Total Pageviews

Saturday, December 24, 2011

Gangguan Jin Yang Tak Sembuh-Sembuh dengan teknik rukyah dan Perubatan Islam dan penerangan berkenaan zulumat




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kalau diikutkan pendapat saya 1 dari 10 atau lebih dari rakyat malaysia nie sebenarnya pernah atau sedang mengalami gangguan jin. Ada pertanyaan yang saya dapat bertanya kan masalah kenapa gangguan jin nie tak dapat sembuh sepenuhnya or tak sembuh-sembuh. Untuk persoalan ini saya akan memberikan jawapan yang saya mampu jawab.

1. Kaedah atau teknik yang digunakan tidak effektif.
2. Gangguan berpunca dari kepunyaan sendiri (saka, ilmu yang dituntut, tangkal dan sebagainya).
3. Punca gangguan tidak dicari dan diselesaikan dari akar umbi.
4. Perubatan gangguan tertumpu kepada si sakit sahaja. Sebenarnya bab gangguan nie serangan jin kebiasannya akan menyerang satu keluarga yang terdekat bukan setakat si sakit.



Ada yang bertanyakan saya, pasal kaedah rukyah kenapa tidak effektif untuk menghalang ataupun menyembuhkan penyakit gangguan jin nie.

Untuk persoalan ini, jawapan saya adalah mudah. Rukyah adalah salah satu cara untuk menghalau ataupun membunuh jin tetapi bukanlah satu-satunya cara. Banyak sebenarnya cara dan teknik untuk membunuh jin. Rukyah jika dibaca dengan niat halau jin, maka effeknya hanya setakat menghalau jin keluar sahajalah. Rukyah jika dibaca dgn niat membunuh jin. maka effeknya boleh sampai menghancurkan jin itu sendiri. Bab niat dan kepercayaan serta iman sebenarnya memainkan peranan besar. Jika perguruan itu percaya Jin itu tak boleh dicederakan, diapa-apakan dan dibunuh, nescaya mereka tak akan mampu membunuh or mencederakan jin dgn rukyah itu sendiri.

Teknik rukyah sebenarnya mengikutkan pendapat saya adalah teknik paling unggul dalam menangani masalah gangguan jin nie tetapi tak ramai yang mampu menggunakan teknik nie se maksimumnya. Ini disebabkan masalah si pembaca rukyah itu sendiri, dan bukanlah masalah rukyah itu. Pembaca rukyah haruslah betul dan bersih dizahir dan didalam batin. Bab bersih dalam batin nie lah ramai yang gagal ataupun fail.

kalau bercerita bab bersih batin nie sebenarnya batin kita (diri kita yang halus disebalik tubuh yang kasar tu) itu boleh tercemar dari 3 unsur berpunca dari pelbagai punca.

Batin boleh tercemar disebabkan.
a) Dosa
b) Jin pendamping ilmu bathil (termasuklah saka).
c) zulumat ataupun kegelapan.


bab Dosa tu ramai yang dah tahu tetapi bab jin pendamping ilmu bathil dan zulumat itu tak ramai yang mampu ungkaikan. Bab jin pendamping tu dah banyak saya ceritakan dalam posting-posting saya kat sini tetapi yang paling jarang saya sentuh ialah zulumat ataupun kegelapan.

Apakah zulumat ataupun kegelapan? zulumat adalah berpasangan dengan nur seperti mana dosa berpasangan dengan pahala. Setiap ciptaan Allah ataupun makhluk adalah dicipta berpasang-pasangan. Zulumat adalah lawan kepada Nur ataupun cahaya. Zulumat ini adalah sebagaian dari effek ilmu bathil dan juga iblis dan juga jin. Nak describe pun agak sukar tetapi mostly diceritakan sebagai dot dot hitam didalam hati kita.

Apakah punca zulumat? banyak sekali, sampai saya tak mampu ceritakan. Untuk contoh mudah difahami ialah Al-Quran dan juga Kitab Injil. Kitab injil sekarang bukanlah kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa A.S. Kitab Injil sekarang ini telah pun dicemari oleh campurtangan pope-pope kritian sehingga ada wujud 2-3 versi kitab ini. Old Testament dan juga New Testament.

