Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 26 September 2013

Ilmu Pengasih part 2. Simptom dan kupasan

Salam semua,

Saya ada post pasal ilmu pengasih sebelum ini dan kali ini saya nak bercerita lagi berkenaan dengan ilmu sihir ini. Untuk post yang lalu sila klik link dibawah:

http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2013/01/ilmu-pengasih-kupasan.html

Untuk memahami ilmu pengasih ni, senang nak faham adalah sihir. Walaupun menggunakan ayat alquran dan diajar oleh ustaz ustaz atau ahli agama. Didalam hadis menyatakan ilmu pengasih adalah sihir dan syirik.

Kali ini saya nak menceritakan tentang simptom simptom yang biasa dialami oleh orang orang yang menjadi mangsa ilmu pengasih.

1.    Kerinduan yang melampau lampau kepada individu tersebut.
2.    Suka dan minat tanpa sebab yang kukuh dan kenal mengenal.
3.    Sedih dan pilu tanpa sebab yang munasabah
4.    Tertutup nafsu pada pasangan masing masing (yang dah berkahwin) dan saling panas hati sesama sendiri walhal sebab yang kecil.
5.    Murung dan resah jika tak dapat berhubungan dengan si penyihir.
6.    Sering bergaduh sesama pasangan dan bagi isteri membuat apa sahaja untuk bercerai dengan suami mereka dan bagi suami, mencari alasan untuk menceraikan isteri mereka.
7.    Tanda tanda biasa yang dialami oleh orang bercinta.

Bagaimanakah ilmu ini berfungsi.?

Secara amnya ada dua jenis ilmu pengasih iaitu am dan khusus. Ilmu pengasih jenis am ni lebih kepada ilmu yang diambil tanpa menspecifickan kepada sesiapa tetapi meyeluruh. Jenis ini ramai orang yang ada tanpa sedar seperti ilmu seri muka (diambil dari mak anda), ilmu pengasih ayat alquran, ilmu penduduk ayat alquran, cermin muka, minyak pengasih (cenuai sebagai contohnya). Jenis khusus ni terang jelas adalah jenis sihir ampuh yang memspesifikkan targetnya. Contohnya ilmu pengasih ini ada banyak dalam kitab sesat mujarobat yang memerlukan target yang khusus dan gambar . antara contohnya yang senang nak faham,minyak pengasih cenuai yang dipalitkan pada kulit si mangsa.

Satu jenis ilmu boleh jadi am dan jadi khusus bergantung kepada niat penyihir. Sebagai contoh minyak pengasih akar cenuai boleh menjadi am dan khusus. Am apabila anda terkena sipi sipi, sebagai contohnya tuannya minat kepada anda sebab anda cantik or hensem. Dia minat aje kat anda, anda boleh terkena jenis am. Tetapi jenis am boleh bertukat kepada jenis Khas boleh jadi apa bila tuannya menggunakan minyak itu dan menyeru nama anda secara khususnya. Dalam kes minyak pengasih, tuannya akan menyentuh minyak itu kepada kulit anda dan menyeru nama anda berulang ulang kali.

Kedua dua jenis ilmu ini berbeza kekuatannya. Satu sedang sedang dan satu amat parah. Yang khusus boleh menyebabkan simangsa gila cinta pada si penyihir dan serangan ini menggangu keseluruhan keluarga. Jika sihir khas dikenakan, pasangan simangsa dan anak anak simangsa akan terkena ilmu ini dan keluarga boleh kacau bilau.
Perubatan biasa hanya mengkhususkan perubatan pada simangsa sahaja. Walhal serangan sihir sebenarnya menyerang seluruh ahli keluarga dan mengacau satu keluarga. Syaitan menggunakan pertalian darah sebagai jalan untuk menyerang keluarga itu.

Diceritakan satu kisah pesakit ustaz mail, seorang guru pengasuh taska. Diceritkan wanita ini masih bujang dan cantik elok diberi nama cik A. Penyihir ini datang ke taska menghantar anak dan menyeru yeru dan menggunakan sihir jenis khas ini kepada cik A. Kita namakan penyihir ini dengan nama X Apa yg berlaku ialah, cik A ini pada suatu hari amat rindu pada penyihir dan tanpa sedar telah berjalan kerumah sipenyihir ini walhal cik A ni tak tahu pun dimana rumah en X yang dah berumah tangga dan punya anak ini. Sesampai aje kat rumah tu, si X ni sedang menunggu lauknya datang dirumahnya berseorangan. Akhirnya, terkulailah cik A ini angkara ilmu pengasih khusus en X durjana ini.

