Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label minyak dagu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label minyak dagu. Papar semua catatan

Khamis, 26 September 2013

Ilmu Pengasih part 2. Simptom dan kupasan

Salam semua,

Saya ada post pasal ilmu pengasih sebelum ini dan kali ini saya nak bercerita lagi berkenaan dengan ilmu sihir ini. Untuk post yang lalu sila klik link dibawah:

http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2013/01/ilmu-pengasih-kupasan.html

Untuk memahami ilmu pengasih ni, senang nak faham adalah sihir. Walaupun menggunakan ayat alquran dan diajar oleh ustaz ustaz atau ahli agama. Didalam hadis menyatakan ilmu pengasih adalah sihir dan syirik.

Kali ini saya nak menceritakan tentang simptom simptom yang biasa dialami oleh orang orang yang menjadi mangsa ilmu pengasih.

1.    Kerinduan yang melampau lampau kepada individu tersebut.
2.    Suka dan minat tanpa sebab yang kukuh dan kenal mengenal.
3.    Sedih dan pilu tanpa sebab yang munasabah
4.    Tertutup nafsu pada pasangan masing masing (yang dah berkahwin) dan saling panas hati sesama sendiri walhal sebab yang kecil.
5.    Murung dan resah jika tak dapat berhubungan dengan si penyihir.
6.    Sering bergaduh sesama pasangan dan bagi isteri membuat apa sahaja untuk bercerai dengan suami mereka dan bagi suami, mencari alasan untuk menceraikan isteri mereka.
7.    Tanda tanda biasa yang dialami oleh orang bercinta.

Bagaimanakah ilmu ini berfungsi.?