Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 18 Mei 2011

Ilmu Kebal Part 2

ilmu kebal termasuk dalam kategori ilmu bathil yang terang. Ustaz mail dahulu salah satu ilmu bathil yang pernah dia terambil time2 dia jahil ialah ilmu kebal. masa 13 mei 1969. Masa tu ramai org melayu terambil ilmu nie dgn alasan yang sama iaitu darurat dan terpaksa. Itu adalah satu masa yang malang bagi org islam melayu kerana ramai yang terambil ilmu mcm nie. Yang berlaku kepada ustaz mail, memang badan dia tak lut dek senjata tetapi dalam batin dan imannya lemah. Semakin dia usaha untuk mendekatkan diri dgn Allah, semakin dia jauh dari Allah. Time tu dia buat tabligh merata tempat.


Alhamdullilah dia dah berjaya keluarkan ilmu kebalnya dan akhirnya Allah memperkenankan hajatnya memulangkan ilmu kebalnya. Yang berlaku dkt kawan seguru saya pun hampir sama. Dia menuntut ilmu selendang merah, sememangnya kebal badannya. kalau bergaduh tak pernah nak kalah. tetapi nak solat aje, ada benda hitam berdiri depan kain sejadahnya. Selain dari tu bunyi pahat tak kira siang malam mengekori kemana sahaja dia pergi (atas syiling).

ceritanya kalau ilmu kebal ini tergolong dalam ilmu yang haq, dah pasti ada cerita-cerita para sahabat yang dapat menguasai ilmu ini dan sudah pasti Rasullulah s.a.w dan para sahabat dah dapat ilmu ini dan amalkan. Ilmu kebal itu bathil kerana ianya menjauhkan diri anda dari syahid. Para sahabat dan bait Rasullulah s.a.w  semua berlumba nakkan syahid, kita semua berlumba-lumba nak kebal??? kalau kebal mcm mana nak dapat ganjaran syahid?? Kalau kebal pun, kulit yang kebal, kat dalam (iman dan bathin) langsung tak kebal. kalaulah ilmu kebal ini haq, Rasullulah s.a.w  pasti dah kebal dan para-para sahabat pun semua kebal. rasullulah adalah gedung ilmu dan contoh kepada semua umatnya.

kawan saya dah rasa, ustaz mail sendiri dah rasa penangan ilmu kebal ni. Saya takde ilmu kebal, cuma dulu ada ilmu kuat badan. accidentlah banyak mana pun, langsung tak patah..luka2 adalah. Alhamdulillah saya dah berjaya pulangkan ilmu nie.

terpulanglah kepada semua nak percaya atau tidak. Kawan saya amat bersyukur kerana Allah tunjukkan ilmu yang banyak menggangu darinya dan keluarga ialah ilmu kebal selengpang merah. Alhamdulillah dia dalam proses memulangkan segala ilmu bathil yang dia pernah ambil secara sengaja dan tidak.

wallahuaklam

11 ulasan:

  1. mcm mana ngan ilmu besi kursani pulak.,tu ilmu kebal jugak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kurang lebih lah. Ada kebal dan juga kelebihan lain. Ilmu ini kononnya ilmu rahsia islam. Salasilah ilmu ni saya kurang pasti tetapi one of anak murid ustaz mail ada belajar ilmu ini. Mmg berjin pun walau apa pun kata mereka. Ada jentera yg perlu dibaca dan memang ada selitan nama Allah dan sebagainya.

      jauhi ilmu kebal tak kira apa nama sekali pun.wallahu aklam

      Padam
  2. ada sorg pakcik kt kg baru cerita masa 13 mei 69 tu dia tlh mnum seteguk air yg didoakan dimasjid kg baru...kmudian zikir Allah tak putus2...kesannya cukup luar biasa, dia ckp pintu kedai dia leh siat2kan mcm siat kertas, kete ditebalikan mcm tong sampah....ni pun tmasuk ilmu bathil gak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan anon,

      ya. Ilmu bathil memang shortcut. Just minum air jampi, zikir tu hanya lah syarat aje. Logik akal takkan jadi begitu kuat dalam masa yg singkat dan kekuatan mcm tu buka lah kekuatan manusia.

