Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 7 Julai 2011

Ilmu Penunduk dan Tangkal Penunduk.

salam,
Memang banyak betul versi ilmu duniawi aka bathil kat dunia nie. Salah satu yang ramai cari dan ramai yang ada ialah ilmu penunduk. Apa itu ilmu penunduk? Ilmu penunduk nie sejenis ilmu sihir yang membuatkan seseorang takut dan patuh kepada pengamal ilmu ini. Kebanyakkan orang yang menggunakan ilmu ini walaupun dizaman teknologi wireless 5G nie dan kebanyakkan yang guna ilmu sihir nie ialah untuk kepentingan dunia or ramai pakai dalam pekerjaan harian.



Sebagai contoh pengamal yang biasa guna ilmu ini ialah Pengurus or manager (ini contoh sahaja). Nak membuatkan pekerjanya takut dan patuh padanya, maka si Pengurus nie biasanya pakai ilmu penunduk nie kpd staff2 nya dan kepada Majikannya. Dua fungsi, untuk mengawal yang dibawah dan untuk mengawal yang diatas seperti CEO, Senior Manager, Pengurus Besar dan sebagainya. Si isteri juga ada jugak menggunakan ilmu penunduk ini bagi menundukkan suami mereka. Macam-macam yang pakai ilmu sihir ini, semua untuk tujuan dan motif untuk kelebihan duniawi.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik.” 
Riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad


Permata berkhasiat penunduk. Tak menakutkan pun, tetapi jin khadam penunduk didalam permata seperti inilah yang  menjadikan ilmu penunduk itu berkesan.

Ada pelbagai versi ilmu penunduk nie tetapi nak mudah faham satu bertopengkan islam dan yang lain-lain. Ada 4 cara untuk mendapatkan ilmu penunduk.


  1. Belajar khusus ilmu penunduk (termasuklah jenis baca ayat dari surah itu dan ini dengan bilangan yang disyaratkan dengan niat mendapatkan ilmu penunduk).
  2.  Belajar ilmu Ibu bathil seperti silat:- Sebenarnya kebanyakkan silat ada ilmu penunduk dan ini termasuk dalam pakej ilmu bathil silat. Ilmu-ilmu sihir yang lain yang termasuk dalam silat ialah kebal, penyayang, kuat badan, pengasih.
  3.  Mencari tangkal or barang-barang mistik yang berkhasiat ilmu penunduk:- termasuklah tangkal, wafak, cincin khodam dll.
  4.  Saka :- Ilmu penunduk yang ampuh kepunyaan generasi diatas boleh menurun kepada generasi terkini tanpa sedar.


Kalau ada ilmu sihir penunduk, bagaimanakah nak mematahkan ilmu penunduk. Jawapannya mudah, belasah dan bunuh perantaran jin ilmu penunduk tu. Kalau jumpa source nya lagi mudah. Musnahkan tangkal or barang mistik tersebut melalui bakar ataupun buang dalam air longkang (air limbah).

Cara umum untuk mematahkan ilmu penunduk nie ada, kalau sesiapa yang dah minta DVD tu dan tgk , akan faham kaedah yang paling simple dan paling mudah iaitu poliklinik. One thing tentang teknik nie kena cari siapa empunya ilmu tu. Dapat aje, boleh patahkan ilmu nya nie.

Boss saya sendiri pun ada ilmu penunduk nie. Hampir kesemua org kat office saya memang buntu dan takut sangat kat dia nie kecuali saya. hanya saya dan beberapa kerat sahaja yang berani membantah dan tak bersetuju dgn dia. Yang lain semua pak angguk. Takut hanya kepada Allah bukan sesama makhluk. Kepada yang takut bebeno kat bos masing-masing tu, carilah jalan dan cara untuk takutkan Allah semata-mata. Syirik takutkan makhluk nie.

Belajar teknik belasah dan bunuh jin nie pun boleh mengatasi masalah takut kpd makhluk nie. Sebagai contoh ilmu penunduk nie, kalau anda tahu cara nak mengatasi dan membelasah jin ilmu penunduk, anda boleh menguatkan batin anda dan anda tak akan takut lagi kpd boss anda. Jgn takutkan boss, respek sahaja cukuplah. Ramai yang takutkan boss, kalau boss panggil tu kecut perut, sejuk tangan-tangan. Itu satu petanda boss anda maybe ada ilmu penunduk or anda memang terlalu banyak ilmu bathil dalam diri. Pendek cerita  diri anda penuh dgn jin. Yang takut-takut dan sejuk-sejuk tangan, kecut perut dan hilang darah dari muka tu adalah satu simptom diri anda penuh dgn ilmu bathil dan jin. saya pun dulu2 macam tu juga, pernah rasa benda tu sebelum saya belajar teknik ini.

berkenaan persoalan pembaca tentang dosa menggunakan ilmu penunduk. Jawapannya ialah dosa syirik. Syirik adalah dosa yang paling besar disini Allah. Allah dah menyatakan didalam Al-Quran yang Dia boleh mengampun segala dosa selain dari syirik. Kenapa syirik? Sebabnya ianya adalah sihir dan menggunakan jin sebagai perantara. Walaupun ilmu itu menggunakan ayat-ayat Al-Quran 100% sekali pun ataupun zikir-zikir. Kalau yang menggunakan wafak, barang mistik, cincin berkhadam itu dah comfim syirik. Banyak ajaran ustaz-ustaz sekarang mengajar kita mengamalkan pembacaan ayat-ayat tertentu untuk khasiat dan fadhilat untuk menundukkan isteri, suami, anak, rakan sekerja, boss dan sebagainya. Al-Quran boleh disalahgunakan untuk tujuan sihir.

Rasulullah sendiri tak pernah mengajarkan ayat itu dan ini untuk fahdilat itu dan ini. Yang ada dalam hadis ada tetapi bacaan untuk keseluruhan surah or satu surah complete. Ramai yang terbelajar ilmu-ilmu seperti ini. AL-Quran diturunkan sebagai petunjuk dan pedoman kepada orang-orang yang beriman dan untuk dibaca dan difahami serta diamalkan. Nak baca Al-Quran baca keseluruhan surah tersebut dan fahami kandungan surah secara menyeluruh. Jangan potong sana dan potong sini, beramal dengan dua tiga ayat untuk fadhilat penunduk, pengasih, kebal, halimunan dan sebagainya. Kalau ada masa carilah hadis berkenaan fahdilat bacaan ayat itu dan ini dan lepas tu tengok hadis itu sahih, palsu ataupun dhaif.


khutbah terakhir Rasulullah S.A.W pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.


