Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label mandi minyak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mandi minyak. Papar semua catatan

Ahad, 29 Mei 2011

Ilmu silat Part 1

Salam,

Agak lama saya tak memposting disini. Hari ini saya akan bercerita tentang ilmu bathil yang terang iaitu silat. Untuk pengetahuan pembaca semua saya dulunya seorang penolong pelatih sebuah pertubuhan silat yang agak ternama dimalaysia. Seingat saya semasa mula-mula saya memasuki silat perkara yang wajib dibuat ialah mandi minyak. Minyak yang panas dilumurkan diseluruh badan. walaupun minyak tu mendidih panasnya tetap terasa suam saja ketika mandi tu. Dalam posting sebelum ini saya ada menyatakan bahawa mandi mintak adalah satu amalan bathil yang diambil dari upacara agama hindu. Mandi aje minyak, masuklah jin pendamping silat kedalam diri anda.

Ahad, 10 April 2011

Mandi limau, Mandi minyak, mandi bunga dan mandi daun. Upacara mandi hindu yang sekarang di islamik kan...

Apakah mandi limau sebahagian dari cara islam??berkenaan mandi limau. Mana dalil dan sanad yang membolehkan kita mandi limau untuk menghalau jin? setahu saya takde mana-mana sanad dan dalil membolehkan mandi limau menghalau jin. Kenapa mandi limau dan mandi daun? kenapa tak gunakan sahaja ayat quran? dari mana datangnya upacara dan teknik mandi limau? silalah cari dalam internet...semua akan menunjukkan kepada istiadad dan upacara agama hindu. Amalan mandi limau, mandi daun, mandi bunga dan mandi limau jika dikaji betul2 datang dari upacara keagamaan hindu. Semua sedia maklum nenek moyang kita dahulu adalah hindu..selepas masuk islam..upacara dari agama hindu ini diwarisi dalam bentuk tradisi. mandi limau untuk buang sial? semua itu adalah upacara dari agama hindu yang diislamkan dengan penggunaan ayat-ayat Al-quran tetapi tetap mengikut amalan asal dari agama hindu. Bukan setakat mandi limau, mandi minyak, mandi bunga dan mandi daun-daun adalah upacara mandi yang berasal dari agama hindu.

”Barangsiapa yang meniru suatu kaum maka dia termasuk dari mereka.” (HR. Abu Daud yang dishahihkan oleh Ibnu Hibban)