      itu lah ilmu bathil. Ilmu yang haq adalah teratur dan mengikut tertib dan memakan masa dan perlu ada asas iman iaitu niat, lafaz san perbuatan.

      wallahu aklam

      Padam
  3. terima kasih en. danish....mcm mana pulak klu dia doa mntak pd Allah tp jin yg dtg tolong....adakah Allah hntar bantuan melalui jin ni? terima kasih krn sudi jwp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan anon,

      kalau dikaji dari segi tauhidnya, segala apa pun datangnya dari Allah. Sememangnya ilmu bathil pun diturunkan oleh Allah kepada manusia melalui dua malaikat harut dan marut dibabilon. Ada rujukan didalm alquran.
      Belajar aje ilmu khadam, automatik dapat khadam. Allah akan menghantar bantuan kepada hambaNya tetapi askar Allah adalah malaikat dan bukannya jin.
      Kajilah salasilah Rasulullah saw. Takda satu pun peristiwa Allah menghantarkan jin sebagai pembantu disebabkan Allah sendiri dah larang manusia dan jin saling tolong menolong.

      wallahu aklam

      Padam
  4. salam tuan, sy rasa sy pun ada gangguan jin la..sbb sy ni baran, solat liat walaupun tau bdosa besar tggalkan solat...klu solat pun bila duk jauh ngan keluarga tu pun x kusyuk, balik kg kmbali pd perangai asal, nak solat dpn mak bapak malu sbb sy ni dulu degil, kuat melawan mak bapak...apatah lg adk beradik majoriti tak solat kecuali bapa, mak dan 2 abang saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan anon,

      masalah tuan adalah sama dengan masalah saya dahulu. Sememangnya ada gangguan jin didalam diri tuan yg menyebabkan tuan kiat nak solat panas baran dan sebagaiya.
      silalah call no pada profaik saya dan belajarlah cara utk atasi masalah tuan. Insyaallah selepas ni tuan akan hilang baran dan kan rajin solat. Sekarang jin saka tuan byk menggangu tuan. Selesaikan lah masalah saka tu insyaAllah byk msalah boleh selesai.
      wallahu aklam

      Padam
  5. salam, en..abang sy sekarang ade dapat selendang merah untuk ilmu kebal ni..peninggalan arwah bapa saya..mak sy yg bg kat die..
    sekarang ni die dah lain..mcm nak gile..kadang cakap sorang...die ckp bole baca hati orang lain..sampaikan orang yg die baca isihatinya tu mengganggu die setiap malam sekarang.. adakah ini saka? maam mana nak ubat die?

    Abang sy lagi sorang pula dapat barang2 mistik disekitar rumah sy..seperti paku emas, besi emas, tasbih, kulit kerbau, batu akik dan macam2 lagi..
    die pula cakap ade orang yang nk hantar bukan2 kat keluarga sy..
    apa masalah ni?cara nk selesaikan macam mana?

    Sy pula jadi susah nak tidur malam..liat nk solat bile ade dirumah..
    anak2 buah sy pula jenis degil2 x mau dengar cakap..selalu sy jadi baran bile dirang bising2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,

      Harap maaf sebab terlalu lambat reply. Memang ada caranya utk atasi masalah yang tuan hadapi sekeluarga.

      Silalah hubungi ustaz mail utk bantuan dan tunjuk ajar.

      Terlalu banyak kes seperti tuan dan semuanya dapat diselesaikan dengan izin Allah.

      Kuatkan semangat dan call dia dengan segera.


      Wallahu aklam

      Padam
    2. Salam,

      Hubungi ustaz mail utk bantuan. Kes seperti anda sebenarnya amat biasa dan alhamdulillah dengan izinnya kesemua nya telah dapat diselesaikan.

      Masalah anda sekeluarga akan diselesaikan sekaligus insyaAllah.


      Wallahu aklam

      Padam