Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 16 April 2011

Perlukah bunuh jin? Saka dan Jalan mendekatkan diri dgn Allah

saya nak berceritalah sikit mengenai teknik bunuh iblis syaitan dan jin serta sekutu-sekutunya. semua tahu dan akur bahawa dalam diri masing-masing ada jin ataupun syaitan didalam diri anda. Ada yang mentakrifkan jin dalam badan itu sebagai nafsu. Bagi pendapat saya nafsu itu puncanya jin dalam badan masing-masing. ada hadis yang berbunyi bahawa syaitan itu menjalan didalam pembuluh darah kita dan mereka ini sememangnya suka berkampung didalam diri manusia disebabkan nak mudah wat kerja dia. tubuh badan manusia memang menjadi kesukaan syaitan dan iblis sebenarnya disebabkan kerja subersive yang mereka buat.

kenapa nak belajar belasah dan bunuh jin? soalan ini soalan yang baik tetapi jawapan saya sebelum anda belasah dan bunuh jin yang kat luar tu, yang paling bahaya ialah jin didalam badan manusia. kenapa bahaya?? jin dalam badan anda akan mendorong anda kepada maksiat, dosa dan segala kemungkaran. Maybe tak ramai yang ada pengalaman diserang jin secara batin dan zahir tetapi dalam hal saya, saya dah merasainya. bisikan didalam hati kita kebanyakkan masanya adalah syaitan dan jin. sebagai contoh tiba-tiba ada suara hati anda akan berbisik...betul ke Allah tu ada?? kalau time sembahyang mereka ini akan memesongkan khusyuk kita seperti macam manalah rupa Allah nie ataupun macamana nak bayangkan Allah..yang banyak kali berlaku kalau kita sembahyang seorang diri kita akan terlupa rakaat.

banyak benar buruknya jin dalam badan. takde yang baik pun sebenarnya. jin dalam badan boleh jadi dari 2 punca, yang kita ambil atau warisi ataupun jin yang menyerang serta menumpang. yang jenis menyerang dan menumpang nie lebih mudah nak dihandle kan berbanding yang jenis kita ambil dan warisi.

pernah anda melihat situasi seperti contoh ini. Mak sembahyang..ayah sembahyang..tetapi anak2 semua tak sembayang. yang ada kes satu family pun tak sembahyang. saya ambil diri saya sebagai contoh...saya dulu memang berat nak sembahyang. lagi senang nak kira sembayang dari tak sembahyang. Nak cakap tak tahu hukum..tahu tetapi berat sungguhlah sembahyang nie. susah sangat nak sembahyang..senang nak tinggal. saya bersekolah sekolah biasa aje dulu, sempat setahun aje sekolah agama tetapi ada 2 orang dalam family saya yang bersekolah agama. 2-2 sekolah agama dari tingkatan 1-5, dan dua-dua duduk asrama. time dok asrama memang sembahyang..tetapi kalau balik rumah..sama je perangai macam saya.

dulu saya hairan kenapa orang rajin sembahyang dan saya malas nak sembahyang. jawapan yang saya jumpa dalam family saya ialah...saka ibu bapa saya. Datuk dan nenek belah bapa saya seorang bomoh urut yang terkenal didaerah saya tinggal dan datuk sebelah emak saya pula seorang penghalau atau bomoh hantu yang agak terer. ingat lagi time2 kecil, saya diajak untuk berubatkan orang. datuk saya nie time muda agak hebat ilmu dunianya..sampaikan bas sekolah tu boleh diangkat sebelah tangan aje. orang kampung cerita..ramai pulak tu..maybe betullah.

anyway sekarang ini saya nak ajak semua berfikir apa kene mengena saka dengan saya tak sembahyang. simple...amalan-amalan bathil datuk dan nenek saya sebenarnya automatiknya dapat kat saya dan adik beradik dalam bentuk saka. saya semasa kecil dapat rasa something yang ikut saya kemana saya berada...konon-kononnya sebagai bodyguard tetapi simptom saya saya biasa dapat time kecil tu ialah kaki saya sering lebam-lebam...bulat. banyak pulak tu..merata-rata kat kaki. picit tak sakit pulak.

itulah saka jenis pelesit. kalau sekarang nie, alhamdullilah saya dah kenal mcm mana rupanya pelesit tu. dah pernah saya bunuh mende alah tu. sebenarnya ramai yang ada saka jenis pelesit nie, tetapi tuan empunya badan tak sedar pun..sampai ke mati pun ada.

bunyi agak aneh and out of this world bukan? syaitan itu musuh manusia yang nyata...mereka nie banyak memainkan peranan dalam memporak peranda kan manusia. mereka nie ada dimana-mana tetapi yang paling bahayanya bila mereka ada didalam diri kita. menggunakan mata kita, badan kita, tangan kita dan amarah kita..kita pun ingat diri kita tetapi bukan.

banyak pengalaman setahun dua nie ilmu yang saya dapat. terlalu banyak kaitan kejadian bersangkut paut dgn makluk durjana nie. saya cuma nak ajak tuan-tuan berfikir diluar kepompong. ramai mencari ilmu nak mendekatkan diri kepada Allah. Ada yang berlajar ilmu hakikat, ilmu tarikat, ilmu fiqh dan ilmu sufism. semua nak mendekatkan diri dengan Allah. Semua nak membersihkan diri dari dosa dan kemudian mendekatkan diri kepada Allah. didalam batin dan hati kita bukan setakat dosa yang mengganggu hubungan kita dengan Allah, jin juga berkampung disana.

banyak cara sebagai contoh bersuluk seperti cara tarikat itu one of cara yang digunakan untuk mengasingkan diri dari dunia dan merapatkan hubungan dengan Allah. dan zikirullah, bersuluk, dan pelbagai cara lagi. banyak yang belajar ilmu mengenal diri nie (ilmu makrifat) berkemungkinan tergelincir disebabkan jin masih berada didalam hati, mencari kelemahan dan berlawan didalam batin dan hati mereka ini. Nak mencari Allah dengan cara yang haq, kene keluarkan 2 benda...satu bersihkan diri dari dosa-dosa dan zulumat dan yang kedua ialah mengeluarkan jin (iblis, syaitan dan jin) dari batin dan hati kita. kalau keluarkan dosa sahaja, anasir syaitan masih didalam hati dan batin kita.

wallahuaklam..

4 ulasan:

  1. Salam Danish macam mana saya nak buat cara yang kedua tu ?
    Mohon diterangkan terperinci..
    Terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumsalam,

      sebenarnya kedua dua cara kena buat sekali gus baru lah berkesan. Sebagai contoh seorang yang kaki minum (bukan milo atau nescafe ais ya) mengalami ketagihan minum. Kebanyakkan masa apa bila seseorang itu insaf dan bertaubat, dosa daripada perbuatan minum itu akan keluar dari dalam diri dan batin seseorang. Akan tetapi, pendamping iaitu syaitan arak itu masih berada didalam diri seseorang tu.

      cara yang kedua ini dikenali sebagai teknik belasah dan bunuh jin. Ada ramai rakan rakan seguru saya yang mengalami masalah berjaya menegatasi masalah ketagihan masing masing dengan cara yang betul.

      bab belajar buang dan bunuh jin pendamping ini perlukan berjumpa sendiri dengan ustaz mail. itu lebih baik daripada menengok dvd.

      Luas sebenanrya ilmu yang haq nie. Carilah ilmu yang haq, mintalah terus dan berdoa lah pada Allah.

      silalah call ustaz mail dan aturkanlah temujanji. InsayAllah.

      Padam