Total Pageviews

Saturday, July 2, 2011

ilmu tarik duit, harta bunian,

Salam semua pembaca. Tempoh hari saya berjumpa satu hamba Allah A dalam tugasan saya dan dia berceritakan saya tentang pengalamannya menarik harta dari alam bunian. Siap dgn bukti dia ada jongkong emas seberat 2.5kg (betul2 jongkong emas 999). Nilainya hampir RM750,000 jika dijual sekarang. Saya sendiri melihat jongkong tersebut memang real jongkong emas.

saya sekarang nak bercerita tentang perihal menarik harta or duit dari alam jin or bunian. Diceritakan kisah benar, seorang anak murid ustaz mail nie ceritanya hampir sama dengan hamba Allah A nie. Dia dapat lagi banyak duit, hampir 3 juta ringgit malaysia. Harganya...amat mahal. Iman dan keturunannya.


Gambar hiasan jongkong emas. Jongkong semacam nie lah saya tengok dgn mata saya sendiri yang diperolehi dari bunian di sabah.

bagaimana dia boleh dapat 3 juta dari alam bunian? Dulu-dulu sebelum dia jumpa ustaz mail dia memang mencarik mencuba berusaha menarik duit dan harta dari alam bunian nie tetapi masa tu fail. Selepas dia belajar tentang konsep ilmu haq dan bathil dan memulangkan ilmu-ilmu bathil yang dia ada, tiba-tiba dia dapat mimpi seorang perempuan cantik menyuruhnya bertapa dia sebuah gua dikampungnya dan dia akan mendapat ganjarannya. Dia pun buat (untuk mendapat ganjarannya) dan satu syarat untuk dia mendapat harta dan wang2 yang di idamkannya itu ialah, dia kene berkahwin dengan bunian tu. Disebabkan jumlah yang tinggi dan sememangnya hamba Allah A nie dalam kesempitan wang, dia pun bersetuju dgn syarat itu, dan diberikan 3 guni besar duit. Satu guni ada lebih kurang RM 1 juta, 3 guni...3 juta.

dia pun jadi kaya sekelip mata. Bila isterinya tanya mana dia dapat duit banyak2 tu, dia cuma cakap dia main saham. Setiap malam jumaat, dia akan berkurung didalam bilik katanya nak beribadat. sebenarnya syarat isteri buniannya tu, malam jumaat dia punya. selain itu isterinya (bunian) tu pun mengajarkan ilmu-ilmu bunian dan mensyaratkan amalan bacaan itu berapa kali dan bacaaan ini berapa kali yang perlu diamalkannya untuk terus mendapat duit2 dari bunian nie.

dari cerita saya nie, diharap para pembaca dapat menangkap apakah harga yang harus dibayar oleh hamba Allah A nie untuk menjadi senang didunia. Saya simpulkan harga yang harus dibayar oleh hamba Allah A untuk mendapat apa yang dia hendak.


  • Melakukan dosa besar iaitu berkahwin dengan bunian walhal bunian itu adalah separa jin dan bukan manusia. Ada fatwa mengharamkan perkahwinan antara bunian dan manusia. Nasaf yang berbeza, menyukarkan penentuan taraf anak, dan berkaitan dengan hukum syarak anak dan isteri buniannya.
  • melakukan amalan wirid dan bacaan ayat itu dan ini dengan jumlah yang ditetapkan untuk tujuan mendapatkan imbuhan wang bunian dan Allah. Amalan dan ibadat hanya untuk Allah, tak boleh untuk makhluk yang lain. Syirik namanya.


Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti ke atas umatku ialah syirik kepada Allah. Sesungguhnya aku tidak mengatakan bahawa mereka akan menyembah matahari, bulan atau berhala, akan tetapi mereka melakukan amalan kerana selain Allah dan kerana syahwat yang tersembunyi.”

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi
  • Bunian ini dapat memesongkan iman dan nawaitu seseorang dari kerana Allah kepada kerana Allah dan makhluk.
  • Bunian akan dapat tuan dan rumah yang baru. tahukah anda tubuh manusia adalah tempat yang paling disukai bunian untuk dibuatkan tempat tinggal.
  • keturunan hamba Allah A ini akan menjadi rumah-rumah bagi keturunan bunian-bunian. Isteri, anak-anak dan cucu-cuc , cicit-cicit keturunan A akan menjadi rumah2 bagi kaum2 bunian. Pendek cerita keturunan Si A nie dapat saka bunian.


Sebenarnya cerita yang sama berlaku juga kepada murid-murid ustaz mail yang lain. cerita murid B pulak,dulu2 time tengah2 jahil2 tu, tak dapat menarik batu delima merah ( yang boleh menyala dalam air, kalau letak dalam bekas semua air betukar jadi merah). Seorang lagi murid ustaz mail (murid B) ada kisah yang sama. Dia nie mencarik delima merah nie sejak dari muda. Selepas belajar dgn ustaz mail dan berubah menjadi baik (dulu2 kaki maksiat, kaki rasuah dan sebagainya), tiba-tiba tengah2 bawak kereta, muncul batu delima tu kat tengah-tengah seat driver dan penumpang. Disebabkan murid B nie faham dan tahu apa akibatnya mengambil harta or benda dari bunian, dia menyerahkan kpd kawannya yang memang amat nakkan batu nie. Dia cakap, "aku tak nak benda nie, aku tak nak ada share pun benda nie. kalau ko nak ko ambiklah, tapi akibatnya kau tanggung sendiri."

harga batu delima merah asli nie dikatakan boleh mencecah hingga RM5 juta. Agak panjang posting saya kali ini, harap maaf jika agak meleret2.

Kesimpulan dari cerita saya nie ialah, jauhilah dari mengambil harta dan duit dari alam bunian. Ada harga untuk dibayar iaitu mensyirikkan Allah, Ibadat dan amalan kerana duit. selain itu terambil aje benda (harta, wang or ilmu) dari alam bunian, sebenarnya anda dah terambil ilmu bathil walaupun yang diajarnya nampak betul. Ambilan benda or ilmu dari alam bunian takde yang haqnya, hampir kesemuanya bathil yang tersembunyi dan separa bathil.

Wallahu aklam...

94 comments:

  1. bahaya jika dah tahu itu syirik..meminta biar pada Allah saja bukan kepada makhluk lain.....

    ReplyDelete
  2. salam tuan anon,

    Bab mencari duit bunian dan jin serta tarik duit dari alam jin terlalu banyak berlaku. Mostly berlaku sebab kebanyakkan tak tahu apakah harga yang perlu dibayar.

    Saya pernah berjumpa dengan seorang hamba Allah dan dia dengan bangga bercerita dia dapat tarik RM5,000 dari alam bunian dengan bantuan bomoh.

    Saya cuma menyatakan harga yang diperlu dibayar hanya dengan imbuhan RM5,000 tu. Amat tak berbaloi apabila bunian akan mengikuti sepanjang-panjang keturunan kita dan akan merosakkan iman kita dari dalam. Bunian itu akan berkampung automatiknya didalam badan kita jika kita ada terambil duit, barang or ilmu.

    Bagi saya bab saka tu walaupu besar, yang lagi besar masalahnya apabila kita mensyirikkan Allah. nampak kecil aje tetapi impak kepada iman dan tauhid anda, hanya Allah sahaja lah yang dapat membantu.

    wallahu aklam.

    ReplyDelete
  3. adakah semua ini benar atau semata-mata untuk menyuruh manusia berusaha melalui titik peluh..atau kita sudah menerima ajaran dr dulu yg sudah di pesongkan dan jadi amalan manusia sejagat masa kini...fikirkanlah....

    ReplyDelete
  4. salam tuan 7hatibumi,

    bab menarik duit dan harta karun dari alam jin dan bunian nie dah menjadi satu penyakit yang dihidapi oleh orang melayu umumnya.

    Saya sebolehnya nak jawab yang pertama iaitu menyuruh manusia berusaha melalui titik peluh sendiri, tetapi yang benarnya jawapan yang ke dua tu iaitu ajaran dari dulu lagi dipesongkan dan jadi amalan manusia sejagat adalah jawapan yang sebenarnya.

    bukan setakat orang biasa, saya dengar dan tahu ada ulamak pun buat kerja tarik duit ini. Didalam cerita saya (posting hamba Allah yang dapat jongkong mas tu), pihak yang membantu dalam upacara nie, maaf cakap..adalah anak-anak murid dan cikgu sekolah pondok. Berzikir beribu-ribu kali...untuk apa? Untuk dapatkan keredhaan Allah or...nak dapatkan emas???

    wallahu aklam..