Semoga tuan2 dan puan2 pembaca dapat sesuatu yang baru melalui posting kali ini.

Wallahu aklam...

83 ulasan:

  1. salam....
    saya berminat tentang cara nk menundukkan ilmu penunduk... mungkin kerana disebabkan salah seorang atuk saya yang telah berkahwin terkene ilmu ini.. saya tidak pasti akan tetapi byk petanda mengatakan atuk saya telah terkene ilmu ini... dari segi percakapan, penglihatan org baru iaitu nenek baru ataupun dengan kata lain ada seseorang sepupu telah nampak pendamping nya... akan tetapi saya tidak boleh berbuat ape2x kerana hanya seorg cucu.. kata2x nasihat drpd anak sendiri lgsg tidak dengar.. malahan atuk saya sudah semakin jauh dengan masjid.. teramat berubah... tolonglah tuan... saya nak membantu akan tetapi tidak tahu bagaimana... ada tak ayat al-quran yang perlu saya amal supaya saya dengan sendiri dapat nampak pendamping itu... saya tidak mahu... masa tua atuk saya hilang begitu sahaja... saya amat memerlukan bantuan... terima kasih

    BalasPadam
  2. Salam,

    Dalam kes tuan nie memang atuk tuan dah terkena ilmu pengasih campur penunduk nenek yang baru. Dalam hal ini ada cara nak membantu datuk tuan tu. Silalah call no telefon ustaz mail dan minta terus pandangan dia.

    BalasPadam
  3. asalammualaikum saudara saya ingin bertanya kan tentang cincin yg berkhodaam. saya mempunyai cincin cincin yg berkhodam dari pemberian atuk saudara. apakah harus saya lakukan? patutkah saya menyimpan? saya amat menyukai cincin itu kerana ia di canai daripada batu delima dan batu itu diperbuaat daripada ciptaan allah. salah ka saya memakai nya dengan berniat untuk menikmati ciptaan2 allah yang indah? dalam masa yg sama saya tidak memperdulikan tentang khodam itu. harap sauadara dapat menerang kan. terima kasih dan saya ingin meminta maaf jikalau ada salah dari setiap perkataan yang saya tulis ini . kalau ada salah mohon di ajar dengan hati yang ikhlas, dan kalau dizin kan saya ingin mengetahui ilmu haq ini dengan lebih mendalami di atas niat untuk berjihad untuk islam pada suatu saat nanti insyaallah. saya ingin bertanya kan mengenai dvd adakah dvd itu masih dijual ?

    BalasPadam
  4. salam tuan anon,

    untuk persoalan tuan, patutkan tuan simpan? Jika ditanya saya persoalan ini, sayaa jawab tak patut simpan dan tak patut pakai.

    Perasaan suka kepada cincin dan batu delimanya yang indah tu adalah satu petanda sesuatu cincin tu ada khodam. Perasaan suka , indah dan rasaa macam sayang sangat kat cincin tu adalah permainan jin khadam dalam cincin tu sendiri.

    Sememangnya semua benda kat dunia dan langit adalah ciptaan Allah termasuklah kita sendiri. Niat untuk pakai sebab dia cantik tak salah tetapi perbuatan itu mengundang jin bertapak dalam diri tuan dan buat rumah tangga dalam hati dan batin tu.

    Untuk permasalahan ini, saya betul-betul nasihatkan supaya tuan boleh memusnahkan terus cincin tu dan memulangkan khodam cincin tu kepada empunyanya.Kalau musnahkan hanya separuh sahaja kekuatan jin khodam itu dibenteras. Sememangnya dengan cincin yang sama khadam dan juga saka daripada datuk tuan turun melalui perantara cincin itu sendiri.

    untuk maklumat lanjut , silalah hubungi ustaz mail ataupun e-mail terus kepada sy untuk perinciannya.

    Wallahu aklam

    BalasPadam
  5. tlg bg no ust mail

    BalasPadam
  6. untuk keterangan lanjut/bantuan/tunjukajar ismail 013-3809376 019-3619305

    BalasPadam
  7. apalah salahnya batu cincin tu sampai nak dimusnahkan... kalau nak salahkan khadam tu buang jer ler khadam cincin tu.... marahkan nyamuk kelambu dibakar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan anon,

      Buang khadam didalam batu permata bukanlah kerja yang mudah. Ramai yg mengaku boleh buang khadam dalam cincin dan permata tetapi hakikatnya tidak. Jin tu masih ada. Lapisan makluk halus ni sebenarnya berlapis lapis. Nampak kita dah buang tetapi sebenarnya ada lagi yg bersembunyi dibelakang yang kasar tapi halus tu.
      Benda yang halus disebalik kasar yg halus ini yang paling merbahaya. Saya faham sesetengah aliran rasa mereka mampu buang khadam dalam cincin. Hakikatnya tidak. Panjang jika nak dikupas. Mudah nak buat ialah hindari aje lah. X pakai pun x terjejas apa apa pun mostly iman tuan tuan semua.

      Wallahu aklam

      Padam
    2. aslmkm,

      Saya nak Tanya,ilmu apa ye bilamana pengamalnya amalkan ada jin yang wujud bentuk macam Pontianak.Satu lagi ilmu apa yg dituntut bilamana ada ahli keluarga yang Nampak makhluk tanpa kepala.
      Sekian.

      Padam
    3. Waalaikumsalam,
      1. Ponti biasanya saka keturunan belah belah minangkabau.
      2..yg takde kepala.ni biasanya adalah pagar halus.
      3. Apa yg saya tulis kat atas adalah secara umum dan tak semesti sama.
      4. Sila call dan dapat dapatkan bantuan ustaz ismail.
      5..ganggu ahli keluarga itu mostly adalah daripada punca saka.

      Wallahuaklam

      Padam
  8. Salam tuan ustaz... sy mempunyai seorang rakan yg mempunyai teman wanita dan serius hendak berkahwin tetapi wanita itu curang dgn lelaki lain. Dan hanya akan cari kwn saya ni bila hendakkan sesuatu saja. Dan kwn sy ini semakin lama makin teruk. Susut, sakit rindu yg teramat, bila hendak tinggalkan wanita itu seakan ada yg halang, sejak dia makan masakan teman wanita, dia sejak tu jadi mcm bengong, ikut je cakap girlfriend kena hina maki kena pijak kepala n sanggup habiskan wang ringgit bila wanita itu meminta bila2 masa dan lepas itu kawan sy ditinggalkan dan akan dicari bila perlu saja. Adakah dia terkena sihir?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam
      1. Ya. Mmg kena sihir yg agak ampuh dr perempuan tu. Pengasih dan penunduk sekaligus.
      2. Nasihatkan kawan tu supaya dapatkan bantuan ustaz mail.
      3. masalah rakan tuan ni boleh diatasi dan dia boleh jadi normal.
      4. Jika ada.persoalan lain ug sulitboleh terus email kpd saya.

      Wallahuaklam
      2.

      Padam
  9. boleh buang tangkal macam tu saja ke...atau kena pergi jumpa ustaz atau pengamal perubatan islam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan anon,

      Jawapan saya.
      1. Boleh dibuang tetapi ada caranya iaitu musnahkan tangkal tu. Yg terbaik ialah bakar tangkal tu.
      2. Memusnahkan tangkal hanya mengurangkan separuh kekuatan jin pendamping yg ada didalam diri si pengambil tangkal.
      3.. jin pendamping tangkal walaupun tangkalnya atau rumah utama nya dimusnahkn masih mempunyai rumah kedua nya iaitu didalam diri penerima tangkal. Maksudnya jin itu separuh lagi bertapak dan tinggal didalam.diri manusia.
      4..jin ini perlu dipulangkan kepada.empunya asal iaitu pemilik asal tangkal bagi menyelesaikan pendamping jin ini.

      Wallahuaklam

      Padam
  10. Salam ustaz.. saya ada terbeli batu permata mani gajah. Tetapi sy belum ikat lg dengan cincin kerana masih ragu2 dengan permata berkenaan. Saya risau permata berkenaan mempunyai khadam. Jadi bagaimana saya ingin membuang permata berkenaan? Adakah boleh dibuang begitu saja, contohnya dibuang kedalam hutan??

    BalasPadam
  11. Waalaikumsalam shirul Ash dan pembaca semua.

    jawapan saya.
    1. Tidak boleh dibuang begitu sahaja. Kena musnahkan batu tu. cara musnah rujuk dibawah.
    2. Yang berlaku sekarang ialah khadam dalam batu permata tu sudah pun masuk kedalam diri tuan. semasa tuan beli walaupun belum diikat dan dipakai lagi..
    3. Sila pergi balik ke kedai tu atau call empunya kedai (penjual) tu dan akad seperti berikut:-\

    Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil dari tuan dan kepunyaan tuan yang ada pada diri saya sekeluarga.

    4. Seterusnya, batu permata mani gajah tu dihapuskan dengan membuang batu tu didalam lubang kumbahan (lubang najis).
    5. Jika ada soalan silalah tanya lagi.

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  12. Salam ustaz...isteri sy skrng ade hubungan dengan lelaki lain di tmpt keje die dan masih berhubung smp sekarang....isteri saya smp mengaku dengan sy yg die dah tiada hati dgn saya lagi...dan setahu saya perhungan mereka ni dah 3 tahun.sy dah berkahwin 6 tahun dan mempunyai 2 org anak.sebelum ni pon mmg saya tahu yg die ade lelaki lain tp masa tu die mmg menyesal ape yg die buat....tp baru2 ni saya dpt tahu lg yg isteri sy masih berhubung dgn lelaki tu die terus berkeras hati yg die tiada hati dengan sy.tp sekarang saya masih lg tggl serumah dan masih tidur bersama.tapi hati kasih syg die pada sy mmg hambar.boleh ke ustaz bantu saya?dah macam2 sy ikhtiarkn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam tuan hafiz,
      1. Saya nampak isteri tuan memang dah kena teruk ilmu sihir pengasih daripada lelaki tu.
      2. Boleh diatasi. Tapi tuan dan isteri kena jumpa ustaz mail. Dia akan bantu dan ajarkan teknik teknik untuk atasi ilmu pengasih ni.
      3. Jangan risau, bantuan Allah hampir tiba. Just call ustaz mail dan aturkan temujanji.
      4. Kali ini tuan akan dapat menyelesaikan masalah keluarga tuan. InsyaAllah.

      Wallahuaklam

      Padam
    2. Masalah nyer wife saya ni ssh untuk saya bwk die berjumpa ustaz...ade cara lain? Dan ustaz berada dimana?

      Padam
  13. salam tuan hafiz,
    1. Tuan boleh jemput dan ambil ustaz mail dan bawa ke rumah tuan jika perlu.
    2. Cara lainnya kena rujuk sendiri dengan ustaz mail.
    3. Rumah ustaz mail belakang IKBN dusun tua hulu langat. Sila google maps kan tempat tu. Biasanya ustaz mail akan jemput orang dengan motosikalnya depan jambatan besi IKBN dusun tua.

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan ahmad,
      1. Lebih kurang sebulan atau dua tengok atas level ilmu pengasih yg dikenakan.
      2. Silalah call ustaz mail utk temujanji dan bantuan.

      Wallahuaklam

      Padam
  15. sy dh jmpe ustz mail 2 hari lpas. first day sy rse tenang sgt. lpas 2 hari hati rse tak tenang balik. adakah saya kena balik? mcm mne keadaan kwn prupuan sy turut kena ilmu pngasih nih. berapa jangka masa ilmu pengasih ini boleh keluar dari bdn teman wanita sy?

    BalasPadam
  16. Assalam..nak tnya saya Baru bekerja ditempat Baru dgn majikan cina..yg saya khuatiri Sekarang adakah rakan sekerja saya INI mmpunyai perasaan tidak puas Hati dgn jawatan yang saya sandang INI kerana dia pekerja lama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1.,soalan ni saya prefer tak nak jawab. Rasanya cik lebih tahu.
      2. Saya cadangkan cik jumpa ustaz mail utk bantuan lanjut.

