Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label gangguan jin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gangguan jin. Papar semua catatan

Khamis, 22 September 2016

Kenapa perlu berubat dengan ustaz Ismail dan bukan perubatan lain di luar sana.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan peminat blog saya.

Minta maaf sebab lama tak kemaskini blog saya yang tak seberapa. Ramai yang ingat blog saya ni dah tak aktif. Sebenarnya banyak komen setiap hari saya reply tetapi disebabkan posting saya terlalu banyak, maka ramai yang tak Nampak jawapan terkini saya.

Kali ni saya akan bercerita kenapa saya mempromote dan bertegas untuk para pesakit yang bertanya kepada saya untuk berjumpa dan mendapatkan bantuan ustaz Ismail. Sebab sebabnya seperti berikut:-

Isnin, 8 Disember 2014

Jin asyik Merogol Manusia Kupasan part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,

Saya akan sambung perbincangan bab jin asyik merogol manusia disini. Original Jin asyik merogol manusia part 1 telah pun menjadi terlalu panjang dengan lebih 200++ komen. Untuk merujuk kepada posting sebelum ini sila layari link dibawah:-
http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/05/jin-asyik-merogol-manusia-kupasan-part.html


Lebih baik disambung sahaja disini. Saya akan sambung Q&A disini pula.

Khamis, 18 Julai 2013

Bergantung pada Allah dan menyerah pada Allah dalam gangguan jin dan masalah

Salam,
  1. Agak lama saya tidak berkongsi pengetahuan yang tak seberapa saya dengan pembaca dan pengikut setia blog saya ni. Kali ini saya akan bercerita tentang berserah pada Allah dan bergantung pada Allah dalam menghadapi gangguan jin dan juga masalah.
  2. Asas ilmu seorang yang mengaku islam adalah tauhid. Tauhid adalah kepercayaan kepada Allah yang satu dan basic ilmu tauhid ialah lailahaillah. Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Didalam hadis dan Alquran banyak mengupas bab tauhid ini dan jika dibaca kitab tauhid ( yang dikarang oleh ulama bahagian tauhid) kepercayaan asas kita ialah semua makhluk dan apa sahaja yang telah berlaku, akan berlaku dan sedang berlaku adalah dalam pengetahuan Allah semata mata. Didalam sebuah hadis dinyatakan takdir manusia adalah benda yg pertama yang Allah perintahkan kalam untuk menulis dan ini memakan banyak masa.

Rujuk hadis
Dari Abdullah bin `Amr bin al-`Aas, r.a , katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w, bersabda: Allah telah memerintahkan supaya ditulis segala qadar taqdir sekalian makhluk sebelum ia menjadikan langit dan bumi dengan satu tempoh masa yang amat lanjut.

Ahad, 9 Jun 2013

Gangguan jin ujian dan kifarah Allah

Salam,

  1. Saya terpanggil untuk bercerita tentang musibah seperti gangguan jin dan kifarah Allah. Agak lama saya tidak bercerita kali ini saya akan kupas bab ini pula.

  1. Ada pembaca yang menghubungi saya dan bertanya berkenaan gangguan jin dan kenapa sebahagian pengamal ilmu bathil tidak terkena sebarang musibah dan gangguan jin. Jawapan saya adalah mudah. Sebabnya kifarah. Allah sayangkan kita dan itu lah sebabnya kita kena gangguan jin dan musibah.

Jumaat, 30 November 2012

Insomnia dan kaitannya dengan gangguan jin

Salam semua pembaca,
Dah lama saya tak posting dalam blog ini. Kali ini saya akan bercerita tentang masalah insomnia. Bahasa melayu nya ialah sukar tidur malam. Ada pembaca yang bertanyakan kaitan insomnia dengan gangguan. Jawapan saya ialah benar. Jika dikaji dari segi perubatan sains penyakit ini dikatakan disebabkan oleh gangguan hormon dan juga jam biologi seseorang itu.

Untuk sesetengah kes memang benar sukar tidur malam ini disebabkan perubahan jam biologi disebabkan waktu kerja dan juga jet lagg. Kebanyakan masanya sukar tidur malam ini disebabkan oleh perasaan takut pada hantu dan kegelapan. Most of the time jika anda bertukar tempat tidur seperti berpindah rumah, tinggal berseorangan dan tidur dihotel ataupun penginapan lain anda akan mengalami masalah sukar tidur. Sila  klik disini disini untuk posting gangguan ditempat tinggal  dan hotel

Sabtu, 27 Ogos 2011

Bagaimanakah Jin memasuki diri kita dan cara mereka masuk. Ucapan Selamat Hari Raya kepada Semua.