Menggunakan contoh Al-Quran dan juga Injil. Jika anda baca Al-Quran dan memahami maksudnya, InsyaAllah anda akan dapat nur dari pembacaan AL_Quran itu sendiri. Jika anda baca injil walaupun dengan niat untuk membaca sahaja sekalipun, anda akan dapat zulumat daripadannya. Zulumat ini akan masuk kedalam batin anda dan juga hati anda. Ini menyebabkan batin anda tercemar.


Batin yang tercemar jika membaca rukyah iaitu surah-surah dari Al-Quran sebenarnya menggurangkan atau membatalkan effek penyembuhan Al-Quran itu sendiri. Yang menyembuhkan tetap Allah, ayat dan surah Al-Quran sebenarnya tiada apa-apa kuasa sekalipun. Kalau percaya al-quran dan rukyah itu berkuasa, boleh jatuh tahap syirik. Rukyah jadi berhala kecil. Rukyah sebenarnya sejenis doa juga dan jika dibaca oleh orang-orang yang bersih batinnya seperti Rasulllulah dan Para-para sahabarnya, maka akan hancur terbakarlah jin yang menggangu.

Pernah dengar cerita pasal iman kuat dan tak kuat? Orang iman dan batin yang kuat baca Al-Fatihah sahaja dah cukup untuk bakar jin tetapi orang yang tercemar baca Ayatul Kursi beberapa kali baru nak jalan? Begitulah perumpamaannya.

Diikutkan apa yang saya pelajari, didalam proses nak membersihkan diri dari pencemaran dosa, jin dan juga zulumat teknik terpaksa digunakan untuk membelasah or bunuh syaitan/Iblis. Terdapat pelbagai jenis teknik yang agak mudah dipelajari tetapi agak sukar dimasterkan.

Berdasarkan pengalaman saya, teknik rukyah hanya mampu menghalau jin yang tahap-tahap rendah sahaja. Untuk jin-jin tahap tinggi mereka nie pun pandai baca al-quran juga terutama jin islam. Kalau kes berlawan dgn bunian islam pun sama jugak. Rukyah tak banyak bagi kesan kepada mereka terutama yang bermasalah batin tercemar.

untuk certain level jin , teknik yang lebih effektif dan praktikal perlu digunakan. bab nak belajar teknik tu, kenalah berjumpa dgn ustaz mail. Setakat ini perangkaannya, dari 10 yang datang dengan bermasalah gangguan jika 10 orang tu sanggup bersabar dan ikut cara yang diajar, 10 orang kesemuanya berjaya menyelesaikan masalah gangguan mereka sendiri.


Wallahu aklam..

19 comments:

  1. salam saudara Danish,

    sy adalah salah seorang mangsa gangguan makhluk laknatullah .makhluk tersebut berada dlm badan sy dan sy menyedarinya apabila sy merasa ada yg tak kena dg diri sy apabila sy dlm keadaan marah.darjah kemarahan sy melampau tp alhamdulillah sy masih dpt mengawal diri drp melakukan sesuatu yg buruk.sy jg seorg yg susah nak percayakan sesiapa jd blh dikatakan sy mengubat diri sy sendiri.sy menerima amalan zikir drp sepupu sy sendiri dan peliknya ms pertama kali sy membaca zikir tersebut,kedua lengan sy berasa kepanasan.kejadian itu telah menambahkan keyakinan bhw mmg betul masalah sy berpunca drp makhluk terkutuk itu.2 minggu kmd,seluruh tubuh sy menjadi kepanasan,hanya Allah shj Yg Maha Mengetahui perasaan sy sepanjang tempoh tersebut (hampir 1 bulan),akhirnya panas itu hilang terus apabila sy sedang ber e-mel dg seorg wanita yg tdk dikenali,ketika itu jg sy terpaksa berselimut krn sy menggeletar kesejukan.Macamana kalau sy nak tahu gangguan dalaman itu dah berakhir sepenuhnya?