    ReplyDelete
  5. Salam..jodoh ketentuan dari allah swt..hambanya hanya berusaha..

    ReplyDelete
  6. walaikumsalam tuan ilham,

    jodoh rezeki semuanya ditangan Allah swt. Usaha ada 2 jenis yang haq dan juga bathil. Bekerja dan berniaga adalah usaha yang haq tetapi mengadakan upacara untuk tarik duit dengan zikir-zikir sebutan nama Allah tetapi untuk menarik duit bunian adalah kerja bathil. Amalan yang haq perlu bertertib dan juga memakan masa. Allah menciptakan langit pun memakan masa 6 hari. Sebiji beras untuk makanan kita yang kita makan tak sampai pun 1 saat, memakan masa 4 bulan untuk menjadi beras.

    Nak kaya boleh, berusahalah. Jangan buat kerja shortcut seperti upacara tarik duit dari alam bunian. Yang ditarik bukan sahaja duit ataupun emas tetapi bunian itu sendiri. Mereka ini akan berkampung didalam diri sesiapa sahaja yang terlibat.

    terpulanglah kepada pembaca untuk membuat penilaian dan keputusan. Saya menyampaikan kerana Allah, tiada yang lain. Semoga semua pembaca diberkatiNya dan ditunjukkan yang Haq semata-mata.

    ReplyDelete
  7. Salam..Alhamdulilah.. Allahu akhbar...mga allah membukakan hati2 saudara2 seislam untuk kembali ke jalan yg benar..aamin

    ReplyDelete
  8. salamm..ingin bertanya dan untuk mendapat kepastian?...cmne pula jika orang dari alam bunian datang dan memaklumkan kita supaya mengambil harta tersebut sebab diorang dah x mampu menjaganya dan pemiliknye harus mengambilnya....tolong sy..apakah tindakan yg wajar dan perlu sy ambil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam,

      jangan ambil. Alasan yang paling mengarut tu. Itu adalah tipu daya bunian itu sendiri. Jangan ambil apa apa barang dan belajar dengan bunian. Tuan bukan pemilik barang dan harta tu.
      Ambil aje barang tu berderet deret bunian akan masuk kedalam diri tuan dan akan menganggu iman dan batin tuan.

      saya cadangkan tuan berjumpa ustaz mail dan belajar cara untuk mengalahkan bunian tu.

      wasalam


      Delete
  9. Assalamualaikum, saya baru saja dpt tahu rakan saya terlibat dengan amalan tarik barangan bunian ini. Sudah banyak barang2 yg ditarik keluar. Ini terbukti apabila saya sendiri melihatnya. Persoalannya di sini bagaimana untuk saya mengubah cara kehidupan rakan saya yg sudah jauh terpesong.. memandangkan dia sudah terlalu taksub dengan amalannya... kadangkala saya terasa amat geram dengan penceritaan dan kepercayaannya. Memandangkan saya ini tidaklah pandai berkata2 untuk mematahkan hujahnya.... ssaya hanya berdiam diri dan memendam perasaan geram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan,

      susah nak betulkan fahaman dan pendirian kawan tuan tu kecuali Allah sendiri yang duga dan uji dia. Bab macam ni kalau Allah sendiri yg uji barulah orang yang terlibat tu faham. There is no free lunch when i comes to jin dan makhluk halus ni.

      sabarlah tuan. Sampaikan aja apa yg termampu. Jika dia menolak biarlah dia dgn pendirian dia. Doa aje pada Allah minta Allah tunjukkan dan betul kan dia.


      wasalam.

      Delete
  10. oh makna nya duit yang dapat dari bunian itu adalah haram la yeah? lagi2 kalau yang main tarik duit mengunakan barang sperti batu yg khadam?

    ReplyDelete
  11. salam,

    untuk letak hukum halal or haram, saya bukanlah ustaz yang belajar bab feqah. Tapi saya akan cuba terangkan dan tuan decide lah sendiri.

    niat yang haq perlu disusuli dengan amalan yang haq. kebanyakkan upacara menarik duit bunian nie semuanya beramalan. maksud amalan tu, ialah amalan ibadat khusus seperti zikir, puasa dan solat yang dibuat atas niat nak kan duit.

    Ibadat khusus perlu dibuat kerana Allah semata-mata. tak boleh buat puasa sebagai contoh untuk dapatkan duit bunian. Puasa hendaklah kerana Allah.

    kalau cara dah mensyirikkan Allah, bagaimana dengan duit yang anda dapat jika dapat lah? Cara bathil, hasilnya juga jadi bathil.

    macam mencuri, cara bathil..hasilnya bathil.

    saya tak meletakkan fatwa duit itu haram. Tetapi, apakah hukumnya..tuan decidelah sendiri. Saya bukan ulama atau mufti yang boleh keluarkan fatwa.

    Wallahu aklam.

    ReplyDelete
  12. Biar xkaya pon...janji tidak tergadai agama..bunian dgn jin sama keturunan...hari ini dia tolong kita...esok dia minta apa2 plk dari kita...Dunia ni sekejap saja...duit berjuta2 pon bkn boleh bwk ke mati...

    ReplyDelete
  13. Erm. Sila belajar lebih mendalam ilmu hakikat sebelum jatuh hukum. Terima kasih.bersihkn hati sendiri sebelum bersihkn hati org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tuan mohd rizuan,

      sudah belajar tuan. lepas hakikat , makrifat bukan? Saya dalam perjalanan membersihkan hati saya. Terima kasih atas nasihat tuan.

      saya bercakap berdasarkan makrifat , mata hati , pengalaman dan juga ilmu agama terutama bab hadis. Jika salah point saya, silalah nyatakan dimana.

      setinggi mana ilmu hakikat ke, makrifat ke, bab syariat perlu dikekalkan dan diteguhkan.

      Ibadah dan ibadat perlu diniatkan hanya kepada Allah. Jangan beribadat utk harta dan kekayaan. Syirik jadinya.

      Wallahu aklam

      Delete
    2. Assalammualaikum , beri salam sebelum nak bercakap , nak tegur benda yg kdg2 manusia lupa .

      Delete
  14. Salam..menyentuh tentang syirik ni ingin saya kongsi bersama,sebagai manusia yg kerdil segala-galanya,Prnah sy terdengar dan mungkin ssetengah org tentang istilah "ada wang semua boleh jadi",ssuatu kata jika difikirkan segala kehendak dan kemahuan boleh direalisasikan janji ada wang.Apa benar begitu?bolehkah wang membeli segalanya dan tidakkah itu ditafsirkan sebagai syirik?
    menyentuh tentang batu..kenapa di tepi kaabah ada batu aswad yg dicium oleh setiap org yg datang k Mekah?apakah peranan batu tersebut?1 lagi jika kita teliti salah 1 pedang RasullullaH SAW,mempunyai tatahan batu2 permata..adakah Nabi SAW pergi berjihad pisabilillaH kerana inginkan glamour dgn memiliki sibilah pedang yg bertatahkan betu2 permata?sy yg lemah ini tercari-cari jawapan..jk boleh membantu.boleh tolong jelaskan di sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Jawapan saya hanya berdasarkan pengetahuan saya yang tak seberapa sahaja jadi terpulanglah pada tuan bab penerimaannya.

      1. Ada wang semua boleh jadi. Adakah ianya syirik. Bab ini agak subjektif tetapi jika nak dihalusi memang boleh menjurus kepada wang tu berkuasa dan sesetengah orang letak kuasa duit itu sama dengan kuasa Allah. Tapi bab itu saya biarkanlah pd tuan utk menilainya.

      2.bati awsad adalah difahamkan adalah batu dari syurga. Kenapa ramai nak cium? Mudah aje sebab itu adalah sunnah Rasulullag. Kalau tak silap saya Abu Bakar a.s pernah berkata pada batu aswad. Aku mencium kamu batu aswad hanya sebab Rasulullah mencium mu dan itu sunnah. Jika tidak kamu hanya batu biasa sahaja bagi aku. Lebih kurang lah bunyinya.

      3. Bab batu permata. Saya hanya menekan batu permata yg dibeli dikedai iaitu nilam zamrud dan sebgaibya yang diikat pada cincin. Permata pada pedang Rasulullah lain martabatnya. Kalau tak silap saya (betulkan saya jika salah) permata itu dipasang kemudian. Masa perang yang sebenar batu itu tak ada lagi. Selepas Rasulullah wafat barulah pedang itu diperbaiki dan diperelokkan dan dipasang dengan batu permata dan sarungnya dibuat baru.

      Tak semua batu permata berpenghuni dan sebenarnya memang ada cara utk hancurkan penghuni didalam batu tu. Ilmu dan pengetahuan Rasulullah memang tinggi.

