Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 18 Julai 2013

Bergantung pada Allah dan menyerah pada Allah dalam gangguan jin dan masalah

Salam,
  1. Agak lama saya tidak berkongsi pengetahuan yang tak seberapa saya dengan pembaca dan pengikut setia blog saya ni. Kali ini saya akan bercerita tentang berserah pada Allah dan bergantung pada Allah dalam menghadapi gangguan jin dan juga masalah.
  2. Asas ilmu seorang yang mengaku islam adalah tauhid. Tauhid adalah kepercayaan kepada Allah yang satu dan basic ilmu tauhid ialah lailahaillah. Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Didalam hadis dan Alquran banyak mengupas bab tauhid ini dan jika dibaca kitab tauhid ( yang dikarang oleh ulama bahagian tauhid) kepercayaan asas kita ialah semua makhluk dan apa sahaja yang telah berlaku, akan berlaku dan sedang berlaku adalah dalam pengetahuan Allah semata mata. Didalam sebuah hadis dinyatakan takdir manusia adalah benda yg pertama yang Allah perintahkan kalam untuk menulis dan ini memakan banyak masa.

Rujuk hadis
Dari Abdullah bin `Amr bin al-`Aas, r.a , katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w, bersabda: Allah telah memerintahkan supaya ditulis segala qadar taqdir sekalian makhluk sebelum ia menjadikan langit dan bumi dengan satu tempoh masa yang amat lanjut.


  1. Banyak pesakit apabila disuruh atau diajarkan teknik belasah dan bunuh jin tak mampu membuatnya dan akhirnya ayat yang paling famous yg saya biasa dengar ialah " takpalah, saya bergantung dan berserah pada Allah sahaja lah kalau susah susah sangat". Ayat ini sebenarnya betul akan tetapi perlu diperhalusi. Berserah pada Allah itu betul tetapi anda perlu berusaha terlebih dahulu. Perbuatan ada tiga jenis. Perbuatan Allah, perbuatan manusia dan perbuatan makluk halus.
  2. Gangguan jin adalah perbuatan makluk halus. Boleh kan kita menyembuhkan diri kita dengan hanya berdoa kepada Allah tanpa usaha? Setiap benda apa pasangannya. Gangguan jin hanya boleh diatasi dengan usaha manusia dan izin Allah sahaja. Yang menyembuhkan tetap Allah. Yang berusaha tetap kita. Allah berfirman didalam alquran berbunyi Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu berusaha.

