Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Wafak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wafak. Papar semua catatan

Ahad, 8 Mei 2011

Berusaha untuk mengubati sakit misteri dan gangguan dan penerangan tentang cara perubatan

satu point yang boleh kita discuss penyembuhan itu milik Allah. Setiap sakit ada puncanya atau root cause. Benar sekali penyembuhan itu milik Allah tetapi Allah menyembuhkan kita dengan usaha kita jugak. Amik cerita Nabi Musa a.s dan sakit gigi. bagaimana Nabi Musa mengadu kepada Allah tentang penyakit giginya dan Allah menyuruh NAbi musa mencari sejenis rumput disebuah padang sebagai ubatnya. Selepas dicari dan dimamah rumput tersebut alhamdullilah, Sakit giginya nya hilang. Selepas beberapa waktu, sakit giginya datang kembali, NAbi Musa a.s pun tanpa berlengah terus pergi kepadang yang sama dan memakan rumput yang sama. (rumput or daun). Lepas makan, sakitnya tak hilang-hilang. Terus NAbi musa a.s bertanyakan kepada Allah kenapa sakit giginya tak hilang lepas gigit rumput tu. Allah menjawab sakit mu yang dahulu, kau mencari Aku dan aku menyembuhkan mu.. Kali kedua ko mencari rumput..adakah rumput berkuasa menyembuhkan mu? Terus termalu Nabi Musa dan seterusnya dia bertaubat kepada Allah.

Sabtu, 16 April 2011

Gangguan jin, makhluk halus di dalam rumah, hotel, sekolah, asrama dan tempat tinggal

saya nak bercerita pasal penunggu rumah or hotel or tempat tinggal. saya baru aje lepas bercuti kat satu negeri dan tidor lah disebuah bilik didalam sebuah resort. Dalam alquran ada menyatakan bahawa sebaiknya kita memberi salam setiap kali kita nak masuk rumah. kalau ada org, salam itu yang didalam rumah tu..kalau takde orang (ada jin), salam dan kesejahteraan kembali kepada pengucapnya tu. therefore bagilah salam setiap kali anda nak masuk rumah dan setiap kali and nak check in dalam mana-mana hotel tu. ada banyak hikmahnya bagi salam nie.

bercerita pasal penunggu hotel nie, saya dah banyak kali kene...kebiasaannya mereka nie akan bersembunyik time kita masuk, time kita lepak2 nanti dia akan masuk kebadan kita. belasah aje lah jin2 tak guna nie. pernah kita dengar org kene cakar luka-luka akibat gangguan jin nie kan? kebanyakkan masa (not always) mereka menggunakan badan kita untuk mencederakan badan kita. Anda sendirilah yang mencakar diri anda sebenarnya, tetapi atas perbuatan mereka. Mereka boleh menggunakan badan anda untuk cederakan diri anda sebenarnya. Yang kene cekik ngan jin tu sebenarnya, jin tu masuk kedalam badan anda, gunakan tangan anda untuk cekik diri anda sendiri. saya dah penah tgk kes semacam nie.

Rabu, 13 April 2011

Al-Quran disalahgunakan dan kaitan dengan wafak dan tangkal

Apa jadi bila Al-quran disalahguna??? Apa kaitannya dengan jin?

Al-quran kitab yang kita ada tu (beli kat kedai) tu Al-quran ke? bagaimana dgn thumbdrive, dvd, cd, para tahfiz Al-quran? ataupun just a medium of storage? Apa hukum beli al-quran? Apakah hukumnya menjadikan Al-quran sebagai satu objek untuk disanjung dan diletakkan kat tempat tinggi mengutip habuk? Apakah hukumnya meletakan ayat2 Al-quran didinding rumah sebagai hiasan?? apa kaitannya dgn jin ?sebab dinding kosong sgt? apatah lagi bila ayat2 Al-quran digantung didinding2 dengan niat syaitan dan jin takut nak masuk rumah anda. ayat2 al-Quran dalam frame yang cantik2 tu berkuasa ke melindungi anda? digantung didinding untuk dibaca atau digantung dgn niat nak hiaskan rumah dan melindungi rumah dari jin? apa kaitannya dgn jin?

Apa jadi bila niat salah, amalannya betul..atau amalan salah niatnya betul???


Apakah tujuan al-quran diturunkan kepada kita? dibaca dan difahami ataupun sebagai tangkal digantung didinding rumah kedai pejabat dan sebagainya? apakah Al-quran boleh dijadikan hiasan?

ada tak Nabi ajar dan suruh kita pakai wafak? tulis al-quran cantik2 atau tulis dalam bentuk rajah petak sana sini dan digantung didalam rumah atau diikat dibadan untuk melindungi kita dari syaitan dan jin?

Bilakah Al-quran menjadi Al-Quran? Apakah bezanya sebagai contoh Al-Quran yang dibaca oleh seorang arab kristian di mesir dan seorang islam arab dimesir? Bunyinya sama. tetapi apakah bezanya?

apakah bezanya seorang kristian arab dimesir menulis ayat2 Al-quran diatas kertas atau menghasilkan cetakan ayat-ayat Al-quran dengan seorang muslim arab dimesir menulis dan mencetak ayat2 Al-quran? rupanya sama, tetapi apakah bezanya??

apa jadi bila sebahagian kecil al-quran yang ditulis oleh seorang bomoh yang berkawan dgn jin ditulis diatas kertas digulung oleh dibalut dan berikan kepada anda sebagai tangkal? atau ayat2 alquran dilukis berbentuk rajah dan simbol diatas kertas dan kertas ini dipercayai dapat melindungi kita dari syaitan, sihir dan perlindungan? pakai kat badan, gantung kat rumah, pejabat dan kereta?

orang yang beragama budhaa, confusinism dan hindu pun pakai tangkal sana dan sini, azimat digantung sana dan sini. letak dalam keter, rumah dan pejabat juga? apa bezanya tangkal orang islam dan tangkal org kafir?

Ada yang cakap Al-quran boleh melindungi? Allah berkuasa melindungi ataupun ayat al-Quran berkuasa melindungi? Perhalusi sikit takut2 kita tergolong dalam golongan syirik kahfi. BAca ayat itu dan baca ayat ini 7 kali, nescaya kita akan dapat itu dan ini... Ayat berkuasa ke? Allah suruh kita bergantung dan berserah pada ayat ke? Ataupun Allah menyuruh kita bergantung kepadaNya sepanjang waktu? kalau tak baca ayat itu dan ini 7 x tu, Allah tak bagi ke kita itu dan ini? wallahukalam...

apa kaitan wafak, tangkal dan azimat dengan syirik dan kaitannya dengan jin? kenapa ada org pakai wafak al-quran or baju bertulisan Al-quran jadi kebal? Kebal tu sebahagian dari ilmu dan sunnah islam ke? kenapa pakai wafak dan tangkal boleh jadi kebal sedangkan Rasululah sendiri pun tak pakai Al-quran kat badan time perang dan jadi kebal?

ntahlah, saya pun tak pasti dan tak pandai. Wallahuaklam...