      Delete
  15. assalamualaikum
    saya nak tanya asal usul bunian ini sebenarnya dia dari keluarga apa dan sy pernah terdengar bunian ini dari golongan manusia malu dan minta di hilangkn dari pandangan mata. sy masih tak faham adakah orng bunian ini makan seperti manusia atau jin sebab dia berada di alam lain.

    ReplyDelete
  16. Walaikumsalam,

    Untuk kupasan lanjut sila cari psting saya berkenaan bunian. Taip didalam kotak search this blog belah atas kanan blog saya ini.taip bunian

    Apa pn saya akan jelaskan secara ringkas. Utk penerangan lebih jelas silalah lah baca post berkenaan bunian.

    Bunian adalah makhluk jin separa manusia. Makluk hybrid. Kacukan manusia dan jin. Bunian terhasil apabila wanita manusia dirogol jin ataupun manusia lelaki dirogol jin betina.

    Mereka bukanlah manusia dan seperti cerita yang cik tahu itu. Mereka tidak makan sperti manusia nasi dan sebagainya. Ini disebabkan jisim.mereka adalah halus seperti jin dan makanan mereka sedikit berbeza dgn jin. Tetapi mereka tidak makan nasi dan ayam yg bermusim kasar sperti manusia.

    Wallahu aklam

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum sahabat
    ramai jiran-jiran saya adalah jin. selepas kecewa dengan kejadian pecah rumah secara berkali-kali oleh manusia, saya lebih percaya dengan golongan jin. ada yang menjaga rumah saya tanpa bayaran, mengejutkan saya waktu solat subuh dan menakutkan golongan pencuri yang hendak datang rumah saya. rumah saya memang jauh daripada orang ramai. hendak harapkan jiran berhampiran, ramai yang penagih dadah. pendapat saya...situasi darurat ini menyebabkan harus untuk saya berkawan dengan jin islam. dengan izin ALLAH sememangnya saya memang mampu berkomunikasi dengan jin. entahlah... nampaknya setakat ini perangai diaorang lebih baik berbanding manusia penagih dadah tu.. x pernah lak diorang offer harta benda kat saya. yang tumpang nak sembahyang jemaah ngan belajar agama adalah..wallahuaklam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam man sai,

      Saya merasa sedih dengan tindakan tuan sebenarnya. Didalam alquran Allah melarang dengan keras perbuatan manusia meminta bantuan dan perlindungan dari jin. Walaupun tuan meletakkan keadaan darurat, sesungguhnya harta benda yang hilang ada satu ujian kifarah utk tuan.

      Memang tuan boleh berkomunikasi dngan jin disebabkan tuan dah meminta bantuan mereka utk menjadi pengawa. Jin jin tu sedang berkampung didalam diri tuan walaupun tuan nampak mereka diluar.

      Tak banyak beza pun perbuatan tuan ni dengan perbuatan orang zaman dulu yang mengambil hantu raya sebagai pengawal harta benda. Hantu raya pun jin. Ada yang islam pun.

      Saya berpesan kepada tuan supaya mengeluarkan kesemua jin dan batalkan perjanjian yg dah dibuat. Harga yang tuan perlu bayar utk amatlah besar tuan. Jin jin ini akan menjadi saka kepada keturunan tuan dan akan menjahanamkan iman tuan dan keturunan tuan.

      Lakonan jin memang amat mantap. Mmg nampak baik aje, tapi jin yg betul bertaqwa akan mematuhi larangan Allah utk tidak membantu manusia.

      percayalah. Sakaratul maut akan menjadi amat dasyat kepada sesiapa yang berdampingan dengan jin selain kehilangan iman secara halus dan perlahan.

      saya berpesan pada kebenaran dan kesabaran.

      wallahu aklam

      Delete
  18. Salam. saya ada seorang rakan yg sedang berusaha melakukan amalan menarik duit ni. die sekarang nak beli seekor kambing (ada bentuk dan kriteria trsendiri) sebagai ganti kepada bunian untuk mendapatkan duit tu. dan sekarang dia meminta saya membayarkan 1/4 daripada harga kambing itu dan sebagai ganjarannya, dia akan memberikan 1/4 daripada hasil tarik duit itu. adakah saya juga akan dikira bersubahat dan mungkinkah bunian akan masuk kedalam diri saya dan akan menganggu iman dan batin saya? Harap dapat bantu. terima kasih.

    ReplyDelete
  19. walaikumsalam,

    maaf terlepas pandang soalan tuan. Ya tuan bersubahat dan bunian akan masuk kedalam diri tuan. Lebih baik tuan janagan masuk bersubahat dalam kerja tu.

    dosa bersubahat buat kerja syirik. elakkan lah tuan. jika tak dapat elak, cakap saya bagi duit ni aje yang lain takda. Aku tak nak tahu dan subahat dengan kerja ko. aku just bagi pinjam duit pada ko.

    sebaiknya jangan sebab tuan dah tau niat dan kerja dia.

    wallahu aklam

    ReplyDelete
  20. salam danish
    pada pendapat tuan, macamene ustaz dan pengamal perubatan islam dapat tengok & berkomunikasi ngan jin, adakah disebabkan dia ada pendamping atau memang ada kaedah lain. confuse...Baru2 ni sy ada berjumpa dengan seorang ustaz, bagi tujuan berubat sebab nampak macam2 sebab mata saya kadang2 suda jadi mata x-ray berlaku dengan izin ALLAH, kiranya kalu orang pakai baju 2 lapis pun..serupa macam bogel jugak lah.memang nampak.Mula2 seronok lah tapi lama2..tekanan jugek. Paling seksa kalu pergi pasar malam habis saya nampak. Dia ada offer saya jadi anak murid dia. Tujuan saya adalah utk mengawal mata saya untuk tengok benda disebalik tembok je..apa dalam baju orang saya dah tak minat mau tengok. tapi...dalam berkira2 bersetuju jadi anak murid dia..saya ternampak kelibat lembaga ustaz tu di hadapan rumah saya.Ustaz ni kiranya....terkenal jugak. Dia pun adalah seorang imam masjid.takkan dia punyai ilmu salah. sebabnya kelibat makhluk tu memang sebijik macam dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan,

      Hebat juga ilmu dunia warisan generasi diatas tuan. Dinamakan sebagai saka. Kelebihan tuan adalah disebabkan pendamping saka tuan. That why tuan dapat tgk disebalik yang disebalik. Ilmu scan dan pa dang tembus yg haq memang ada tapi boleh dion dan dioffkan dan hanya yang imannya dah sedia yg dapat.

      Iman masjid, ulama besar dan ustaz alfadhil tak terlepas daripada warisan saka dan ilmu bathil. Mmg yg tuan nampak tu pendamping ilmu ustaz masjid tu.

      Untuk offkan dan buang ilmu scab bathil dan gantikan dengan ilmu yg haq, sila lah call no pada blog saya. Tuan akan kehilangan scan pandang tembus itu tapi Allah akan gantikan dengan ilmu yang lebih baik dan yang haq.

      Wallahu aklam

      Delete
    2. Lupa nak jawab soalan yang kat atas. Pendapat saya tentang pengamal perubatan islam or tradisional yang boleh berkomunikasi dan tengok jin mostly dari khasaf jin. Walaupun daripada perubatan islam.

      cara kami berbeza dengan cara perubatan islam yang lebih kepada berunding dan berdakwah kepada jin. Jin yg ganggu manusia adalah kategori syaitan dan syaitan amat sukar didakwah dan masuk islam. Mulutnya mengucap dua kalimah shahadah tapi hati mereka tetap kafir kepada Allah.

      Kami hanya bagi amaran beri pilihan cara mati ataupun keluar terus dr tubuh mangsa. Kami tak akan berunding ataupun memaksa mereka ni masuk islam sebab banyak jin islam tapi tetap menjadi syaitan.

      Harap saya menjawab persoalan tuan.

      Wallahu aklam

      Delete
  21. terimakasih danish...
    saya x nak menyusahkan danish la... kalau itu jawapannya.... lebih baik masa yang ada saya guna utk beribadat serta berzikir daripada pertempuran yg tak akan habis..sebelum ini pun saya memang pernah merasai bahang pertempuran dengan bomoh siam, asli, indonesia dan melayu. cukup-cukup lah..
    saya lebih suka tarbiahkan jin drpd membunuh jin.semoga ramai yang masuk islam.tahap keimanan mereka pula bukan kuasa kita yang menentukannya.. ajal dan maut kita hanya ALLAH yang tahu.teruskan perjuangan anda sekiranya anda yakin.saya pun suda boleh off kan pandangan dengan cara berselawat sebanyak 3x dan sapu ke muka. semoga pada satu hari nanti kita dapat bertemu dan bersahabat.
    wallahuaklam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..betul tu..danish ni memandang seolah2 jin islam tu pon jahat..bkn nye kita minta tolong pada jin tu maknanya syirik..kalau macam tu kalau danish ni kena rompak, jgn report polis..minta polis siasat tu hukum nyer syirik ke?saya setuju dgn pendapat anda anonymous.

