Salam semua pembaca. Tempoh hari saya berjumpa satu hamba Allah A dalam tugasan saya dan dia berceritakan saya tentang pengalamannya menarik harta dari alam bunian. Siap dgn bukti dia ada jongkong emas seberat 2.5kg (betul2 jongkong emas 999). Nilainya hampir RM750,000 jika dijual sekarang. Saya sendiri melihat jongkong tersebut memang real jongkong emas.
saya sekarang nak bercerita tentang perihal menarik harta or duit dari alam jin or bunian. Diceritakan kisah benar, seorang anak murid ustaz mail nie ceritanya hampir sama dengan hamba Allah A nie. Dia dapat lagi banyak duit, hampir 3 juta ringgit malaysia. Harganya...amat mahal. Iman dan keturunannya.
Mengupas gangguan jin, sihir, buatan orang, hantu, iblis, syaitan dan cara mengatasi gangguan.
Jumlah Paparan Halaman
Memaparkan catatan dengan label syirik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syirik. Papar semua catatan
Sabtu, 2 Julai 2011
Ahad, 24 April 2011
Syirik - mempersekutukan Allah dan kaitan dengan ilmu bathil
Salam,
saya nak berborak sikit tentang satu perbincangan antara saya dan rakan saya yang alim dan belajar tinggi bab agama ni. Saya ada berbincangkan tentang politik dan rakan saya ini memang penyokong tegar sebuah parti politik agama islam kat malaysia. Saya ada berbincangkan tentang kepentingan jihad dan jihad yang paling penting ialah jihad dalam diri kita. Rakan saya tidak bersetuju dan berkata bahawa jihad yang paling penting ialah menegakkan negara islam dan hukum islam terlebih dahulu. Maknanya kene join parti tu lah baru lah cukup islam dan jihad kejalan Allah.
Saya tetap dengan pendirian saya iaitu jihad yang paling utama ialah membersihkan diri kita dari syirik. dibawah adalah petikan surah An Nissa'.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar". (Surah An-Nisaa : ayat 48)."
Syirik tu dosa besar. Kalau diri penuh dgn syirik tetapi berjuang dan berjihad kejalan Allah dengan berpolitk misalnya, bagaimanakan pahala dan amalannya??
Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan” (QS. Al An’am : 88)
Ayat diatas menunjukkan bahawa amalan yang dibuat sama masa dengan syirik dengan Allah, maka amalannya akan tertolak.
banyak sebenarnya syirik yang halus dan kasar yang kita buat tanpa kita sedar. Syirik yang paling bahaya ialah syirik kahfi atau syirik yang halus. Syirik ini sebenarnya tetap syirik dan perbuatan syirik nie bahaya sebab boleh menjatuhkan atau menidakkan kesemua amalan kita.
contoh syirik halus yang berlaku kepada kita tanpa kita sedar ialah:-
1) saka,
2) takutkan hantu, syaitan jin dan sebagainya.
3) Mempunyai or menggunakan barang-barang mistik.
4) berkhadam (khadam ayat ke, khadam cincin ke,)
5) mempelajari ilmu bathil seperti ilmu penunduk, ilmu pengasih, ilmu kebal, ilmu silat, ilmu dukun, pawang, karamah, ilmu tarik duit dan segala ilmu-ilmu shortcut.
syirik tu satu dosa yang paling besar yang Allah paling benci. Yang berlaku sekarang ramai yang mensyirikkan Allah tetapi berjihad dan beribadat kejalanNya dan mengharapkan keredhaan Allah.
yang berlaku ialah semakin banyak amalan yang dilakukan dgn dosa syirik sebenarnya menjauhkan kita dari Allah. Bukan semakin dekat dgn Allah, semakin hari semakin jauh dengan Allah.
Wallahukalam...
الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ أُولَئِكَ لَهُمُ الأمْنُ وَهُمْ مُهْتَدُونَ
"Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan". (Al-An`aam:88)
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
"Jika kamu mempersekutukan (Allah), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi." (Az-Zumar: 65)
Langgan:
Catatan (Atom)