Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 10 April 2011

Ilmu haq dan teknik bunuh iblis syaitan dan jin

Apakah ilmu haq. Ilmu haq adalah ilmu yang Allah redha dan ilmu ini Allah bagi kepada sesiapa sahaja yang Dia suka dan pilih. Dalam banyak-banyak manusia para sahabat nabi dan dan Anbia adalah orang yang paling banyak diberikan ilmu haq. sebagai contoh ilmu menjadi khalifah yang Allah bagi kepada Nabi Sulaiman a.s. Semua makhluk tunduk kepada Nabi Sulaiman dan Nabi Sulaiman hanya tunduk dan takut kepada Allah semata-mata.

contoh lain ialah ilmu mengangkat istana ratu balqis oleh seorang manusia ahli kitab dalam sekelip mata. Ilmu ini tiada nas dan perincian dimana-mana pun kecuali disebutkan didalam Al-quran. Allah boleh kurniakan ilmu haq ini kepada sesiapa sahaja yang dia mahu dan pilih.


Teknik bunuh jin yang diperlajari oleh ustaz mail adalah diperolehi melalui gurunya yang juga manusia. Ramai sebelum ustaz mail guru-guru yang mewarisi ilmu dan teknik bunuh jin ini. Hakikatnya iblis syaitan dan jin boleh mati dan dibunuh. Ilmu sebegini Allah bagi anda melalui orang lain. Hanya betul2 terpilih sahaja yang dapat ilmu terus dari Allah. Bagaimana?? 1001 cara boleh Allah bagi anda ilmu. Allah itu amat dekat dengan anda, minta sahaja dengan Allah kebenaran tentang teknik ini dari Allah sekiranya anda benar-benar orang yang beriman.jangan beriman hanya dihujung lidah dan hujung jari sedangkan didalam hati anda tidak yakin bantuan Allah dan Allah itu sesungguhnya amat rapat dengan anda.

melalui pengalaman dan ilham juga adalah satu cara Allah mengajar dan memberikan anda ilmu. kebanyakkan yang mendalami dan menguasi teknik bunuh jin ni tidaklah sewenang-wenangnya megajar teknik ini kepada umum disebabkan pra syarat yang diperlukan. Dah banyak kali saya cakap, saya pernah terbelasah jin didalam badan saya yang menjadi kepunyaan saya (puncanya dari ilmu bathil) dan rasa amat teruk. Setiap orang bertanggungjawab kepada dirinya sendiri maka ilmu ini perlu dipraktik dan diamalkan untuk diri sendiri dahulu. kalau anda benar-benar kuat nanti, barulah anda boleh menolong orang lain.

dari mana datang ilmu ini, dari Allah. saya mendapat ilmu nie pun dari orang lain. begitu juga dengan ustaz mail. disebabkan ustaz mail ini telah mendedikasikan hidupnya kerana Allah, membantu saudara seislamnya yang diganggu jin nie dengan cara mengajarkan teknik mengatasi jin. Teknik ini memakan masa untuk menjadi pro. seperti saya hanya berumur 2 tahun , ibarat budak baru berjalan sahaja dalam ilmu ini. Kalau anda dah praktik selama 10 tahun, seperti 10 tahun usia anda sebenar. anda dah boleh berari memanjat dan sebagainya.

saya baru hanya bertatih sahaja tuan dalam ilmu ini. Banyak lagi yang perlu saya pelajari tentang selok belok tentang ilmu ini. timbalan mufti yang saya jumpa tempoh hari amatlah tawaduk dan merendahkan diri orangnya. walau pun ilmu agamanya tinggi, dia tetap mengaku ilmu sebegini tak dapat dicari diuniversiti dan kitab-kitab. Hanya dapat belajar dari ahli-ahlinya sahaja. dapat belajar dari orang sahaja. siapa timbalan mufti tu, biarlah menjadi rahsia. tak perlu digembar gemburkan dan diwar-warkan kepada umum.