      Delete
    2. Salam tuan anon,

      Jauh sungguh perumpamaan tuan anon pasal kena rompak dan report polis. Allah dah melarang keras manusia meminta bantuan dan pertolongan jin. Jin islam ke kafir ke..sama sahaja. Jin islam yg bertaqwa tak akan melanggar larangan Allah utk tidak membantu manusia. Jin Yg mengaku islam dan tidak bertaqwa sahaja akan melibatkan diri dengan manusia.

      Jangan gunakan pendapat. Yang jelas Allah larang jangan lah buat. Sebabnya sesiapa yg minta tolong dengan jin akan syirik pada akhirnya selain berdosa kerana melanggar perintah Allah.

      Jin islam mcm.manusia islam jugak. Ada yg islam tapi jadi syaitan manusia yang merogol sesama manusia.

      Wallahu aklam

      Delete
  22. Salam tuan...
    Sy nk tnye..trkadang sy akn nampak benda2 halus ni sprti pontianak, genderuwo dn baru2 ni pocong dn mcm2 lg..apkah benda2 ni ada pd dlm badan sy jg ke?risau jgak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun salam,

      Ya. Jika nampak sebenarnya kita dah terlambat. Benda tu dah pun masuk kedalam diri kita dan itu lah sebabnya kita nampak.

      Tuan hubungi lah ustaz mail jika nak mengetahui cara nak buang dan keluarkan benda dr diri.

      Wallahu aklam

      Delete
  23. salam,
    saya ada masalah dengan abah saya dan ibu tiri saya, ibu tiri saya telah mengajak abah saya berjumpa dengan pak aji di paloh untuk menarik duit, ada byk benda yg perlu didapatkan dan dibuat sebelum dapat duit tersebut, mereka telah mengumpul, keris, tongkat, pedang, batu2 delima, paku, cuma tinggal minyak wangi dan tanah dikampung, kononnye mereka mengambil harta keturunan sebelah abah dan ditukarkan menjadi duit, kami adik beradik sudah puas bergaduh pasal perkara ini, kami dah beritahu perkara ni syirik tapi mereka berdegilnak meneruskan juga, tolonglah apa lagi harus kami lakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam haikal,

      nampak gayanya tamak dah menguasai diri ayah dan mak adik. cara terbaik sekarang ialah solat hajat dan mintaklah Allah tunjukkan kepada mak dan ayah yang kerja menarik duit bunian ni adalah kerja syirik.

      semuanya permainan bunian nak menjahanamkan hidup anik sekeluarga. Apa apa pun, solat hajat. Cari air zam zam dan doakan bersama doa air zam zam. masukkan sekali doa adik bekenaan tarik harta bunian ni.

      nak mengubah hati seseorang, hanya Allah sahaja berkuasa. Tak banyak kita boleh buat kecuali berdoa dan usaha nasihatkan.

      jangan risau ada cara untuk menghindari bunian tersebut mamasuki diri adik beradik dalam bentuk saka. adik boleh hubungi ustaz mail untuk bantuan dan tunjuk ajar.

      Wallahu aklam

      Delete
  24. salam tuan..saya confuse la bagaimana ya mak saudara saya boleh nampak puteri puteri..tapi saya tak nampak pun..kalau boleh saya nak tengok jugak cantik sangat ke puteri tu..lepas tu dia cakap ade emas dekat belakang rumah saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam tuan stand keris,

      Adik tak nampak sebab bunian itu belum kuasai diri adik sepenuhnya. Mak saudara adik tu dah dikuasai oleh bunian. Bunian tu bukan kat luar, tetapi tinggal didalam diri mak saudara adik tu.

      cantik memang lah cantik tetapi itu hanyalah rupa kasar dan luaran. Ada lapisan rupa yg didalam , yang disebalik, buruk dan bertaring sebenarnya.

      manusia adalah secantik dan sebaik baik kejadian Allah dimuka bumi. Secantik mana pun bunian, cantik lagi manusia.

      tipu aje ada emas kat belakang rumah. Itu salah satu tipu daya bunian.

      saya harapkan adik dapat hubungi ustaz mail dan buangkan saka bunian yang mengikuti adik dalam bentuk saka tu.

      Wallahu aklam

      Delete
  25. Adakah wujud kes tarik duit pakai batu delima dan terima buah delima dari buah delima? Saya dah baca entry tentang ni dan komen2. Tapi masih ragu- ragu tentang kebenaran kisah ni. Terima kasih

    ReplyDelete
  26. salam justina ishak,

    saya kurang pasti bab tarik buah delima dari buah delima. tapi bab batu delima merah yang asli, letak dalam air bertukar jadi merah tu..yang tu memang ada. batu delima ni memang ampuh dan kalau ada, sebenarnya batu delima tu memang dah ada bunian kat dalamnya. Memang mudah dan dapatkan duit dan harta kalau dah ada batu tu. Harganya besar..mensyirikkan Allah.

    Wallahu aklam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit-sikit syirik. Cin2 Nabi Sulaiman juga batu D5 merah yang membolehkan baginda takuluki jin. itupun syirik kah...?

      Delete
    2. Salam tuan anon,

      Daripada sumber manakah tuan dapat cerita Nabi Sulaiman a.s menggunakan batu delima untuk takluki jin?

      Berdasarkan kisah didalam kitab Nabi Allah Sulaiman diberikan tiga pilihan berupa 3 hadiah oleh Allah. Pangkat, harta dan ilmu. Nabi Sulaiman a s memilih ilmu.

      Ilmu yg diperolehi oleh Nabi Sulaiman a.s adalah ilmu yang haq yang menjadikan dia khalifah yang sebenarnya khalifah

      nabi Allah sulaiman menakluki or dapat memerintah jin disebabkan ilmu bukan batu delima. Harap maklum.

      Wallahu aklam

      Delete
    3. Tertarik dengan cerita/ulasan dan komen. Terpanggil
      saya untuk berkongsi cerita.
      Sepupu saya berjumpa ustaz adi wijaya kg belahan tampok,
      rengit, batu paha, johor. t soal berat jodoh.
      Sepupu saya buka cerita soal ‘nenek’ sebelah emak yang dulunya bidan kampong dan takut sakanya menyebabkan
      dia 3 beradik berat jodoh.
      Setelah diteliti, ustaz tu kata tak ada apa masaalah...
      entah macamana ketika bercerita sepupu saya boleh bertanya kisah batu delima raja bunian.
      Memang rezeki dia !, ustaz tu boleh ‘berhubung' dengan
      mahluk halus tersebut dan dapatkan sebutir batu delima
      tujuan untuk dibuat mata cincin. Semenjak pakai cincin tu macam ada daya penarik, ramai lelaki yang dulunya jinak-jinak lalat dah jadi macam pengemis cinta, beriya-iya ajak dia nikah/kawin.Mungkin itu kebetulan, tetapi maksudnya
      kisah2 batu delima bunian ini rasanya benar.

      Delete
  27. assalamualaikum ..
    mnsyirikn adalah kita ..
    jika kita mnggunakn delima sebagai ikhtiar .. x mnsyirikn ... lainlh kamu mnggunakn dn percaya kuasa delima itu yg mnolong kamu .. ini barulh syirik ..
    klau kamu mkn nasi dn percaya nasi yg kenyangkn kamu ..itu dh jatuh hukum syirik ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam tuan nasaruddin,

      Berikut adalah jawapan saya.

      1. Bagaimana kah batu delima boleh berfungsi nak menyembuhkan dan bagaimana nak jelaskan melalui kaedah sains ataupun perubatan?

      2. Jika batu delima tu boleh dimakan dan ditelan mcm buah delima, boleh dijelaskan melalui kaedah perubatan seperti galian dan vitamin nya berfungsi membantu badan melawan penyakit.

      3. Batu delima adalah batu semata mata. Mata batu tepi jalan sahaja. Tiada sebarang kuasa kecuali adanya unsur unsur khadam batu delima yang bertugas menjadikan sesuatu. Af'al atau perbuatan jin.

      4. Saya harap penjelasan saya boleh diterima. Jika tuan tetap nak berharap asbab batu delima silakan. Saya hanya menyampaikan.

