Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label tindih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tindih. Papar semua catatan

Jumaat, 30 November 2012

Insomnia dan kaitannya dengan gangguan jin

Salam semua pembaca,
Dah lama saya tak posting dalam blog ini. Kali ini saya akan bercerita tentang masalah insomnia. Bahasa melayu nya ialah sukar tidur malam. Ada pembaca yang bertanyakan kaitan insomnia dengan gangguan. Jawapan saya ialah benar. Jika dikaji dari segi perubatan sains penyakit ini dikatakan disebabkan oleh gangguan hormon dan juga jam biologi seseorang itu.

Untuk sesetengah kes memang benar sukar tidur malam ini disebabkan perubahan jam biologi disebabkan waktu kerja dan juga jet lagg. Kebanyakan masanya sukar tidur malam ini disebabkan oleh perasaan takut pada hantu dan kegelapan. Most of the time jika anda bertukar tempat tidur seperti berpindah rumah, tinggal berseorangan dan tidur dihotel ataupun penginapan lain anda akan mengalami masalah sukar tidur. Sila  klik disini disini untuk posting gangguan ditempat tinggal  dan hotel

Ahad, 14 Februari 2010

Bertemu Ustaz Ismail

Pada penghujung tahun 2008, saya bertemu Ustaz Ismail. Isteri saya yang dah bertemu ustaz "darul..s..a" merasakan tiada guna bertemu siapa2 lagi, kerana jin itu tetap menganggu dirinya.Semasa saya memandu ke arah Dusun Tua tempat Ustaz Ismail,isteri saya tenang shj ,tiada sebarang riak. Apabila hampir sampai ke destinasi, terdapat perubahan pada isteri saya di mana dia diam dgn muka yg agak rengus.Rupanya jin yg berada dalam isteri saya sudah rasa gundah gelana ...tidak seperti semasa bertemu ustaz "D...A" yg mana si jin tu kata " ala cincai aje boleh settle , x der apa nak risau".

Apabila bertemu Ustaz Ismail, isteri saya rasa mcm nak lari dan mengatakan Ustaz Ismail bagai pembunuh upahan. (Rupanya jin yg dlm bdn isteri saya dah cuak...). Memang berbeza cara Ustaz Ismail menangani masalah kami. Cukup tenang dan sopan.

Kami hanya bercerita sedikit masalah kami, dan Ustaz Ismail mengatakan bukan hanya isteri saya ada gangguan, seluruh keluarga kami termasuklah anak dan diri saya sendiri.Lantas dia membaca ayat2 Al Quran dimana saya dan isteri terasa kepanasan. Rupanya jin tu yg panas.Kemudian dia cerita tentang konsep ilmu haq, dan beliau melihat apa yg menganggu kami. Rupanya bidan urut yang telah mengurut isteri saya. .