Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 1 Mei 2011

Sakit Gangguan makhluk halus ataupun sihir, jin, saka yang tak sembuh-sembuh dan tak sembuh sepenuhnya.

Ramai sebenarnya mengalami masalah gangguan makhluk jin dan sihir. Ramai yang berusaha mencari penawar ataupun mendapatkan bantuan perawat-perawat yang dari perubatan islam ataupun biasa. Tak ramai yang sembuh sepenuhnya dan ramai jugak yang tak sembuh-sembuh dari gangguan dan sakit misteri nie.

Kenapa?

saya akan cuba menghuraikan kenapa sesetengah masalah gangguan dan sakit misteri ini tak sembuh-sembuh , sukar sembuh ataupun tak sembuh sepenuhnya.

sebab sebabnya ialah:-

1) Punca masalah sakit dan gangguan tidak dicari dan dibenteras dari akar umbinya.
2) Cara rawatan yang sama untuk kesemua jenis sakit misteri ini.
3) Teknik rawatan yang digunakan lemah dan tidak menyelesaikan punca masalah tetapi hanya menghilangkan simptom.
4) Rawatan diterima hanya semata-mata rawatan, tiada kupasan masalah dan cara-cara yang diajarkan yang boleh diamalkan sendiri oleh pesakit.
5) Rawatan dibuat oleh 3rd person bukan oleh si pesakit itu sendiri.
6) hanya pesakit sahaja diubati. Dlm kebanyakkan kes, serangan sihir dan makhluk halus nie sebenarnya datang dalam pakej lengkap. kalau suami yang kene, isteri dan anak2 turut kene tempias. Kalau suami sahaja diubat, keluarga tidak,,,yang berlaku serangan itu akan berulang disebabkan keluarganya tadi,


dalam apa yang saya pelajari, ubat penyakit itu ada pada empunya diri itu sendiri. Setiap musibah yang datang melalui sakit misteri ini adalah sebenarnya berpunca dari kesilapan dan kesalahan empunya badan sendiri yang berlaku sedar dan tanpa sedar.

dalam apa yang saya pelajari mudah. Anda sendiri belajar caranya, ada sendiri buat dan berusaha ubatkan diri sendiri. Apa yang berlaku sekarang ialah kita mencari perawat-perawat dimana kebanyakkanya melibatkan kos perjalanan, kos makan minum kos upah perawat dan dalam kes-kes tertentu kos-kos mengarut yang dikenakan oleh perawat. Perawat-perawat pula tidak menerangkan punca masalah sakit itu berlaku tetapi sebenarnya menambahkan sakit yang sedia ada tanpa sedar.

saya akan cuba menerangkan kenapa saya cakap rawatan yang anda dapat tu sebenarnya menambahkan sakit yang sedia ada tanpa sedar dimasa hadapan. Sukar nak menerangkannya tanpa menimbulkan salah faham. panjang ceritanya.

Jika anda nak faham secara detail anda kena baca hampir keseluruhan posting dalam blog saya ini dan cubalah kaitan satu posting dengan posting yang lain. Kebanyakkan masa or most of the cases gangguan sihir tu sebenarnya bukanlah sihir tetapi gangguan jin kepunyaan sendiri, dari rumah-rumah jin dirumah kita dan pelbagai punca dan sebab gangguan itu datang. kebanyakkan kes kalau berjumpa dgn pengamal perubatan islam ataupun tradisonal, mereka menyatakan sebabnya sihir dari sipolan bin sipolan. hakikatnya kebanyakkan kes yang saya jumpa, mostly sebab gangguan saka, jin yang berada rumah dan sebagainya. Gangguan sihir memang ada seperti santuau, ilmu tuju-tuju, pengasil, pelalau dan sebagainya tetapi tak semua kes.

kebanyakkan kes yang tak sembuh-sembuh adalah mudah, punca utama sakit itu tidak dibenteras. rawatan yag diterima tidak mencari punca tetapi semata-mata menghilangkan simptom sakit. kebanyakkan masa pula bukan jin dibuang, malah jin di top up kedalam si sakit (sengaja atau tak sengaja) dalam usaha men suppress kan simptom gangguan. selain dari itu hanya si sakit aje diubati yang terlibat dalam gangguan dan serangan itu seperti anak, isteri ataupun suami tidak diubati.

