Menyambung cerita saya mengenai saka part 1 saya nak sambung sikit cerita bab saka. Gangguan saka nie agak banyak simptomnya dan terpulang kepada bahagian masing-masing. Saya ada beberapa sampel cerita jenis gangguan saka seperti.
kes 1- Rumah dan barang-barang dalam rumah terbakar. Didalam kes ini, saka ibubapa pesakit or mangsa nie memang jenis agak 'kuat' (tak kuat mana pun, macam kuat). Kebiasannya saka jenis ini datangnya dari pengamalan ilmu bathil tahap ilmu hitam. Ilmu bathil nie banyak puncanya. akan diterangkan dalam posting akan datang.
kes 2- Dirogol jin. Dalam kes ini si isteri disetubuhi jin saka belah bapanya. Apa yang berlaku ialah sibapa pun tak sedar yang sakanya memang jahat dan kerap merogol isterinya sendiri dan anak-anak perempuannya
.
.
kes 3- mimpi2 ngeri dan ditindih ketika tidur. dalam kes macam nie sipesakit sememangnya kerap ditindih ketika tidur dan sering mimpi ngeri.
kes 4- gangguan mental. Seorang pesakit nie hampir gila isim dan hampir membunuh ibunya sendiri disebabkan gangguan saka nie.
Kes 5- Sukar nak sembahyang dan buat ibadat fardhu. Kes ini menimpa saya sekeluarga. Dalam ramai-ramai ahli keluarga saya, alhamdullilah hanya saya saja yang ada kekuatan untuk solat 5 waktu. itupun selepas saya pulangkan saka belah ibu dan bapa saya. Ramai yang terkena serangan saka jenis nie. Yang berlaku ialah bukan mereka tak mahu sembahyang, tetapi ramai yang takde kekuatan nak sembahyang.
kes 6- Sukar mengandung. Anak dalam kandungan sering gugur dan meninggal didalam masa mengandung.
kes 7- Anak down syndrome dan autisme.
kes 8- Sering pening dan sakit kepala. Migrain adalah satu simptom biasa orang yang bersaka.
Kes 5- Sukar nak sembahyang dan buat ibadat fardhu. Kes ini menimpa saya sekeluarga. Dalam ramai-ramai ahli keluarga saya, alhamdullilah hanya saya saja yang ada kekuatan untuk solat 5 waktu. itupun selepas saya pulangkan saka belah ibu dan bapa saya. Ramai yang terkena serangan saka jenis nie. Yang berlaku ialah bukan mereka tak mahu sembahyang, tetapi ramai yang takde kekuatan nak sembahyang.
kes 6- Sukar mengandung. Anak dalam kandungan sering gugur dan meninggal didalam masa mengandung.
kes 7- Anak down syndrome dan autisme.
kes 8- Sering pening dan sakit kepala. Migrain adalah satu simptom biasa orang yang bersaka.
banyak lagi jenis-jenis gangguan saka sebenarnya. saya listkan hanya 8 sahaja, masih banyak jenis gangguan saka.
bercerita pasal saka nie, saya nak cerita sedikit tentang punca datangnya saka. berikut saya listkan punca datangnya saka yang anda boleh ambil baru dan menambah koleksi saka yang anda sedia ada dan mewariskan kepada anak-anak, cucu-cucu dan keturunan anda kelak. List-list ilmu bathil yang akan menjadi saka keturunan anda dan sedang menjadi saka anda sekarang ialah.
1) Saka
2) Tok Bidan kampung
3) tok bomoh, dukun, pawang,
4) mandi limau, mandi bunga, mandi daun, mandi minyak, mandi tolak bala
5) ilmu penunduk, pengasih,
6) Seri Muka (doa dibacakan depan cermin).
7) susuk (d0a, ayat, logam)
8) barang2 mistik
9) ilmu kebal
10) silat
11) buluh perindu
12) air jampi, rukyah
13) Air yasin dan air penerang hati.
14) pagar rumah pagar halus (garam, lada hitam, kacang hijau, benang, ayat, paku, buloh dan sebagainya).
15) khadam (ayat atau barang-barang)
16) ilmu hitam, santau tuju-tuju
17) mak andam
18) tukang urut patah, bomoh patah.
19) Ilmu gentel lada hita,
20) santau
21) tuju2 busong
22) kismis doa, air mustoffa dan pelbagai jenis product seangkatan dengannya.
23) Amalan-amalan ilmu2 karomah, wali2 dan pelbagai ilmu batin.
Jauhi amalan diatas. bukan setakat jauhi. Jangan berjumpa dan mengambil perkhidmatan mereka terutama jawatan-jawatan seperti mak andam, tok dukun, pawang, bomoh, bomoh urut patah, tok bidan kampung Ilmu-ilmu dan amalan-amalan diatas sebenarnya jika anda buat, anda sedang mempelajari dan mengambil ilmu bathil. Ilmu bathil yang dipelajari tak boleh hilang begitu sahaja tanpa mengakadkannya semula seperti memulangkan.
wallhuaklam.
no 22)kismis doa, air mustoffa dan pelbagai jenis product seangkatan dengannya.
BalasPadambagaimana cara kita hendak memulangkannya?..kismis doa ni saya selalu beri anak saya makan utk kuatkan igtn dia nnt.
salam tuan anon,
BalasPadamsebaiknya makan kismis sahaja tanpa beli kismis yang siap didoakan oleh orang.
Kebiasaanya pada kotak kismis akan ada alamat dan no telefon pengeluar. Pulangkan segala pendamping yang ada terlekat pada anak kepada syarikat tersebut.
akadnya:
" saya mewakili anak saya memulangkan apa sahaja yang anak saya ambil dari tuan dan syarikat tuan".
Wallahu aklam
maksud cara pulangkan di sini adalah samada kena tulis ayat akad ni kat kertas dan hantar ke alamat syarikat atau telefon terus dan cakap ayat ni kat sape2 yg jawab telefon?
Padamsalam anon,
Padamjust call dan cakap dengan mana-mana wakil or pekerja syarikat. Itu dah memadai disebabkan sipenjawab bekerja dgn syarikat itu dan sipembaca doa pada kismis pun tergolong dari syarikat yang sama.
wallahu aklam
Bagaimana dgn amalan2 harian yg berbentuk zikir, ayat2 rukyah dr persatuan islam under GAPPIMA?
BalasPadamAssalam,
Padam1. Bagi saya amalan amalan tu semua tak berkesan.
2. Saya tak sebut salah. Saya cakap tak berkesan malah membawa effek sebaliknya.
3. Saya nasihatkan baik jgn amalkan terus. Nak amal, cari amalan yg ada nas hadis yg sahih dan kuat.
Wallahuaklam
Assalamua'laikum
BalasPadamPagar buluh tu yg menggunakan mentera ke mcm mana tu?