Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 29 Mei 2011

Ilmu silat Part 1

Salam,

Agak lama saya tak memposting disini. Hari ini saya akan bercerita tentang ilmu bathil yang terang iaitu silat. Untuk pengetahuan pembaca semua saya dulunya seorang penolong pelatih sebuah pertubuhan silat yang agak ternama dimalaysia. Seingat saya semasa mula-mula saya memasuki silat perkara yang wajib dibuat ialah mandi minyak. Minyak yang panas dilumurkan diseluruh badan. walaupun minyak tu mendidih panasnya tetap terasa suam saja ketika mandi tu. Dalam posting sebelum ini saya ada menyatakan bahawa mandi mintak adalah satu amalan bathil yang diambil dari upacara agama hindu. Mandi aje minyak, masuklah jin pendamping silat kedalam diri anda.


Seingat saya juga selepas memperlajari silat ini, diri saya menjadi berubah iaitu baran dan kemarahan saya meningkat. Kalau yang ada belajar silat mesti faham simptom telinga nipis atau berdesing. Org-org yang belajar silat dapat satu keistimewaan iaitu anda akan dapat mengesan siapa yang tak suka kat anda. Sebagai contoh lalu aje org yang tak suka kat anda dekat-dekat dgn anda, telinga anda akan berdesing dan anda tahu siapa orangnya. Masa tu kalau marah tu seingat saya yang biasa bermain dikepala ialah, belasah org tu sampai masuk longkang, pijak-pijak sampai lembik lepastu potong badan simamat tu lepastu tanam. Itulah saranan jin pendamping silat didalam diri saya dan pernah menjadi sebahagian dari saya.

Kebiasaannya org yang belajar silat mesti mengalami sindrom kemarahan dan dendam melampau. Kalau diselidik salasilah silat itu sendiri dalam upacara memasuki silat terdapat pengeras yang perlu dibayar. Pada amalan asalnya berikut adalah barang-barang yang diperlu diserahkan kepada guru silat jika anda ingin belajar dibawahnya.

1. Mas kawin (wang pengkeras)
2. Sesisir pisang emas
3. Sebiji limau nipis
4. Akar sintuk
5. Asam jawa
6. Garam halus
7.Kemenyan
8. Bertih padi
9.Tujuh bilah jarum
10. Beras kunyit/putih

Pada masa ini hanya kesemua amalan ini ditukarkan ke nilai duit dan anda hanya perlu membayar mas kawin sahaja. Agak kelakar ada mas kawin dalam pelajaran silat. Saya rasa mas kawin ni untuk membayar perkahwinan anda dengan ilmu silat serta pendamping ilmu silat itu sendir.


jika anda baca keperluan pengeras diatas hampir kesemua barang-barang ini adalah untuk tujuan mistik dan berasal dari upacara agama hindu. Sememangnya ilmu silat adalah satu ilmu pertahanan diri yang melibatkan unsur makhluk halus. Masuk aje silat dan belajar aje 2-3 langkah, complete anda akan dapat ilmu silat dan jin pendamping silat.

Semasa dalam tempoh fasa gangguan , silat adalah satu ilmu awal yang mengacau diri saya dan keluarga saya. Alhamdulillah saya telah berjaya memulangkan ilmu silat saya. Betul2 terasa ada benda keluar dari badan selepas saya memulangkan silat saya. InsyaAllah saya akan bercerita lagi tentang silat dalam part 2 nanti.

48 ulasan:

  1. Silat Gayong Malaysia tu macam-mana?....
    Kawan saya baru je "MANDI MINYAK". Adakah Pendamping tu dah masuk? Cfirm ke!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan Amir,

      Salah satu silatyg pernah saya belajar ialah gayung malaysia. Confirm masuk. Tanpa syak lagi.