Pendek cerita nak ubatkan masalah sakit misteri nie pada saya ialah ...anda belajar sendiri dan anda buat sendiri. anda akan nampak kesannya sedikit demi sedikit. Cikgu saya banyak kali cakap dia bukan perawat dan tok bomoh. Dia cuma tukang ajar or consultant sahaja. Anda kene buat sendiri barulah selesai dan sembuh sepenuhnya sakit anda.

saya dah rasa azabnya mencari sana-sini dalam usaha merawat sakit misteri isteri saya. Alhamdulillah saya dan keluarga dapat ketemu cara yang mudah dan senang mengatasi masalah saya sendiri. anda pun boleh.

wallahuaklam..

11 ulasan:

  1. Saya nak tanye. Sya dan adik-bradik dah lama kena ganggu dgn jin spt dirogol dlm mimpi n lain2. Tp perawat yg baru2 ni saya jumpe kta dah bnyk sgt biji benih jin tu dlm bdn saya. Teruk ke situasi sya? lg satu, ape hukum klau perawat tu memberi air bacaan quran utk rawatan tp sya tengok die pun mgguna bantuan jin utk merawat kami. Die brborak sorng2, main pagar2 kaki sya n sume tekaan die psl msalah hidup saya betul. Tp, ibu sya kta prawat tu xjahat tp ade skit kebolehan spt Nabi Sulaiman as yg dia dpt di Mekah. Patut ke sya teruskn rwatan n minum air jampi tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam cik nurul,

      Saya nak nasihatkan cik nurul supaya berhenti meneruskan rawatan dan berenti minum air jampi tu. Penyakit dan gangguan tak akan sembuh dengan cara sebegini. Yang berlaku kat cik nurul dinamakan top up saka or top up gangguan. Yang berlaku sebenarnya perawat tu sedang memasukkan jin-jin (khadam/kawan) kedalam diri cik. Jika jin yang masuk tu lebih kuat dari yang sedia ada, maka cik akan berasa sembuh dan ganggaun akan hilang. Kalaulah jin yang dimasukkan tu lebih lemah, takde apa yang akan berlaku melainkan gangguan akan berlaku lebih kerap.

      Dah banyak pesakit mengalami masalah seperti cik dan selepas jumpa ustaz mail dan dicarikan punca datangnya jin itu dan diselesaikan pada akar umbinya, semua pesakit gangguan dirogol jin ini akan sembuh dan dapat berdiri sendiri. Ini bermakna cik nurul akan mampu menghadapi gangguan sendiri dan membelasah jin yang datang menggany.

      Minum air jami dan tekan ibu jari kaki adalah cara untuk memasukkan jin yang baru kedalam diri puan. Sebenarnya ibu jari adalah pintu masuk jin. Air yang dijampi juga akan menambahkan lagi jumlah jin yang dimasukkan kedalam badan. Jin dari perawat akan masuk kedalam air jampi, cik minum masuklah jin itu dengan mudahnya.

      Saya menyampaikan kerana Allah tiada yang lain. Saya cadangkan cik nurul call no si profile saya tu dan aturkan temujanji. InsyaAllah, masalah ganggaun itu akan diselesaikan secara total dan berterusan.

      jika ada sebarang masalah lain dan segan nak cakap pakai comment, silalah e-mail kpd saya pada address email dlm profile saya.

      Wallahu aklam

      Padam
  2. asalammualaikum.. saya kena nasib yg sama.. tapi lain sikit.. saya susah nak solah,bila dengar azan jantung menjadi laju.. bisikan suara2 tu selalu menyuruh perkara2 maksiat.. saya dah cuba kuatkan diri dgn bersolat,tetapi semakin kerap suara tu menganggu.. memang susah nak kusyuk.dulu saya pernah ubat ketagihan dadah saya dgn cara bacaan2 ni.. tapi saya tak dpt berhenti menagih.. sampai satu malam saya di datangi suara2 ni.. kawan2 cakap saya dah kertulahan..