      Wallahuaklam

      Padam
  17. Salam tn saya nak tanya..
    saya pernah berjumpa pengamal perubatan tradisional utk berubat.tanpa sedar die menawarkan minyak.die gantung pd benang yg diikat pada pensel merah.kemudian botol mnyak tu bergoyang..sy terkeliru,tergamam,die jual pd sy.die nyatakn kegunaan utk mencalit.sy hanya guna sekali dua shja..disebabkan sy langsung x berniat dptkn minyak tu,tapi terlanjur ditawarkan pd sy secara tiba2,sy hanya menerima...akhirnya baru2 ni sy buang botol minyk tu ke sungai...berkhadam ke minyak tu?salah ke sy buang ke sungai begitu je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam puan anon,
      1. Minyak tu mcm minyak ilmu pengasih aja sy nampak.
      2. Ikutkan buang dalam sungai hanya akan mencemarkan sungai dan tidak lah mengeluarkan pendamping ilmu dr diri puan.
      3. Ya. Minyak tu mmg ada pendamping.
      4. Apa apa pun pendamping ilmu bomoh tu ada dlm diri puan. Saka adalah punca utama gangguan puan. Kedua duanya still ada dlm diri puan.
      5. Silalah call ustaz mail utk bantuan lanjut.


      Wallahuaklam

      Padam
    2. Utk pgetahuan,sy sebenarnya xde sakit atau gangguan saka atau apa2...
      sy pernah bertanya pd seseorang lain.die cakap minyak tu berpendamping.die srh sy bacakan surah yassin,dan lafazkan akad memulangkan pendamping itu pd tuannya.adakah cara tu benar2 berkesan?

      Padam
    3. Salam cik anon,
      1. Sebenarnya ada gangguan saka tapi maybe cik dah rasa benda tu biasa. Mcm panas baran, cepat terkejut dan juga sukar utk khusyu solat.
      2.well kalau akad tu betul dan belajar dari org yg betul dan maksudnya sampai, ya pendping itu akan pergi. Tak perlu pun baca surah yassin. Kalau nak baca surah yu sebab nak dot pahala dan keredhaan Allah silakan. Baca yassin nak pulang pendamping, tak jadi pun.

      Wallahuaklam.

      Padam
  18. Assalam..saya nk tnya skit..saya baru kerja ditpt baru..ada staf lama ni tk dpt terima kehadiran saya dgn jwtn tersebut. dia telah mempengaruhi boss sehingga boss percaya semua kata2 beliau sehingga saya rasa tidak selesa..adakah boss saya telah diguna2kan dan saya juga telah diguna2kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam syarifah atikah.
      1. Kawan cik tu mmg ada ilmu penunduk dan pengasih. That why boss cik dengar dan termakan cakap kawan cik tu.
      2. Ya. Cik kena dan boss cik.pun kena ilmu tu.
      3. Utk bantuan call dan aturkan temujanji dgn ustwz mail ya cik.

      Wallahuaklam

      Padam
  19. Mcm mana nak tahu klw kene sihir buatan pekerja?sebagai majikan kita ikut sj kehendak pekerja..

    BalasPadam
  20. Salam tuan anon,
    1. bab ni sendiri boleh rasa dan tahu. Mostly kita tidak mampu nak melawan kehendak pekerja kita walaupun didalam hati kita tak setuju dengan kehendak pekerja.
    2. Bab ini, jika serius tuan boleh rujuk terus pada ustaz ismail.
    Wallahuaklam

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum...
    Sy ade kemusykilan nk tnye pd pihak ustaz,begini ceritanya...mak sy berkahwin kali ke 3 slps kematian arwah abah sy. Jdnye,arwah mnggalkn byk duit serta harta untuk mak dan kami 6 beradik...
    Sejak mak kawin dgn ayah tiri,dlm diam mak byk hbskn duit pencen arwah pd suami baru...sehinggakn utk beli suar adk2 sy pn mak beli yg bundle sdgkn utk ank tiri yg mhl2...lps tu ayah tiri sedaya upaya mnjauhkn hubungn ank2 mak dgn mak,buktinye,die hantar adk2 sy jauh dr mak (sekolah berasrama)...mak sy dh xmcm dlu...tiap kali sy balik kg dgn suami,semua pergerakn mak diatur oleh ayah tiri sehinggakn nk rasa mskn dr airtgn mak pn dh ssh..sedih sgt...adkh mak sy sudah terkena? Dan sy sbgai ank sulong,ape yg patut sy buat agar perbuatan ayah tiri sy tu jadi tawar? Sy rindukn mak sy yg dahulu....
    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1. Mmg benar emak cik dah terperangkap dgn ilmu pengasih dan penunduk suami barunya.
      2. Bab nak menawarkan ilmu ni sebaiknya cik jumpa dgn ustaz ismail.
      3. Dia boleh bantu cik dan keluarga cik.

      Wallahualam

      Padam
  22. assalam. saya membaca salah satu masalh di atas dr syrifah atiqah. masalh dia macam sama dengan masalah yang kami hadapi cumanye berbeza, kami adalah pekerja lama .ada pekerja baru datang yang berjaya mempengaruhi ketua kami dan sekarng kami sudah tidak lagi penting bagi ketua kami. sedangkan pekerja baru ini amat di senangi. kami pekerja lami ini sebenarnya ada yang sangat baik dengan ketua kami sebelum ini tetapi sekarang sudah tidak lagi seperti dahulu. soalan saya adakah ketua kami ini sudah kena sihir penunduk dan bagaimanakh cara terbaim untuk keadaan pulih seperti sebelum ini. pekerja baru ini jika dilihat penampilan dan perwatakn memang alim dan ahli masjid lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1. Ramai yg berpewatakan alim dan islamik mmg amalkan ilmu pengasih dan penunduk yg berkulitkan islam. Mmg byk amalan mcm ni.
      2. Bab mcm ni nampak gayanya mmg kita kena belajar cara utk belasah ilmu hambah Allah tu sampai kalah.
      3'.jika ada masalah silalah email terus kod saya.