    ReplyDelete
  2. salam tuan anon,

    gangguan tuan belum berakhir. cuma pendamping ilmu amalan zikir tu dah settle down dalam diri tuan. Kalau saudara ada masa dan nak selesaikan masalah tuan once and for all harap boleh hubungi no pada profile saya dan tanyakan bagaimana caranya

    jika ada soalan or pertanyaan yg berbentuk peribadi tuan boleh e-mail kepada sy,

    wallahu aklam..

    ReplyDelete
  3. wsalam saudara Danish,

    ya betul,sy tahu gangguan ini tidak akan berakhir hingga kiamat.apa maksud saudara "pendamping ilmu zikir"?

    sy berzikir kerana Allah semata2 bukan kerana kelebihan duniawi.mana ada pendamping?itu semua mengarutlah saudara Danish.Allah yg menyembuhkan sy bukannya pendamping ilmu zikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam tuan, betul kata tuan penulis blog ni...saya sendiri pernah mengalaminya sbb bekas suami mengamalkan ilmu bathil termasuk zikir yg membawa kpd gila isim..utk lebih kefahaman klu tuan ada masa lapang cuba tengok drama "tersungkur di pintu syurga".saya tengok dkt astro prima pkl 9 mlm ahad lepas...drama tu hampir 99% sama mcm kisah saya..asal penderitaan sbb bekas suami amalkan ilmu bathil zikir) dari tok gurunya..semoga Allah buka kefahaman tuan..klu tuan x bendung lama kelamaan akan membawa kpd gila isim..saya dan anak alhamdulillah sembuh selepas belajar dari ustaz mail setelah merata tempat berubat tp bekas suami saya x dpt diselamatkan, dia tetap dlm keadaan gila isim, lebih teruk dari dulu..wallahua'lam..

      Delete
  4. salam tuan anon,

    apa yang tuan alami tu ada diterangkan didalam posting dibawah.

    http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/04/ilmu-bathil-yang-terang-separa-dan.html

    sukar untuk orang biasa memahami masalah pendamping ilmu nie. Zikir itu betul ..dan tiada masalah tetapi pengajar ilmu dan zikir kepada sepupu tuan dan kemudian kepada tuan tu bermasalah dan mempunyai ilmu bathil yang tersembunyi.

    ramai yang menghadapi masalah seperti tuan sebenanrya, mengamalkan zikir yang diajar, dan kemudian mendapat gangguan. Gangguan yang tuan alami agak biasa berbanding gangguan gila isim yang kebanyakkan orang hadapi.

    sukar untuk sesiapa faham masalah ini jika tidak mempelajari basic ilmu haq dan ilmu bathil. Ada sebahagian forumer dan pembaca disini telah pun menghadapi masalah dan ujian dan sembuh selepas memulangkan semula ilmu dan amalan zikir-zikir tu.

    http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/12/gila-dan-gila-isim-part-2.html

    berikut adalah sinopsis cerita amalan zikir dan ilmu yang membawa kepada penyakit gila isim.

    ilmu itu terbahagi kepada dua. Ilmu haq dan ilmu bathil. ilmu bathil pula terbahagi kepada beberapa iaitu ilmu bathil terang, separa dan tersembunyi.

    sy berharap tuan dapat meluangkan masa dengan ustaz mail dan dia akan membantu tuan dalam menyelesaikan masalah gangguan tuan tu. gangguan tu sepatutnya berakhir dan berhenti. tak sepatutnya gangguan dibawa sehingga mati.

    Allah menyembuhkan, asbabnya adalah perbuatan kita or perbuatan manusia or makhluk seperti ubat. Sememangnya hanya Allah sahaja yang berkuasa menyembuhkan, cara dan asab itu kita perlu buat dan lakukan sendiri.

    saya faham sukar untuk tuan terima kata-kata saya. Terpulanglah kpd tuan. Saya pernah mengalami masalah yang sama seperti tuan dan alhamdullilah saya telah sembuh sepenuhnya.

