Assalamualaikum,
Agak lama saya berhenti berehat dari menyampaikan idea dan pandangan saya disini. Kini saya nak sambung bercerita tentang lada hitam, garam, kacang hijau, paku, benang serta kadang-kadang tahi besi yang digunakan sebagai pagar halus oleh kebanyakkkan pengamal perubatan islam dan tradisional. adakah benar jin , syaitan dan sekutunya takut pada objek-objek ini??
berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya, saya dah merasai bahana pagar objek-objek pemakanan ini yang jatuh kategorinya sebagai tangkal. Ramai yang mempunyai pendapat bahawa garam ataupun lada hitam adalah objek-objek yang diberi kebaikan dan khasiatnya oleh Allah sebagai pengusir jin. Ada yang berpendapat garam sebagai contoh mempunyai khasiat yang diberikan Allah untuk menghindari tenaga-tenaga negatif dan meneutralkan tenaga jahat. Adakah benar pendapat ini?
garam sebagai contohnya adalah bahan yang amat biasa digunakan oleh pengamal agama kristian untuk menghalang dan menghalau jin dan syaitan. Ramai yang cakap, itu cuma asbab tetapi yang berkuasa tetap Allah. Apakah hukum meniru cara dan amalan agama kaum yang bukan islam.
terdapat hadis yang bermaksud jika kita ikut amalan sesuatu kaum itu, maka kita tergolong dalam kaum itu.
”Barangsiapa yang meniru suatu kaum maka dia termasuk dari mereka.” (HR. Abu Daud yang dishahihkan oleh Ibnu Hibban)
Itu kupasan dari segi hukum. Bagaimana kupasan dari segi dalil dan teori akal pemikiran kita.
ambil contoh lada hitam. Benarkah syaitan takut pada lada hitam yang dibacakan Al-Quran dan ditabur dalam perkarangan rumah???
Bagaimana berfungsinya lada hitam yang dibacakan rukyah memblok ataupun menahan jin-jin, sihir, gangguan dan ancaman manusia dan jin? Berikut adalah persoalan saya.
- Lada hitam dan garam yang ditabur diseluruh rumah dapat menghalau dan meyekat jin?
- Ada ke pagar halus yang timbul selepas barang-barang masakan yang dijampi ini ditabur didalam rumah?
- Jin nak kene pijak lantai ke sampai dia takut nak terpihak or terkena lada, garam yang dijampi nie?
- Bolehkan rukyah (jampi) yang dibacakan pada garam ini bertugas menghalau jin?
- Luka kah jin or cederakan jin kalau tersentuh dengan benda-benda nie?
- ada tak sebarang dalil or kisah Rasullulah or para sahabat menggunakan barang masakan yang dijampi nie sebagai pagar?
Kemungkinan jin dan syaitan takut dan kecut perut pada objek-objek yang dibacakan rukyah nie,
maybe benar dakwaan tu tetapi..
dalam ilmu gentel lada hitam, lada hitam digunakan dengan cara mengentel lada tersebut, dibacakan ayat al-quran dan sihir lada hitam itu berjalan. Bahan yang paling ditakuti jin digentel seperti makrifat mengentel biji kelentit wanita??? kalau benarlah lada hitam itu benar-benar tak disukai jin, tak payah baca apa pun syaitan tengok terus lari.
Sebenarnya mengikut pengalaman saya, lada hitam adalah objek tangkal yang amat disukai oleh jin dibacakan ataupun tidak dengan ayat suci al-quran. Lada hitam itu pada asalnya tak punya apa-apa pun ketika kita beli tetapi apabila dibacakn rukyah pada lada hitam itu dengan niat membuat pagar, maka automatiknya dia akan dihuni oleh jin-jin islam yang berkeliaran dikawasan tersebut.
jika ditabur dikeliling rumah oleh perawat islam, maka berbondong-bondong lah datang jin-jin islam bertugas mengawal kawasan tersebut. Pagar untuk menghalang dan halau jin sebenarnya berfungsi sebagai rumah jin-jin islam bertugas mengawal keselamatan rumah.