(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.
  1. Ujian dan gangguan jin adalah kifarah dosa dan juga petunjuk dari Allah yang kita ada melakukan kesilapan dan dosa dab kita perlu buat sesuatu untuk membaikinya dan mereverse kan perbuatan kita.
  2. Didalam.kisah Nabi Allah Musa a.s dikisahkan cerita baginda dan sakit gigi. Bagaimana nabi musa a.s sakit gigi dan berdoa pd Allah utk menyembuhkan sakit giginya. Maka Allah memerintahkan nabi Musa mencari rumput/daun utk dimamah dan akhirnya sakitnya hilang. Punca sakit giginya ialah gigi yang rosak akibat tidak membersihkan gigi secara betul. Sakit itu datangnya dari Allah. Yang memberi sakit dan menyembuhkan adalah Allah. Diceritakan selepas itu sakit gigi Nabi Musa a.s datang kembali dan kali ini Nabi musa terus mencari daun tersebut dan memamahnya. Tapi kali ini sakitnya tidak berkurangan dan apabila dia bertanyakan pada Allah. allah berfirman dulu masa engkau sakit engkau mencari aku dan aku menyembuhkan kamu. Sekarang kamu mencari daun. Akulah yang memberi sakit dan aku lah yang menyembuhkan. Selepas itu Nabi Musa a.s pun bertaubat kepada Allah dan sedar kesilapan yang telah dia lakukan.
  3. Daripada kisah ini kita boleh dapat banyak iktibar. Sakit gangguan jin sama sahaja dengan sakit gigi. Datangnya dari Allah. Akan tetapi Allah tidak akan menyembuhkan kita tanpa usaha dan asbab. Allah yang memberi sakit dan Allah jua yang menyembuhkan. allah boleh menyembuhkan sakit Nabi musa tanpa perlu buat apa apa kun fayakun bagi Allah tetapi Allah tetap nak Nabi Musa ikut peraturanNya. Usaha dan asbab. 
  4. So kepada pembaca yang mengalami masalah gangguan jin dan masalah sakit ingatlah. Allah yg memberikan anda sakit dan Allah lah yang akan menyembuhkan anda.
  5. Perlu diingat, Allah akan menyembuhkan kita dengan usaha dan cara yang haq , niat yg haq dan lafaz yang haq.  Kalau kena gangguan saka cari ustaz dan mandi rukyah, maka sakit anda tidak akan sembuh pun. Cara itu bathil. Niat betul lafaznya betul. Jawapannay tetap bathil. Kena selari ketiga tiganya. akhirnya anda akan dapat pendamping ilmu ustaz tu dan juga sakit saka yg yang tak sembuh sembuh. 
  6. Bergantung pada Allah dengan cara yang betul niat yang betul dan lafaz yang betul. Rasulullah s.a.w sendiri pernah disihir dan sama juga dengan cerita Nabi Musa, Rasululah s.a.w diajrkan surah dan berdoa dengan surah tersebut. Ada usaha dan asbab daripada Rasulullah s.a.w barulah sihir itu hilang.
  7. Untuk mempermudahkan pembaca faham, saya ringkaskan seperti dibawah:-
  • Didalam mazhab sunnah wal jamaah, usaha diperlukan selepas itu tawakal
  • usaha perlu dibuat dengan cara yang haq. Usaha terbahagi kepada 3 asas.
  • Niat yang Haq, Lafaz yang Haq dan Perbuatan yang Haq.
  • Salah satu antara 3 asas iman ini jika bathil, maka perbuatan itu jadinya bathil dan memudaratkan.
  • Membaca Al-quran dan membuat solat hajat untuk membantu mengubati sakit adalah sejenis doa. Perlu disusuli dengan perbuatan.
  • Bergantung kepada Allah perlu tetapi perlu disusuli dengan usaha dan asbab yang haq. Tak boleh hanya berpeluk tubuh ataupun mengharap gangguan sembuh setakat berdoa melalui pembacaan alquran. Allah tidak menyembuhkan tanpa asbab. Allah membantu doa untuk penyembuhan melalui memudahkan anda berjumpa dengan individu yang ahli dalam hal sebegini. Bantuan Allah kebiasaanya melalui asbab manusia yang lain.
  • Bantuan Allah tidak datang terus menerus dari langit. Itu hukum dan tertib yang Allah tetapkan kecuali perkara mukjizat para anbia. sebagai contoh anda tiada kenderaan untuk pulang ke rumah, anda berdoa pada Allah untuk sampai ke rumah dan dipermudahkan. Kebiasannya, akan ada hamba Allah yang tiba tiba akan menawarkan anda menumpang ke rumah ataupun jika menahan kederaan, sipemandu akan mengnatar anda balik. Anda tidak akan di teleport balik kerumah oleh Allah. 
  • satu kisah yang saya sendiri alami, seorang kawan meminta doa untuk diperelokkan rupanya sisebabkan jerawat yang serius dibuat semasa saya melakukan umrah. Jawapan saya kepada kawan saya, jangan harap selepas doa, esok bangun pagi muka anda akan jadi cantik. sebalilknya, Allah akan mempermudahkan anda untuk mendapatkan ubatan berkesan untuk masalah jerawat anda dan anda akan mendapat kulit yang cantik selepas itu. InsyaAllah.

Wallahu aklam. Saya berharap penerangan saya ini mudah untuk difahami. 

16 ulasan:

  1. assalamualaikum tuan,
    jika seorang itu telah bertahun thn lamanya mengamalkan berpuasa setiap hari sepanjang tahun kecuali 5 hari tasyrik yg diharamkan, bagaimana gambaran dan pengaruh qarin dan jin jin itu terhadap org yg berpuasa itu?
    t,kasih

    BalasPadam
  2. salam tuan
    bagaimana seorg yg brthn rhn amalkan puasa stiap hari spanjang hari kcuali 5 hari tasyrik, camna gambaran dan pengaruh qarin n jin thdap org itu?
    tq

    BalasPadam
  3. Salam,

    Untuk pengetahuan tuan, qarin adalah kembar kita sejak kita didalam kandungan sampailah kita sekarang.

