Assalamualaikum
kali ini saya akan berceritakan tentang ilmu haq dan ilmu bathil dan bagaimana ianya berfungsi or bagaimana nak mendapatkannya. Sebenarnya amat senang nak dapat ilmu bathil berbanding nak dapat ilmu haq. Ilmu yang haq or amalan yang haq perlu ada 3 asas iman iaitu:-
1) Tasdiq dalam hati (niat)
2) lafaz dengan lidah (sebutan)
3) Diikuti dengan perbuatan.
contoh amalan yang haq ialah sembahyang or berpuasa. Ibadat ini memerlukan 3 asas iman ini dilaksanakan sebelum ianya sempurna. Ilmu dan amalan yang haq (benar dan diredhai Allah) kesemuanya bertertib dan mengikut aturan. Sebagai mana sembahyang ada tertib dan step yang perlu dipatuhi dan mengikut aturan. Tak boleh nak melompat step sebagai contoh takbir lepas tu terus tahiyat akhir. Kalau lompat step tak ikut aturan maknanya amalan tu tak sempurna dan tertolak.
Mengupas gangguan jin, sihir, buatan orang, hantu, iblis, syaitan dan cara mengatasi gangguan.
Jumlah Paparan Halaman
Memaparkan catatan dengan label ilmu kebal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmu kebal. Papar semua catatan
Sabtu, 4 Jun 2011
Rabu, 18 Mei 2011
Ilmu meningkatkan iman dan ilmu yang menyesatkan
Sebenarnya ilmu itu boleh menunjukkan kita kejalan yang haq dan ilmu itu sometime boleh menyesatkan kita. bab hidayah dan kesesatan itu hak Allah, Allah boleh memberikan hidayah dan menyesatkan sesiapa sahaja yang dia pilih. Berdoa sahaja kita tidak tergolong dari golongan yang disesatkan. Sedangkan Rasulullah sendiri berdoa.
Didalam Al-Quran ada mengatakan iman seseorang itu dinaikan beberapa darjat dengan ilmu. Dikirakan sebenarnya ilmu ini ada dua martabat. Ilmu yang haq meningkatkan iman, ilmu yang bathil itu menyesatkan.
Allah memberi hidayah melalui ilmu dan Allah juga menyesatkan manusia dengan ilmu. Siapa yang belajar ilmu bathil tu sememangnya nak mencari kesesatan. Ilmu yang Haq dari Allah, dan ilmu yang bathil juga dari Allah. Ilmu bathil sebenarnya diturunkan sebagai ujian.

Ilmu Kebal Part 2
ilmu kebal termasuk dalam kategori ilmu bathil yang terang. Ustaz mail dahulu salah satu ilmu bathil yang pernah dia terambil time2 dia jahil ialah ilmu kebal. masa 13 mei 1969. Masa tu ramai org melayu terambil ilmu nie dgn alasan yang sama iaitu darurat dan terpaksa. Itu adalah satu masa yang malang bagi org islam melayu kerana ramai yang terambil ilmu mcm nie. Yang berlaku kepada ustaz mail, memang badan dia tak lut dek senjata tetapi dalam batin dan imannya lemah. Semakin dia usaha untuk mendekatkan diri dgn Allah, semakin dia jauh dari Allah. Time tu dia buat tabligh merata tempat.
Sabtu, 14 Mei 2011
Ilmu Kebal Part 1
Ilmu kebal dengan penggunaan ayat al-quran sekalipun adalah satu ilmu yang bathil. Terdapat pelbagai ilmu dan kelebihan yang Allah kurniakan kepada Rasullulah dan para Sahabat baginda tetapi setahu saya takda seorang pun yang dapat ilmu kebal. Ilmu melipat bumi, bersayap dan terbang dan sebagainya ilmu-ilmu haq yang Allah bagi tetapi tiada ilmu kebal.