      5. Batu delima adalah makluk yg x bernyawa. Mcm patung sembahan juga. Ada sebarang kuasa kah batu batu ini?

      6..dalam kes batubyg diukir menjadi tuhan sembahan, menjadi tempat tinggal syaitan. Batu Delima pun sama.

      Wallahu aklam

      Delete
  28. terbntuknya 1 permata mmkn masa jutaan tahun .. x mustahil ciptaan allah ni tiada aura .. nk jelaskn dri sudut sains mmg pnjang .. try search google .. mngkin jmpa .. tntang yg ghaib semua ada kajian sains ke ? ... bunian brkmpung dlm jasab manusia ada kajian sains ? .

    pemikiran manusia tetap ada silapnya walau dlm brmesyuarat sekalipun .. mngkin sy salah atau awak salah .. x kisah lh sape salah ...
    yg kita bincangkn tntang hukum syirik .. so. ape shja yg kita bt jgn percaya sesuatu yg ajaib dtng dri mahkluknya ..tapi percaya yg allah maha berkuasa pd setiap ciptaanNya ..
    ape pun kita buat atau yg berlaku semuanya kekuasaan allah .. percaya dgn kebesaran kuasa allah ..
    bgi individu yg tarik duit .. semua tu kuasa allah .. mcm mna jika individu tersebut berpuasa sunat , berzikir dn solat hajat .. meminta pd allah supaya dimurahkn rezeki ..dn semasa ritual tarik duit hnya berzikir " laaillaha'illah " .. mcm ni syirik ke ? sy sndiri x tahu .. semua allah yg maha mngetahui .. jgn mncari salah org lain sedangkn kita x tahu tntng ilmu allah .. yg nyata mahupun yg ghaib .. lgi baik brdiam diri .. sedangkn diri kita sndiri x tau sedekat mna kita pda allah ...... .

    waallhu'alam bissawab
    "allah lebih mngetahuinya yg sebenar benarnya"

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tuan,

      saya tidak berhasrat nak memanjangkan sessi soal jawab dengan tuan. jika saya tidak menjawab bermaksud saya tidak ingin meneruskan lagi soalan dan jawapan dengan tuan. tuan boleh teruskan kepercayaan tuan dan saya tetap akan menyampaikan yang haq hanya kerana Allah. berikut adalah jawapan daripada saya.

      1, Yang berisko untuk syirik adalah orang yang mencari batu delima dan menggunakan batu delima itu untuk tujuan menarik duit. Duit siapa? Duit bunian or harta bunian. Adakah logik akal makluk jin nak memberikan sesuatu secara percuma tanpa perlukan sebarang harga or bayaran sebagai timbal balas.

      2. batu delima merah adalah dari alam bunian. Memang ada bunian mendiami batu ini. Kenapa perlu batu delima? kenapa tak pakai sahaja batu jenis lain? Batu delima dari alam bunian untuk tarik harta dari alam bunian. Mudah nak faham.

      3. Ibadat khusus seperti berzikir Lailahillah sebagai contoh nya adalah untuk mengesakan Allah pada sifatnya. Adakah perbuatan dengan niat menarik duit/harta bunian dengan masa yang sama nak mengesakan Allah tidak menyekutu kan dia. Didalam hadis terang dan jelas Rasullulah risaukan umatnya membuat ibadah khusus dengan niat yang tersembunyi dan lain daripada sebab Allah.

      3. Puasa pun sama. Perlu buat kerana Allah semata mata, Tak boleh puasa sebab nak tarik duit dan sebab kerana Allah. Namanya menyekutukan Allah.

      4. Keesaan Allah adalah pada NamaNya. Boleh kita mengeasakan Allah dengan niat yang lain daripada memuji dan membesarkan ZatNya?

      Tepuk dada, tanyalah iman tuan. Saya hanya menyampaikan. Jika tuan tetap rasa kerja tarik duit bunian sambil sambil beribadat khusus sebab duit dan Allah itu boleh, terpulanglah pada tuan. Berdoalah minta Allah tunjukkan bab ini. Saya dah mengalami pelbagai jenis ujian disebabkan perkara seperti ini.

      Wallahu aklam

      Delete
    2. tarik duit = menyekutukan Allah s.w.t. kerana niat kita adalah nafsu dunia. bukan kerana Allah.

      Delete
    3. bukan menyekutukan Allah ke kalau beribadah nak 'harga dunia' + 'Allah' sekali?

      Delete
    4. Salam tuan anon,
      Jawapanya ialah ya. Menyekutukan Allah atau syirik. Nak Allah dan harta dunia.

      Delete
  29. awak dh mngkaji tntang batu permata sblm mnberi pendapat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak mengkaji batu permata. Saya nampak ada khadam didalam batu permata. harap maklum.

      Delete
  30. salam,

    saya tambah sedikit lagi komen berkenaan syirik. Syirik itu mempesekutukan Allah atau menyamakan makhluk dengan Allah atau melebihkan makhluk lebih daripada Allah. Komen saya berkenaan ibadah-ibadah khusus yang dibuat sebagai pra syarat nak dapatkan harta bunian ni ialah mensekutukan Allah? Nak harta dan nak keredhaan Allah. Allah mengetahui hati kita.?

    Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
    (Al-An'aam 6:162)

    Daripada ayat diatas terang dan jelas Allah menyuruh kita beribadat hanya kerana Dia. Jangan buat ibadah zikir dan puasa sebab nak dapatkan harta. Syirik jadinya.

    selain dari itu point kedua adalah seperti berikut.

    `Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
    (Al-Jinn 72:6)

    kerja menarik duit dari Alam bunian ni adalah kerja meminta pertolongan daripada golongan jin. Allah melarang keras manusia meminta pertolongan daripada Jin dan melarang keras jin membantu manusia. Larangan ini bermaksud haram.

    Amalan yang haq (yang Allah suka dan redha) adalah bertertib dan memakan masa. Bekerja lah macam orang lain atau berusaha lah dengan akal dan tenaga yang Allag bagi bagi mencari rezeki dan kekayaan. Jangan buat kerja shortcut dan magik macam tarik harta bunian.

    Wallahu aklam

    ReplyDelete
  31. tiada keje yg shortcut .. sedangkn rompak bank perlu usaha ... nmpak sgt bodoh sombong awak ..byk msj sy x dipaparkn .. awak takut pd pndapat awak yg silap ? awak sbenarnya dh fitnah org .. dosanya sama dgn mnbunuh org .. "sama"
    pnguruan kami akan bunuh jin yg kami suruh ambil duit bunian .. adakh itu minta tolong ? " akal "

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan,

      Saya nampak jin itu ada dalam diri tuan. Bagaimanakah tuan katakan perguruan tuan bunuh jin.

      Tetap shortcut tuan. Mintak dengan bunian dan minta pertolongan syn jin.

      Tuan nak kebenaran yg haq ataupun kebenaran yg tuan nak.?

      Saya x akan melayan sebarang komen yg seterusnya dr tuan. Say atak sebut nama sesiapa pun.

      Tepuk dada tanya iman. Wallahu aklam

      Delete
  32. saya kagum dgn jwpan dari sdra danish, tpi dari segi perdebatan dgn encik aurora nasrudin sgt hebat..sy kira kedua2 memiliki ilmu yg dalam.. cume dr sy yg zero ni ,.hrp2, byk kan info2 yg menarik.., sbb ilmu yg ghaib ni tak ada pada semua org..

    ReplyDelete
  33. salam tuan anon,

    ilmu saya tak seberapa pun, jauh dari pandai. Semoga Allah menambahkan ilmy yg haq kepada saya dan pembaca semua. Ilmu takda yang ghaib. Ilmu itu terang dan nampak.

    Saya hanya menjawab soalan dan saya mmg tak ada niat dan tak akan berdebat didalam blog saya ini. Nak menang, saya just bagi aje menang.

    blog saya ini more kepada menjawab dan menerangkan. Didalam islam, semuanya memerlukan nas dan dalil. Islam itu tertegak atas nas dan dalil. Jika nak berbincang boleh tetapi mesti dengan tertib ilmu. Nas ada dua aqli dan naqli.

    Apa apa pun terima kasih kepada tuan anon kerana menjadi pembaca blog saya. semoga Allah memberkati tuan dan kita semua dan diberikanNya yg haq semata mata. Amin.

