Assalamualaikum,
Saya nak menyambung sedikit cerita tentang barang mistik dan misteri. saya tak berapa pandai sangat bab barang2 mistik ini tetapi saya ada menyimpan (dulu2 time jahiliah) batu embun, minyak pengasih cenuai dan tangkal. Nauzubilliah. sebut sahaja barang2 berkhadam dan misteri nie, satu saja jawapannya...syirik. kenapa syirik??? sebab barang2 misteri nie semua ada khadam kat dalamnya. Nama khadam tetapi akhirnya anda akan jadi khadam makhluk halus nie secara tak sedar. berkawan dgn makluk halus nie seboleh2nya jauhkanlah. anda ambil ke, beli ke barang2 misteri nie...yang pasti dan confirm makluk ini akan berpindah kedalam diri anda dan berkampung dalam hati dan batin anda. nampak barang kat luar...tetapi inilah yang dinamakan terambil. semacam menuntut ilmu, terambil barang2 mistik nie secara tak langsung anda terambik ilmu bathil dan makluk halus sebagai teman anda.