      Wallahu aklam

      Padam
    2. Betul kata tuan...dan sepanjang sy belajar silat gayung 9 berseta batin dgn arwah datuk sy yg juga salah seorang guru agama imam di masjid dan pengamal perubatan islam...kalau belajar silat jgn sesekali tinggal solat...itu yg dipesan oleh beliau...lpas tu sy sambung lg belajar silat gayung fatani...silat selendang silat gayung makrifat...dan mcm2 lg silat beserta dgn ilmu agama sekali....pernah sy tanya guru2 silat sy dan datuk sy sdiri semua cakap x de pendamping dalam silat...yg berdamping dgn kita bila kita x solat x zikir x ingt tuhan...orang yg ada ilmu mempertahankan diri jika x solat x zikir x ingt Allah jin dan syaitan cukup suka...sama mcm guru agama juga...sy dulu sebelum belajar silat diminta untuk zikir sebanyak 21 ribu kali bismillahiirahmaniirahim...untuk elakkan jadi pendendan dan cpt panas baran.... jd jgn salahkan silat...dan setahu sy ilmu yg dipelajari x boleh dibuang dan dibawa mati...dan seelok2nya kalau belajar biar sampai habis jgn separuh jalan....dalami dulu ilmu agama disamping belajar silat ni pesan sy dari salah seorang pencinta seni silat.....jgn cpt melatah cepat menuduh tanpa asas...sy belajar batin sekali dgn zikir dan nafas yg betul...tp bkn untuk kebal dan lain2...pesan guru2 sy hidup jgn berlagak dan hormat ilmu org lain...x perlu tunjuk hebat kerana sentiasa ada org yg lagi hebat....assalamualaikum...w.b.t

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikum salam,
      Semua ilmu silat dan pertahanan diri seperti taekwondo, karate, judo, kung fu dan sebagainya adalah ilmu bathil.

      Betul. Ramai yang kata ilmu silat ini adalah ilmu tenaga dalam (inner strengh). Didalam bahasa malaysia disebut sebagai ilmu batin. Stay ilmu tenaga dalam. Khususnya berkenan jurus jurus dalam yang menggunakan tenaga dalam.

      Tetapi itu apa yang orang kata. Sebenarnya yang menjadikan jurus jarak jauh atau dekat itu berkesan adalah jin pendamping silat itu sendiri.

      Hakikatnya tiada kekuatan dalam didalam silat. Hanya ada kekuatan yang dibantu oleh jin sahaja.

      wallahu akam

      Padam
    2. Salam whitesoul,

      Maaf saya tidak sengaja delete komen tuan. Soalan tuan sebelum ini berbunyi.

      1.adakah silat itu ilmu bathil?
      2. Adakah silat ilmu tenaga dalam?

      If there is any more questions please do ask and i shall answer them accordingly.



      Padam
  3. salam tuan..maaf tumpang bertanya..saya ada mempelajari sejenis silat juga..ketika upacara mandi bunga..guru ada memotong buah limau kedalam air tersebut sambil membaca beberapa ayat tertentu..kemudian memberikan kepada saya sepotong ayat..contoh ayatnya seperti ayat 'mantera semerah padi'(intro lagu M Nasir) kemudian disudahi dgn kalimah La illa ha illaAllah Muhammadarrasullullah..soalan sy..perlukah sy amal ayat tersebut..terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam,

      Jawapan saya.
      1. Jangan amalkan ayat tu. Mantera tu.
      2. Silat yg tuan belajar tu berpendamping jin.
      3. Sila pulangkan ilmu dan pendamping silat tuan tu.
      4. Ilmu silat yg tuan belajar tu ilmu bathil terang.

      Wallahu aklam

      Padam
    2. assalamualaikum..... sy na tnye..... sy ad join silat... silat ni ade mandi2 jgak.... tp mandi pkai air biasa je.... ad sekali tu kne lilit buah limau purut 3 kali keliling perut..... pastu ad kne mandi air perahan limau yg dicampur dgn air biasa dan air tu diselawat.... lepas tamat sume ahli tamat diberi selawat tu n bole amlkn sdiri mandi tu.... ktenye mandi tawassul..... n setiap org ade dpt sehelai kain putih yg kne pkai mse na mndi tu.... ad syarat2 gak mse na mndi tu.... adakah silat ni pon ade pendamping???