    wallahu kalam...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, Saya alami gangguan sudah 5 tahun since zaman kolej lagi, tpi x sembuh2..saya sudah berubat 4 kali, tetapi saya hanya sembuh selama seminggu, then jadi balik, saya slalu mimpi ubatkan org histeria dan mimpi blaja silat, mimpi lwn ngan makhluk halus, mimpi digigit makhluk halus, mimpi kucing dan ular, sya ada belajar silat abjad, tpi gangguan tu since saya x blaja silat sudah ada..saya slalu didatangi wanita memakai kain kapan dan wajah dia mmg slalu saya mimpi..selain tu, apabila saya cuba mengingati Tuhan, dgn berzikir, kepala saya sakit sgt and badan panas, setiap pagi bila bangun tido tangan saya slalu ada bau darah..dan bila setiap kali nk ke darul syifa, pasti ada halangan, kereta rosak, org x jadi anta, ustaz tu busy, darul syifa tutup and mcm2 lagi..and setiap kali berubat, seolah2, makhluk tu marahkan saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Bab berubat dgn darul shifa dan perubatan islam yg lin anda boleh cub tetapi sebenarnya anda tak akan sembuh. Sakit anda adlah disebabkan saka dn ambilan ilmu termasuklh silat abjad.

      Saya cadangkan anda berjumpa ustaz mail dan fahami kenapa anda sakit dan puncanya. Kemudian anda akan diajarkan cara dan teknik yang bersesuaian.

      lupa nak komen. Bab masalah kalau nak pergi darul shifa tu adalah permainan biasa puak jin ni. Saya pun dulu mcm tu. Sebenarnya mereka ni langsung tak kisah dengan cara rukyah tu. Silalah cuba. Kalau baik pun seminggu dua aje. Tu pun saja mereka nak permainkan anda.

      wallahu aklam

      Delete
  6. Slm tuan..sy baru kematian ank dlm kandungan..ktika itu ank sy hmpir 36mggu dan bile chek heart beat sudah takde..smasa 7bln dokter sahkn dlm kpale ank sy trdpt lebihan cecair atau sindrom hydrocephalus..sy ade ikhtiar dgn prubatan islam dan trnyata itu angkara saka sblh suami sy..buat pngetahuan tuan suami sy prnh mnjalani proses mmbuang saka ttpi disebabkn pemegang kontrak utama iaitu ayah mrtua sy tidak memutuskn kontrak trsbut maka saka yg mndamping suami sy dtg kmbali..kmudian kami sepakat utk mmbuang saka trsebut brmula dr ayh mrtua sy..kini saka suami sy dh brjaya dibuang.yg mnjadi mslhnye saka trsebut mndampingi ank ppuan sy yg brumur 3thn ttpi kmi blm mmutuskn saka trsebut kerana proses rawatan trpksa mlalui upacara cucuk jarum emas yg agk mnyakitkn..adakah cara lain slain upacara trsebut? Ank ppuan sy mmg mmiliki kelebihan blh nmpk jin2 yg mndekatinye..buat msa ini saka trsebut cuma dihalau ttpi baru2 ini mnjenguk kmbali tuannye..yg sy pelik knpe rumah kami sprti brhantu kerana ade bbrape org trlihat kelibat ank sy dirumah kami sdgkn skg ini sy dan ank ade di kg kerana sy brpantang di rumah ibu sy..dan kalau di rumah ibu sy ank sy tidak prnh mengigau tgh mlm smbil menangis2? Sdgkn klu dirumah sendiri hmpir stiap mlm die mngigau..tlgla sy tuan..kami dh buntu..

    ReplyDelete
  7. salam puan anon,

    sebenarnya cara perubatan islam yang telah puan buat tu tak membuang saka pun. untuk pemahaman lanjut berkenaan saka sila layari posting saya bab saka sperti berikut.

    http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2012/07/saka-part-3-hubungan-saka-dan-anda-dan.html

    atau lebih mudah taip sahaja saka didalam kotak search this blog.