kami kesini bukanlah nak mencari pengikut, cuma menghulurkan alternatif bagi yang mencari. ramai diantara kita terainaya disebabkan kejahilan datuk nenek moyang kita dan juga diri kita sendiri. hanya jauhari mengenal manikam. banyak orang diluar sana mencari-cari jalan penyelesaian kepada masalah gangguan makluk halus dan juga masalah diri yang semakin jauh dari Allah. kalau anda berminat anda tahu apa yang anda perlu lakukan. kalau tidak berminat, sambung sahaja apa sahaja yang ditetapkan olehNya.

satu perkara basic yang maybe ramai tak tahu, batin anda iaitu diri anda yang halus disebalik tubuh kasar fizikal sebenarnya islam dan amat patuh dan tunduk kepada Allah semata-mata. mencari diri anda sendiri didalam kekalutan dan kebathilan adalah satu kunci anda mencari Allah. saya dulu belajar cara membunuh jin tetapi dalam perjalanan itu saya tersedar..akhirnya yang paling utama ialah kita mencari bekalan dan keredhaan Allah semata-mata. Carilah diri anda sendiri, insyaAllah anda akan jumpa jalan kepadaNya.

Jika anda inginkan membaca pos berkenaan dalil dan nas teknik bunuh iblis, syaitan, jin dan sekutunya..sila klik disini


saya tak gemar sebenarnya pergi secara mendalam tentang ilmu ini, ramai yang confuse nanti. tetapi ramai yang dok mengambil jalan mudah dan kerja Yang Maha Mengetahui dengan melabelkan kami sesat, kafir, murtad dan seangkatannya.

kepada yang ingin tahu secara mendalam dan sebenarnya sya nasihatkan berjumpa sahajalah dengan ustaz mail. ilmu saya amat dhaif dan saya nie memang tak tahu apa pun selain apa yang diberiNya. Maaf jika penerangan saya still mengconfusekan anda semua. ini adalah kelemahan saya dan saya minta maaf atas kelemahan saya.

senang citer, kalau anda beriman kepada Allah dengan sebenar benarnya, anda akan minta jawapan dari Allah terus. Minta sesama makhluk nie besar kemungkinan ada kesalahan dan kesilapan. manusia penuh dengan kesilapan. Allah itu amat rapat dengan anda, minta sahajalah jawapan dari Allah, nescaya anda akan mendapat jawapan yang 100% betul, janganlah hanya beriman dihujung jari ataupun dihujung lidah. Sesungguhnya Allah itu amat dekat dengan anda, tetapi ramai yang lupa dan alpa. caranya berdoa dan buatlah sembahyang hajat dan istikarah, InsyaAllah..kalau kami sesat akan Allah bagi anda jawapan yang direct dan senang. kalau benar begitu juga.

wallahuaklam...

16 ulasan:

  1. Ilmu ni ada kena mengena dgn silat nasrul haq tu ke?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,

    ilmu teknik belasah dan bunuh jin takde kena mengena langsung dengan silat nasrul haq. Yang sama cuma nama Haq iaitu maksudnya sesuatu yang benar dan Allah redha.

    Nasrul haq sejenis silat. Teknik belasah dan bunuh jin (konsep ilmu haq dan bathil) adalah cara dan teknik-teknik untuk membelasah dan seterusnya membunuh jin.

    Saya harap jawapan saya nie memuaskan hati tuan Mohd Nazri Mokri

    BalasPadam
  3. Waalaikumsalam,

    Ye, dah jelas penerangan tuan tu...terima kasih.Ada syarat ke nak belajar ilmu ni? Boleh ke just belajar jarak jauh, guna VCD?

    BalasPadam
  4. takde sebarang syarat pun nak belajar ilmu nie. Cuma lepas belajar dan tahu kena lah amalkan.

    boleh belajar bab konsep ilmu haq dan ilmu bathil melalui dvd. Dalam dvd tu hanya menceritakan bab teknik asas cara untuk belasah dan bunuh jin. Ada tiga cara asas yang diceritakan dalam dvd tu. Pakai tiga yang asas tu sebenarnya dah memadai untuk beginner.

    cuma jika nak teknik-teknik medium dan advance tu , tuan kenalah berjumpa sendiri dengan cikgunya.