      Padam
    3. Waalaikumussalam,
      1. Ya. Silat tu ada pendampingnya.
      2. Air biasa tu pun di bacakan salawat dan ditambah limau.
      Wallahualam

      Padam
    4. Betul kah tuan? sekarang tuan suggest silat apa yang patut kami belajar? Suka sangat main jatuh salah, ada pendamping.

      Padam
    5. Assalamualaikum tuan anon,
      1. Saya tak suggest belajar apa apa pun seni bela diri. Kebanyakkan memang ada pendamping.
      2. yang agak clear drp pendamping ni ialah gusti arab, gusti dan juga tinju.
      Wallahuaklam

      Padam
  4. sebenarnya meme lah minyak yang dimasak daripada sanTan ini tak panas ia suam jah...sebenarnya siLAT ni dari kalimah sahabat tabiin nama shilat bin Ashim dan jua ADDUA_U silahu mukmin apabila di wakaf dibaca silah apabila nak sambung dibaca siLAT silaturrahim adalah yang Utama...silaturrahim adalah ikhwanul muslimin dan ianya jua ada taliah darah ikut TOK TOK kita bani jawwi bani melayu...sapa yang kata silat itu baThil sebab dia belajar silaT bathil kalau dia belajar siLAT benar maka benarlah ia...belajar menembak m16 saiz peluru 5.56mm jua adalah silaT...silat ini adalah senjaTA ADDUA_U silahun mukmin...belajar =menembak lmg gpmg AK47 saiz peluru 7.62mm jua silaT belajar strateji maT kilau lari sampai ke kelantan ikut hutan jua silat belajar menembak hmg saiz poeluru 9mm jua adalah silat belajar menembak pakai KD mustari saiz peluru 100 mm jua silat siilat adalah perisai senjaTA...maksud kalimah silat jua adalah suatu yang baik ADDUA_u silahun mukmin ...insan yang belajar nahu soraf bahasa arab tahu wakTu dibaca siLAT bermaksud nak sambung sama kalimah silaTurrahim...kalau wakaf din=baca silah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamulaikum tuan saifuddin,

      Jawapan saya.
      1. Saya tak dengar nama tabiin bernama sholat bin asyik dan ad dua. Barangkali memang ada nama tabiin tersebut tetapi sanaf ilmu yg haq telah lama terputus ditengah jalan. Hampir semua jenis silat yg ada sekarang adalah bathil.
      2. Tafsiran tuan berkenaan silat itu pelbagai adalah satu yg berbentuk pendapat. Tiada dalil atau nas yg jelas silat berpecah kepada bentuk bentuk yg tuan sebutkan tu.
      3. Ada pun silat dibumi nusantara ini hampir kesemuanya sekarang telah dicemari dengan pelbagai unsur bathil dari pelbagai sendi. Sendi harimau, sendi burung, sendi kalimah.
      4. Silat adalah daripada ajaran hinduism , buddism dan paling utama ialah animisme. Semangat semangat binatang, manusia dan pelbagai jenis semangat yg sememangnya datangnya dari ajaran animisme. Cuma diislamkan sahaja. Core ilmu ini tetap bathil walaupun diislamkan.
      5. Saya hanya menyatakan fakta saya sahaja. Terpulanglah pada tuan tuan utk menilai. Sekiranya tuan makin hari semakin lembut hati, semakin sabar dan ibadah tuan semakin mendekatkan diri pada Allah dengan silat tuan, teruskan apa yg tuan percaya.
      7..jika hati makin kusut, diri semakin baran dan mudah melenting dan solat hanya semata solat, tuan tuan boleh hubungi ustaz ismail.utk bantuan nak buang ilmu ilmu tuan tuan semua.