    ReplyDelete
  34. As salam,

    saya pernah menerima batu permata merah dari seorg tua kenalan kpd kawan sy, dia memberikan batu permata itu di atas niat terima kasih kpd saya kerana byk menolong beliau. dia juga mengamalkan upacara menarik duit. terus terang saya katakan, pd waktu itu saya agak jahil dan tidak dapat membezakan perbuatannya itu syirik atau tidak kerana dia kelihatan alim, selalu berzikir dan sentiasa berpesan kpd saya supaya jgn tinggal solat.

    saya masih ingat lagi cara dia mendapatkn batu itu di dpn mata sy dimata, pada waktu itu, beliau seperti tidak sedarkan diri dan bertukar suara, dia memusing musingkan tangannya dlm bentuk bulatan dan tiba2 ada batu permata di dlm genggaman tangannya. dia menyerahkan batu itu kpd sy dan berpesan dimana, sy perlu menyimpan batu itu sebaik baiknya dan ada seorg puteri yg akan menjaga sy dgn syarat, sy perlu percaya dan yakin sekiranya sy ingin melihat puteri itu. Terus terang sy katakan, sy berasa amat confius dan takut tapi pd masa yg sama, sy menyimpan batu itu di mana beg duit. Setelah sy lose contact dgn pakcik itu dan selepas
    beberapa ketika, batu permata merah pemberiannya itu hilang dlm jagaan
    saya.

    Pakcik itu juga mengamalkn perubatan islam katanya la, tapi pd masa yg sama sy melihat dia ada menyimpan brg2 lama seperti keris dan tongkat.

    Persoalannya, adakah batu yg sy terima itu dari bunian? Batu itu telah hilang dari jagaan sy, adalah bunian masih berdamping dgn sy? Harap encik dapat membantu, tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam,

      jawapan saya.
      1. Ya daripada bunian.
      2. bunian tu masih berdamping dengan tuan.
      3. Sila call ustaz mail untuk bantuan lanjut. Agak banyak kerja nak dibuat untuk selesaikan masalah tuan ni.

      Wallahu aklam

      Delete
  35. Banyak ilmu yg sy dapat dr entry ni..sy mengaku sy dari golongan keluarga yg jahil tentang agama..tp kmi tak la sampai nk mensyirikkn Allah..alhmdullillah kmi masih lg dilandasan Allah..kmi xbyk tau pasal ilmu tarik duit ni tp kmi tetap merasakn yg ilmu ni syirik..kerana harta yg dpt tu bukan dr r jalan Allah..tp sy hairan knp org yg tinggi ilmu agamanya yg selalu buat kerja2 ni..ade knlan sy yg buat prkra ni yp sy xbrani nk tgur sbb ilmu agma dea lg tggi dr sy..dan dea lebih tua dr sy..sy syg dea tp xthu mcm mne nk tgur :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nurul forever,
      Ramai yg jenis mcm ni. Walaupun tinggi ilmu agama byk dalil yg mereka guna nak menghalalkan amalan dan xtvt mereka. Apa apa pun just doakan sahaja utk kenalan cik nurul supaya mereka diberikan petunjuk dna hidayah. Petunjuk dan hidayah milik Allah semata mata. Kita just menyampaikan sahaja.

      Delete
  36. Assalam..saya ada kawan2 yang terlibat dalam urusan 'tarik duit'@dana dari alam ghaib@ bunian....jumlah .yang diperuntukan dln 2-3juta..soalan saya adalah dari manakah asal duit tersebut...dari cerita mereka alam bunian juga ada bank?? Atau duit tu bunian sedut dr BNM? Sekiranya dari BNM mcm mana nak pakai tanpa
    declare? Atau ini hanya tahyul semata..Kalu bole jelaskan pd saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam,
      Jawapan saya.
      1. Duit bunian bukan tahyul tetapi realiti.
      2. Mana datangnya duit tu? Saya pun tak pasti tetapi setahu saya duit itu adalah duit sembahan dan juga duit nazar.
      3. Byk org yg menurun dan juga berjudi dan meminta bantuan dr bunian ini. Jika mereka menang mereka perlu membayar sebahagian duit kemenangan mereka kepda bunian.
      5. Duit ini akan dikumpulkan dan akan berpusing menjadi satu dana.
      6. Sumber duit ini adalah haram. Itulah yg pastinya.

      Wallahu aklam

      Delete
  37. Assalamualaikum

    Berhati hatilah minta tolong pada makhluk halus lagi lagi jin walaupun yang Islam mahupun yang mukmin atau fasik.Sebabnya mereka ni datuk dan moyang mereka ni iblis,mesti mereka mereka ni ada sikap tak baik a tau dendam pada kita manusia.Dan mengenai Nabi Sulaiman as dia Allah beri dia mukjizat dan keistimewaan untuk menundukkan dan menyuruh jin lakukan kerja kerja tertentu.Yang kita ni ada mendakwa boleh tundukkan dan menyuruh jin ambil harta dan wang di alam ghaib ini ini tidak boleh dinafikan tapi perlu ingat ada imbalannya dan cagarannya.Imbalannya qalbu kita diambilnya dan esok nak balik kita akan diambilnya masuk ke alamnya.Ini kenyataan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam,

      alhamdulillah. Silalah sebarkan kepada semua berkenaan bahayanya mengambil dan menarik duit dan harta jin dan bunian. Benar sekali kata tuan.

      Wallahu aklam

      Delete
  38. assalamulaikum..
    saya ingin bertanya.baru baru ini saya menolong seorang kawan untuk mencari baru yang mempunyai keindahaan.saya ada berjumpa dengan seorang hamba Allah yang memilikinya.sebelum itu batu itu harus diuji untuk mengetahui kebenarannya.jadi saya jadi penguji nya..dipendekkan cerita saya ditetak tak lut di baring atas kaca tak luka dipotong rambut tak putus..
    dan saya disuruh beli cincin perak.
    soalannya
    apa kah hukumnya..
    bagaimana cara supaya saya dapat lari dari masalah nin.
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam,

      jawapan saya.
      1. Pulangkan cincin tu kepada empunya asal.
      2. Akad sekali pulangkan. Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil dari tuan yang ada pada diri saya.
      3. Jika sudah berkeluarga..tambah ..yang ada pada diri saya, isteri saya dan anak anak saya.
      4. Solat taubat sebab sebenarnya tuan dah melakukan satu dosa besar iaitu mengambil ilmu bathil/ sihir.
      5. Untuk maklumat lanjut silalah call dan minta bantuan ustaz mail.

      wallahu aklam

      Delete
  39. Salam Danish,.

    syok cerita pasal tarik barang nie, cube awak scan(kalu buleh la) pemimpin2 skang nie,.xkira la najib and the gang, anuar and the gang atau Nik azis and the gang,. dorg ade wat kerja tarik duit/barang x? mungkin awak rasa soalan aku ni bodoh,..(memang aku bodoh pon) yg pandai tu Allah semata-mata..kalu ade@ tiada, respon je kat email adzuan11@gmail.com,..kalu respon kat sini nnt takut jadi fitnah pulak nanti..

    ReplyDelete
  40. Saya ada email danish minggu lepas. Harap danish dapat menjawab persoalan saya. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  41. salam justina ishak,

    maaf saya tak ada terima email dari cik. Silalah email sekali lagi ya.

    ReplyDelete
  42. Dasyat sungguh..ilmu anda semua..

    ReplyDelete
  43. memang hebat tuan-tuan ni...semuanya dengan mudah menghukum sesukanya..sedih rasanya..

    ReplyDelete
  44. salam tuan anon,

    saya hanya menyatakan berdasarkah nas dan dalil daripada Alquran dan juga dalil aqli. Tak perlu lah bersedih ya tuan. Lagi sedih bila kita mensyirikkan Allah tanpa sedar dan berdampingan dengan jin yang akan hancurkan iman dan akhirat kita kelak.

    takde kawan jin pun takpa. banyak lagi kawan antara manusia. Yang penting hubungan akrab kita dengan Allah.

    Wallahu aklam

    ReplyDelete
  45. saya nak belajar dari ustz mail boleh bagi cont dia dekat saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. No telefon dia ada kat bahagian about me. Anyway berikut adalah no telefon ustaz ismail.
      untuk keterangan lanjut/bantuan/tunjukajar ismail 013-3809376 019-3619305

      Delete
    2. Ustad mail kacip ka? Uih... kenal... ilmu haq nih... kalau baik apa salahnya dikongsikan disini.. nabi kita pun ckp... sampaikan pesanku walau 1 ayat... betul tk admin?