Lada hitam itu kegunaannya dan khasiat yang diberikan Allah ialah pada rasanya yang pedas untuk untuk digunakan dalam masakan. Kalau dibacakan rukyah pada lada hitam itu kebarangkalian dan risiko lada hitam untuk menjadi tangkal meningkat bergantung kepada niat masing-masing. Maybe sipembuat pagar itu berasakan itu adalah ikhtiar dan usaha yang tidak melanggar syarak dan berdasarkan kitab-kitab perubatan yang ada.
Bagi saya ikhitiar itu memang perlu tetapi ikhtiar tu perlulah mengelak dari shubhah dan keraguan. Si pembaca niat usaha kerana Allah, Allah punya kuasa, tetapi untuk disakit belum tentu lagi. Berdasarkan pengalaman saya dan pengamatan saya usaha membuat pagar halus nie sebenarnya adalah kerja sia-sia dan tak berkesan. sebabnya:-
- jin tak takut pun pada lada hitam yang dibacakan rukyah malah mereka menjadikan lada hitam tu sebagai rumah.
- Hakikat penggunaan jin untuk menjadi pak guard untuk menghalang jin lain.
- Garam, lada hitam dan objek makanan ini akan menjadi tangkal dan wafak yang berisiko untuk membuatkan anda mensyirikkan Allah.
Sila perhatikan cara perubatan bomoh/dukun/pawang dan perubatan islam kini:-
Bomoh = Mentera + buluh + Tahi besi/ besi kuning+ Belerang ditabur disekeliling rumah.
Perubatan islam = Rukyah+ garam+ lada hitam + azan+ kacang hijau+ ditabur disekeliling rumah
Perubatan Kristian = Mantera (bible) + garam+ ditabur disekeliling rumahpenggunaan lada hitam yang dibacakan rukyah sebenarnya menghampiri kepada kegunaan tangkal ataupun wafak iaitu kertas yang ditulis dengan ayat-ayat al-quran dalam pelbagai bentuk dan rajah. Kalau nak tgk wafak orang cina, samalah rupanya dengan azimat orang cina biasa tampal. Mostly dalam cerita hantu hongkong, azimat ini berkuasa untuk menghalau atau melenyapkan kekuatan hantu.
![]() |
| Diambil dari laman http://emjayjb.multiply.com |
orang yang kashaf boleh melihat jin-jin bersarang dalam benda-benda makanan yang dijadikan sebagai medium perantara. Bab ini sebenarnya hanya Allah sahaja lah yang boleh memberikan anda fakta dan bukti. Saya hanya mampu bercerita sahaja.
Saya menyampaikan hanya kerana Allah, anda boleh terima ataupun tolak pandangan berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sedikit yang dipinjamkan oleh Allah.
Wallahu aklam..

Salahke jin islam?
ReplyDeleteSoalan yang terlalu pendek. Tetapi saya akan jawabkan juga. Salahkah minta pertolongan jin islam ataupun berkawan dengan jin islam?
Deletejawapannya salah sebab meminta pertolongan dari kaum jin. Hal ini ada dinyatakan didalam alquran. Jika berkawan sekali pun akhirnyajin ini akan bertapak dalam diri si kawan manusia ini dan akan merosakkan iman seseorang dari dalam.
wallahu aklam
mr anon kat atas ingat je "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" jadi....da tau kan?
ReplyDeleteAsalamualaikum
ReplyDeleteIngin penjelasan dari saudara, berkenaan dgn konsep lada hitam dan garam dalam usaha utk melawan gangguan halus ini.
Adakah sama dgn konsep menggunakan air? Maksud membaca yasin pada air atau ayat quran, selepas itu air di guna sbg medium usaha melawan kuasa jahat ini? jin akan Islam akan mghuni air tersebut?
Konsep niat, jika ingin mandi, niat bersuci shj tidak lengkap tanpa mmgunakan medium air, sedangkan air di ciptakan utk multipurpose bagi manusia? Pemahaman saya saudara, betulkan saya jika silap, penggunaan segala nikmat ciptaan Allah swt. Berdasarkan nawaitu dan keyakinan ilmu Allah swt. Salam ukhwuah
Waalaikum salam tuan.
ReplyDeleteSaya akan cuba menjawab persoalan tuan anon dengan sebaik mungkin.
Soalan pertama. Adakah sama dengan konsep mengunakan air?
j: Sama. Sila rujuk posting saya yg berikut http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2012/10/status-perubatan-menggunakan-air-jampi.html
2. Konsep niat.
Mandi untuk niat bersuci adalah satu ibadah khusus yang biasa dan memang diajarkan didalam sunnah dan ada hadisnya. Mandi wajib , sunat atau junub adalah mandi air bersama niat.