      Wallahuaklam

      Padam
  5. Astaghfirullah, jangan hukum semua silat @ martial art menggunakan bantuan jin. Ingat, Rasulullah & para sahabat dulu belajar bertempur & gigih berlatih untuk persediaan menghadapi kaum kafir yg menentang. Silat ini sifatnya untuk mempertahankan diri dari serangan yg nyata & tidak. Mmg diakui ada silat yg menggunakan bantuan jin tapi masih ada lagi silat yg berdiri di jalan yg lurus dan tegak, yg berpaksi atas syariat Islam. Cari dan bergurulah dgn guru yg berhak yakni yg siddiq lagi mursyid. InsyaAllah, kita akan faham tujuan kita di dunia. Jangan jadi macam komunis, semua agama salah, dia jee yg betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalaamualaikum tuan adnan,
      1.hampir semua silat dan martial art dimalaysia dan dunia ni ada dampingan jin nya. Ini hakikat ilmu.
      2. Teknik bermain pedang dan senjata dizaman Rasulullah s.a.w tidak sama seperti silat dan martial art. Itu bukannya silat, kung fu atau pun silamban. Itu adalah teknik bermain pedang.
      3..tuan boleh terima atau tolak apa yg saya nyatakan disini. Tiada sebarang paksaan. Saya hanya menyampaikan kerana Allah.
      4..jika tuan nak jawapan yg lebih tepat saya cadangakn tuan mintalah jawapan dengan Allah yg Maja bijaksana. Adakah betul ataupun salah kenyataan saya.
      5. Just tengok sahaja diri tuan yg pernah belajar silat. Adakah tuan amat penyabar? Tidak baran? Bagaimanakan dengan solat tuan, khusyuk atau tidak?

      Wallahuaklam

      Padam
  6. assalamualaikum. nak tanya jika apa- apa perkara yang bathil perlu dipulangkan tetapi kita lost contact atau memang amat sukar nak cari kerana faktornegeri yang jauh atau lain- lain, macamana nak selesaikan masaalah gangguan makhluk halus?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam,
      Jawapan saya.
      1. Masalah lost contact tu kena selesaikan juga. Buat kerana Allah maka bergantung lah pada Allah utk dimudah kan usaha menjejaki atau mencari contact no tu. Boleh guna internet, fb atau apa sahaja cara nak cari org tu.
      2. Boleh gunakan teknik poliklinik sebagai alternative utk pulangkan. Akan tetapi cara ini amat memakan masa. Boleh guna cara ini sementara waktu mencari contact no atau ke negeri yg jauh tu
      3. Kerja membuang yg bathil ini sememangnya kerana Allah. Jika terpaksa berkorban wang ringgit utk travel maka niat kan kerana Allah. Fi sabilillah.

      Wallahuaklam

      Padam
    2. sebenarnya saya nama dan rupa yang patut di hantar tu pun dah tak ingat. memang betul2 tak ingat

      Padam
    3. jawapan saya.
      1. mcm saya jugak dahulu dah lupa nama dan rupa yg patut dipulangkan. Terpaksa rujuk pada kawan kawan lama utk nama dan juga contact number.
      2.mintalah pada Allah utk dipermudahkan pulangkan. InsyaAllah akan dipemudahkan oleh nya.

      wallahukaklam

      Padam
  7. Macam mana dgn silat cekak ustaz hanafi? Bathil juga ke? Kalau ada bbrp guru silat tersebut tu yg ajar saya, perlu pulangkan pada semua guru ke? Ke cukup sorang je?

    Ini soalan umum, kalau org ajar kita ilmu bathil tapi kita tak amalkan sbb malas, bkn sbb kita tahu ilmu tu bathil, perlu dipulangkan juga ke?