Salam,

selamat hari raya kepada pembaca setia blog saya yang dhaif nie. terdapat persoalan bagaimana jin menyerang dan memasuki diri kita manusia. terdapat beberapa cara jin (secara umumnya termasuklah iblis, syaitan, jin, bunian, khannas dll) memasuki diri anda. Yang paling utama ialah manusia nie ada beberapa pintu yang menjadi tempat mereka masuk. kalau tuan dan puan pembaca ada kawan yang tahu tentang ilmu batin or perawat mereka boleh menunjukkan dimana pintu-pintu jin masuk kedalam diri manusia. Pintu ini adalah tempat dianggota badan manusia yang menjadi jalan masuk dan keluar mereka.

cara masuk ialah melalui pintu-pintu (ada banyak pintu sebenarnya, biarlah saya bercerita secara umumnya sebab kalau diterangkan secara detail boleh menyebabkan kekeliruan kepada pembaca). bagaimana mereka boleh memasuki diri kita.

Selasa, 16 Ogos 2011

Syaitan di ikat bulan puasa tetapi masih ada gangguan makhluk halus??


Assamualaikum

Pada bulan puasa nie adalah satu bulan dimana syaitan-syaitan diikat padaa jamratul2 dan hanya dilepaskan selepas akhirnya ramadhan. Kenapa tetap ada gangguan dibulan puasa.

ada dua sebab yang saya tahu iaitu seperti dibawah.

1) syaitan yang diikat, bukan jin. Termasuklah bunian.
2) Syaitan yang bebas dan tak berpunya sahaja diikat, tetapi syaitan yang berpunya (ada owner) tidak.


Jumaat, 5 Ogos 2011

Simptom Gangguan Jin yang Biasa.

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua. Saya ada beberapa pertanyaan tentang gangguan jin. Simpton yang biasa seseorang tu terkena gangguan jin dan makhluk halus adalah seperti berikut:-

1) Panas Baran tak terkawal
2) Risau dan berdebar tanpa sebab,
3) Sering sakit kepala dan pening
4) Sering terkejut. (tahap terkejut beruk, semangat melayang).
5) Hujung tangan sejuk2, darah tak sampai ke muka, ketakutan yang melampau, senak dada dan sempit dada.

Selasa, 26 Julai 2011

Histeria


Salam,
Banyak kita dengar masalah hysteria yang berlaku disana-sini dan mostly kes hysteria ini berlaku di tempat-tempat seperti sekolah ataupun universiti.  Apakah sebenarnya hysteria? Bagaimana ianya berlaku? Apakah puncanya? Bagaimana nak mengatasinya?

Histeria adalah sejenis rasukan jin yang berskala besar dan serentak. Ada masanya hanya satu jin sahaja yang merasuk tetapi dapat menyebabkan hysteria secara besar-besaran.  Perlu diingat jin bukanlah seperti manusia yang berjisim kasar. 1 jin dapat menyerang banyak mangsa sekaligus.  Pernah dengar kat satu sekolah hampir berpuluh-puluh orang pelajar hysteria sekaligus? Apakah yang berlaku?

Ahad, 1 Mei 2011

Sakit Gangguan makhluk halus ataupun sihir, jin, saka yang tak sembuh-sembuh dan tak sembuh sepenuhnya.

Ramai sebenarnya mengalami masalah gangguan makhluk jin dan sihir. Ramai yang berusaha mencari penawar ataupun mendapatkan bantuan perawat-perawat yang dari perubatan islam ataupun biasa. Tak ramai yang sembuh sepenuhnya dan ramai jugak yang tak sembuh-sembuh dari gangguan dan sakit misteri nie.