    BalasPadam
  3. walaikumsalamm jun,

    itu bukan keturlahan. Sebenarnya jika tak silap saya masalah bisikan itu datangnya dari amalan bacaan-bacaan dan zikir untuk berenti ketagihan dadah dan juga saka jun.

    sebenarnya sukar untuk saya jelaskan secara baik tentang ilmu bathil yang tersembunyi seperti amalan bacaan-bancaan dan zikir untuk mengubati ketagihan dadah.

    saya cadangkan dan berharap jun dapat menghubungi no di profile saya dan berjumpa sendiri dgn ustaz mail. Bisikan tu takkan lenyap selagi tak dikeluarkan dari diri jun, Ada pendamping ilmu bathil aka jin yang masuk menggunakan bacaan-bacaan tersebut.

    ini boleh difahami dengan merujuk psoting saya seperti dibawah:-

    http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/04/ilmu-bathil-yang-terang-separa-dan.html

    BalasPadam
  4. As salaam, nak tanya ape cara itk ubati penyakit gangguan ni??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam intan
      1. Kena cari punca gangguan tu terlebih dahulum.gangguan ni kebiasaannya berpunca drp pelbagai punca. Bukanlah satu punca semata mata. Gabungan beberapa punca sebenarnya
      2. Lepas jumpa punca barulah teknik yg sesuai digunakan. Bukanlah satu teknik pakai utk semua.
      3. Apa pun sy minta cik call dan aturkab temujanji dengab ustaz ismail dgn kadar segara.

      Wallahuaklam

      Padam
  5. Assalamualaikum tuan danish . Saya peminat batu cincin dan teras kayu .. saya ada menyimpan cincin teras kelor .. persoalan saya , adakah cincin teras kelor saya berkhadam dan macam mana saya nk ubati ketagihan memiliki batu permata ni ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam tuan ghoni,
      1. sebaiknya tuan pergi lah jumpa dan belajar caranya dgn ustaz Ismail yan
      2. call dan aturkan temujanji. 0193619305.

      wallahua'lam

      Padam
  6. Maaf nak bertanya lagi .. adakah dalam badan saya ni ada jin atau sebagainya tuan ? Terima kasih tuan . Saya hanyalah insan yang tengah mencari diri sendiri . Jahil orangnya ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum tuan,
      1. ya ada byk syaitan jin dlm diri tuan. byk jenis dan species.
      wallahua'lam

      Padam
  7. Assalamualaikum. Sebelum ini akak sy yg terkene serta sakit misteri ini diikuti oleh ibu saya. Selang beberapa bulan ayah su meninggal sy pula terkene sehinggalaa sebelum selepas dan jugak pada majlis perkahwinan sy diganggu meracau, mengamuk sehingga majlis perkahwinan tidak seperti majlis kahwin to sebaliknya. Tp dgn izin Allah sy hanya sempat menikah selepas suami akad sy terkena semula. Skrg sudah 2 tahun berkahwin sy masih sakit lg, sekrg tgh mengandungkan anak kedua. Mg kerap kene. Dlu selalu bertengkar dgn suami, skrg skit skit sy dpt kawal perasaan marah n ingin bertengkar dgn dia. Cuma sy masih sakit lg. Kdg kdg tiba tiba kene rasuk tak sedarkan diri , badan lemah dah longlai pitam dgn sendiri, sakit n sesak dada, sakit satu badan dna banyak lg sakit sakit yg sy alami. Dha bermacam macam tempat sy pergi to tidak jugak sembuh. Kdg pernah rasa dirogol jin ketika dlm mimpi. Ustaz apa solution yg patut sy buat. Mungkin kah sy boleh sembuh ustaz? Apa amalan atau rawatan yg perlu sy dapatkan n buat? Harap sgt ustaz dpt membantu. Terima kasih.

    BalasPadam