Sebenarnya sihir dan ilmu bathil pengasih ini amat biasa berlaku dan berada dimana mana. Ramai diantara kita menjadi mangsa tanpa sedar disebabkan simangsa beranggapan dirnya jatuh cinta pandang pertama campur cinta sejati. Dalam sebahagian ilmu sihir pengasih ni, target atau mangsanya lebih kepada isteri orang ataupun suami orang. Ini adalah sebab syaitan nak manusia buat dosa yang lebih besar dan memporak peranda kan lebih banyak manusia berbanding orang yang bujang.

Ada banyak jenis ilmu pengasih dan separuh daripada lebih gemar menyihir isteri orang atau suami orang berbanding yang bujang dan yang muda. Lebih thrill kepada penyihirnya dan lebih banyak dosa berbanding yang bujang.

Diharapkan pembaca mendapat sesuatu yang baru pada kali ini dan jika ada komen dipersilakan lah komen.


Wallahu aklam

14 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. waalaikumsalam tuan qqq,
    jawapan saya.
    1. Boleh. insyaAllah.
    2. Perubatan yang tuan pergi tu nampaknya perubatan islam konvensional. Mmg sukar nak sembuh guna cara sebegitu.
    3. Silalah call ustaz mail untuk maklumat dan bantuan lanjut.

    Wallahu aklam

    BalasPadam
  3. saya sedng berhadapan dengan musibah sihir
    suami ceraikan saya sbelum ramadhan ..
    pada ms tu saya sarat mengandung
    sy yakin kami bercerai sbab sihir
    dh lama suami tunggu rzk tuk kami dpt bb
    bila allah bg rzk pd kami
    allah uji kami
    suami suka perempuan lain
    semenjak kenal byk berubah sikap
    walau dah byk kali dia cuba tinggalkan
    lepas putus...suami akn buang semua simcard
    nanti suami yg akn pergi merayu rayu pujuk balik
    suami bukan lelaki yg baik
    tp saya tahu dia berusaha baiki diri
    n bukan kejam
    dia kawin d swmpadan dgn perempuan tu
    tanpa pengetahuan sy
    bila tahu...sy redha n terima jd madu n layan dia dengan baik
    suami jadi terlalu cintakan dia n bencikan sy
    sampai tutup hp x nakmjawab panggilan
    tp dia ada waktu dia sedar
    waktu dia sedar...dia akn call n minta maaf...nangis...dia kata dia x tahu knapa tergamkny dia buat sy mcm tu...dah la saya pregnan...slalu ulang alik masuk hospital. kami pergi berubat kerana mmg ketara sikap dia berubah
    sampai rumah mak ayh dia pun x balik
    kami berubat ngan sorang perawat kat tapah
    dia bgitau suami terkwna myk
    sebelum kawin lg pompuantu dah sapu myk.. suami cerikan isteri nya dn berubt ngan perawat kat tapah.. dlm proses berubat
    suami bertaubat..sbelum ni byk buat maksiat... lakukan mende2 yg mmg islam larang
    mula kena sembahyang
    baru rs nikmat solat
    br mengaji quran balik selepas berbelas thn tinggal... tp. semua ni jadi x tentu arah balik
    bila suami call balik bekas isteri dia... lepas tu dia jadi x boleh tdr malam
    makan x lalu
    slalu nak muntah tp x muntah
    mengikut suami setiap masa semua memori dia ngan perwmpuan tu terbayang bayang dwpan mata dia..suami ridu sgt2 tapi dia tahan...sampaila 2 minggu...sapai kurus kering suami... sampai ckp x guna hidup kalau x der perempuan tu... sy mmg redha dah
    suami cuba minta pendapat perawat lain
    bila perawat lain bgitau tiada unsur sihir
    suami trus balik rujuk
    n sms ceraikan sy
    sy terkejut sbab sy tunggu hari jer nak bersqlin pd time tu
    dah la lama kami tunggu nak dpt bb
    suami mmg nak ank sgt2... n dia ckp dia mmg x der hati kat sy slama ni
    kes kmi sambung lepas ry kt mhkamah
    kerana skarang sy dlm pantang
    sy mmg bgitau hakim sy rasa kami bercerai sbab sihir..
    adakah ini sihir...sy sedih...byk tempat pusat rawatan sy pergi...sy berhrap beks. suami sedar....kluarga kami musnah kerana seorang perempaun...allah uji kami... muga da jalan penyelesaian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam izyani,
      Jawapan saya.
      1..ya. benar suami kena ilmu pengasih yg agak ampuh dengan perempuan tu.
      2. Selain itu ada gangguan sakanya sendiri dan saka dari belah puan.
      3. Saya minta puan call ustaz ismail dan dapatkan bantuan dan tunjuk ajar dia. InsyaAllah suami tuan dapat diselamatkan dengan izinNya.

