Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 24 April 2011

rentetan peristiwa diganggu makhluk halus part dua,

untuk cerita gangguan part 1 klik disini

Saya ada bercerita tentang peristiwa diganggu makhluk halus pada tahun lepas. saya akan menyambung kan sedikit lagi part 2 nya.

Saya pada masa tu dah dapat menghubungi ustaz mail dan bertanyakan bagaimana caranya untuk mengatasi masalah gangguan saya tu. Ustaz mail mengatakan masalah ini boleh diatasi dan iblis syaitan dan jin boleh dibunuh. Dia berkata ' saya boleh ajar tuan cara untuk bunuh jin tu, tuan boleh buat sendiri'. Saya terkejut dengan jawapan itu sebab tak pernah lagi saya dengar cerita iblis syaitan dan jin boleh dibunuh.


Sebelum itu saya ada menghubungi satu ustaz yang direkemenkan oleh pakcik saya dalam menangani masalah gangguan jin keatas istero saya tu. Jawapan ustaz A nie amatlah menghampakan. katanya jin tak boleh dibunuh dan diapa-apakan. Saya tanya kalau tak boleh diapa-apakan, kenapa katanya sebab dah dijanjikan Allah macam tu. Saya tanya seterusnya apa kaedah yang ustaz A gunakan. Katanya berunding. kene berunding dahululah. Saya tanya balik, kalau jin tu degil tak nak berunding macam mana? katanya kita akan bom asapkan jin tu..

Bom asap? saya tanya balik bagaimana kaedah bom asap tu. Kita akan tidurkan jin tu. Saya tanya balik lepas tidur kalau dia bangun balik macamana? katanya kene bom lagi dan berunding semula.

saya betul2 tak puas hati dengan kaedah yang dicadangkan. terdetik dalam hati saya, 'adakah setakat ini sahaja ke ilmu yang Allah bagi kepada manusia yang bertitle khalifah nie?". hebat sangatkan jin sampai tak boleh diapa-apakan??

saya sebenarnya boleh berkomunikasi dgn jin islam yang mengacau isteri saya tu menggunakan isteri saya sebagai perantara. Dari perbualan saya dgn syaitan tu nampaknya jalan berunding telah tertutup sama sekali dan dia bertegas nak tinggal dalam isteri saya. Saya masa tu berjanji dengan syaitan tu satu saja ' siap ko syaitan, aku manusia...aku boleh belajar. Maybe sekarang ko boleh eksyen tetapi jika Allah izinkan dan tunjukkan aku cara dan jalan menghapuskan kau, aku akan ajar kau cukup2 dan aku akan bunuh ko dengan tangan aku sendiri'.

saya akan sambung lagi kisah peristiwa diganggu makhluk halus nie lagi nanti. Sebenarnya ceritanya panjang dan meleret2. Ini baru cerita nak berjumpa dgn ustaz mail, belum lagi jumpa ustaz mail, belum lagi isteri saya dirasuk dan melarikan diri pagi2 buta sampai masuk gaung. Lepas tu ada kisah isteri saya dimasuukan ke ICU pagi rabu, the next day saya pulak masuk ICU. cerita saya dan isteri ditahan ISA, saya dan isteri nak gila isim, saya dirasuk dan bunuh jin. panjang cerita nya.

InsyaAllah akan saya sambung sedikit demi sedikit untuk tatapan dan pengajaran kepada pembaca2 semua.

untuk sambungan part 3 klik disini

1 ulasan:

  1. jin yg tak boleh mati azazil sahaja. keturunan dia yg lain tu ada hayat umur masing2. maknanya jin mmg akan mati bila sampai masa kecuali azazil yg dijanjikan allah hidup hingga hari kiamat

    BalasPadam