    BalasPadam
  8. Jawapan saya.
    1. Ya tuan. bathil. Kena pulangkan pada guru gelanggang dan juga guru guru kecik. Guru besar dan guru guru kecil . Semua.
    2. Perlu juga dipulangkan. Walaupun kita tak amal, benda tu tetap masuk masa kita diajar tu.
    Wallahuaklam

    BalasPadam
  9. Askum.suami saya juga pernah masuk silat.tp dah lama.mcm mana nak pulangkan kalau guru2 yg dah meninggal

    BalasPadam
  10. waalaikumussalam.
    1. jika guru meninggal boleh dipulangkan pada kubur cikgu tu.
    2. Akad untuk pulang ke kubur lebih panjang dan lebih precise.
    3. Jika ada soalan boleh email kepada saya kelak

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  11. Grandmaster taekwondo ada kes rasuah dan pecah amanah.... Sila klik

    aidilkhalid.blogspot.my/2004/06/lagi-lagi-sabree-salleh.html?m=1

    BalasPadam
  12. Sila baca kat sini.Korang masih nk tegakkan benang basah ke???

    www1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

    BalasPadam
  13. Kes pesilat negara.....

    ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0424&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm

    BalasPadam
  14. Guru silat cabul budak bawah umur? Inilah yg terjadi bila syaitan menguasai diri.....

    gugat-gugat.blogspot.my/2009/05/kes-cabul-punca-utama-masalah-silat.html?m=1

    BalasPadam
  15. Ini ke contoh yang baik? Siapa tadi komen silat tkde setan...?

    Suspek Sepak Pelajar Kolej Sampai Mati Ada Silat Dan Tomoi
    Suspek Sepak Pelajar Kolej Sampai Mati Ada Silat Dan Tomoi
    pada 13/5/2015 - jumlah : 1014 hits
    Susulan kes seorang pelajar Kolej Vokasional di Bachok Kelantan iaitu Mohamad Nor Akram Zime 16 yang mati disepak ketika sedang tidur suspek kes tersebut dikatakan memiliki ilmu pertahanan diri silat dan tomoi Kejadian tersebut dipercayai b...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah nk pukul rata sgt la bro.. bukan smua pengamal silat berperangai mcmtu... itu masalah individu tak perlu nak libatkan dia belajar silat ke apa ke... silat ni klu belajar bukan blh sesuka hati buat bnde jahat..akan makan diri tuan empunya badan tu blk...kalau kau sendiri join, kau akan faham..jgn nk tibai membuta tuli je

      Padam
  16. Assalam saya belajar silat dekat skola tpi tak mandi minyak pon means x de la yang berdamping kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1. Maaf lambat reply.
      2. Tetap ada pendamping. Mandi minyak hanyalah salah satu jalan jin masuk kedalam diri.
      3. Cukup hanya belajar satu dua langkah, maka complete lah jin pendamping silat masuk dalam diri.

      Wallahuaklam

      Padam
  17. Asalamualaikum saudara,saya ada belajar silat dan semasa dalam pertengahan pembelajran saya disuruh makan sirih pinang dan kapur,dan guru saya baca alfatihah dan selawat apa komen saudara tentang upacara tersebut,adakan ianya mempunyai pendamping juga

    BalasPadam
  18. asalamualaikum Saya ada belajar silat dn ada upacara makan sirih pinang dan kapur.adakah ianya mempunyai pendamping

    BalasPadam
  19. asalamualaikum Saya ada belajar silat dn ada upacara makan sirih pinang dan kapur.adakah ianya mempunyai pendamping

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam tuan mat rock,
      1. Sebenarnya jika belajar dua tiga langkah tanpa upacara pun pendamping silat tuan tu sedia masuk kedalam batin tuan dan jadi pendamping tuan.
      2. Ya benar silat tuan ada pendamping.
      3. Cuma jika buat upacara amakan sirih pinang tu, pendamping tu dapat masuk sepenuhnya dlm batin tuan.