      Wallahuaklam

      Padam
  4. Assalamualaikum w.b.t. Tuan Danish,

    Sy nak kongsi masalah sy berkenaan dgn masalah rumahtangga sy.

    Sy baru berkahwin selama 7 bulan. Sepanjang berkahwin isteri sy tidak pernah tidur bersama dgn sy dan tak laksanakan tanggungjawab dia seperti isteri yg lain. Sy berkahwin melalui pilihan keluarga atas persetujuan isteri dan sy. Tiada paksaan antara kami. Kami kahwin atas dasar suka sama suka dgn harapan bercinta selepas nikah. Masalahnya selepas kahwin isteri sy berubah.

    Sepanjang kahwin sy layan dia dgn baik dan tak pernah sekali pn sy tinggikan suara, berkasar dan aniaya dia walaupn perbuatan dia menyakitkan hati sy. Sy sabar dan selalu berdoa dia berubah dan sy jaga tanggungjawab sy sbg suami.

    Sepanjang kahwin, dia seperti benci tgk muka sy. Dia x tegur sy, x akan pandang muka sy walaupun ketika sy bercakap. Bila sy di bilik dia akan keluar seolah2 mengelak dari sy. Bila sy sentuh dia, dia akan tepis kecuali bila ingin bersalam. Ayah mertua sy pernah tanya kenapa dia benci sy dan tak dapat terima sy, dan dia x dapat bg jawapan yg buat dia xblh terima sy. Dia juga pernah minta cerai dari sy tanpa alasan yg munasabah.

    Utk pengetahuan Tuan, isteri sy ni anak bongsu yg manja dgn ibu bapa nya. Seorg yg taat dan terjaga. Dia jaga solat 5 waktu. Tak pernah sekali sy nampak dia tinggalkan solat melainkan uzur sepanjang berkahwin. Even ibu bapa dia pelik dia x mcm ni sebelum ni. Tak pandai menipu. Sehingga mereka rasa seperti bkn anak dia yg dulu.

    Baru2 ni sy ada tanya pandangan dan rawatan perawat rawatan islam, ada yg mengatakan ada jin pada isteri, ada yg mengatakan ada sedikit gangguan, dan yg baru-baru ni ada perawat yg mengatakan disebabkan pihak ke 3 telah kenakan sihir pengasih pd isteri dan pelalau pembenci pada isteri. Pada sy pula terkena santau serta pelalau pembenci dari sihir pengasih tersebut. Katanya sebab tu isteri benci melihat sy. Bila sy tiada di rumah sebab outstation, ibu bapa mertua kata isteri sy okay dan ceria. Bila sy balik dia akan stress. Ibu mertua sy yakin adanya sihir yg buatkan isteri sy benci pd sy.

    Sy tahu ada sihir yg boleh cerai beraikan suami isteri sepertimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 102. Cuma sy tak mahu bersangka buruk dan sebolehnya bersangka baik mungkin di sebabkan kelemahan sy dlm memikat hati isteri. Tp mcm2 sy dh buat utk ambil hati dia dan dia tetap sama langsung tak hargai sy.

    Mohon pandangan dari Tuan Danish akan masalah sy adakah disebabkan oleh gangguan jin/sihir. Wallahualam. Segala jasa baik tuan dan ustaz ismail dalam membantu sy ucapkan terima kasih. Moga2 ditunjukkan jalan keluar pada sy dan rahmat Allah pada tuan berdua. Wassalam.

    BalasPadam
  5. kesian saya baca citer tuan di atas....sila lah buat temu janji secepat mungkin dengan ustaz mail banyak tuan akan ketahui kelak saya pun bekas pesakit yg berubat dengan ustaz mail alhamdulillah banyak perubahan yg allah tunjuk kesilapan yg kita buat dlm x sedar....tuan danish kadang2 sibuk sila call
    no dibawah..moga dpermudahkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas jawapan tuan aries. Mmg terlalu byk komen dan soalan sampai sy lost track. Silalah bantu saya ye tuan aries jika ada saya terlepas menjawab soalan soalan pembaca.

      Wallahuaklam

      Padam
    2. Terima kasih atas jawapan tuan aries. Mmg terlalu byk komen dan soalan sampai sy lost track. Silalah bantu saya ye tuan aries jika ada saya terlepas menjawab soalan soalan pembaca.

