Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Barang Mistik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Barang Mistik. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Mei 2011

Barang Mistik dan Cincin

Assalamualaikum,

Saya nak menyambung sedikit cerita tentang barang mistik dan misteri. saya tak berapa pandai sangat bab barang2 mistik ini tetapi saya ada menyimpan (dulu2 time jahiliah) batu embun, minyak pengasih cenuai dan tangkal. Nauzubilliah. sebut sahaja barang2 berkhadam dan misteri nie, satu saja jawapannya...syirik. kenapa syirik??? sebab barang2 misteri nie semua ada khadam kat dalamnya. Nama khadam tetapi akhirnya anda akan jadi khadam makhluk halus nie secara tak sedar. berkawan dgn makluk halus nie seboleh2nya jauhkanlah. anda ambil ke, beli ke barang2 misteri nie...yang pasti dan confirm makluk ini akan berpindah kedalam diri anda dan berkampung dalam hati dan batin anda. nampak barang kat luar...tetapi inilah yang dinamakan terambil. semacam menuntut ilmu, terambil barang2 mistik nie secara tak langsung anda terambik ilmu bathil dan makluk halus sebagai teman anda.

Ahad, 10 April 2011

Barang-barang Mistik dan Ajaib Tangkal dan Wafak, Penjelasan kenapa ianya boleh menjurus kearah syirik.


Ramai yang tahu barang-barang mistik seperti buluh perindu, rotan bertemu ruas, geliga embun, jengelot, burung cendrawasih, tangkal dan wafak dan pelbagai jenis barang-barang yang ada 'kelebihan'. Kenapa barang mistik ini boleh mensyirikkan Allah. saya cuba explain semudah mungkin bagaimana barang mistik dan misteri ini boleh jadi syirik.

barang mistik ini berisi dgn makluk halus dan dengan memiliki barang mistik nie anda sudahpun mendapat ilmu bathil. ilmu bathil nie amat mudah nak dpt berbanding ilmu haq. Ilmu bathil aka ilmu sihir nie tak susah nak dpt sebenarnya. salah datu antara 3 dah cukup untuk anda me master kan diri anda dgn ilmu bathil. dalam ilmu yang haq perlu ada 3 step iaitu iktikad (niat), lafaz dan kemudian perbuatan. dalam benda mistik nie cukup dgn beli dan dapat aje barang mistik nie anda dah dapat ilmu bathil dan makluk halus sebagai pendamping. sebagai contoh ilmu kebal. cukup dgn tangkal yang dijampi anda sebenarnya dah menguasai ilmu sihir kebal. selain dapat ilmu kebal anda juga dapat makhluk halus percuma disertakan dalam tangkal tu.

kenapa barang mistik nie boleh jatuh syirik dan merugikan iman anda dan mengundang masalah-masalah lain ialah:-


  1. meminta tolong dan menggunakan makluk halus. Dari segi ini dalam islam melarang sama sekali kita meminta bantuan dgn jin dan menggunakan jin dalam apa jua keadaan pun. (ada certain ulamak dan ustaz mengharuskan penggunaan jin ketika darurat). sebenarnya tak perlu gunakan jin pun kita manusia mampu buat dan selesaikan apa juga masalah.
  2. benda mistik nie boleh jadi tangkal dan azimat. bahayanya bila ada tangkal nie adalah risiko kita percayakan objek or makhluk berkuasa seperti Allah. memberikan rezeki lebih, lebih dikasihi, kebal, dan kelebihan-kelebihan lain yang sukar nak diperolehi dgn cara konvensional.
  3.  benda mistik nie short cut way to achieve one objective. masalah utama dgn barang mistik nie adalah ianya berisi dan kelebihan yang anda dapat ialah atas af'al (perbuatan) jin dan makhluk halus. buluh perindu sebagai contohnya dapat memerdukan suara sipemakainya. mana logik akalnya buluh secubit tu, dijampi dan ditelan boleh memerdukan suara seekor katak. kecuali anda tukar kotak suara anda kepada kotak suara ning baizura..maybe ada logik akal nya lagi.
  4. makhluk halus berserta barang mistik ini akan mendiami diri anda dan batin anda. tang ini saya dah pernah rasa sebab saya pernah terambil barang mistik nie, tangkal pelindung santau, geliga embun, minyak pengasih cenuai dan susuk penunduk. Nauzubillah. makhluk halus dan ilmu sihir yang ada dalam diri sebenarnya menjauhkan diri anda dari Allah dimana mereka ini akan menggangu iman dan batin anda dan banyak mana amalan dan ibadat sekalipun akan menjauhkan diri anda dari Allah dan nur keimanan. ibadat khusus yang wajib jadi liat nak buat kalau buat pun khusyuknya langsung takde.

barang mistik/tangkal/wafak = tangkal + ilmu bathil+ makhluk halus. ini akan menjadi saka (pusaka) kepada anak cucu anda kelak.

saya harap explaination saya nie dapat difahami. saya kene mengaji bab nie lama jugak baru dapat kefahaman yang ok. (lembab pickup agaknya). mudah nak faham barang mistik ada jin kat dalamnya. ada nya jin kita menggunakan dan meminta bantuan jin secara sengaja or tak sengaja dan akhir ceritanya akan menjurus kepada syirik. sebabnya jin tu dok dalam hati kita, membisikkan dalam hati kita kejahatan dan memungkaran dan akhirnya anda akan lebih bergantung kepada objek dan makhluk lebih dari anda bergantung kepada Allah. itulah syirik.

Allah suruh kita semua bergantung harap dan meminta dariNya semata-mata. Nak apa-apa minta sahaja dgn Allah, jgn sesama makhluk. makhluk cuma asbab sahaja.

kalau explaination saya tak difahami or tak jelas harap maaf. ini sebab kejahilan dan kelemahan saya sendiri dalam menerangkan. Jauhi diri dari barang2 mistik nie, kehebatan yang anda dapat dari barang mistik nie tak kemana pun...akan memakan diri anda kelak terutama bila anda dah tua nanti. Nyanyuk, mudah lupa, melatah, hati sempit dan kerungsingan dan sukar nak mati time2 kita dihujung hayat kelak.

wallahuakalam