Salam Semua,
Kali ini saya akan bercerita tentang serangan ilmu santau. Ramai yang agak cuak kalau dengar sihir jenis ni.
Ilmu bathil dan sihir ini pendampingnya ialah jin. Jin lah yang akan mengerakkan ilmu sihir ini dengan arahan manusia. Sebagai contoh ilmu santau. Dalam ilmu santau racun yang dibuat oleh tok bomoh santet nie akan dimasukkan kebadan manusia mangsa ini oleh jin. Santau kalau ikut pengetahuan saya yang dangkal nie ada beberapa jenis tetapi yang paling famous ialah santau angin.
Santau yang ditujukan kepada makanan nie sama effeknya dengan jenis santau angin yang tak memerlukan anda makan or minum. Sebagai contoh anda pergi makan kat kedai, tok moh santet nie santaukan makanan anda, anda makan...anda dapatlah santau makan. Jenis santau yang lagi senang ialah santau angin. yang nie santau nie dihantar melalui angin terus kepada mangsanya.
Santau nie memang sejenis ilmu sihir yang amat jahat. Lagi lama dan perlahan racun dan bisa santau tu bertindak sebelum mati dan menimbulkan kesengsaraan kpd mangsa, lagi mahal santau tu. Yang paling cepat membunuh tu paling murah harganya. Tujuan santau nie ialah untuk menyiksa mangsa dan bergembira diatas kesengsaraan si mangsa. Lama lama sengsara, lagi seronok si pengupah santau nie.
Mengupas gangguan jin, sihir, buatan orang, hantu, iblis, syaitan dan cara mengatasi gangguan.
Jumlah Paparan Halaman
Memaparkan catatan dengan label santau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label santau. Papar semua catatan
Rabu, 25 Mei 2011
Ahad, 10 April 2011
Santau part 1
Santau... ramai yang dengar aje ilmu nie kebanyakkannya akan jadi gerun dengan effek ilmu ini. Santau nie adalah salah satu cabang ilmu bathil yang lebih dikenali sebagai sihir. Tujuan santau nie mostly ialah untuk menyiksa mangsa dan juga untuk membunuh. ilmu santau nie memang takde tujuan yang baik.
Nak mengatasi ilmu santau nie sebenarnya kita nak kene tahu siapa yang mengupah sipenyihir santau tu. Tok bomoh santau tu kalau dapat kita kenal lagi bagus tetapi kalau tak kenal pun still boleh diatasi kalau kita tahu simastermind nya. santau nie kalau tak kene gayanya (cara berubat), effeknya tak boleh sembuh 100%. kalau kene gayanya, insyaAllah boleh sembuh seperti sediakala.
Sabtu, 9 April 2011
gangguan makhluk halus, sihir, buatan orang , saka, ilmu guna-guna,..macamana nak atasi
Salam,
agak lama saya tak update blog saya nie. Ramai sebenarnya menghadapi gangguan makluk halus, jin , buatan orang, saka santau dan sebagainya. Disebabkan saya dah merasa benda-benda nie, saya dah rasai peritnya berubat dan mencari penyelesaian. Ustaz Darul2, bomoh, pawang semua dah saya cuba tetapi semua tak berjaya.
kenapa tak berjaya dan berhasil? kerana punca dan penyebab gangguan tidak dicari dan dan selesaikan dari akar masalah tu. Semacam penyakit jika tidak dicari sumber penyakit kebiasaanya kita tak dapat dapat sumbuh dari penyakit. Sakit kepala sebagai contoh, berpunca dari pelbagai sumber sakit one of them is barah or ketumbuhan. Jika tak dicari punca barah or ketumbuhan tu, ubat2 yang kita biasa ambil iaitu penahan sakit cuma menghilangkan simptom sakit itu sahaja buat sementara.
yang berlaku sekarang nie kebanyakkan org yang menghadapi masalah gangguan jin, makhluk halus, santau, busong, ilmu tuju-tuju, saka dan sebagainya mencari org untuk menyembuhkan mereka ataupun asbab. Menyembuhkan penyakit tetap Allah, asbabnya ini adalah tok bomoh, ustaz al-fadhil, prof, pawang, dukun dan sebagainya.
sebenarnya gangguan ini adalah sedikti sebanyak berpunca dari kita. Ada perbuatan kita yang kita buat menyebabkan kita sebenarnya membuka ruang kepada makluk2 halus ini mendiami diri kita tanpa kita sedar. Hanya kita sendiri sebenarnya boleh menyelesaikan masalah kita bak kata org sendiri makan, sendiri buang air.
wallahukalam..
begitu juga dengan gannguan makluk halus, jin, santau, saka, ilmu guna-guna
Ahad, 14 Februari 2010
Bertemu Ustaz Ismail
Pada penghujung tahun 2008, saya bertemu Ustaz Ismail. Isteri saya yang dah bertemu ustaz "darul..s..a" merasakan tiada guna bertemu siapa2 lagi, kerana jin itu tetap menganggu dirinya.Semasa saya memandu ke arah Dusun Tua tempat Ustaz Ismail,isteri saya tenang shj ,tiada sebarang riak. Apabila hampir sampai ke destinasi, terdapat perubahan pada isteri saya di mana dia diam dgn muka yg agak rengus.Rupanya jin yg berada dalam isteri saya sudah rasa gundah gelana ...tidak seperti semasa bertemu ustaz "D...A" yg mana si jin tu kata " ala cincai aje boleh settle , x der apa nak risau".
Apabila bertemu Ustaz Ismail, isteri saya rasa mcm nak lari dan mengatakan Ustaz Ismail bagai pembunuh upahan. (Rupanya jin yg dlm bdn isteri saya dah cuak...). Memang berbeza cara Ustaz Ismail menangani masalah kami. Cukup tenang dan sopan.
Kami hanya bercerita sedikit masalah kami, dan Ustaz Ismail mengatakan bukan hanya isteri saya ada gangguan, seluruh keluarga kami termasuklah anak dan diri saya sendiri.Lantas dia membaca ayat2 Al Quran dimana saya dan isteri terasa kepanasan. Rupanya jin tu yg panas.Kemudian dia cerita tentang konsep ilmu haq, dan beliau melihat apa yg menganggu kami. Rupanya bidan urut yang telah mengurut isteri saya. .
Langgan:
Catatan (Atom)