Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 9 Jun 2013

Gangguan jin ujian dan kifarah Allah

Salam,

  1. Saya terpanggil untuk bercerita tentang musibah seperti gangguan jin dan kifarah Allah. Agak lama saya tidak bercerita kali ini saya akan kupas bab ini pula.

  1. Ada pembaca yang menghubungi saya dan bertanya berkenaan gangguan jin dan kenapa sebahagian pengamal ilmu bathil tidak terkena sebarang musibah dan gangguan jin. Jawapan saya adalah mudah. Sebabnya kifarah. Allah sayangkan kita dan itu lah sebabnya kita kena gangguan jin dan musibah.



  1. Ujian Allah itu ada 2 martabat. Satu sebagai ujian menguji iman kita dan kedua sebagai peringatan kepada bahawa kita ada melakukan kesilapan dan dosa. Ramai yang faham martabat yang pertama iaitu Allah sayang kita dan Allah sedang menguji iman dan kesabaran kita. Martabat yang kedua ramai yang gagal ambil iktibar dan faham.
  2. Allah memberikan petunjuk dan hidayah melalui ujian. Petunjuk bahawa kita pernah melakukan kesilapan dan Allah mahu kita cari punca kesilapan kita dan betul kan kesilapan kita semasa kita didunia. Ujian gangguan jin ataupun musibah berpanjangan bermaksud kita memang ada buat salah dan Allah sedang cuba menyedarkan kita dari kealpaan dan terus menerus melakukan dosa dan kesilapan.
  3. Kifarah Allah ada dua. Satu didunia dan satu lagi diakhirat. Lebih baik Allah memberikan kita balasan didunia dan ringankan balasan kita diakhirat. Ada sesetengah orang balasannya diperam sehingga ke akhirat atas dosa dan kesalahan mereka sebab Allah memang betul betul mahu kan mereka menerima balasan yang setimpalnya diakhirat. 


Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”


  1. Diakhirat tiada lagi keampunan dan juga taubat serta peluang untuk membetulkan kesalahan kita. Semakin banyak ujian sebenarnya bermaksud Allah sayangkan kita dan melalui satu hadis Allah menurunkan ujian disebabkan Dia ingin mendengar kita meminta dan merayu kepadaNya. Melalui ujian juga Allah nak berikan kita kesenangan seperti mana didalam.alquran yang berbunyi didalam kesulitan itu ada kemudahannya. Sesunguhnya didalam kesusahan itu ada kesenangannya.
Diharapkan para pembaca dapat mengambil.iktibar dari posting saya kali ini.
Wallahu aklam

8 ulasan:

  1. salam...
    adakah orang perempuan sesuai menuntut ilmu bunuh jin memandangkan perempuan golongan paling ramai dan mudah terkena gangguan..
    terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,

      Perempuan amat sesuai belajar teknik belasah dan bunuh jin ini disebabkan golongan ini paling banyak kena gangguan dan paling mudah kena gangguan. Teknik yang digunakan adalah mudah dan amat praktikal sebenarnya walaupun perempuan itu datang bulan. Teknik ini tidak menggunakan cara ibadah khusus yang sepatutnya dibuat kerana Allah semata mata.

      Utk pengetahuan cik, perempuan mempunyai kekuatan yang tersembunyi lebih kuat dari lelaki sekiranya menggunkan teknik belasah dan bunuh jin.

      Wallahu aklam

      Padam
  2. bagaimana hendak mengetahui jika terkena sihir buatan orang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan nazrul,

      Sila rujuk post saya utk simptom gangguan dan sihir. Sila cari dalam label dan tag.
      Gangguan biasanya datang dari 2 sumber dan biasanya serentak. Satu gangguan saka dan sihir luar.

      wallahu aklam

      Padam
  3. Assalam Tuan,

    Walaupun jin telah di penjarakan/bunuh, penyihir akan hantar jin-jin lain utk terus menyakitkan mangsa. Tahap agak teruk kerana bahagian belakang badan mangsa terdapat kesan cakaran kuku bila bangun tidur walhal semasa tidur memakai baju agak tebal kerana sejuk air-con.

    Bagaimana caranya nak mengatasi masalah ini. Masalahnya kami tak kenal siapa yang menyihir dan siapa pula yg menyuruh menyihir.

    Penyakit dah berlarutan dekat 2 bulan.

    Mohon pencerahan.

    Azmi, Rawang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan azmi,

      Masalah pesakit ini datang dari 2 punca. Saka dan ambila ilmu serta sedikit gangguan sihir. Yang mencakar tu sebenarnya bukanlah dari luar. Sebenarnya dari dalam.

      Kaedah utk rawatan sebegini perlu mencari punca gangguan sebenar. Mostly saka dan ambilan ilmu perlu diselesaikan dulu. Bab sihir ada tapi tidaklah menjadi masalah utama pesakit ini.


      Silalah rujuk dengan ustaz mail utk mencari punca sebenarnya sakit. Cara utk mengatasi masalah ialah mencari punca. Jumpa punca mudah nak gunakan cara yg sepatutnya.

      Wallahu aklam

      Padam
  4. Salam . Ganguan binatang@burung yg sangap halus dan tak nampak bentuk muka itu adakah ujian tuhan @ tanda di sihir? Sbb dah 6 bulan ganguan ini menyeksakan hidup saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam,

      Berikut adalah jawapan saya.
      1. Kedua duanya sekali..ujian Allah dan juga gangguan saka keturunan cik.
      2. Ramai yg mengalami masalah yg sama ngan cik.
      3. Sila dapatkan bantuan ustaz ismail menjelang 11 april ini.
      4..sementara waktu cik sila dapatkan air zam zam dan amalkan doa air zam zam mcm dalam blog saya.
      5..jika memerlukan bantuan segera, sia email terus kepada saya.

      Wallahuaklam

      Padam