Ilmu penunduk, pengasih, kebal dan pelbagai lagi ada versi islamiknya iaitu ada penggunaan ayat2 Al-quran dan amalan2 zikir tetapi seperti yang saya terangkan sebelum ini walaupun ada ayat al-quran digunakan tak bermakna ilmu itu haq. Permainan puak2 syaitan dan iblis amat halus. Ibadat zikir dan bacaan al-quran dibuat atas nawaitu nak dapatkan ilmu adalah syirik sebab Ibadat kita hanya untuk Allah semata-mata. walaupun nawaitu nak dapatkan ilmu jadi niat kedua, tetapi beribadat (zikir, puasa, bacaan surah tertentu dan bilangan tertentu) adalah syirik disebabkan ibadat itu dilakukan kerana Allah dan nakkan amalan dan ilmu tertentu. buat ibadat kerna ilmu comfirm syirik, buat ibadat dan amalan kerana ilmu dan Allah juga syirik disebab mensekutukan Allah.
Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti ke atas umatku ialah syirik kepada Allah. Sesungguhnya aku tidak mengatakan bahawa mereka akan menyembah matahari, bulan atau berhala, akan tetapi mereka melakukan amalan kerana selain Allah dan kerana syahwat yang tersembnyi.”
Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

Ahad, 24 April 2011
Syirik - mempersekutukan Allah dan kaitan dengan ilmu bathil
Salam,
saya nak berborak sikit tentang satu perbincangan antara saya dan rakan saya yang alim dan belajar tinggi bab agama ni. Saya ada berbincangkan tentang politik dan rakan saya ini memang penyokong tegar sebuah parti politik agama islam kat malaysia. Saya ada berbincangkan tentang kepentingan jihad dan jihad yang paling penting ialah jihad dalam diri kita. Rakan saya tidak bersetuju dan berkata bahawa jihad yang paling penting ialah menegakkan negara islam dan hukum islam terlebih dahulu. Maknanya kene join parti tu lah baru lah cukup islam dan jihad kejalan Allah.
Saya tetap dengan pendirian saya iaitu jihad yang paling utama ialah membersihkan diri kita dari syirik. dibawah adalah petikan surah An Nissa'.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar". (Surah An-Nisaa : ayat 48)."
Syirik tu dosa besar. Kalau diri penuh dgn syirik tetapi berjuang dan berjihad kejalan Allah dengan berpolitk misalnya, bagaimanakan pahala dan amalannya??
Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan” (QS. Al An’am : 88)
Ayat diatas menunjukkan bahawa amalan yang dibuat sama masa dengan syirik dengan Allah, maka amalannya akan tertolak.
banyak sebenarnya syirik yang halus dan kasar yang kita buat tanpa kita sedar. Syirik yang paling bahaya ialah syirik kahfi atau syirik yang halus. Syirik ini sebenarnya tetap syirik dan perbuatan syirik nie bahaya sebab boleh menjatuhkan atau menidakkan kesemua amalan kita.
contoh syirik halus yang berlaku kepada kita tanpa kita sedar ialah:-
1) saka,
2) takutkan hantu, syaitan jin dan sebagainya.
3) Mempunyai or menggunakan barang-barang mistik.
4) berkhadam (khadam ayat ke, khadam cincin ke,)
5) mempelajari ilmu bathil seperti ilmu penunduk, ilmu pengasih, ilmu kebal, ilmu silat, ilmu dukun, pawang, karamah, ilmu tarik duit dan segala ilmu-ilmu shortcut.
syirik tu satu dosa yang paling besar yang Allah paling benci. Yang berlaku sekarang ramai yang mensyirikkan Allah tetapi berjihad dan beribadat kejalanNya dan mengharapkan keredhaan Allah.
yang berlaku ialah semakin banyak amalan yang dilakukan dgn dosa syirik sebenarnya menjauhkan kita dari Allah. Bukan semakin dekat dgn Allah, semakin hari semakin jauh dengan Allah.
Wallahukalam...
الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ أُولَئِكَ لَهُمُ الأمْنُ وَهُمْ مُهْتَدُونَ
"Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan". (Al-An`aam:88)
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
"Jika kamu mempersekutukan (Allah), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi." (Az-Zumar: 65)
Langgan:
Catatan (Atom)