      Wallahuaklam

      Padam
  6. As salam..sya ingin sharing kisah pnceraian sya dgn husb kerana org ketiga..sya bkn dicerai tp sya ditaklik smasa suami brkursus..bila brgaduh..sya trlps ckp dan mnyuruh suami mlepaskan sya klu xsuka..sya trigt yg suami pnh bertklik dgn sya.sya brtnya hal ini kpda ustazah dan dia mnyrh sya mmbuat ktrangan dan mhmh akn jtuhkn smaada sya jth atau tidk..tp pda 27 okt 15..sya dsahkan jth talak 1..dlm msa yg sma..sya brbncng dgn husb utk rujuk kmbali demi anak2 yg msih kecil..suami brstuju utk rujuk..tetapi apa yg sya perhatikan..suami syg kt sya tp dia kta da xde hti dgn sya..sya pelik..smasa blik dri ksus..suami xsntuh lgsg sya..sya pelik sbb ape suami sya berubh bgitu cpt skli sjak knl dgn prmpuan sma ksus dgn dia..sya diamkn dri dan dia lgsg xpdulikan sya..shggalah trjadi prgduhan mlm tu yg sya mntk dlpaskn.berbalik kpda rujuk td..suami n sya brstuju utk rujuk kmbali n suami mngisi brg rujuk.pda keesokannye.sya bersiap utk ke pej agama..dlm msa tu suami mnghntr wssup kpda sya yg dia xjdi rujuk dgn sya..sya pelik dgn tiba2 suami berubh hti utk rujuk..sya keliru la ustaz.skrg kmi da hbs eddah.smpai 1 msa suami sggup pergi bljr agama di pondok kt Klantan utk mngambil hti bakal mertuanye..sya dpt thu yg suami akan brkhwin dgn prmpuan tu raya puasa nnti.wlhal bila sya tye knp xjdi rujuk..dia ckp hti dia utk ank2 je..tp dia ada yg lain..sya msih syg suami sya ustaz kerana kmi ada 2 org ank..adakah suami sya terkena sihir ustaz..tlgla sya utk merawat exhusb sy kerana sya msih mmerlukan dia demi ank2 kmi ustaz..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam puan,
      1. Mmg benar suami puan terkena ilmu pengasih yg agak ampuh.
      2. That why dia berubah dengan mendadak.
      3. Untuk masalah sebegini silalah call ustaz ismai. 0193619395 utk temujanji.

      Wallahuaklam

      Padam
  7. Assalamualaikum..sya mempunyai kenalan yg ada masalah..isteri dia curang degan lelaki lain mereka dh bercerai lepas itu rujuk lepas itu nk bercerai lg disebabkn masalah yg sama..dia sudah mempunyai anak 4 org..bnyk nasihat yg kami bagi kepada isteri dia tp seolah2 dia buat tak endah tetap berlaku curang jgk..saya hairan kes ni belaku dgn singkat..saya kenal isteri bkn mcm ni..klu nk curang mesti berhati2..tp ini tidak dia mcm xmengendahkn apa2 yg berlaku. Rsa bebas untuk belaku curang..apa pendapat tuan..saya kesian tgk anak2 dia..harap tuan dpt beri pndangan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1. Maaf sebab terlepas pandang soalan dan komen anon.
      2.masalah isteri kawan ni berpunca daripada dua punca utama. Satu saka nya sendiri dan yang kedua ambilan ilmu dia sendiri.
      3. Dia semacam ada ambil ilmu seri muka dan juga pengasih. Apa pun bab ni saya kena tengok empunya badan betul2 baru boleh confirm.


      Wallahuaklam

      Padam
  8. Assalamualaikum tuan
    Suami saya memang terkena ilmu dari rakan sekerja kami. Masalah nya walaupun tgh berubat sekarang, dia masih belum sedar diri. Ini kemungkinan dr ilmu perempuan itu yg dibagi dalam makanan. Apa yg ptt dibuat tuan? Adaka ilmu dlmbadan suami saya harus dikeluarkan semua dahulu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1. Maaf lambat reply. Komen puan masuk dlm box spam.
      2.ada dua benda utama yg ganggu suami puan. Satu saka dia dan saka puan dan yg kedua nya ialah sihir tu.
      3. Sihir pengasih tu bukan guna medium makanan tetapi sihir jarak jauh dan juga medium barang.
      4. Apa pun silalah call dan dapatkan bantuan Ustaz ismail. 0193619305.
      5. Diminta pada semua utk email terus kpd saya jika komen komen tuan puan tidak keluar dlm post.

      Wallahuaklam

      Padam