    Jika saka diputuskan dengan cara yang haq, benda nie tak akan boleh kembali pun. Seperti memutuskan atau memerdekakan hamba, hubungan nya putus secara terus walaupun selepas itu tuan tu berubah fikiran nak kembali hambanya.

    saka tidak boleh dihalau dan dibuang dnegan cara cucuk jarum emas. hanya menyakitkan badan si sakit sahaja.

    cara yang mudah, sila call ustaz mail dan dia akan membantu mengajar cara yang haq kepada puan. Puan akan dapat lebih kefahaman selepas ini bab saka dan gangguan.

    sila call no pada profile saya untuk bantuan.

    Wallahu aklam

    ReplyDelete
  8. Salam..apr beza saka dgn sakat?

    ReplyDelete
  9. salam,

    saya pun baru aje dengar bab sakat nie. Terpaksa jugaklah tengok siapa yang mulakan istilah sakat nie. Suku sakat saya tahu..sakat saya tak berapa nak faham.

    anyway kebanyakkan gangguan memang berpunca dari saka. Walaupun ada pendapat mengatakan bukan saka tapi sakat berdasarkan scan mereka, tetapi sememangnya berpunca dari saka.

    berdasarkan pemahaman sakat yang saya baca, kiranya sakat ni adalah berpunca dari sakit fizikal bukan nya saka. Itu adalah pendapat. Pendapat boleh jadi fakta tetapi boleh jadi agakan sahaja.

    terpulangkan kepada pembaca nak percaya yang mana satu. Kebanyakkan orang sendiri tak faham apa itu saka dan hubungan saka dengan empunya nya dan ikatan batin diantara kedua dua pihak.

    Wallahu aklam

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Danish,

    Baru-baru ini saya baru didedahkan dengan ilmu haq dan bathil ini. Jadi sedikit sebanyak saya memahami kandungan dalam blog ini. Saya juga sedang dalam usaha ingin membersihkan diri dari sebarang gangguan saka atau jin, namun dugaannya memang berat sekali.

    Saya cuma ingin bertanyakan, jika seseorang itu dikatakan telah "bersih" dan mempunyai haq Allah, apakah tanda-tanda yang jelas kelihatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam tuan payid.

      Jawapan saya.
      tanda tanda orang yang bersih dan mendapat jalan yang haq berdasarkan pengetahuan saya dan pengalaman saya.

      1. Hidup nya amat tenang . Tiada masalah yg boleh menjejaskan ketenangannya.
      2. Khusyuk dalam solat.
      3. Sukar untuk marah.
      4. Mudah berbuat baik dan sukar berbuat jahat.
      5. Mudah dan suka ibadat.
      6. Aklak yang mulia dan
      7. Hijab terbuka hanya apabila diri telah bersedia.
      8. Hilang ketakutan sesama makluk dan hanya takut dan tunduk pada Allah.
      9.semakin hari semakin baik. Tiada perasaan tamak dengki dan iri hati.
      10. Dan lain lain

      wallahu aklam

      Delete
  11. salam sejahtera saudara,

    saya ingin kenalkan diri sebagai shan. saya seorang bukan islam. masalahnye begini dulu ayah saya kenal seorang malabar dan berkawan dengan nye. tiba-tiba ayah saya kata dia tak kawan dengan dia lagi sebab-sebab tertentu. selapas kejadian itu emak saya kata sering digangu oleh orang malabar itu didalam mimpi. dan suasana rumah tak tenang. kami pernah berubat tapi benda ini tak berhenti dan sekarang ayah saya pun ada effect jugak. sila nasihat saya. saya tak tahu nak buat apa lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap saya lah ayah tuan ada terambil ilmu ataupun barangan dari orang malabar ini. Ini dinamakan sebagai ambilan.
      Untuk kes sebegini gangguan tak boleh hilang selagi punca ilmu ataupun barangan tu tidak dicari dan diselesaikan.
      bukan sekadar org islam, bukan islam pun mengalami masalah yg sama terutama bab ambilan ilmu. Sama jugak dengan kes sesewngah orang yang terambil benda atau barang dari tempat mistik dan diganggu.