      Delete
  46. Salam.. Macam mana kita nak tahu dan pasti dalam badan kita mempunyai saka. Sebab banyak kejadian dan mimpi2 aneh saya dapat. Saya pernah berjumpa dengan ahli perubatan islam. Dia pernah memberitahu saya bahawasanya dalam badan saya bagaikan ada biji benih yang sedang ditunggu untuk disiram air.cuma saya perlu mencari guru yang baik atau jahat. Berbanding dengan orang lain yang perlukan latihan.. Terus terang saya katakan saya tidak takut dengan hantu. Bulan 7 nanti genap umur saya 20 tahun. Dan baru2 ini pada hari khamis malam jumaat saya tidur sendirian di gunung jerai kerana inginkan kepastian dan saya mendapat satu mimpi. Saya diberitahu saya mendapat satu pendamping luar dan satu pendamping dalam. Apakah maksudnya? Mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam tuan muhd amin,

      jawapan saya.
      1.Bab nak tengok dan dapatkan kepastian, kena tanya batin sendiri dan tanya ahlinya. Saya tolong jawabkan, ya tuan ada saka.
      2. Ahli perubatan itu merefer kepada saka tuan. Boleh digunakan untuk kebaikan atau keburukan. akan tetapi, saya nasihatkan buang dan selesaikan masalah saka adalah lebih baik dari berdampingan dan meminta bantuan dengan jin.
      3. Mimpi itu permainan saka tuan sendiri dan jin yang ada digunung jerai tu. Sememangnya tuan dah ada pendamping saka sebelum ini.
      4. Saya tak pasti maksud pendamping dalam dan luar. Sebenarnya tak ada pun istilah tu. Permainan puak jin sahaja.
      5. Pendamping memang ada didalam...kalau yg ada kat luar pun, rumahnya tetap dalam diri dan batin kita.
      6. Saya cadangakan tuan hubungi ustaz ismail dan selesaikan masalah pendamping saka tuan tu.
      7. Jika ada sebarang masalah boleh email terus kepada saya. InsyaAllah.

      Wallahu aklam

      Delete
  47. Assalamualaikum wbt wahai saudara-saudara mukminku...

    Ramai di antara kita sedang menjurus tergelincirnya akidah berdasarkan keterangan firman Allah swt didlm Al-Quran.

    Perlu kita pahatkan dihati bahawa, Allah telah jadikan manusia semulia-mulianya Khalifah dimuka bumi dan diberi panduan rahmatNya yg teragung menerusi Al Quran dan Sunnah Nabi SAW. Setiap hajat atau keinginan kita hendaklah kita mohon kpd Allah swt disamping menerusi usaha di atas landasan syarak yg dibenarkan. Bukannya mengambil jalan mudah menerusi perhubungan dgn makhluk ghaib yg berunsurkan api itu, mereka adalah musuh kita yg nyata penuh dgn tipu muslihatnya bagi menyesatkan keturunan Nabi Adam.

    Ianya bermula apabila bapa kepada segala jin iaitu Iblis dilaknat oleh Allah swt, dan dia bersumpah:

    "Demi kemuliaan dan kebesaran Mu Ya Allah akan ku hiaskan dunia ini dengan hiburan dan kelalaian dan akan akan ku sesatkan seluruh hamba Mu kecuali hamba-hamba Mu yang ikhlas ".

    Dari sumpah ini dapat kita lihat dua kenyataan sumpah yg dibuat oleh Iblis laknatullah yakni,
    Yang Pertama: Iblis bersumpah untuk menyesatkan seluruh hamba Allah.
    Yang Kedua: Iblis bersumpah tidak akan menyesatkan hamba Allah yg ikhlas.

    Pelajarilah ilmu ikhlas, didalamnya terkandung seribu rahsia. Pelajarilah ilmu redha, didalamnya terkandung seribu penawar. Itu lebih baik dari kita mempelajari ilmu-ilmu sebegini yg bakal meleburkan diri kamu ke dlm fana fil syaitan.

    Perlu kita ketahui, Allah dan para malaikatNya serta seisi alam melaknat golongan yg beramal soleh tetapi membawa pengharapan keatas duniawi. Tanpa kita sedar sebenarnya kita cuba menipu Allah, sedangkan Allah itu Maha Pengintip setiap hati-hati hambaNya. Sehinggakan Allah ketahui apa didalam hati kita sedangkan kita tidak menyedarinya. Matlamat kita telah menhalalkan cara kita yg haram dan syaitan mengaburi segala-galanya didalam hati kita. Hitam menjadi putih dan putih menjadi hitam.

    Perbuatan menarik duit, mencari ilmu kebal, ilmu penunduk, ilmu pengasih, ilmu santau, ilmu perkasa, ilmu pelalau, dan segala ilmu-ilmu batin ini jelas menentang qadak dan qadar yg Allah tentukan di atas kita semua.

    Jgn sekali-kali kita mengambil perumpamaan Nabi Sulaiman, baginda dikurniakan mukjizat manakala kita tidak. Baginda mampu mengawal jin sebagai seorang Nabi Allah. Sedangkan kita ini hamba yg tersangat hina lagi dhaif disisi Allah.
    Jgn pula kita samakan diri kita dgn Syeikh Kadir Al-Jailani, beliau adalah Ketua Wali Allah, sedangkan siapa pula kita.
    Sedangkan para wali sekalipun, tidak menggunakan keramah mereka atas tujuan peribadi dan dunia. Mereka bergerak atas izin Allah, jika tidak mereka berdiam diri sahaja. Hati mereka telah lebur disisi Allah Al Haq. Sedangkan kita masih bernafsukan duniawi dan sesat dalam mencari keredhaan Allah swt.

    Wahai saudara2 kekasihku,

    Allah beri panduan menerusi firmanNya didalam Al-Quran dan menjadi sifat keji syaitan yg menjadikan kita tamak cuba menceduk ilmu diluar lingkungan akal fikiran kita. Dengan tujuan menjadi luar biasa dari biasa, mencapai sesuatu diluar kemampuan akal fikiran dan disinilah iman kita akan hancur lebur didalam lautan kelaknatan.

    Penyampaian ilmu yg terlalu cetek ini adalah kudrat dr Allah menerusi saya yg hina dina disisiNya...tiadalah saya terdaya tanpa izinNya jua sebagai tanda kasih antara umat.

    Marilah bersama-sama kita mencari keredhaan Allah, bersyukurlah kita dgn apa yg telah Allah kurniakan pada kita. Redhalah kita diatas ketentuanNya. Semoga kita menerima pandangan rahmat dariNya dan dijauhkan tipu daya yg amat hebat dr Iblis laknatullah dan bala tenteranya. Dan jgnlah kita menebarkan kata-kata pujian di antara kita, kerana itu adalah senjata ampuh iblis dlm menggelapkan hati kita. Cukuplah sekadar kita bersyukur di atas rahmat Allah swt yg ditebarkan didlm ruang lingkup yg sebegini kecil.

    Semoga Allah swt mengampunkan aku jika ada kesilapan dan kesalahan yg tertembus dr pandangan fana ini.
    Subhanallah Wabihamdih Subhanallahil azim...

    Wasalamualaikum wbt

    ReplyDelete
  48. assalamualaikum.
    saya baru beberapa hari lepas bertemu dengan penghulu bunyian yang menjaga hal ehwal wang ringgit dari alam bunyian seluruh semenanjung. saya sempat berborak dan bersalam dengan beliau (penghulu bunyian) secara zahir.dari pengalaman yang sya dapati semasa bertemu beliau.. saya dapati jika kita berhajat untuk memiliki wang ringgit mereka kita hendaklah mempunyi cagaran seperti keris,batu delima dll..dimana semua barang itu akan dinilai dan digantikan dengan imbuhan wang ringgit sebagai petukaran..kaedah yang sama seperti yang dilakukan oleh bank2 dialam nyata seperti meminta gran sebagai cagaran..cuma bezannya bank memberi pinjaman tetapi bunyian pula menjadikan barang tersebut sebagai petukaran.dan tiada perjanjian atau syarat2 lain yang dikenakan jika kedua2 pihak bersetuju dengan cara tersebut..apa yang boleh sya simpulkan disini..akidah dan iman adalah benteng didalam kita melayari hayat kehidupan kita ini..x kira dalam apa jua perbuatan , percakapan atau pekerjaan yang kita lakukan..iman adalah guru yang membimbing kita dalam menentukan lurus atau bengkok akidah kita disaat kita melakukan sesuatu..percaya kepada kekuatan atau kehebatan keris atau batu itu dikira khurafat malah boleh menjerumuskan kita kepada kekufuran..itu yang sering diungkapkan dan dititik beratkan jika ada kerja2 yang bersangkutan dengan benda2 mistik..namun kita jarang terfikir ..ada kalanya pekara2 tersebut sering berlaku didalam kehidupan seharian kita selama ini..contohnya..apabila kita sembuh dari demam setelah kita menelan sebiji ubat..kita akan memuji kemujaraban ubat tersebut tampa kita sedari..sedangkan yang menyembuhkan penyakit kita itu adalah Allah dan ubat itu hanya sekadar penyebabnya sahaja..begitu juga dengan saudara kita yang beragama islam dari alam ghaib..kita akan dikatakan sesat kerana berkawan ataupun melakukan sesuatu pekerjaan yang ada bersangkutan dengan mereka..sedangkan mereka juga makhluk Allah..cuma bezannya mereka ada kelebihan yang diberi oleh Allah dalam hal2 tertentu..dan kita juga mempunyi kelebihan yang mereka x ada..tambahan pula kita adalah makhluk mulia yang Allah ciptakan dimuka bumi ini..tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh berkawan dengan mereka..yang penting didalam melalui kehidupan sebegini dari yang zahir mahupun yang batin ..tunjang utama iaitu IMAN dan AKIDAH haruslah selari. agar tidak mudah terpesong dengan tipu daya yang dilihat, didengar mahupun yang dirasa..ini kerana Allah menciptakan manusia dan jin itu semata2 hanya untuk taat kepada Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ed jb,
      1. Jangan lah percaya cerita mengarut penghulu bunian.
      2..kononnya tukar barang? Bukan. Tukar iman.
      3. Bunian tu sekarang berada didalam.batin tuan. That why boleh bersalaman zahir lagi tu. Berkampung dalam diri tuan.
      4. Allah dah larang didalam.alquran. ada sebab Allah larang dengan keras kita berkawan , meminta pertolongan dan pelindungan dengan jin.
      5. Bunian tu jin.
      6. Jika kononnya bunian itu taat dan bertqwa pada Allah, maka bunian tu tidak akan berkawan dan mencampuri dan berniaga (kononnya) dengan manusia.
      7. Hati hati ya tuan. Seluruh keturunan tuan akan dihuni dan diikuti oleh saka bunian tuan ni. Hancur iman dan batin mereka ni.
      8..usahakan dengan cara yg haq. Rasulullah bekerja dan berniaga dengan manusia. Bukan dgn syaitan jin atau syaitan bunian.