    Wallahu aklam

    BalasPadam
  5. Sekarang ni tuan ada ke tolong mengubat orang yang kena gangguan jin ni? Tuan mengubat secara berkumpulan ke? Kalau jenis pesakit ni yg solat tak berapa nak cantik, macam mana ye? Dah tentu jin lain boleh masuk balik kat badan dia kan walaupun dah beberapa kali kena zasst? dah la jin ni jenis yang orang dengki kat dia, hantar pakai bomoh siam, sbb masa dia kena rasuk tu jin tu cakap nak balik siam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam tuan,

      saya sebenarnya tak mengubat dan menolong orang secara direct terutama bab kena gangguan jin. Saya hanya pembelasah jin dan syaitan. Ilmu ini diajar dan anda sendiri praktikkan. Mudah jika tahu dan faham, susah jika tak tahu dan tak faham.

      Jin bomoh siam nie, sebenarnya jika betul caranya mudah sahaja nak patahkannya. Saya tak boleh nak cerita secara direct disini disebabkan pelbagai sebab. Solat x berapa nak cantik, perlu dicantikkan. Boleh dibuat untuk mendapatkan solat yang cantik tanpa perlu dipaksa dan membuatnya atas niat nak sembuh dari gangguan.

      jika jin itu dari jenis sihir (serangan), mudah nak mematahkannya. Cuma satu sahaja, nak kena cari siapa mastermindnya. Si pengupah sihir itu sendiri.

      Sila hubungi dan minta bantuan direct dgn ustaz mail utk kes sihir sebegini. Kebiasaanya ustaz mail dapat membantu men zast kan jin yang datang dengan mudah.

      Wallahu aklam..

      Padam
    2. mohon share...saya sering diganggu sejak 7thn lps

      Padam
  6. Salam mcm mn nak belaja utk diri sendiri n keluarga ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang paling afdal ialah belajar terus dengan ustaz mail..silalah telefon no pada profail saya.

      jika ada masalah tentang lokasi silalah email kepada saya nama dan alamat penuh

      Padam
    2. saya juga mahu belajar utk mempertahankan diri n family..krn saya sering diganggu

      Padam
    3. saya sering diganggu sejak 7 thn lepas...saya mahu belajar utk mempertahankan diri dr gangguan ...mohon penjelasan

      Padam
    4. Salam azuwana,
      1. Sebaiknya mcm kes cik ni cik belajar terus dengan ustaz ismail. Dia boleh bantu cik. Sila call dia.
      2. InsyaAllah masalah cik akan selesai. saya pun mangsa juga. Darul xxxx sebagai contohnya give up dlm kes gangguan saya dan isteri. Tapi sebenarnya mmg ada jalan nak selesaikan gangguan secara total dan muktamad.
      3. Jika cik ada soalan dan apa apa boleh terus email kpd saya atau call direct ustaz ismail.

      Wallahualam

      Padam
  7. kalau nak bellajar ,tolong add fb saya https://www.facebook.com/muhd.arryan.5 sebab saya perlukan 5 orang sekarang ni untuk belaajar silat ni sekarang baru 2 orang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas pelawaan tuan. Saya terpaksa menolak kerana Allah.

      Wallahuaklam

      Padam
  8. Kalau kena sihir, macam mana nak cari tukang upah (mastermind)? Kita tidak boleh tuduh siapa saja yang menyihir kita. Takut nanti boleh jadi fitnah. Ustaz mail boleh tau ker siapa yg mengupah tukang sihir? Bukan kah tilik menilik itu haram di dalam islam. Mohon di beri pencerahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum anon,
      1. Mostly utk sihir kita boleh cari siapa mastermind utk sihir. Namanya scan.
      2. Scan bukan tilik. Tilik adalah ramalan yang dibuat berdasarkan traits seperti bentuk muka, abjad nama,tarikh lahir, corak tapak tangan, nasib seperti pilihahan kad tarrot dan bintang bintang zodiak.
      3.scan yg haq memerlukan kekuatan batin yg betul pada Allah. Bukan mudah nak dapat kekuatan batin yg haq utk scan ni.
      4. So, scan tak sama denga tilik. Sgt jauh berbeza dan scan tidak mempunyai sebarang ramalan. Apa yg dihadapan mata sahaja. Bukan kehadapan.

      Wallahuaklam

      Padam