      Wallahualam

      Padam
  23. salam..
    saya musykil sikit. ada la sorg ni ajar sy rahsia tarikan cinta. sampai 1 tahap dia ada mintak alat makeup (lipstick) sy utk bg dia ngajikan, doakan dan embunkan. dan 1 lagi kalo sy xnak bg alat mekap..dia bleh kirimkan minyak wangi yg ngajikan, doakan dan embunkan utk tujuan pengasihan. katanya ayat2 yg digunakan alfatihah, al baqarah, surah yassin, surah yusuf, ayat ruqyah, ayat syifa' n kursi, selawat syifa', doa pengasihan, doa khatamun nubuwwah, doa kanzul arasy, doa pelembut n penerang hati, doa seri wajah, penenang fikiran, doa sulaiman, solat hajat, diikat nama kita dgn pasangan dan diembunkan pd malam jumaat

    soalan sy..apa hukum dia? salah ke? syirik ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam aby,
      1. Hukum menjampikan atau merukyahkan alatan mekap utk tujuan pengasih atau tarikan cinta or seri muka adalah salah. Sihir tu cik. Ilmu seri muka versi jampi alatan mekap adalah sihir.
      2.'ayat alquran boleh disalah gunakan utk sihir. Amalan selawat shifa dan segala mcm amalan yg cik sebut diatas adalah amalan rekaan yg bukannya dtg drp Rasulullah s.a.w malah dah jadi sihir.
      3. Sebaiknya cik pulangkan ilmu dan amalan tu pd kawan cik tu kembali.
      4.'akadnya
      Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil dari kamu dan kepunyaan kamu yang ada pada diri saya.
      5. Sila buang semua alat mekap yg dah dijampi tu. Habis semua dah jadi alatan sihir.
      6.'saya ajarkan cik dan semua pembaca yang haq semata mata tiada yang bathil dulu kini dan akan datang.

      Wallahualam

      Padam
  24. 1 lagi soalan..teman lelaki sy ada ilmu silat n boleh mengubat org n buang saka. dia ada ckp..dia boleh scan org n boleh tau org tu tipu dia ke tak. kalo dia tau org tu tipu dia..org tu dpt la something. tak berkat hidup. ilmu ape dia guna tu? dia penah gak ckp..dia tau sy ni ada keturunan..dia kata..sy ni bukan kosong. ada "isi". sy tak faham maksud dia..tp dia xbgtau bila sy tanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Nama nya ilmu scan silat dan kononnya ilmu perubatan silat. Sebenarnya yg bagitau or membolehkan bf cik scan tu pendamping ilmu silat dia.
      2. Maksudnya ialah cik ada saka keturunan cik. Isi tu.
      3. Just nasihat bf supaya pulangkan ilmu silat dia dan selesaikan saka dia sendiri sebelum dia nak buang saka orang lain.
      4. Saya juga nasihatkan cik selesaikan saka keturunan cik juga.
      5. Silalah call ustaz mail ukt bantuan lanjut.

      Wallahualam

      Padam
  25. Salam Tuan,
    Saya nak mohon bantuan jika tuan tidak keberatan. Saya merasa telah disihir berulang kali dari penyihir dan pengupah. Kadangkala simpton serangan berbeza2 tetapi alhamdullilah saya dah pandai sikit untuk menangkis serangan sihir ni. Cuma kalau saya tidak bersedia, saya terasa serangan semula dan tanda2nya ialah badan sangat lemah, bisa2 seluruh badan, pelupa, bengkak saluran darah dan tapak kaki, dan sakit pinggang yang teruk dan tulang belakang. Saya juga sering terasa cucukan pada jari kaki kiri dan kanan, dan sering terasa angin melintasi telinga dengan laju sedangkan masa tu tiada angin bertiup. Setiap kali berubat, saya akan sembuh namun nak kepastian Tuan...adakah dalam kes saya ni...si penyihir dan pengupah kerapkali menghantar sihir atau sebaliknya? Saya tidak ingin buruk sangka dan fitnah....namun perasaan terbawa2 akibat trauma ilmu sihir ni. Mohon bantuan jika sudi...dan saya juga hairan mengapa ketua jabatan tertinggi amat percaya dan tunduk pada wanita ini tetapi benda yg dilakukannya jelas bertentangan dengan peraturan. Ramai orang juga percaya dan tunduk dengan wanita ini dan saya jadi mangsa fitnah, dendam, kenaikan pangkat ditahan dan nama baik tercemar....tolonglah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumuusalam,
      1. Saya tak nampak mcm ada sihr kepada cik.
      2. Nampak mcm saka dan juga ambilan ilmu.
      3. Sila rujuk bab saka dan ambilan ini dgn membaca posting bab saka dan ambilan ilmu.
      4. Ketua jabatan tu kena ilmu penunduk dan pengasih sekaligus.
      5. Sebaiknya cik belajar lah dgn ustaz ismail mcm mana nak selesaikan sihir pengasih perempuan tu ya.

      Wallahuaklam

      Padam
    2. Terima kasih banyak Tuan. Saya juga sudah beberapa kali bermimpi pocong dan semalam saya bermimpi bertemu dengan pocong berdarah, seseorang berpakaian silat dan selalu terlihat kelibat orang berbulu dalam rumah. Pernah juga saya ternampak kepulan asap seperti pocong di halaman rumah dan terbau bau hanyir bangkai berdiri dekat saya. Apakah maksudnya? Maaf jika bertanya, adakah saya telah terkena ilmu pengasih? Mengapa saya tidak dapat bersetuju dengan wanita tersebut dan rasa sentiasa marah dengannya kerana telah memporak porandakan jabatan yg suatu ketika dulu adalah tempat yg amat aman dan gembira utk bekerja. Sekarang bisa2 di badan amat kuat dan saya sukar berjalan dengan tegak dan normal. Maaf atas pertanyaan ini. Terima kasih.

      Padam
    3. 1. Mimpi cik tu merujuk kepada saka keturunan cik sebenarnya/
      2. bab ilmu pengasih dan penunduk tu, cik x kena secara direct tapi boss cik kena.
      3. Sakit cik tu merujuk kepada saka dan ambilan ilmu.
      4. Jika ada soalan sila email terus kepada saya kelak.