    Gambaran dan pengaruh qarin kepada orang yg kuat amal seperti ini adalah lebih besar berbanding orang yg kurang amal sebenarnya. Pertentangan yg haq dan bathil dalam dirinya amat kuat dan hebat.

    Amat sukar utk seseorang itu mengenali dan memisahkan kan mana suara hati kita yg sebenarnya dan mana suara qarun kita. Bunyi nya sama dan datang dari tempat yg sama iaitu hati.


    Kalau belajar dan start asingkan qarun dari diri dan batin kita, insyaallah kita boleh kenal dan berbicara dengan qarin kita sendiri.

    Qarin satu, saka satu hal.lagi. pendek ceritanya didalam alquran menyatakan, iman seseorang itu dinaikkan kepada beberapa darjat melalui ilmu. Bukan ibadah dan amal ibadah.

    Wallahu aklam.

    BalasPadam
  4. saya baru je terbaca blog ni.ushar dalam google.saya puji blog nie kerana banyak membantu masalah2 org lain.bukan senang nak ajak org kita berbincang tentang agama...tapi boleh saya mnta terangkan 1 ayat mudah...dalam al-fatihah.ayat ke5.sebab saya rasa kalau admin terangkan akan lebih bermafaat pada pembaca2.hidup utk diuji dan diduga...rasa kena kenal betul2 sapa yg menguji dan menduga kita.salam.

    BalasPadam
  5. salam,

    InsyaAllah. Apabila tiba masanya kelak.

    BalasPadam
  6. Salam danish, soalan sy adakah tenik minum air zam zam dan teknik pulangkan sudah memadai utk bersihkan diri dr saka dan jin dlm bdn kita, sy juga musykil kenapa sy tidak boleh membayangkan wajah suami sy dlm minda sy, tq danish

    BalasPadam
  7. walaikumsalam,

    Kena susuli dengan teknik poliklinik untuk mengeluarkan saki baki jin yang ada. Pulangkan dan minum air zam sudah Ok tapi sometime perlu disusuli dengan poliklinik baru lengkap.

    soalan kedua,

    kenapa tak boleh bayangkan wajah suami? Maknanya benda suami berada dalam diri puan dan mengganggu puan. Maybe ilmu yang belum dipulangkan.

    wallahu aklam

    BalasPadam
  8. Salam...saya mengalami gangguan...ingin tahu bgmn penyelesaiannya..

    BalasPadam
  9. Salam tuan fid,

    Soalan tuan agak general dan jawapan saya pub akan jadi general jugak.

    1. Untuk menyelesaikan masalah secara total punca masalah perlu dicari. Dalam masalah gangguan jin ni punca dari mana jin ni bertapak didalam diri perlu dicari. Walaupun ada sebilangan kes puncanya dari sihir tetapi jin kepunyaan sebagai contoh jin saka adalah punca utama gangguan menjadi lebih teruk dan makan dalam.

    2. Penyelesaian yang total berdasarkan pengalaman saya dan ilmu saya yg tak seberapa ni memerlukan tuan faham kenapa gangguan terjadi dan memahami bagaimana ianya terjadi.

    3. Konsep ilmu haq dab bathil akan menyediakan framework asas ilmu yang diperlukan seseorang untuk atasi gangguan dan juga memahami hakikat gangguan.

    4. Mudah nak faham, cara kami adalah si sakit belajar dan faham sendiri dan mereka sendiri akan megubati diri mereka sendiri. Memang mudah kalau faham sebenarnya.

    5. Gangguan yg berlaku berpunca dari kesalahan dan kesilapan yang pernah kita lakukan pada masa lepas. Kena perbaiki kesilapan iti dengan menggunakan teknik ilmu haq.