      Wallahuaklam

      Padam
  20. betul tu tuan... saya setuju...bapak saya selalu cakap silat ni guna ilmu hitam(jin hitam atau jin .....)... kita ni x percaya sebab kita ni x nampak... kata bapak saya ilmu pertahanan diri yang hebat ialah ilmu diamana duduk minum teh xde orang nak serang kita tikam kita santau ke apa ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalam biarlah rahsis,
      1. benar ilmu mempertahankan diri yg haq sebenarya ilmu bagaimana kita nak elak drpd niat jahat seseorang untuk menzalimi kita.
      2. ilmu pertahanan diri sekarang (silat, tomoi, taekwondo,judo, ninjutsu, akido, karate, kung fu, shaolin) sebenarnya magnet utk org mencari pasal dan geruh dgn kita. dampingan ilmu (jin)sebenar nya saling berkomunikasi dan menyebabkan berlakunya konflik seperti bergaduh dijalan raya, dirompak, diugut dan mcm mcm kes gaduh.
      3. semacam kes adik seguruan saya, semasa ada ilmu selempang merah, setiap hari mesti ada org cari gaduh masa memandu. setiap hari bertumbuk dgn org, tak tau sebab apa. selepas dia pulangkan ilmu barulah dia dapat aman daripada bergaduh dan bertumbuk dgn org.

      walllahualam

      Padam
  21. Assalamualaikum...x semua silat itu batil,jgn mudah menghukum sesuatu diluar ilmu kita...saya juga anak selendang merah,tp x pernah pun pukul org,binatang pon x tergamak nak bunuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam,

      Saya bercakap atas apa yg saya nampak dan tahu. Terpulang lah pada tuan utk terima atau tolak. Sebaiknya tuan minta Allah sendiri tunjukkan ilmu silat yv tuan belajar itu haq atau bathil.

      Wallahua'lam

      Padam
  22. ASSALAMUALAIKUM,

    Saya nak bertanya, saya ada belajar ilmu. Sebelum diterima, saya dibaringkan di atas kain kuning dan diazankan oleh guru sambil dikibasnya badan saya dengan kain kuning. Selesai itu, saya diberikan air kelapa gading untuk diminum dan selepas itu saya disuruh mandi dan berwuduk.

    Adakah itu ada pendamping? Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam tian zee,
      1. sudah semestinya ada pendamping ilmu masuk masa upacara tu.
      2. masa belajar silat tu.pun ada benda lagi masuk dalam diri.
      3. sebaiknya pulangkan kan ilmu dan pendamping silat tu pada too guru ye.

      wallahua'lam

      Padam
    2. Terima kasih danish,

      Saya silat xsempat belajar,sebab saya tarik diri. Saya rasa was-was dan saya juga ada bertengkar dengan guru tersebut berkaitan pandangan hukum ilmu dia ni.
      Adakah cara lain untuk memulangkan ilmu dan pendamping ni?

      Padam
    3. Assalamualaikum tuan zeeseou,
      1. saya cadangkan tuan call dan dapatkan bantuan ustaz Ismail. masalah tuan sebenarnya bukan sekadar ambilan ilmi silat tu malah ada saka keturunan juga sebenarnya
      2. silalah call dan aturkan temujanji ya.
      3. untuk silat tu silalah akad pulang seperti dibawah. boleh sms cakap guna phonr atau whatsapp.

      saya pulangkan silat dan apa sahaja yang saya ambil dari tuan dan kepunyaan tuan yang ada pada diri saya. (jika dah berkahwin dan ada anak), diri isteri saya dan anak anak saya.
      4. saya ajarkan tuan dan semua pembaca yg haq semata mata tiada yg bathik dulu kini dan selamanya.

      wallahua'lam

      Padam
    4. Assalamualaikum Tuan Danish,

      1. Insyallah, bila berkelapangan dan mempunyai modal, saya akan mohon bantuan ustaz ismail.

      2. Terima kasih di atas pengajaran akad pulang, mohon halal ilmu ini di dunia dan akhirat.

      Terima Kasih.

      Padam
  23. siapa2 nk belaja silat sila cari sanadnya melalui syeikh dau alfathoni, syeikh wan ahmad alfathoni..insya Allah bebas dari pendamping jin..ini atok zamany tuan punya dri blog http://kubranewszamany.blogspot.my yg pesan mcm tu..mesti tuan danish kenal siapa tuan punya blog kubranewszamany kan?

    BalasPadam
  24. Silat yang tak ada pendamping adalah silat koboi a.k.a royal rumble

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum... Silat tapak setia suci..susur galur Dr mat kilau..

    BalasPadam