      Wallahuaklam

      Padam
  26. Assalamualikum Tuan , di sini saya ingin bertanya apakah maksud bermimpikan orang yang telah menyihir saya ? keadaan mcm real sangat , dia balik rumah dan cakap dia dh buat mcm2 dekat saya , lps tu saya menasihati dia dalam mimpi tersebut . rasa mcm roh saya bngun sendiri ms tuu . penyihir tersebut amat saya kenali dan memang dia lah yang menyihir saya dan suami supaya bercerai . saya juga telah mendapatkan rawatan ruqyah dari seorang ustaz Darus Syifa di tempat tinggal saya ini. memang ada berlaku dialog antara jin penyihir yg keluar dari tubuh sy ini dengan ustaz tersebut . sehingga skrg saya masih berubat dengan ustaz tersebut dan penyihir tidak berhenti menyihir saya walaupun berkali kali saya berubat . sekarang sy sudah tahu cara2 utk menangkis sihir yg dihantar . soalan sy lagi , berapa lamakah tempoh utk saya betul2 sembuh dari sihir ini Tuan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1. Sebenarnya jika ditanya saya bila puan akan sembuh drpd sihir ni, dengan teknik dan ilmu yg puan amalkan sekarang, maaf saya cakap mmg tak akan sembuh.
      2. Teknik yg puan guna tak berkesan pun walaupun puan rasa puan mampu tangkis sihir tu.
      3.'saya cadangkan puan jumpa dan belajar teknik yg haq dan betul betul berkesan.
      4.silalah call ustaz ismail utk tunjuk ajar dan bantuan lanjut.

      Wallahuaklam

      Padam
  27. Suami saya ada hub ngan sulit dengan staff saya sendiri. Cakap saya suami langsung x mau dengar tp dia boleh me dengan cakap perempuan tu. Apa yg saya buat smua nya salah tp apa yg perempuan tu buat suami saya akur sahaja. Suami saya sanggup pukul, sepak terajang saya bila saya bercakap pasal perempuan tu. Dia sanggup bergaduh dengan saya demi membela perempuan tu. Segala kesalahan perempuan tu suami saya x nmpk. Bagaimana sya nak sedarkan suami sya sbb suami saya tidak akan percaya jika saya bg tau yg dia sudah terkena sihir. Dia akan marah saya kat saya.

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum,

    1. sememangnya suami dah kena ilmu pengasih staff puan tu selain daripada dia sendiri pun ada ilmu tu
    2. Untuk masalah seperti puan ni, silalah jumpa dengan ustaz ismail.
    3. Call dan aturkan temujanji dengan dia kelak ya puan.
    4. maaf lambat reply soalan puan ni.

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum
    Boleh tuan bg penjelasan ttg cincin dan permata?
    _________________
    Hadis riwayat Imam Muslim yang menjelaskan bahwa cincin Rasulullah SAW terbuat dari perak, dan batu mata di cincin beliau berasal dari negeri Habasyi.

    Beberapa riwayat menerangkan bahwa Nabi sendiri juga mengenakan cincin yang terpasang pada jari kelingkingnya sebagaimana hadis riwayat Anas bin Malik mengatakan:

    “Cincin Rasulullah terbuat dari perak dan batunya merupakan batu Habasyi”, (HR Muslim dan Tirmidzi).

    Hadis ini diderajatkan hasan sahih, dan dishahihkan oleh Al-Albani. Sedangkan dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa:

    عن أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ خَاتَمُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ وَرِقٍ وَكَانَ فَصُّهُ حَبَشِيًّا -رواه مسلم

    “Cincin Rasulullah s.a.w. itu terbuat dari perak dan mata cincinnya itu mata cincin Habasyi.” (HR Muslim).

    Dalil di atas juga menunjukkan bahwa batu cincin Rasulullah berjenis Habsyi, sejenis batu berwarna hitam kemerah-merahan pekat atau merah darah yang berasal dari Afrika.

    Menurut Imam Nawawi para ulama menyatakan bahwa yang dimaksud dengan, “mata cincinya itu mata cincin Habasyi” adalah batu yang berasal dari Habasyi. Artinya batu mata cincinya itu dari jenis batu merjan atau akik karena dihasilkan dari pertambangan batu di Habsyi dan Yaman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam azizul anuar.
      1.sememang nya benar Rasulullah s.a.w berdasarkan hadis memakai cincin perak berpermatakan batu akik habsyi.
      2. Mmg ada batu permata yg clear dan bebas daripada didiami oleh jin tetapi kebanyakkan batu permata yg ada dipasaran sekarang bermasalah.
      3. Sekiranya anda tahu dan boleh tengok jenis baru ok dan tak ok maka boleh lah anda proceed beli permata ru.
      4. Saya cadangkan jika x tahu elakkan beli batu permata. Just beli sahaja cincin perak sekiranya nak ikut sunnah.

      Wallahuaklam

      Padam
  30. Saya alami sakit teruk hmpir 5-6 thn..hampir tidak dpt berjln..angkara famili suami ,saka dn tmpt tinggal.mlm saya sakit lutut,tengkuk,bahu dn tgn seakan di tetak2..saya bersara awal kerana x upaya berjln rasa berat kaki dn blakang..plbagai rawatan moden dan alternatif tapi masih blum pulih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum haslina,
      1. Gangguan puan ni berasal drpd dua punca satu saka puan dan suami dan yg kedua ialah ambilan ilmu.
      2. Silalah call dan aturkan temujanji dengan ustaz ismail ya puan. Byk kes mcm puan ni mmg dah selesai.

      Wallahuaklam

      Padam
  31. Tuan

    Macam mana nak hubungi tuan,sy try call ust ismail tp tak dapat..sy perlu bantuan dari tuan tetang masalh saya ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila email terus kpd saya jika tak dapat hubungi ustaz ismail ya.

      Wallahuaklam

      Padam
  32. Salam..sye nak tanye..kawan saya die ramai gf...die penah tidur dengan semua perempuan yang die kenal..yang peliknye,walaupown die baru kenal 1 hari dengan orang tu,perempuan tu dengan rela bagi tubuh badan die..adkah kawan saya tu guna sihir..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1. Ya malang sekali ya.
      2. Ilmu pengasih yang dia ada ditambah dengan ilmu daripada saka keturunan dia menyebabkan keampuhan ilmu pengasih dan penunduknya tinggi.
      3. Akan tetapi ilmu ini akan menjahanamkan iman seseorang itu kepada Allah. Maybe Allah boleh ampunkan dosa berzina akan tetapi dosa mensyirikkan Allah dengan ilmu pengasih dan penunduk ini ..saya x berani cakap.
      4. Syirik itu ada dua jenis. Sedar dan tak sedar.

      Wallahuaklam

      Padam
    2. Ade tak cara supaya sihir die hilang..tapi tanpe pengetahuan die..

      Padam
    3. 1. X ada cara. Ilmu sihir itu kepunyaan dia. Dia harus rela membuang ilmu tu.
      2. Kepada org yg kena ilmu sihir dia tu, mmg ada cara nak kalahkan ilmu sihir dia tu, tapi bukanlah cara yg baik kesudahannya pad rakan tuan tu

      Wallahuaklam

      Padam
    4. Banyak persoalan lagi yang ingin saye tanyekan..macam mane saye nak hubungi encik..

      Padam
    5. Assalamualaikum,
      1. Sila email terus kpd saya. Email saya ilmuhaqdanish@gmail.com

      Padam
  33. Salam..saya nak tanye..kawan sy rmai gf..semua perempuan yang die kenal,die penah tidur sekali..yang peliknye walaupown sehari perempuan tu kenal ngan kawan saya,die rela bagi tubuh badan..adkh kawan saya guna sihir?

    BalasPadam
  34. Assalamuailaikum..Tuan
    Saya ingin bertanya Tuan sebelum nie saya ada saka keturunan...dan 3 bulan lepas saya berubat untuk membuang saka..tapi 2 minggu lepas itu ada kejadian yang yg berlaku pada diri saya..suami memberitahu yg sy memotong rambut saya sendiri dan seolah2 menjadi gila n sy mencederakan diri sendiri dn ingin membunuh diri dengan menggunakn pisau dan gunting..sy menjadi stress...
    Adakah sy terkena sihir atau mungkin sebab lain?
    Terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam puan,
      1. Bukan sebab sihir tetapi saka keturunan puan sendiri.
      2. Walaupun puan dah pergi perubatan buang saka, saka tu masih ada. Tak bergerak pun. Teknik tak effektif dan berkesan.
      3. Sebaiknya puan call dan aturkan temujanji secepat mungkin dgn ustaz mail. Dia boleh bantu puan mcm dia bantu saya dulu.
      4. Disebabkan jenia gangguan ini agak serius, saya cadangkan puan call segera ustaz mail dan email saya jika ada sebarang masalah.
      5. Email saya ilmuhaqdanish@gmail.com
      Wallahuaklam

      Padam
  35. Assalamuailaikum..Tuan
    Saya ingin bertanya Tuan sebelum nie saya ada saka keturunan...dan 3 bulan lepas saya berubat untuk membuang saka..tapi 2 minggu lepas itu ada kejadian yang yg berlaku pada diri saya..suami memberitahu yg sy memotong rambut saya sendiri dan seolah2 menjadi gila n sy mencederakan diri sendiri dn ingin membunuh diri dengan menggunakn pisau dan gunting..sy menjadi stress...
    Adakah sy terkena sihir atau mungkin sebab lain?
    Terima kasih..

    BalasPadam
  36. Assalamuailaikum..Tuan
    Saya ingin bertanya Tuan sebelum nie saya ada saka keturunan...dan 3 bulan lepas saya berubat untuk membuang saka..tapi 2 minggu lepas itu ada kejadian yang yg berlaku pada diri saya..suami memberitahu yg sy memotong rambut saya sendiri dan seolah2 menjadi gila n sy mencederakan diri sendiri dn ingin membunuh diri dengan menggunakn pisau dan gunting..sy menjadi stress...
    Adakah sy terkena sihir atau mungkin sebab lain?
    Terima kasih..

    BalasPadam
  37. assaalam tuan....

    saya nk minta tuan scan masalah saya dan isteri..kami dh bkhwinlbh 15 thun dn d kurniaakan dua anak seorang mninggal..tgal lg seorang berumur 8 thun...isteri seorang yg cepat pemarah ,ego, n byak pemikiran ngatif sejak awal pkhwinan..dan bru ini dah perselisihan srta bgduh di sebab kehadiran kwan tmpat bljar isteri yg mnyebabkn hubungan kmi bertambah teruk n melibatkan kerugian wang dlm jumlah yg banyak telah di serah oleh isteri kepada kwan lelaki itu serta mlibatkan fitnah n maruah dll...

    soalan saya;

    adakah wujud permainan ilmu sihir oleh kwan lelaki isteri sya tu hgga hubungan kami jg renggang dn isteri lembut hati serah wang trsebut..adkh da unsur sihir penunduk..pemanis dll...

    suami; Zainal Bin Jamnah

    isteri: Rosnani Binti Sharifah Essah

    sekian...t.Kasih...wasssalam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1. Mohon maaf sebab lambat reply.
      2. Ya. Ada unsur ilmu sihir pada isteri tuan selain drpd gangguan asal saka keturunan tuan dan isteri tuan.
      3. Silalah call dan dapatkan bantuan ustaz ismail ya.

      Wallahuaklam

      Padam
    2. Waalaikumussalam,
      1. Mohon maaf sebab lambat reply.
      2. Ya. Ada unsur ilmu sihir pada isteri tuan selain drpd gangguan asal saka keturunan tuan dan isteri tuan.
      3. Silalah call dan dapatkan bantuan ustaz ismail ya.

      Wallahuaklam

      Padam
  38. Salam tuan,
    saya mengalami masalah sentiasa takut apabila berada dijalanraya seolah2 sentiasa akan dilanggar kenderaan besar..lagipun setiap kali saya hendak pergi kemana2 ada shj halangan seperti nyaris2 xsiden atau kereta rosak..adakah terdapat gangguan pada diri saya..mohon tuan tolong dalami masalah saya

    BalasPadam
  39. Salam tuan,
    saya ada masalah dimana saya sentiasa takut berada diatas jalanraya kerana sentiasa rasa akan dilanggar oleh kenderaan besar..lagipun apabila saya hendak pergi kemana2 ada sahaja halangan seperti nyaris2 xsiden atau kenderaan rosak..minta tolong tuan dalami apa masalah saya sebenarnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam suzana,
      1. Gangguan saka sebenarnya tu.
      2. Selaun daripada tu mmg ada syaitan accident yang sedang mencari peluang utk kasi cik accident.
      3. Apa apa pun silalah call ustaz ismail utk bantuan lanjut.
      4. 0193619305.

