Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 17 Mei 2011

Tok Bidan Kampung, Urut Selepas bersalin

saya sambung lah cerita tentang tok bidan kampung dan kenapa ilmu ini bathil.

Tok bidan kampung jika anda sedia maklum adalah sejenis ilmu putih yang diamalkan oleh masyarakat melayu islam kita. Tok bidan kampung nie kebanyakkannya menggunakan perantaraan jin untuk menjalankan kerja-kerja mereka. dalam sebahagian kes ilmu tok bidan kampung ini mempunyai kaitan dengan hantu yang disebut penangal. aAda ceritanya bidan kampung membela hantu jenis hantu raya dalam menjalankan tugas mereka. Anyway dalam versi-versi cerita yang berbeza ini, bidan kampung adalah satu jenis ilmu putih yang menggunakan jin sebagai perantaranya.


Jika anda lihat dan perhatikan, bidan kampung kebanyakkan kurus kering dan jika ditengokkan dari fizikalnya jarinya memang tak cukup kuat untuk memberikan urutan dan cengkaman yang kuat. yang berlaku ialah kebanyakkan tok bidan kampung ini kalau yang pernah merasa urutan dari merka ni, kederat mereka memang kuat dan banyak,. Cengkamannya memang kuat dan dapat bertahan lama sehingga 1 hinga 2 jam sekali urut. kalau kita yang biasa nie, urut isteri sendiri pun 5 minit pun dah letih dan kebas tangan dah.


antara jin dan gangguan yang pernah saya dan keluarga alami ialah dari ilmu bathil tok bidan kampung. Diceritakan sendiri oleh bidan kampung nie, dia memperolehi ilmu urut bidan dan menjadi bidan ni dari mimpi. Mimpi kita manusia biasanya kebanyyakannya semua karut dan disebabkan oleh makhluk jin. sukar nak percaya. Tok bidan or sesiapa yang belajar dari mimpi kebanyakkannya belajar terus dari jin...dan ilmu yang belajar terus dari jin kebiasaannya ampuh or berkesan. Tok bidan yang belajar mengurut dari keluarga or saka sendiri sebenarnya tak cukup hebat berbanding yang belajar terus dari tok syekh dari mimpi nie. Yang belajar dari tok syeh alim2 dialam mimpi nie (jin sebenarnya) kebanyakkannya ilmunya menjadi dan urutannya memang hebat. Dari yang songsang ke tak songsang, dari rahim kebawah hingga rahim pulih mcm biasa. Dari yang sakit badan selepas bersalin hingga baik pun ramai.

yang berlaku kepada saya sekeluarga ialah, isteri saya memang ada berubut 3-4 kali dengan tok bidan kampung nie, nak sengkak perutlah, mengurut selepas bersalinlah. 2 org baby sebenarnya. ilmu dan ambilan dari tok bidan kampung nie adalah ilmu bathil yang pertama saya dan keluarga pulangkan. Terasa jin-jin yang banyak keluar dari kepala, ubun2 dan badan saya selepas ilmu ini saya dan isteri pulangkan. Terasa macam api yang menyala-nyala keluar dari badan dan kepala.

Satu simptom or kesan dari belajar ilmu menjadi tok bidan kampung or tukang urut ialah (tak semua) ialah:-

  1. pasangan kepada empunya ilmu nie kebiasaannya tak panjang umur, or sakit lumpuh or tak boleh berkalan.
  2.  Tak boleh mengerjakan haji (pantang ilmu nie). 
  3. Badan tukang urut or tok bidan nie kebiasaanya kurus. Makan banyak mana pun tetap maintan slim dan kurus.
  4. Ilmu ini perlu diwariskan kepada keturunannya jika siempunya nak meninggal dunia secara baik. (sebenarnya tak diwariskan kpd keturunan secara rasmi pun, ilmu nie memang menjadi saka kepada kesemua anak-anak dan keturuanan siempunya ilmu nie).


Saya hanya menyampaikan kerana Allah. Anda boleh terima dan tolak apa sahaja yang saya ceritakan. terpulanglah kepada tuan dan puan para pembaca semua. Untuk membaca kisah gangguan saya akibat mengambil khidmat bidan kampung klik disini

Wallahuaklam...

6 ulasan:

  1. En danis klu bini dah bersalin mcm mana nak berpantang klu x berurut....yg tukang urut memang mak bidan,ke x payah urut lansung dlm pantang tu....sbb org tua2 kata klu x urut badan nt sakit2@ade kesan x baik lah ape lah.....bleh bg pendapat @nasihat ke pencerahan ke,@ urut yg xde kene mngene ngn setan durjana nih t.kash

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan aires aires,
      Jawapan saya.
      1. Saya faham kebanyakkan kita orang melayu islam amat terbiasa dengan urut sebelum dan selepas bersalin. Sukar nak memisahkan kepercayaan urut bersalin ni dengan kefahaman org melayu islam.
      2. Akan tetapi urut selepas bersalin hanya diamalkan oleh orang hindu dan melayu islam sahaja. Bangsa lain tidak mengamalkan urut selepas bersalin termasuklah arab dan eropah.
      3. Tiada sebarang hadis yang saya jumpa berkenaan urut. Selepas bersalin atau urut utk kesihatan.
      4. Ilmu mengurut adalah satu warisan ilmu purba yang berasal daripada agama hindu. Orang hindu mmg ada seni urut mengurut ni dan juga orang cina.
      5. Saya dan isteri memang kena teruk gangguan bidan bersalin ni. Kalau tak kena maka tak kan faham dan percaya.
      6. Setelah diberikan ujian dan bukti dua anak terakhir saya, isteri saya tak mengurut pun selepas atau sebelum bersalin.
      7. Allah menjadikan badan manusia ini sama sahaja, arab, melayu, european, afrika. Bermaksud, tanpa urut badan perempuan akan sembuh sendiri.
      8. Jika org arab dan orang putih boleh sihat wal afiat tanpa sebarang urutan, kenapa tidak.kita org melayu islam?
      9. Hakikatnya, banyak perempuan melayu islam selepas bersalin mengalami masalah kemurungan melampau, meroyan dan gila dan ini semua adalah.angkara urut sebelum dan selepas bersalin.

      Wallahuaklam

      Padam
  2. Askum. Sama juga la ke dengan beurut refleksologi di pusat2 kesihatan.

    BalasPadam
  3. walaikumussalam,
    1. Ya sama sahaja, Kena pulangkan juga pd pusut urut refleksology tu dan pusat pusat kesihatan seperti spa.

    wallahuaklam

    BalasPadam
  4. Salam. Macam mana cara nak pulangkan tu Tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam,
      1.akad pada org yg mengurut tu melalui lisan, sms or text melalui apa apa medium.
      2. Akadnya.

      Saya pulang kan apa sahaja yang saya ambil daripada tuan dan kepunyaan tuan yang ada pada diri saya, isteri saya dan anak anak saya.
      3. Saya ajarkan dan bagi yg Haq semata-mata tiada yg bathil dulu kini dan selamanya.

      Wallahua'lam

      Padam