbuatan or af'al Allah yang tak mampu kita tiru dan buat. Kita semua (manusia) adalah perbuatan Allah. Mampukah manusia mencipta manusia lain tanpa sebarang makhluk allah? Let say bab cloning manusia or kambing, mampukah manusia mencipta manusia lain tanpa guna bahan seperti air mani, sperma lelaki dan telur perempuan ataupun sel tunjang yang asalnya ciptaan Allah? Manusia mampu mencipta tetapi kita tak mampu mencipta seperti Allah mencipta.

Ambil contoh kucing. Kita mampu mencipta robot kucing yang berbunyi, bergerak dan mengiau tetapi kita tak mampu memberikan nyawa dan roh kepada kucing robot tu dan hidup. Allah mencipta kucing yang hidup, bernyawa, mempunyai roh dan hidup, mempunyai naluri dan juga boleh membiak. Af'al Allah adalah esa, iaitu tak mampu kita tandingi dan tak sebanding sempurna seperti ciptaan Allah. Af'al Allah adalah esa ataupun perbuatanNya adalah esa. Keesaan Allah itu pada perbuatannya.

untuk memahami af'al Allah dan Af'al manusia saya buat saya cerita seperti dibawah:-

ambil satu contoh:- anda bwk kereta laju mcm nak racing, tgh2 amik corner , teringat nak tukar cd, tetiba terlanggar keter jiran sebelah. ... anda pun cakap lepas accident kpd jiran anda, minta maaf saya tak nak langgar tetapi dah takdir Allah jadi accident.

perbuatan menyalahkan Allah sama dgn sifat iblis yang senantiasa menyalahkan Allah dalam segala gal termasuklah hal dia dihalau dari langit sebab derhaka. dia yang derhaka, nak salahkan Allah tu kenapa?? iblis ada option dan pemikiran dan ilmu yang tinggi. dia ada pilihan dan kuasa yang Allah bagi. Iblis kene bertanggungjawab atas pebuatannya.

rujuk cerita accident tu, Allah ke yang bwk keter, pengang steering, tukar cd time amik corner tu???...anda yang buat semua kerja tu, anda nak cakap takdir Allah buat anda accident??

takdir jiran anda betul. dia tak salah ...dah kene langgar Allah yang izinkan, tetapi untuk anda, bolehkah anda kata itu perbuatan Allah??? dalam semua hal dalam hidup semua dgn izin Allah pun. Bolehkan kita bunuh orang cakap kat hakim yang Allah yang bunuh??? afal bunuh itu afal manusia yang diizinkan Allah. Allah sentiasa mengizinkan sesuatu dgn syarat kita usaha.

fahamkan definasi khalifah, dan masukkan dalam cerita accident tu..

so..harap2 anda dapat faham maksud saya.

oklah saya cerita sikit lagi.

bolehkan manusia bunuh manusia?..boleh bukan?? sebab khalifah boleh bunuh khalifah. dua-dua diberi kuasa dan berkuasa. kalau saya bunuh orang, bolehkan saya salahkan takdir??

dalam kes ini sebab saya diberi kuasa oleh Allah boleh mengerakkan tangan amik pisau tikam orang yang sama taraf khalifah maksudnya semua diizinkan Allah. So, saya tetap bersalah dan tak boleh saya salahkan takdir sebab saya yang buat semua kerja tu dan saya ada akal dan pemikiran.

khalifah boleh bunuh sesama khalifah. itu hukum dan peraturan Allah. Allah tak bunuh manusia. tikam itu af'al manusia. cedera parah ..hilang darah sebab luka itu peraturan Allah dan mencabut nyawa itu kerja Izrael. so..saya tak boleh cabut nyawa manusia, saya boleh berusaha untuk membunuh manusia sebab kedua-dua pun khalifah. semuanya Allah izinkan terjadi dalam hal ini. adakah saya boleh letak takdir Allah sebab saya bunuh orang??? padahal saya ada option untuk mengerakkan tangan bersalam minta maaf???

Allah sentiasa mengizinkan sesuatu terjadi dgn syarat kita usaha dan usaha kita itu selaras dgn hukum ciptaannya. hukum Allah seperti kene benda tajam, anda luka dan berdarah. berdarah byk sangat, organ tak cukup oksigen dan anda boleh mati. semua ini adalah dgn izinNya dan didalam pengethuanNya.

so ayat utama itu betul, takkan bergerak sebiji zarah pun melainkan dgn izin Allah. Allah biasanya izinkan kebanyakkan benda selagi benda itu mengikut hukum dan adanya usaha darim manusia dan makluk lain. jarang berlaku or tak pernah kita dgr masukkan gula dalam air air jadi masin kan?? boleh berlaku dgn kuasa Allah tetapi kebarangkaliannya amatlah kecil. jarang Allah membuat pengecualian kepada hukumnya kecuali bab mukjizat Nabi dan orang2 yang terpilih.

untuk makluk lain lagi mudah nak terangkan. jin boleh dibunuh dgn sebab perbuatan manusia. Allah tak bunuh jin, manusia yang bunuh jin. sebabnya Allah dah bagi kuasa kepada manusia. memang Allah yang izinkan manusia bunuh jin dgn bagi ilmu dan kuasa.

penah dengar jin mengamuk sebab anak dia kene bunuh secara tak sengaja oleh petani???...petani nampak ular, libas dgn parang ular mati (ular itu adalah jin dalam kes ni) jin tu pun mati. Afal petani tu melibaskan parang. Bunuh ular itu perbuatan manusia yang Allah iznkan. Nyawa ular Izrael A.s yang cabut. Ajal jin tu dah ditetapkan oleh Allah s,w.t sejak azali. Allah megizinkan semua belaku sebab ajal jin tu dah sampai. asbab matinya jin itu sebab kene cantas dgn parang oleh sipetani. kalau kene cantas bukan setakat ular manusia pun boleh mati.

Wallahuaklam

6 ulasan:

  1. menarik penerangan abg ni.terima kasih kerana sudi berkongsi pemahamam.Tapi,tak cukup sampai lagi tu.Sama2 kita belajar lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam adik anon,

      terima kasih atas komen. Itu hanya basic tentang tauhid ke esaan Allah pada perbuatananya atau af'al. Ada lagi dalam tetapi bab itu perlu belajar sendiri dengan cikgu.

      Blog ini hanyalah untuk memudahkan orang kebanyakkan faham dan sengaja dibuat sesimple yang boleh.

      Akan berlaku pertembungan dalam pemahaman tauhid mostly berkenaan fahaman wahdatul wujud dan mutazillah dalam hal ini.

      Anyway silalah dalami lagi bab keesaan Allah pada 4 sifat. Banyak dan agak mendalam.

      Wallahu aklam

      Padam
  2. Salam. Apa lagi bab keesaan ALLAH pada 4 sifat itu? Boleh jelaskan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam. sebenarnya Esa Allah itu pada 5 sifat Nya.
      1. Esa Allah pada Dzatnya yg ghaib.
      2. Esa Allah pada sifatNya yg takabur.
      3. Esa Allah pada af'al nya (perbuatan)
      4. Esa Allah pada namaNya.
      5. Esa Allah pada WajahNya.

      Padam
  3. bagusnya..terus faham...thanks a lot

    BalasPadam