      Wallahuaklam

      Delete
  49. Asalamualaikum...tuan....saya nak tanya klu kita zikir tp dpt batu,geliga lah apre sume...tu dr jin jugak kew.....saya penah tanye ustaz2 yg baik karakternye pada mata saya lah...sume kata reski allah....tp ht saya ni x senang la xkan allah bg batu kat saya,saya dah buang geliga lipan dan batu2 sume kat longkang tggal lg sebijik je batu embun x buang lg,ngn paku sampan pakcik saya punye....dah bertahun gak saya cr2 nak blaja sesuatu ilmu yg baik yg allah redha....saya ada blaja ngn sorang shekh ni die ade tulis huruf LAM kat duit saya katanya buat azimat untuk murah rezeki,tp sblom tu kene zikir beberapa ribu kali....zikir x abis pasal ht x senang,dan duit tu saya dah pkai buat blanje minyak motor.....lg satu tuan danish doakan saya smoga dpermudahkan blaja ngn ustaz mail

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam tuan,
      jawapan saya
      1. Semua barang tu ada khadam dan pendampingnya.
      2. Basic tauhid, semuanya dari Allah. Tapi ada yg haq dan ada yg bathil.
      3..saya doakan tuan dipermudahkan belajar yg haq dgn ustaz ismail.
      4. Kumpulkan semua barang tu jumpa ustaz mail minta tolong dia hapuskan kelak.

      Wallahuaklam

      Delete
  50. Assalamualaikum tuan Danish,
    Suami saya mula terikut2 sahabat2nya berguru tentang ilmu tarik duit ini.bila saya katakan perkara ini syirik dia memusingkan semula ayat saya...mengatakan ia rezki dari Allah...Sampai sekarang 1 sen pun dia x pernah tunjuk hasilnya...katanya sabar inshaAllah...Bagaimanakah cara yang paling berkhikmah utk saya sebagai seorang isteri menegur suami utk meninggalkan perkara tersebut agar tidak terkeluar kata2 yang menyakiti hatinya. mohon penerangan ..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Jawapan saya.
      1. Rezeki daripada Allah. Rezeki ada dua martabat yg haq dan yg bathil. Semua rezeki dtg dari Dia tapi yg membezakan rezeki itu ialah yg benar dan yg salah.
      2. Puan boleh doa guna air zam zam. Rujuk posting saya bab air zam zam dan masukkkan doa puan berkenaan suami puan kat hujung doa tu.
      3. Byk kan solat taubat dan salah satu cara yg boleh puan guna ialah bersedekah pd org miskin atau masjid dan doakan seperti dibawah sebelum duit diberikan.

      Ya Allah , aku bersedekah kerana Mu. ampunkan lah dosa dosa aku dan suami aku.

      Ya Allah berikan lah petunjuk dan hidayah pada diri ku dan suami ku. Permudahkanlah aku menasihati dan menyedarkan suami ku tentang yg haq dan yg bathil.

      4. Puan boleh dapatkan bantuan. Ustaz mail utk menerangkan secara terperinci dan dengan bukti bahawa menarik duit itu bathil. Silalah call dia utk bantuan.

      Wallahuaklam

      Delete
  51. Assalamualaikum w.r.t

    Sy nak tanya jika duit yg diperolehi dari aktiviti ini diberi pinjam kpd sy, apakah ini dikira bersubahat juga dan adakah sy akan menjadi sasaran makhluk halus? Sy langsung tak terlibat dlm aktiviti ini dan akan memulangkan semula duit tersebut kpd orang yg memperolehinya menggunakan kaedah ini.

    Adakah larangan disebabkan oleh

    i. Terpesong akidah (syirik) semasa amalan dilakukan
    ii. Akan dijadikan perumah oleh makhluk halus - tergadai keturunan kpd saka
    iii. Wang tersebut dikira dari sumber haram

    Terima kasih Tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      1. Ya. Meminjam duit sebegini akan membuka ruang kepada makhluk bg bunian bertapak dalam diri seseorang.
      2. Jika nak pulangkan duit tu akad sekali masa pulang duit.

      Aku pulangkan apa sahaja yg aku ambil dari ko dan kepunyaan ko yang ada pada diri aku ,isteri aku dan anak anak aku.
      3. Ketiga tiganya sekali. Bersubahat kpd syirik, menjadi rumah dan juga sumber yg haram.

      Wallahuaklam

      Delete
  52. Camnaa klu berubat dgn org bunian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan anon,
      1. Sebenarnya tiada istilah berubat dgn org bunian. Bukan berubat tetapi memasukkan dan menjemput bunian utk tinggal didalam batin anda sebenarnya.
      2. Bunian yg masuk kedalam diri anda akan mula mula bertindak sebagai penjaga diri anda sebelum benda ini pula menggangu tuan dan keluarga tuan pada masa akan datang.
      3. Allah melarang keras manusia meminta pertolongan dengan jin (bunian pun jin juga) atas banyak mudaratnya
      4..semoga jawapan saya memuaskan pertanyaan tuan.

      Wallahuaklam

      Delete
  53. Cam best je ,saya pon nak ilmu scan² gak ,boleh ajar saya tak ? tak pon ajar saya ilmu tarik duit , nak jugak jongkong emas . tak kan najib je boleh kaya . Tp ilmu scan tu penting .

    ReplyDelete
  54. salam tuan anon,
    1. Nak belajar ilmu scan tu boleh silalah jumpa dengan usatz ismail.
    2. Saya tak tahu dan saya tak nak ada pun ilmu tarik duit duit dan emas. Nasihat saya jangan belajar. Lebih baik biasa biasa dunia tapi kaya akhirat dari kaya dunia bangkrap kat akhirat selama lamanya.

    wallahuaklam

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...

      waw sampai boleh scan tu....tapi hati2 boleh dpt dosa free...

      hmmm... ada ilmu untuk ubatkan sembuhkan masalah rabuh jauh tak??? power mata saya 300

      Delete
    2. Waalaikumussalam tuan sophie,
      1. Ilmu scan ni ada byk peringkat sebenarnya.
      2. Tidak, saya x belajar dan belum sampai bab scan jenis dpt dosa free tu.
      3. Saya cuma ada scan org tu bermsalah dan jenis jin yg ada pd diri org tu.
      4. Ada ilmu sembuh kan mat rabun Tapi ustaz mail tak ahli bab tu. Tuan kena rujuk pakar mata bab pembedahan lasik. InsyaAllah x perlu pakai spek atau contact lens lagi. ;)

      Wallahuaklam

      Delete
  55. macm mne nk dpt contex number ustaz ismail tu saya ada masaalh berkaitn dengn alam bunian

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk keterangan lanjut/bantuan/tunjukajar ismail 013-3809376 019-3619305

      Delete