    6. Bab nak cari punca tu memerlukan pakar dan ahli seperti ustaz mail. Sila lah hubungi ustaz mail by esok atau lusa untuk aturkan temujanji anda.

    wallahu aklam

    BalasPadam
  10. Salam tuan..
    Seandainya benar suami saya disihir sehingga gagal menjalankn tjawab terhadap sy n ank2.. bolehkah sy berserah pd Allah dgn meningkatkn amalan sy spt solat malam n zikir n puasa n etc? Sy bimbang tersilap langkah jika berjumpa dgn pengamal perubatan yg salah kerana sblm ni sy dh berjumpa dgn org yg salah..slps solat istiharah Hati sy berat utk berjumpa lg krn amalan2 yg die srh sy buat spt mandi limau n msndi bunga byk meragukan... mohon pencerahan

    BalasPadam
  11. waalaikumussalam puan.
    1. Seperti posting saya diatas, kita sebagai org berfahaman sunnah wal jamaah kena percaya pada usaha dan tawakal.
    2. Ibadah khusus seperti solat malam, zikir dan puasa hendaklah dibuat semata mata kerana Allah. Jangan buat ibadah nak selesaikan masalah gangguan saka suami dan sihir yg dikenakan pada suami.
    3. Saya cadangkan puan call ustaz mail dan dapatkan bantuan dan tunjuk ajar daripada dia.
    4. Semoga jawapan saya menjawab persoalan puan.

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  12. Selain ustaz mail, ada lagi ker yg sealiran dengan ustaz mail yg mengamalkan ilmu haq yg boleh menolong selasaikan masalah jin? Serasa saya masa kini ramai perawat mengunakan mandi limau, dan sebagainya, susah mencari yg betul2 haq. Mengapa ini boleh terjadi ya? Mengapa mostly perawat tidak ada ilmu yg haq seperti ustaz ismail, jika ada pun mungkin sudah mixed dengan haq dan bathil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum anon,
      1. Sebenarnya ada orang lain yang sealiran dengan ustaz ismail akan tetapi mereka tidaklah menyebarkan dan mengajarkan kpd orang lain.
      2. Mereka more kepada beramal dengan diri sendiri sahaja. ustaz ismail pun ada beberapa orang rakan seguru. Akan tetapi mereka tidaklah meneruskan usaha mereka mengembangkan dan membantu seperti mana ustaz mail dan anak anak muridnya.
      3. Jawapan kenapa ramai perawat tidak mengamalkan jalan yang haq? byk jawapannya akan tetapi secara kasarnya mereka merasakan perubatan islam konvensional (rukyah, manzil, alquran) adalah satu satu nya jalan yang benar. Yang tak guna rukyah atau ayat alquran, maka orang tu adalah tidak benar.
      4. Mostly perawat ini benar benar yakin cara dan perubatan mereka adalah mengikut islam dan paling betul. So, bukanlah salah mereka sepenuhnya.

      5. Satu lagi jawapannya, mana mana perawat yang belajar dengan darul darul ni, jika mereka mendalami ilmu haq, maka mereka perlu bermula daripada kosong kembali dan bermula daripada awal. ilmu yang mereka pelajari tu semua kena tinggal. maybe that why ramai yang rasa ilmu dan jalan haq ini salah dan menyusahkan.

      Wallahuaklam

      Padam
  13. Susah lah jika begitu jika hanya ustaz ismail yg sahaja mengajarkan yg haq, masa kini di pelopori oleh rawatan islam mostlynya ada ilmu bathil tanpa mereka sedari pun, masyarakat kita sekarang ini percya kepada rawatan islam tanpa sedar pesakit pun masa kini banyak yang terambil ilmu atau ambilan ilmu. Penuh dengan jin2 pendamping lah jika begitu, ilmu yg haq ini perlulah jugak di advertisekan, semoga umat islam tahu dan sedar mengenai perkara ini. Kita semua banyak terambil ilmu yang bathil. Perkara ini patut di pertengahkan.

    BalasPadam
  14. assalamualaikum anon,
    1. Bab ini sebenarnya, saya tengah cuba menyebarkan kefahaman sebenar melalui cara tulis blog ini dan juga FB.
    2. Sebaiknya cik sharelah blog ini dalam fb cik dan saya minta semua pembaca yang mahu berdakwah melalui alam cyber pun share dalam fb dengan semua rakan rakan.
    3, bagi saya if kita dah share dalam FB dan kita bagitau rakan rakan mengenai konsep ilmu haq dan bathil dan kita sendiri dalami dan amalkan, maka terlepaslah tanggungjawab kita untuk menyampaikan yang haq apabila kita tahu.
    4. So silalah share dalam FB dan share lah kewujudan blog saya ini kepada rakan rakan anda. At least anda anda semua telah menyampaikan dan menyebarkan. InsyaAllah kefahaman akan tersebar dengan lebih baik kelak.

    Wallahuaklam

    BalasPadam