Mandi wajib atau sunat menggunakan air berbeza dengan membacakan rukyah ataupun ayat al-quran pada air. Satu mandi, airnya terus dibuang. Yang kedua air dibacakan rukyah oleh pihak ketiga, diminum oleh sisakit.
Bacaan al-quran keatas airadalah doa dan jatuh juga kategori jampi ataupun rukyah. Bermakna doa boleh dimakbulkan dan boleh ditolak. Air sememamngnya adalah universal solvant dan multipurpose. Boleh biacakan mentera dan jampi dan boleh dibacakan rukyah.
Hampir semua manusia pada masa kini tercemar dengan pelbagai punca kebathilan termasuk qarin, saka, zulumat dan pendamping ilmu. Air sememangnya boleh merakam unsur haq dan juga bathil. Bacaan Al-Quran sebenarnya menjanakan nur tetapi pada masa yang kebathilan (virus) jin juga pada masa yang sama menyelit masuk kedalam air tersebut. Yang haq tidak boleh bercampur dengan yang bathil. jika bercampur, akan menjadi bathil.
lebih selamat anda bacakan doa anda sendiri minum daripada minum bacaan doa dan jampi orang lain. Allah minta kita bergantung terus pada Dia terutama bab doa dan minta pertolongan.
Wallahu aklam
Salam. . Kalau pelesit. . Dia takut akan apa ?
ReplyDeleteWalaikumsalam,
Deletepelesit takut kena belasah or pukul aje. Untuk maklumat lanjut silalah email kepada saya.
Pelesit sebenarnya takutkan manusia yg tahu membunuhnya. org tua tua tahu cara paling simple nak bunuh pelesit. Silalah tanya orang tua tua.
DeleteCara yg mereka gunakan adalah amat berkesan. Jika x dapat jawapannya, sila lah tanya saya kembali.
Betul, salah kalau minta pertolongan JIN, berdasarkan Al-Quraan.Tapi bagaimana pula dgn org2 yg "MEMERINTAHKAN" Jin.
ReplyDeleteSeperti katanya "YA KHUDAMA.... Aku perintahkan kau....
Sedangkan mereka bertahap "KHAWASUL-KHAWAS".
Mohon penjelasan....
Salam tuan,
Deletebab mengkhadamkan jin ni saya dah cerita dalam posting khadam ayat. Rasulullah adalah manusia yg paling hampir dgn Allah dikalangan umatnya pun tak mahu mengendalikan or mengikat jin disebabkan Baginda teringatkan saudaranya Sulaiman a.s.
ilmu mengkhadamkan jin ni dah tahap ilmu anugerah ir ladunni separa mukjizat. Walaupu. Ada lafaz mengarah dan sampai tahap khawasul khawas...tetap bukan khadam seperti mana hubungan nabi Sulaiman a.s dgn rakyat.
wallahu aklam
Enga masuk akal haha bego bangat si lo
ReplyDeleteSalam tuan anon,
Deletememang engak masuk akal kalau belum alami dan rasainya. Mau tahu betul atau tidak mintak sahaja Allah tunjukkan pada tuan.insyallah Allah akan tunjukan pada tuan. Cuma lambat atau cepat sahaja.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteTuan, kalau dah pagar dengan garam Dan lada hitam yg dirukyah, apa yg perlu dibuat oleh tuan rumah? Maksud saya, apa yg perlu dilakukan untuk halau jin tu? Apa cara terbaik? Yelah... Takkan Nak biar jin jaga kita pulak. Baru tau cara ni pun salah.
Walaikumsalam,
DeleteKalau telah dipagar dgn rukyah maka pagar ini perlu dibuang dan dimusnahkan.
Cara buang dan musnahkan jin tu ada pelbagai. Bab ini tuan kena belajar sendiri dengan ustaz ismail.
Secara umumnya adalah mudah. Belajarlah teknik belasah dan bunuh jin sendiri. Pagar adalah passive protection. Membelasah dan bunuh jin adalah cara yg terbaik dan paling berkesan.
Mudah sahaja jika tau. Belajar adalah mudah dan tekniknya pun agak mudah jika tahu.
Wallahu aklam