      Apa apa pun saya nasihatkan tuan call ustaz mail dan berjumpa dengannya sendiri. No ustaz mail ada pada about me.

      setiap musibah dan gangguan yg berlaku berpunc dr kesilapan kita sendiri dan Allah nak memberikan kita kesenangan. Macam kes sy pun sama, Allah nak memberikan saya kebaikan dan kesenangan dengan menyedarkan saya tentang kesilapan lampau saya dan memperbaikinya

      Harap jawapan saya dapat membantu tuan.

      Delete
  12. Assalamualaikum saudara..

    saya ingin bertanyakan pendapat bagi masalah saya. ayah saya telah berkahwin lagi secara senyap selama 3 tahun.sedangkan ayah saya itu x mampu dari segi kewangan dan juga agamanya..selama ini pon ibu saya yg banyak mengeluarkan belanja.dia hanya bagi sedikit sahaja..bil elektrik n air semua ibu sy yg bayar...ayah saya mmg x mampu..balik selalu malam2..kdg2 sampai pkl 4 pg...bila ibu tanya..dia marah2..setelah kami tau ttg perkahwinan dia di siam itu..kami juga baru tau yang dia byk berhutang dengan along..tetapi kami x tahu apa yg di buat dgn duit itu..perempuan itu dahla janda dan ada empat org anak..kami dah lihat muka dia ..tidaklah cantik ..malah gemuk dan miskin..tapi bila ditanya pada ayah dia kata perempuan tu kurus dan cantik..kami juga syak duit slama ini dipinjam kerana perempuan itu sebab perempuan itu sewa kedai katanya sampai rm900 sebulan..sedangkan dia tak bekerja..mana dia ambik duit tu...adakah ayah saya terkena sihir pengasih..kami ada berjumpa ustaz yg pandai dalam mengesan sihir ini..ustaz tu kata Ayah saya terkena sihir pengasih melalui makanan..iautu makanan yg dicampurkan dgn benda2 kotor dr bdan perempuan itu..saya harap saudara dapat menolong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam,

      Ya. Ayah cik sememangnya terkena ilmu pengasih. Ilmu pengasih dan penunduk yg ramai orang tau dan faham ialah jenis makan minum seperti nasi kangkang dll.

      Sebenarnya tanpa makan minum pin seseorang tu boleh kena ilmu pengasih. Banyak jenis ilmu pengasih dan penunduk ni sebenarnya dan yang paling ampuh ialah minyak dagu. Yang ini guna roh dan juga sememangnya ilmu hitam kelas pertama.

      Walau bagaimana pun sehebat mana pun ilmu bathil ni, ilmu yang haq tiada tolok banding nya berbanding ilmu bathil.

      Banyak jenis ilmu pengasih dan saya akan kupaskan secara lebih terperinci dalam posting yang akan datang. Insyaallah. Ilmu pengasih yg kebanyakkan nya org ada ialah jenis guna ayat dr surah ali imran tu. Rujuk posting saya berkenaan ilmu pengasih.

      untuk kes semacam cik dan ayah CIO ni, saya sarankan berjumpa terus dengan ustaz mail dan dia akan bantu menyelesaikan masalah cik sekeluarga.

      Insyaallah akan ada kebaikan dan kemudahan dalam ujian yg cik sekeluarga alami ni.

      silalah call ustaz mail dengan segera dan aturkan temujanji anda.


      wallahu aklam

      Delete
  13. Salam enck danish
    Blh x enck danish runkaikn mksud mmpi sy?.pgi ni sy brmmpi lwn dgn mhlk hls yg mcm sapa wrna htm yg dtg krumh kwn sy,sy pn blwn dgn nya,dgn izin allah dye twas dn ggal untk msk ke rmh kwn
    sy.lps dri tu dtg pulak seorg yg sy knl mrh2 pda sy sbb sy lwn dgn mhlk 2,dye mrh pd sy knp sy mnghlng bnda 2 msuk ke rmah kwn sy.lalu sy pn trjga dri tdor sy,org tua2 kta mmpi ni mainan tdor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,
      Jawapan saya.
      1. Ya. Mainan syaitan.
      2. Walau bagaimanapun ada sedikit permainan saka tuan kat mimpi tu.

      Wallahuaklam

      Delete