dah sebulan saya tak memposting didalam blog saya ni. Kali ini saya akan bercerita dengan ilmu pengasih dan penyayang. Apakah itu ilmu pengasih? Ilmu pengasih adalah sejenis amalan ilmu bathil taupun sihir yang dibuat dengan niat untuk membuat seseorang itu kasih dan sayang pada kita. Ilmu bathil @ sihir adalah satu ilmu yang shortcut yang menggunakan jin sebagai perantara.
Ramai dikalangan kita mempunyai ilmu ini dan yang amat menyedihkan ialah ilmu ini diajar dicorong tv dan radio tanpa ada sebarang sekatan. Ramai yang tak perasan dan tahu bahawa ilmu ini adalah ilmu sihir. Seperti mana ilmu gentel lada hitam yang menggunakan ayat al-quran sebagai syarat or amalan, ilmu pengasih sekarang ini ada juga menggunakan ayat al-quran sebagai amalan.
Ramai yang mempunyai salah faham dan beranggapan ilmu dan amalan yang menggunakan Al-Quran semata mata adalah benar dan haq. Kena pulak diaajarkan oleh ustaz ustaz, professor dan juga ahli agama dicorong radio, tv , majalah dan juga internet. Hakikatnya banyak ilmu sihir/bathil yang menggunakan ayat al-quran 100%. Satu contoh ialah ilmu gentel lada hitam. klik disini untuk kupasan ilmu gentel lada hitam.
ilmu pengasih yang biasa dan ramai orang tahu ialah ilmu pengasih yang menggunakan ayat Al-Quran. Walaupun menggunakan ayat al-quran, ilmu ini tetap ilmu sihir. Tiada sebarang dalil dari hadis membenarkan penggunaan ayat ini untuk ilmu pengasih.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(A-li'Imraan 3:31) diatas adalah terjemahan ayat ilmu pengasih yang amat popular yang diajarkan oleh ustaz ustaz dimasjid, tv dan ceramah. Ramai yang menghafal ayat diatas didalam bahasa asal iaitu arab tetapi tiada yang nak ambil tahu maksud ayat yang dibacakan mereka untuk tujuan membuatkan isteri dan suami sayang kepada mereka.
cara penggunaan ayat ini agak pelik. satu versi yang pernah saya tahu ialah ayat diatas (dibaca dalam bahasa arab) lepastu ditiupkan kepada ubun ubun kepala target kita tu. selepas itu membayangkan target kita dari hujung rambut sampai hujung kepala. Adakah doa kepada Allah memerlukan kita tiup keatas ubun ubun kepala target kita tu? Tidakkah perbuatan ini dah macam berjampi?
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik.”
Riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad.
Doa kepada Allah adalah betul. Doa kepada Allah untuk isteri/suami sayangkan kita boleh tetapi maksudnya harus sampai. Nak mudah doa sahaja " Ya Allah, Engkau jadikan isteri aku sayang dan cinta pada aku".Ayat surah ali imran diatas menceritakan bahawa Allah menyuruh kita mengikuti cara dan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhamad s.a.w kita dan Allah akan ampunkan dosa dosa kita.
Tiada ilmu pengasih, ilmu kebal, ilmu pelaris, ilmu penunduk yang diajarkan oleh Rasulullah kepada kita. Kesemua ilmu ini bermotifkan kepentingan peribadi dan niatnya kerana makhluk semata mata. Kalau kita nak isteri sayang pada kita, senang aja. Ikut aje sunnah Rasulullah,. Banyak hadis hadis berkenaan hubungan antara suami isteri. Amalkanlah. Nak cara mudah, layan dan treat lah isteri / suami dengan baik dan tunjukkan kasih sayang. InsyaAllah isteri/suami akan sayang pada kita.
tak ada kena mengena langsung ayat surah al-imran tu dengan doa untuk membuatkan isteri/suami sayang kepada kita. Yang berlaku ialah pemdamping ilmu pengasih daripada sesiapa yang mengajarkan ayat ini untuk tujuan pengasih akan masuk kedalam diri yang dengar dan mengamalkan ayat ini untuk tujuan pengasih.
Nak selamat, beramallan dengan sesuatu yang ada sandaran seperti hadis sahih. Amalan ibadah khusus tu pula hendaklah kerana Allah semata mata. Jangan buat amalan (ibadah khusus) sebab nak isteri sayang, boss sayang, kawan kawan suka, cantik, hebat dari orang, kaya dan sebagainya. Cara dan niat perlu selari. Cara yang haq dengan niat yang haq.
Wallahu aklam
as salam... apakah benar sihir ini boleh menutup rezeki?
ReplyDeleteWalaikumsalam,
DeleteJawapan saya.
1. Sihir ini boleh menjejaskan dan menutup rezeki pengamalnya.
2. Tidak menutup rezeki yang menjadi mangsa ilmu ini.
wallahu aklam