Kenapa?

saya akan cuba menghuraikan kenapa sesetengah masalah gangguan dan sakit misteri ini tak sembuh-sembuh , sukar sembuh ataupun tak sembuh sepenuhnya.

sebab sebabnya ialah:-

1) Punca masalah sakit dan gangguan tidak dicari dan dibenteras dari akar umbinya.
2) Cara rawatan yang sama untuk kesemua jenis sakit misteri ini.
3) Teknik rawatan yang digunakan lemah dan tidak menyelesaikan punca masalah tetapi hanya menghilangkan simptom.
4) Rawatan diterima hanya semata-mata rawatan, tiada kupasan masalah dan cara-cara yang diajarkan yang boleh diamalkan sendiri oleh pesakit.
5) Rawatan dibuat oleh 3rd person bukan oleh si pesakit itu sendiri.
6) hanya pesakit sahaja diubati. Dlm kebanyakkan kes, serangan sihir dan makhluk halus nie sebenarnya datang dalam pakej lengkap. kalau suami yang kene, isteri dan anak2 turut kene tempias. Kalau suami sahaja diubat, keluarga tidak,,,yang berlaku serangan itu akan berulang disebabkan keluarganya tadi,

Sabtu, 16 April 2011

Perlukah bunuh jin? Saka dan Jalan mendekatkan diri dgn Allah

saya nak berceritalah sikit mengenai teknik bunuh iblis syaitan dan jin serta sekutu-sekutunya. semua tahu dan akur bahawa dalam diri masing-masing ada jin ataupun syaitan didalam diri anda. Ada yang mentakrifkan jin dalam badan itu sebagai nafsu. Bagi pendapat saya nafsu itu puncanya jin dalam badan masing-masing. ada hadis yang berbunyi bahawa syaitan itu menjalan didalam pembuluh darah kita dan mereka ini sememangnya suka berkampung didalam diri manusia disebabkan nak mudah wat kerja dia. tubuh badan manusia memang menjadi kesukaan syaitan dan iblis sebenarnya disebabkan kerja subersive yang mereka buat.

kenapa nak belajar belasah dan bunuh jin? soalan ini soalan yang baik tetapi jawapan saya sebelum anda belasah dan bunuh jin yang kat luar tu, yang paling bahaya ialah jin didalam badan manusia. kenapa bahaya?? jin dalam badan anda akan mendorong anda kepada maksiat, dosa dan segala kemungkaran. Maybe tak ramai yang ada pengalaman diserang jin secara batin dan zahir tetapi dalam hal saya, saya dah merasainya. bisikan didalam hati kita kebanyakkan masanya adalah syaitan dan jin. sebagai contoh tiba-tiba ada suara hati anda akan berbisik...betul ke Allah tu ada?? kalau time sembahyang mereka ini akan memesongkan khusyuk kita seperti macam manalah rupa Allah nie ataupun macamana nak bayangkan Allah..yang banyak kali berlaku kalau kita sembahyang seorang diri kita akan terlupa rakaat.

Gangguan jin, makhluk halus di dalam rumah, hotel, sekolah, asrama dan tempat tinggal

saya nak bercerita pasal penunggu rumah or hotel or tempat tinggal. saya baru aje lepas bercuti kat satu negeri dan tidor lah disebuah bilik didalam sebuah resort. Dalam alquran ada menyatakan bahawa sebaiknya kita memberi salam setiap kali kita nak masuk rumah. kalau ada org, salam itu yang didalam rumah tu..kalau takde orang (ada jin), salam dan kesejahteraan kembali kepada pengucapnya tu. therefore bagilah salam setiap kali anda nak masuk rumah dan setiap kali and nak check in dalam mana-mana hotel tu. ada banyak hikmahnya bagi salam nie.

bercerita pasal penunggu hotel nie, saya dah banyak kali kene...kebiasaannya mereka nie akan bersembunyik time kita masuk, time kita lepak2 nanti dia akan masuk kebadan kita. belasah aje lah jin2 tak guna nie. pernah kita dengar org kene cakar luka-luka akibat gangguan jin nie kan? kebanyakkan masa (not always) mereka menggunakan badan kita untuk mencederakan badan kita. Anda sendirilah yang mencakar diri anda sebenarnya, tetapi atas perbuatan mereka. Mereka boleh menggunakan badan anda untuk cederakan diri anda sebenarnya. Yang kene cekik ngan jin tu sebenarnya, jin tu masuk kedalam badan anda, gunakan tangan anda untuk cekik diri anda sendiri. saya dah penah tgk kes semacam nie.

