Salam,
Maaf kepada semua pembaca yg menghantar email dan juga komen didalam blog saya yang tak seberapa ni. Saya baru sahaja balik dari umrah dan sesungguhnya ibadah umrah ini banyak mengajar saya tentang kebenaran tentang ilmu haq dan bathil.
Saya baru balik dari umrah dan Allah dah tunjukkan pada saya proses memisahkan yg bathil dari diri adalah proses yg panjang dan memakan masa. Umrah hanya mensucikan diri dari dosa tetapi bukanlah pendamping ilmu bathil dan ilmu bathil itu sendiri.
Amalan ibadat tetap sama tetapi jika tuan mendalami bab ilmu ha dan tauhid kelak setiap amalan yg nampak sama dengan orang lain di perdalamkan dan lebih berkesan dari amalan yg dilakukan dengan syirik. Banyak amalan yg ibadah yg kita buat tidak mendekatkan diri dengan Allah tetapi menjauhkan diri anda dengan Allah disebabkan syirik halus dan pendamping ilmu bathil yang juga membawa kita kepada syirik.
Ramai yang pergi umrah dan haji tetapi dalam kebanyakkan kes mereka tidak dapat mengubah mereka kepada baik yang kekal. Baiknya hanya sekejap sebelum merekea kembali kepada diri mereka sebelum mengerjakan haji dan umrah.
Punca nya mudah. Umrah dan ihram dapat menyucikan dosa dosa tetapi pendamping ilmu bathil dan saka masih menggangu diri dan dalaman seseorang dan meyebabkan mereka gagal berhijrah kepada yg lebih baik.
Saya akan cuba menjawab kesemua komen komen dan email yg diberikan kepada saya dalam masa terdekat ini. Harap maaf sebab lambat menjawab dan sebagainya.
Ustaz mail ada disemenanjung malaysia dan baru sahaja menyelesaikan masalah gangguan saka di kelantan dan kedah.
Harap pembaca g bermasalah nleh terus menghubungi ustaz mail. Kepada yg jauh dan tidak mampu saya akan bantu sedaya uapaya saya.
Wallahu aklam
salam tuan,
BalasPadamingin bertanya bagaimana gambaran qarin dan jin jin pendamping seorang yg mengamalkan selama bertahun2 berpuasa stiap hari spanjang thn kecuali 5 hari tasyrik?
tq