Sebenarnya ilmu itu boleh menunjukkan kita kejalan yang haq dan ilmu itu sometime boleh menyesatkan kita. bab hidayah dan kesesatan itu hak Allah, Allah boleh memberikan hidayah dan menyesatkan sesiapa sahaja yang dia pilih. Berdoa sahaja kita tidak tergolong dari golongan yang disesatkan. Sedangkan Rasulullah sendiri berdoa.
Didalam Al-Quran ada mengatakan iman seseorang itu dinaikan beberapa darjat dengan ilmu. Dikirakan sebenarnya ilmu ini ada dua martabat. Ilmu yang haq meningkatkan iman, ilmu yang bathil itu menyesatkan.
Allah memberi hidayah melalui ilmu dan Allah juga menyesatkan manusia dengan ilmu. Siapa yang belajar ilmu bathil tu sememangnya nak mencari kesesatan. Ilmu yang Haq dari Allah, dan ilmu yang bathil juga dari Allah. Ilmu bathil sebenarnya diturunkan sebagai ujian.
Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahuma, bahawa rasulullah pernah berdoa, “ ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah ,aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan . Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati ( Muttafiqun alaih).
kalau rasullulah pun berdoa saban hari menjauhkan diri dari disesatkan, siapakah kita manusia biasa yang jauh dari zaman baginda? Berdoalah banyak2 minta Allah tunjukkan jalan yang betul dan minta jangan disesatkan.
bab ilmu kebal pula, dari segi huraian dari segi batin pula, ialah ambil sahaja or tuntut sahaja ilmu kebal..maka automatik pendamping ilmu kebal iaitu jin akan masuk kedalam diri anda dan menjadikan tubuh anda sebagai rumahnya dan anda tuannya. Jin ini akan menyebabkan badan anda yang menuntut kebal jadi kebal. Ilmu kebal or bathil ini pendampingnya ialah jin. Jin punya perbuatanlah menjadikan diri anda melanggar hukum Allah..fizik dan perubatan. benda tajam dicucuk kebadan org tanpa ilmu kebal patutnya bocor tetapi disebabkan jin ilmu kebal ada bersarang dalam diri anda, anda jadi istimewa berbanding org lain.
mengambil jin sebagai sekutu dan pendamping dalam proses mendapatkan keistimewaan seperti ini seperti kebal sebagai contoh sebenarnya menjuruskan anda kepada syirik. Anda bergantung kepada ilmu kebal, pantang larang ilmu ini dan juga amalan-amalan yang disertakan dgn ilmu ini. Amalan ini walaupun nampak betul tetapi jika nawaitu anda untuk mendapatkan dan memperkuatkan ilmu anda, itu sahaja anda akan dapat. Ada yang berpuasa, berzikir dan membaca ayat2 tertentu. Ibadat ini dilakukan kerana nak mendapatkan ilmu dan ini adalah sesuatu yang bahaya. Mendekatkan anda kepada syirik. Amal ibadat boleh jadi kerana nak dapat kekuatan ilmu dan bukan kerana Allah semata-mata.
Ibadat hanya kepada Allah, bukan kerana ilmu. Dalam bacaan solat "Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, hidup ku dan mati ku hanya kerana Allah S.W.t. Kalau ibadat kerana nakkan ilmu dan kerana Allah dalam, tetap jadi syirik sebab kita mempersekutukan Allah dengan ilmu. kita menyamakan nak Allah dan nak ilmu. amat halus permainan syaitan dan jin ini. Berhati2 lah semua. banyak amalan2 ilmu2 duniawi (kebal, gagah, penunduk, pengasih) semua ada permainan seperti in
Bolehkah saya berdoa seperti rasullullah bedoa seperti yg tuan tulis di atas?
BalasPadamSalam tuan anon,
Padam1. Boleh amalkan doa diatas. Selepas solat sebaiknya.
2. Saya bagi dan ajarkan semua pembaca yg haq semata mata tiada yg bathil dulu kini dan akan datang.
Salam tuan
PadamSaya rasa macam mimpi basah.. Kadang2 rase cam real boleh bagi tau saya adakah ini cuma mimpi(mainan jin) atau pun saya mangsanya..bende ni jarang berlaku kat saya..
Saya pon rasa macam diganggu.. Tapi tak pasti... Apa pendapat admin?
BalasPadamAssalamualaikum.. Saya juga rasa macam diganggu.. Tapi tak pasti.. Apa pendapat admin?
BalasPadamEmaik cik telah dibalas.
Padam