Isnin, 11 April 2011

Gangguan makluk halus atau jin keatas bayi or baby

Salam,

Makluk halus yang menggangu bayi. Ini adalah satu masalah yang amat biasa berlaku dikalangan masyarakat dan gangguan ini biasanya menyebabkan bayi-bayi menangis semalaman dan kurang tidur. Tangisan bayi umumnya adalah satu mekanisem bayi menyampaikan masalah yang berlaku pada dirinya. Lapar, panas, kurang tidur, buang air , nak tukar lampin adalah penyebab biasa baby menangis. Kalau tangisan itu tidak diketahui sebabnya, maybe ada kemungkinan bayi tu sakit. kalau dah check dengan doktor pun takde apa-apa sakit dikesan, kemudian kita kene tengok sebab-sebab lain iaitu makhluk halus.

tangisan baby yang terkene gangguan nie biasanya panjang-panjang dan tidak terhenti dengan mudah. Berenti sekejap lepastu disambung lagi. bagaikan ada benda yang mengacau dirinya. kita boleh tengok dari riak muka, matanya dan tangannya seperti dia takutkan sesuatu.

Sabtu, 9 April 2011

gangguan makhluk halus, sihir, buatan orang , saka, ilmu guna-guna,..macamana nak atasi

Salam,

agak lama saya tak update blog saya nie. Ramai sebenarnya menghadapi gangguan makluk halus, jin , buatan orang, saka santau dan sebagainya. Disebabkan saya dah merasa benda-benda nie, saya dah rasai peritnya berubat dan mencari penyelesaian. Ustaz Darul2, bomoh, pawang semua dah saya cuba tetapi semua tak berjaya.

kenapa tak berjaya dan berhasil? kerana punca dan penyebab gangguan tidak dicari dan dan selesaikan dari akar masalah tu. Semacam penyakit jika tidak dicari sumber penyakit kebiasaanya kita tak dapat dapat sumbuh dari penyakit. Sakit kepala sebagai contoh, berpunca dari pelbagai sumber sakit one of them is barah or ketumbuhan. Jika tak dicari punca barah or ketumbuhan tu, ubat2 yang kita biasa ambil iaitu penahan sakit cuma menghilangkan simptom sakit itu sahaja buat sementara.

yang berlaku sekarang nie kebanyakkan org yang menghadapi masalah gangguan jin, makhluk halus, santau, busong, ilmu tuju-tuju, saka dan sebagainya mencari org untuk menyembuhkan mereka ataupun asbab. Menyembuhkan penyakit tetap Allah, asbabnya ini adalah tok bomoh, ustaz al-fadhil, prof, pawang, dukun dan sebagainya.

sebenarnya gangguan ini adalah sedikti sebanyak berpunca dari kita. Ada perbuatan kita yang kita buat menyebabkan kita sebenarnya membuka ruang kepada makluk2 halus ini mendiami diri kita tanpa kita sedar. Hanya kita sendiri sebenarnya boleh menyelesaikan masalah kita bak kata org sendiri makan, sendiri buang air.

wallahukalam..

begitu juga dengan gannguan makluk halus, jin, santau, saka, ilmu guna-guna

Ahad, 14 Februari 2010

Bertemu Ustaz Ismail

Pada penghujung tahun 2008, saya bertemu Ustaz Ismail. Isteri saya yang dah bertemu ustaz "darul..s..a" merasakan tiada guna bertemu siapa2 lagi, kerana jin itu tetap menganggu dirinya.Semasa saya memandu ke arah Dusun Tua tempat Ustaz Ismail,isteri saya tenang shj ,tiada sebarang riak. Apabila hampir sampai ke destinasi, terdapat perubahan pada isteri saya di mana dia diam dgn muka yg agak rengus.Rupanya jin yg berada dalam isteri saya sudah rasa gundah gelana ...tidak seperti semasa bertemu ustaz "D...A" yg mana si jin tu kata " ala cincai aje boleh settle , x der apa nak risau".

Apabila bertemu Ustaz Ismail, isteri saya rasa mcm nak lari dan mengatakan Ustaz Ismail bagai pembunuh upahan. (Rupanya jin yg dlm bdn isteri saya dah cuak...). Memang berbeza cara Ustaz Ismail menangani masalah kami. Cukup tenang dan sopan.

Kami hanya bercerita sedikit masalah kami, dan Ustaz Ismail mengatakan bukan hanya isteri saya ada gangguan, seluruh keluarga kami termasuklah anak dan diri saya sendiri.Lantas dia membaca ayat2 Al Quran dimana saya dan isteri terasa kepanasan. Rupanya jin tu yg panas.Kemudian dia cerita tentang konsep ilmu haq, dan beliau melihat apa yg menganggu kami. Rupanya bidan urut yang telah mengurut isteri saya. .