salam,
dalam alam semesta nie cuma ada dua sahaja taraf, Allah dan makhluk. Apa sahaja yang diciptakan Allah jadinya makhluk Allah. sememangnya iblis dan syaitan makhluk Allah. cuma bab iblis dan syaitan ini mereka nie adalah musuh manusia yang tak pernah leka menghasut dan menainaya manusia. semacam peribahasa pelanduk boleh lupakan jerat tetapi jerat tak pernah melupakan pelanduk. Dalam kes nie, iblis dan syaitan tak pernah lupa kerja utama dia cuma manusia sahaja kadang kala lupa adanya musuh.
selain dari iblis dan syaitan, makhluk lain kita boleh berbelas ikhsan dan berkasih sayang. Iblis dan syaitan tak pernah memberi ruang dan peluang untuk umat Adam a.s dan Muhammad a.s daan berbelas ikhsan dengan kita. sukar nak diterangkan obviously dalam Al-quran, banyak menceritakan tentang musuh utama manusia nie. Dah terang musuh kita.
kalau siapa yang pernah rasa khianat iblis syaitan dan jin akan faham kenapa sometime kita perlu bertindakbalas terhadap mereka. Kita manusia banyak kerja lain serta urusan duniawi dan ukhrawi yang perlu kita laksanakan. untuk membunuh atau membelasah mereka tanpa sebab, agak buang masa sebab bilangan mereka terlalu banyak berbanding manusia dan mengambil masa. Yang ganggu manusia sahaja perlu diambil tindakkan. Yang tak usik kita, buat apalah kita nak usik mereka. general rule, hanya yang mencarik dan ganggu manusia sahaja kita ajar balik.
sekiranya anda pernah alami pengalaman diganggu makhluk ini secara mental, hati da fizikal maybe anda boleh faham kenapa mereka ini musuh manusia.
saya pernah rasa bagaimana dirasuk makhluk durjana tu. walaupun saya boleh control diri saya, diwaktu itu saya sengaja membiarkan makhluk ini bercakap dengan cikgu saya. Banyak kes manusia dirasuk jin sehingga histeria dan sebagainya. Kalau histeria semata-mata tak mencederakan diri takpe. banyak juga kes manusia mati disebabkan gangguan melampau mereka nie. Accident sebagai contohnya, bunuh diri akibat bisikan dan kemurungan melampau yang disebabkan mereka ini. antara contoh2 kejadian yang berpunca dari makhluk durjana ini:-
a) Sombong, berbangga diri, takabur dan ujub.( dalam kes saya jumpa banyak yang belajar tinggi agama menghadapi masalah ini).
b) Kene tindih (dulu banyak kali saya kene).
c) Gila isim.
d) accident.
e) histeria.
f) Kemarahan melampau sehingga mencederakan org lain dan membunuh.
g) Kemurungan melampau.(boleh menjurus kepada penyalahgunaan dadah atau kes bunuh diri).
h)mengantuk yang terlampau (terutama ketika memandu).
i) dirogol jin (lelaki dan perempuan).
j) busung, santau dan sihir.
h) gangguan dirumah, bunyi kelibat jasad dan sebagainya.
i) hilang (jumpa dkt kubur dan tempat2 pelik).
j) terkejut dan takut melampau. (muka pucat mcm takde darah kalau takut, kegusaran sehingga sesak nafas dan sakit dada,..yang ini saya biasa kene dulu).
Ini cuma pendapat saya berdasarkan pengalaman saya yang baru setahun jagung nie.
Walahuaklam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan