Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 10 April 2011

Santau part 1

Santau... ramai yang dengar aje ilmu nie kebanyakkannya akan jadi gerun dengan effek ilmu ini. Santau nie adalah salah satu cabang ilmu bathil yang lebih dikenali sebagai sihir. Tujuan santau nie mostly ialah untuk menyiksa mangsa dan juga untuk membunuh. ilmu santau nie memang takde tujuan yang baik.

Nak mengatasi ilmu santau nie sebenarnya kita nak kene tahu siapa yang mengupah sipenyihir santau tu. Tok bomoh santau tu kalau dapat kita kenal lagi bagus tetapi kalau tak kenal pun still boleh diatasi kalau kita tahu simastermind nya. santau nie kalau tak kene gayanya (cara berubat), effeknya tak boleh sembuh 100%. kalau kene gayanya, insyaAllah boleh sembuh seperti sediakala.


nak kenal siapa yang santau tu kene lah tanya org yang boleh scan. nak belajar scan tu mudah tetapi nak menguasai skill scan tu yang jadi masalahnya. bab scanning tu, biarlah yang terer2 yang buat.

sebenarnya jika anda jadi mastermind yang mengupah santau toh moh santau dan menyantau org lain, anda sebenarnya mengambil jin santau kedalam diri anda. cukup sekadar bayar dan bagi gambar kepada tok moh tu..perjanjian dah dimetrai antara anda, tok moh dan jin. Bertaubat dari dosa santau cuma akan mengeluarkan zulumat dan dosa dari diri anda tetapi tidak jin santau tu. time nak mati karang, sapa ada buat kerja syirik nie..akan dapat balasannya sebab jin santau ini akan menyusahkan nyawa anda dicabut oleh Malaikat Izrael a.s.

belah2 perak, kuala selangor memang terkenal dgn permainan santau nie. Even Rasullulah s.w. pun pernah kene sihir, saya pun banyak kali jugaklah kene sihir ilmu tuju-tuju nie. santau belum kene direct lagi.

bab-bab nak kenal ada org nak santau anda tu, kalau anda betul2 belajar teknik belasah jin nie...anda akan dapat tahu dan rasa siapa. saya belum dapat lagi teknik dan ilmu serta cara mengatasi santau nie yang boleh dipraktikkan oleh umum sebagai contoh...baca ayat itu dan ini...ataupun petanda anda akan disantau seperti ada org cakap lelangit tidak rasa kebas kalau digeletek dgn lidah kalau makanan itu bersantau.

ada jenis santau nie dihantar kepada makanan, ada yang jenis angin yang tak perlu anda makan langsung pun boleh kene.

saya tak pro sangat bab detail santau menyantau nie, tetapi secara amnya...jin akan dihantar untuk memasukkan racun kedalam badan anda. kalau ada saudara mara anda yang kene..call aje no dibawah. InsyaAllah..teknik dan bantuan akan diberikan. sekali anda dah tahu teknik..time lepak2 pun anda boleh belasah jin santau sebenarnya.

wallahukalm..

2 ulasan:

  1. assalamualaikum tuan,

    apa beza ilmu scan ni dengan perubatan Darussyifa?

    harap dapat jawab soalan saya.

    terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,

      Jawapan saya.
      1. Scan jenis haq tak boleh dipelajari dan dikuasai dgn amalan amalan. Sebagai contoh bacaan ayat ayat itu dan ini dan zikir itu dan ini.
      2. Scan jenis ini sukar nak diterangkan dgn mudah. Tapi nak faham dgn mudah ialah ianya bergantung kepada bersihnya batin seseorang. Bersih dari amalan bathil dna juga jin pendamping.
      3. So amat beza dgn Scan dr darul shifa. Scan haq makan masa hingga 5 hingga 6 tahun nak kuasai.

      Padam