      Wallahuaklam

      Padam
  40. Salam tuan...
    Saya tk tahu saya ni.ada masalah ke tidak..tp setiap kali jumpa org yg bleh berubat/blh scan mengatakan saya ni ada org bg saya benci kan suami ...maknanye ada gangguan dlm rumah tangga kami...betul ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1. Ya. Ada gangguan drpd saka puan sendiri dan saka suami puan.
      2.selain drpd tu memang ada sedikit sebanyak gangguan sihir pengasih yg terkena pada suami dan diri puan sendiri.
      3. Silalah call ustaz ismail utk bantuan lanjut.

      Wallahuaklam

      Padam
  41. Salam tuan,sy telah bkenalan dgn seorg lelaki sejak 2 bln lepas..sy mnjaga kedai ayah sy..kebetulan si dia membuka kedai berhmpiran dgn kdai ayah sy..dia sllu ke kedai sy untuk mmbeli air dn mknn..sjk sy mnjaga kdai itu, dia sllu ke kedai utk berborak dgn sy..sy perhatikan dia sllu mngambil peluang utk mnyentuh tgn sy namun begitu sy sempat mngelak..sehinggalah suatu hari dia meminjam telefon sy dn tpegang tgn sy..dia selalu mpelawa sy utk mjadi kekasihnya dan berkahwin dgnnya..sy menolak kerana dia sudah beristeri..tp lama kelamaan sy tersuka pd dia dan sggup jd isteri keduanya. Bila dia tak dtg ke kedai, sy sentiasa berasa gelisah..apabila berjmpa sy tidak mhu berjauhan dgnnya..dia ajk sy kahwin..isterinya pon tak kisah utk brrmadu dgn sy..jd sy bgthu ibu tntg hubungan kami..ibu xbersetuju kerana dia sudah beristeri..lalu kami mbuat keputusan utk kahwin lari..tp disebabkan syg sy pd ibu teramat kuat, sy sllu dlm dilema dn tidak bersetuju dgn idea dia..hubungan sy dgn ibu dan kluarga juga tidak seperti dahulu..sy sering bertengkar dgn mereka..disebabkan oleh perangai sy yg kelihatan pelik, kluarga membuat keputusan utk bjmpa dgn beberapa org ustaz tanpa pengetahuan sy..ustaz2 mberitahu bhwa sy tlh terkena buatan org iaitu sihir pengasih(mnyak pengasih dan sntau angin)..mereka beri sy air tawar utk tujuan memisahkan sy dgn teman lelaki..namun usaha mereka gagal..akhirnya kluarga sy bawa sy prgi bjmpa dgn ustaz..sy melihat sendri ustaz itu berkomunikasi dgn 'bende' tu..bende tu ada dlm bdn ank buah ustaz tu..dan melalui perbualan mereka sy tahu ia angkara teman lelaki sy..sy berasa sedih, geram dan tidak dpt menerima kenyataan..keesokkan sy mjadi murung. Tmn lelaki sy tak mngaku bhwa dia yg mnyihir sy..dan sy seakan2 terpedaya dgn kata2nya..mslhnya kluarga tak izinkn sy bjmpa atau hubungi dia lagi..tp sy tak dpt tanggung rase rindu pd si dia yg mbuak2..wlaupun sy tau dia yg btanggungjawab atas apa yg tjadi pd sy namun sy tak dpt kawal perasaan sy..
    Utk mkluman tuan, tmn lelaki sy mpunyai ilmu silat dan kebolehan utk 'mbaca/scan' fikiran dan perangai org lain..
    Sy masih dlm proses berubat..mndi air kolah masjid utk buang minyak pengasih yg ada pd sy..sy sllu berzikir dan mdgr ayat suci alquran spt ayat ruqyah n surah yaasin..namun keadaan sy ttp sama..kadang2 sy menangis tnpa sebab yg munasabah..
    Adakah tmn lelaki sy tlg mnyihir sy?
    Bagaimana sy hrus lakukan utk lupakan si dia?
    Adakah sihir ini boleh terhapus jika sy berkahwin dgn org lain?
    Bantu sy tuan kerana sy sudah buntu..sy xdpt tidur kerana sllu merasakan ada yg memerhatikan sy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum cik tanpa nama,
      1.ya betul cik terkena ilmu pengasih suami org tu.
      2. Tidak. Sihir itu tak akan terhapus jika kawin dn org lain pun.
      3. Cik tak boleh tidur sebab rasa ada benda memerhatikan cik tu adalah berpunca drpd jin dampingan perubatan islam.yg cik buat sekarang. Air kolah masjid tu banyak sgt kebathilan nya. Sesiapa yg mandi air kolah masjid semua bermasalah yg sama dan kebanyakkan lebih teruk drpd sebelum nya.
      4. Cik call lah dan dapatkan bantuan ustaz ismail ya. 0193619305.
      5. Ada sebarang masalah boleh terus email kpd saya kelak. Email ilmuhaqdanish@gmail.com

      Wallahuaklam

      Padam
  42. assalam tuan. sya sakura dr nilai. saya telah disihir hingga runtuhrumah tangga. masalhnya, bekas suami telah terkena ilmu penunduk isteri barunya hingga dia tidak boleh berenggang langsung dengan isteri barunya hingga dia abaikan saya dan anak2. bagaimana cara untuk batalkan sihir penunduk tersebut supaya bekas suami sedar semula dari khayalan? bekas suami telah 5 tahun tidak balik ke rumah. terima kasih tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam puan,
      1. Bab sihir mcm ni saya cadangkan puan call dan dapat bantuan ustaz ismail.
      2. 0193618305.

      Wallahuaklam

      Padam
  43. Assalamualaikum tuan,adakah saya ni ada pdamping jin islam?patutkah saya pergi jmpa pgamal pgubatan utk mbuangnya..minta pdapat tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam,
      1. Saya cadangkan tuan belajar sendiri dgn ustaz mail utk pulangkan pendamping jin Islam saka tu.
      2. Jgn jumpa pengamal perubatan Islam utk buang. Hanya tuan sendiri sahaja yg boleh pulangkan.
      3. Silalah call ustaz Ismail 0193619305.
      4. Pendamping jin Islam tu saka. Sila rujuk link berikut berkenaan saka.

      http://ilmuhaq-danish.blogspot.my/2012/07/saka-part-3-hubungan-saka-dan-anda-dan.html?m=1

      Wallahua'lam

      Padam