Pada tahun 2005, anak dalam kandungan isteri saya meninggal dunia semasa usianya sembilan
bulan dalam kandungan. Beberapa malam sebelum kejadian, dia rasa didatangi lelaki berpelekat , yang ingin mengambil anak kami. Isteri saya mengalami kejadian itu antara sedar dan tidak.
Dipendekkan cerita, selepas melahirkan bayi tersebut, isteri mengalami masalah sakit pinggang yang amat sgt hingga tidak boleh berjalan, dan menggunakan kerusi roda semasa di hospital. Pada mulanya, kami tidak mengesyaki apa-apa. Selepas beberapa bulan, isteri mengalami gangguan seakan ternampak lembaga, badan menggeletar , hingga kekejangan kaki. Kami pun ikhtiar perubatan tradisional, dan pergi berjumpa bomoh dan ustaz. Kedua-duanya, mengatakan gangguan saka sebelah saya.
Kami tiada gangguan buat sementara waktu hingga isteri saya kembali mengandung dan Alhamdullillah selamat melahirkan anak lelaki pada 1/10/2006. Pada tahun 2008, isteri saya asyik sakit-sakit terutama pada bahagian pinggang dan kaki.Rasa seperti dicucuk-cucuk.Kami pun pergi berjumpa Kak S, melalui jiran yang memperkenalkan beliau kepada kami.
Pada masa itu, saya agak jahil, hanya terlintas di fikiran, usaha untuk memulihkan isteri saya, caranya saya tidak peduli. Cara perubatan Kak S agak pelik, di beri pendinding dalam bentuk paku. Katanya kalau gangguan masih ada jalan terakhir mandi di sebuah makam (Banting).
2 - 3 hari isteri tiada gangguan, tapi selepas itu , satu malam isteri diganggu dengan lebih teruk lagi. Kali ini gangguan dari Jin Islam . Kami pun pergi bertemu kembali dengan Kak S. Kak S terkejut dan mengesyorkan mandi di makam tapi masih sama, gangguan masih ada. Isteri hingga tidak boleh tidur dan tidak dapat menumpukan pada kerjayanya. Saya agak buntu pada ketika itu, dan saya berserah pada Allah, sembahyang Hajat agar di tunjukkan jalan bagaimana untuk menghapuskan jin/syaitan yang mengganggu. Saya yakin mesti ada cara untuk membunuh makhlus halus yang mengganggu manusia ini. Takkan mereka ini terlalu kebal...
Pada satu hari, saya mencari di internet tentang bagaimana membunuh makhluk halus ini, dan dipertemukan link ilmuhaq.multiply.com dimana saya bertemu Ustaz Ismail.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan