Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 27 Jun 2011

Pelaris

Pelaris

Saya rasa hampir kesemua orang pernah dengar pasal pelaris. Pelaris adalah sejenis ilmu sihir dimana ianya berfungsi untuk melariskan jualan, menglamerkan tempat perniagaan dan menarik pelanggan ke kedai or premises tersebut.

Kalau anda perasan jika anda pergi ke kedai-kedai cina, anda akan nampak tempat sembahan didalam kawasan depan tempat jualan kedai tu. Sama juga jika anda perasan kedai-kedai hindu, akan ada tempat sembahan dikawasan area jualan. Itu adalah pelaris kedai cina dan kedai hindu. Ada pernah saya tengok kawasan sembahyang itu dibelakang tempat jualan tetapi saiznya  amat besar. Sebenarnya mereka menggangap kawasan depan jualan itu sebagai bahan sembahan dan kesemua bahan jualan itu jadi sebagai barang sembahan.



Berbalik kepada cerita pelaris, tokong ataupun tempat pemujaan org cina dan hindu sebenarnya adalah tempat tinggal makhluk halus. Mereka akan duduk disitu disebabkan ada org menyembah mereka. Mostly yang menyembahkan akan minta dari patung-patung berhala tu, ‘ong’ yang baik ataupun duit dan pelanggan yang banyak. Makhluk halus yang berada ditokong or tempat pemujaan ini akan bekerja menarik pelanggan-pelanggan masuk ke kedai dan membeli barang atau makan dikedai tu.

Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka; (An-Nisaa' 4:117)

Itu adalah jenis pelaris untuk kedai cina dan india. Bagi masyarakt islam melayu kita bentuk pelaris tu berlainan dari rupa pelaris or tangkal pelaris org cina dan india. Percaya atau tidak, tangkal pelaris yang amat lazim ada dikedai-kedai ialah…ayat 1000 dinar.

Sukar untuk org ramai terima pendapat dan point ini. Ayat-ayat Al-quran diturunkan tujuannya untuk dibaca dan difahami. Bukan untuk diletakkan dan dibuat perhiasan. Ada pendapat mengatakan haram al-quran dibuat perhiasan. Dalam kes kedai, ayat 1000 dinar nie biasanya diletakkan dgn niat untuk melariskan jualan dan membuka pintu rezeki.

Point to ponder. Kalau tak baca ayat 1000 dinar, Allah tak akan murahkan rezeki anda ke? Bolehkah ayat Al-Quran sendiri berkuasa memberikan anda rezeki? Bukankah Allah yang memberikan rezeki. Apa hukumnya percaya ayat seribu dinar diletakkan didinding kedai dapat memurahkan dan menarik rezeki?

Kalau anda pergi ke kedai Mamak, pelaris mereka ditahap wafak. Kalau ada masa yang jenis kaki mamak tu time2 nak bayar kang tgk2 skit kat kaunter bayaran tu. Akan ada ayat al-quran dicetak dgn warna merah menyala seperti api. Ada yang jenis al-quran dilukis dalam bentuk rajah. Itu lah wafak.

Ada wafak or pelaris, sebenarnya dengan mengantung tangkal (agak keras bunyinya) nie anda sedang mebuat satu rumah or tempat untuk makhluk halus (jin mostly) yang bertugas mengajak orang ramai secara halus mengunjungi kedai anda.

Kalau anda ada kawan dgn ahli perniagaan or tokey kedai (makan mostly) diorg akan tahu pasal pelaris nie. Lagi power pelaris anda, lagi ramai yang akan mengunjungi kedai anda. Pelaris adalah sejenis sihir dan sihir adalah ilmu bathil. Adanya ilmu bathil, maka anda mensyirikkan Allah dan akhirnya amalan-malan anda boleh tertolak free2 aje disebabkan kejahilan kita.

anda boleh terima dan tolak apa yang saya ceritakan ini. terpulanglah kpd anda.
Wallhu aklam….

17 ulasan:

  1. saya amat menyukai dengan perkongsian anda saudara :) terima kasih kerana berkongski alhamdulilah banyak benda yg sy dapat pelajari dari saudara :)

    BalasPadam
  2. salam cik theseason,

    ilmu dan pengetahuan yang haq adalah untuk dikongsikan bersama supaya semua dapat manafaat. Perkongsian saya diblog ini adalah secara umum sahaja dan saya hanya bercerita dalam bahasa yang mudah difahami.

    banyak lagi detail yang boleh anda belajar jika anda berminat. Sebagai contoh bagaimana nak mematahkan pelaris, mengenal kedai berpelaris dan kesan keatas kita jika kita termakan dikedai makan yang ada pelaris.

    terima kasih kerana mengunjungi blog saya dan jadi peminat blog saya ini. Dalam Al-Quran ada menerangkan tentang perintah Allah untuk kita menyebarkan yang Haq dan tidak menyembunyikan nya sekira kita mengetahuinya.

    jika para pembaca ingin saya mengupas persoalan baru or topik yang belum pernah saya kupas silalah e-mail ataupun post kan soalan anda di mana mana komen blog ini.

    Wallahu aklam.

    BalasPadam
  3. Salam. Slps baca komen2 di atas, saya nak mnta pdgn. Seorang wanita yang baru mengenali suami saya atas urusan busines mengatakan dalam dirinya ada 3 puteri bunian. Dia mempunyai cek bunian yang bernilai jutaan ringgit kalau dicashkan dan urusan cash kena buat kat gunung jerai kedah. Dia selalu minta tolong duit dari suami dan lain2 urusan sedangkan dia telah berkahwin dan mempunyai suami. Minggu depan dia akan pergi dgn kawan suami saya dan cashkan ( suami saya tak pergi) dan selesai urusan, dia akan bg bahagian suami dan semua mereka yg terlibat menolong. Apakah hukum terima duit tu, adakah bermakna keturunan bunian ni akan 'mengikut ' suami saya kalau terima dan bagaimana cara saya nak sedarkan suami saya ni? Saya hanya mampu memohon pd ALLAH untuk memberikan petunjukNya dan terhindar dr syirik.

    BalasPadam
  4. walaikumsalam puan anon,

    Bagusnya perempuan itu sedar bahawa bunian itu menetap didalam dirinya. Itu adalah saka perempuan itu sendiri.

    saya bukanlah ulama untuk meletakkan fatwa haram halal ataupun makruh. Mudah cerita, niat betul cara bathil dan lafaz betul akhirnya jadi bathil jua.

    Ya betul. Jika menerima bahagian duit tu, maka bunian akan masuk kedalam diri suami tuan, dan akhirnya masuk kedalam diri puan dan anak anak puan. bunian ini akan menjadi saka anak anak pun dan generasi yang akan datang jika dibernarkan berlaku.

    Silalah bagi tahu dia. Cara mendapatkan duit itu adalah shortcut. Maknanya terlalu mudah dan tanpa usaha yang haq seperti bekerja ataupun berniaga.

    Sila minta suami berjumpa dengan ustaz mail dan minta dia nasihatkan suami tuan. Sila call no ustaz mail seperti about me diatas belah kanan.

    wallahu aklam

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum En. Danish
    saya nak bertanya dan berkgsi sedikit pndapat sy, betul salah harap En.Danish dapat menjelaskn. Begini, secara asasnya perubatan bg penyakit perlu ada usaha dan sebabnya utk sembuh. sebagai contoh bila demam, kita makan ubat demam, selsema kita makan ubat selsema jadi kita akan sembuh dgn izin Allah S.W.T kerana khasiat dari ubat tersebut y sesuai dgn penyakit y dihidapai y mana khasiatnya juga datang dr Allah. jadi pndapat sy, jika si pesakit menganggap ubat tersebut y mnyembuhkn maka barulah mnjadi syirik krn dia percaya bahawa ubat y menyembuhkannya(ramai y terlepas pndg akan perkara ini) Akan tetapi, jika dia yakin bahawa ubat tersebut hanya usaha dan sebb utk dy smbuh, Allah jualah y menyembuhkn maka pndpt sy itu tidak akan mnjdi syirik

    Begitu juga makan untuk kenyang, y mengenyangkan Allah S.W.T, tp utk knyg kita perlu makan sbg usaha atau sebab utk knyg. Jadi saya nk tny, berkaitan perkara di atas, En.DAnish mengatakan y meletakkan ayat seribu dinar atau ape2 ayat y mmg khasiatna utk mmbuka pntu rezki jika diletakkan, atau dibacakan di kedai2 makan bole mngakibatkan syirik. sy mengambil petikan dari tulisan en danish iaitu "Point to ponder. Kalau tak baca ayat 1000 dinar, Allah tak akan murahkan rezeki anda ke? Bolehkah ayat Al-Quran sendiri berkuasa memberikan anda rezeki? Bukankah Allah yang memberikan rezeki." ok sy nak tny, bagaimana klau ayat tersebut diletakkan oleh penggunanya hny sebagai sebab dan munsababnya saja, @ usahanya utk melariskan kdi tersebut kerana khasiat dan kebaikan dari ayat itu sndr y mana mmg Allah S.W.T tlh letakkn di dalamnya spt ubt demm dan ubt selsema itu tadi tetapi Allah jua lah y melariskan kedai tersebut. Dan contoh lain ayatul kursi sbg pndinding dr gguan jin syaitan. adakah ini juga mnjdi syirik jika pmbaca mmbcanya utk mnjd pndindg dr (iaitu hny sbg usaha atau kaedah y sesuai dgn khasiat dr ayat tersebut?

    sb saya juga setuju dgn kenyataan en danish y mengatakan Bolehkah ayat Al-Quran sendiri berkuasa memberikan anda rezeki. Pndapat sy tentulah tidak boleh sb ayat tidak berkuasa tetapi Allah jualah y berkuasa, akan tetapi mmg khasiat ayat kursi tersebut utk mnjadi pndndg bg gguan jin iblis mmg sudah jelas, maka bolehkah itu di aggp salah/ syirik jika ia dilakukan dgn niat sbg usaha dan iktiar y digunakan utk mghindar dir dr gguan jin iblis?

    maaf terlalu pnjg lebar, harap en danish faham dgn soalan sy, dan dpt mmberi pnjelasan samaada adakah ia mmg salah @ pd pndpt sy pokok y paling awal adalah niat dan kefahamn pnggunaanya y mnjdi penentu salah dan betulnya. terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam tuan abid

      Komen saya seperti berikut.

      1. Bab makan ubat sebagai asab dan yg menyembuhka.adalah Allah adalah benar. Jatuh syirik jika kita lalai dan berangapan panadol menyembuhkan. Asbab juga perlu lah selari. Kalau budak budak demam dibawa jumpa bomoh dan diikatkan dgn tali tangkal, yg berwarna warni tu. Itu jatuhnya syirik walaupun niat kita mengatakan sebab nya tali, menyembuhkan Allah.

      2. Kupasan yg paling utama ialah bab asbabb. Asbab perlu lah haq dan boleh diterima oleh hukum sains,.perubatan dan juga syariat dan hukum Allah. Ilmu perubatan adalah ilmu Allah jua. Makan panadol utk hilangkan panas demam adalah asbab yg betul disebabkan ubat iti direka untuk mengurangkan rasa sakit dan menurunkan kepanasan badan berdasarkan kajian sains dan perubatan. Ikat tali kat tangan, kirakan logik akal..tak ada sebarang logik dan alasan yg boleh mengurangkan kepanasan demam.

      3. Saya sentuh bab ayat seribu dinar dahulu. Ada tak sebarang dalil dan nas dr alquran ataupun hadis membenarkan kita letak ayat seribu dinar kat dinding utk tujuan meningkatkan rezeki?

      4. Masalah utama dengan ayat seribu dinar ialah tiada dalil dan penampalan ayat tersebut didindinh kedai atau dikaunter. Kalau dikirakan sebarang amalan yg tak berdalil dan bernas yg berkenaan ibadat adalah tertolak.

      5. Ayat seribu dinar untuk pelaris adalah ilmu bathil ataupun sihir. Sama kes dengan ilmu gentle lada hitam.

      6. Sesiapa yg meletakkan ayat seribu dinar kat kedai sebagai usaha dan asbab nak melariskan jualan kedai jatuh syiriknya. Dah jatuh kategori tangkal. Takde ayat yg ditulis cantik cantik dan letak dalam kedai, kurang lah rezeki dia. Takda beza pun dengan wafak.

      7. Apa sahaja amalan yg haq perlu ada 3 asas iman yg utama iaitu niat yang haq, lisan yg haq dan perbuatan yang haq.

      8. Niat. Betulkah niat seseorang letak ayat alquran dalam frame or banner dalam kedainya utk menitahkan rezekinya? Ayat alquran diturun kan pd kira semua utk jadi hiasan dan ditampal pada dinding utk tujuan pelaris kah?

      9. Lafaz. Betul kah lafaz seseorang yg meletakkan ayat seribu dinar da dinding dengan niat nak melariskan jualan?

      10. Perbuatan. Boleh kah ayat yang ditampal pada dinding menarik orang masuk ke kedai?.kalau kedai bersih, makanan sedap, layanan mesra, harga berpatutan, cepat dalam melayan customer dan interior design yang cantik dan menarik, itu mmg boleh dibuktikan akan menarik pelanggan ke kedai anda.

      11. Tiada istilah pelaris dalam islam. Tiada didalam syariat dan tiada didalam.alquran. pelaris adalah sihir. Dengan ayat alquran atau pun benda lain. Tiada pelaris islam dan tiada pelaris yg haq.

      Padam
  6. Sambung skit lagi.

    1. Bab ayatul qursi mmg ada dalil dimana ayat ini boleh digunakan untuk mengalahkan syaitan. Sebenarnya statik qursi yang dibaca oleh sesorang yang batin , niat dan lafaz yang betul dan bersih pada Allah, mmg boleh membakar syaitan hingga mati rentung.

    2. Akan tetapi teramat sukar nak cari org yg sebegini pada masa kini. Bacaan ayat qursi yang dibuat dengan batin yg tercemar dengan zulumat, syirik dan juga pendamping jin tak ada sebarang kesan pada syaitan. Mereka ini biasanya berlakon lari sekejap sebelum datang menggangu semula.

    3. Bab bacaan ayat qursi ni ada dua tiga point of view yang boleh dikupas. Ini baru satu view berkenaan dengan kebersihan batin dan diri pada Allah

    BalasPadam
  7. Tampal kt dinding kedai untok di baca rasenye xjd masalah..pahamkn maknanye untok dijadikan amalan

    BalasPadam
  8. salam tuan anon,

    1. Rasanya. Itu pendapat tuan anon. Pendapat bukanlah fakta ataupun kebenaran.
    2. Tampal didinding diatas niat utk buat amalan? Jika nak buat amalan dengan ayat ayat alquran pun kena lah ikut cara Rasulullah s.a.w. Hanya ibadat cara Rasulullah s.a.w akan sampai pada Allah s.w.t.
    3. Banyak cara yang Rasulullah ajarkan bab ibadah ni. Ikutlah. Tu confirm akan sampai pada Allah.
    4. Jika ada masa, bacalah maksud ayat ayat yang tuan nak jadikan amalan tu. Bacaan alquran adalah doa sebenarnya. Apakah doa yang anda nak sampaikan pada Allah. sampaikah maksud doa itu kepada Allah?
    5. Niat membaca ayat ayat alquran tu penting. Untuk siapa dan apa niatnya. Alquran bukanlah untuk ditampal jadi hiasan, jadi ilmu pelaris. Konsep ilmu pelaris mmg tiada didalam islam. Pelaris itu ilmu bathil atau sihir.

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  9. Bagaimana dengan ilmu pengasih? Tidak adakah dalam islam mengenai ilmu pengasih? Saya ada baca tentang ilmu pengasih dalam blog tuan, memang di akui ramai yg yg mengamalkan ilmu pengasih sama ada sedar ataupun tidak. Ada jugak betulnya apa yg tuan tulis tapi kadang2 setangah pihak sukar menerima kerana perkara ini sudah berleluasa ataupun memang sudah di amalkan sejak dahulu lagi. Kita sejak dari kecil lagi sudah di ajar amalan itu dan ini dan sebagainya sehingga yg bathil pun boleh di katakan adalah ilmu haq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum anon,
      1. Berdasarkan hadis, memang Rasulullah melarang sebarang jampi, rukyah dan apa sahaja amalan yg dibuat untuk tujuan pengasih.
      2. Nak ilmu pengasih yang haq? Ada. Ikut ada adab dan akhlak Rasulullah. Byk hadis berkenaan perlakuan dan akhlak, Amalkan semua sunnah Rasulullah s.a.w yang termampu, InsyaAllah semua makhluk akan sayang dan kasih pada kita.
      3. Sgt banyak hadis berkenaan akhlak dan perlakuan dan sabar. Ikutlah. Itulah ilmu pengasih yang haq. Bila Allah kasih pada kita, maka semua mahluk turut akan kasih pada kelak.

      Wallahuaklam

      Padam
  10. Assalamualaikum....saya sangat setuju dengan huraian diatas....Alhamdulillah

    BalasPadam
  11. assalamualaikum..

    saya ni bekas pesakit ilmu pengasih, sihir orang zalim dan dengki..

    tahun ni pula saya diberi ujian yg lebih teruk. Allah beri saya sakit Panic Attack Disorder and it is never been cool at all. sakit2 sendi, bahu macam berat semacam, perut selalu cramp and macam. mental dan kesihatan satu pakej. sampai suatu masa saya hampir berputus asa kerana ujian ni benar2 berat.dah ke hosp doc bagitau semuanya normal tapi sy tak rasa normal langsung.. hampir setahun kena benda ni Allah temukan saya semula dengan ustaz yg pernah rawat saya.

    lepas dirawat saya dimaklumkan yg saya ni dah tkena gangguan jin2 yg berada di tempat kerja saya. almaklumlah tempat ni keras lagi2 yg diganggu hampir semuanya muslim. ustaz bagitahu yg luka sihir yg dah sembuh dah terbuka byk. simptomnya pun hampir sama dengan sihir2 yg pernah sy kena dulu. lepas sy buka cerita satu demi satu kat tempat keja tu dia bagitahu kena baca bismillah 5 sebelum makan kat kantin tapi saya xtau kenapa.sebab dia dpt scan kat badan sy ni dah ada 3 ketul benda kecik kat bahu. kalau tak dirawat segera komfem dah kena breast cancer..

    dah try dah lepas baca bismillah 5 kat kantin ya Allah makanan2 yg sedap semuanya rasa tawar. sampai sekarang saya dah tak selera nak makan byk. proses healing kot rasanya.

    then terdetik nak cari cerita pasal pelaris ni sampailah ke blog encik. apa yg saya dah belajar dari perawat2 sebelum ni memang selari apa yg encik tulis. bukan semua org boleh faham pasal benda2 ghaib ni kalau tak kena di batang hidung sendiri..

    jadi saya pun nak tanya juga dgn encik ni kalau kita dah lama makan makanan pelaris ni boleh ke menyebabkan kanser? tak sempat nak tanya ustaz hari tu. sebab sorang drp kami dah kena detect breast cancer tahap 2, ada yg kena batu karang, ketumbuhan dalam perut, apendix, hb darah turun sampai 6.5 and so on. kalau betul dah tak nak makan kat kantin tu huhu....


    BalasPadam
  12. Assalamualaikum tuan danish yg sedang online, knp tidak dibalas pertanyaan anon yg di atas ni. Setahun sudah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumusalam puan zahra,
      1. sebenarnya walaupun sy online saya sebenarnya tgh bekerja dan sedag oustation.
      2. maaf kepada pembaca. sebaiknya silalah e-mail terus kpd saya. notification utk komen agak lambat dan saya byk komen yg perlu dimoderate kan.
      wallahua'lam

      Padam
  13. Kesian kakak yg di atas ni dah setahun bertanya terbiar begitu sahaja. Sy harap e-mel yg sy hantar pg td berbalas dan tidaklah mendapat nasib terbiar seperti pertanyaan kak anon yg di atas.

    BalasPadam
  14. Al Quran diturunkan sebagai penawar, penyuluh jalan, pembimbing dan seribu macam manfaatnya. Ikut cara mana pun kita mengambil Al Quran untuk kebaikan dunia dan akhirat, kalau dibuat secara yang betul, insyaAllah tak ada mudaratnya. Apa yang salah adalah menganggap tulisan Al Quran itu sendiri yang berkuasa. Tidak ada kuasa dan upaya melainkan kuasa Allah. Kalau iktikad mantap, insyaAllah boleh beramal dengan ayat Quran untuk manfaat dunia dan akhirat tanpa ada unsur-unsur syirik. Begitu juga dalam bab beramal ibadat kerana takutkan neraka tidak syirik kerana Allah suruh kita takutkan neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu. Beramal kerana nak masuk syurga juga tidak syirik kerana itulah janji Allah untuk orang yang beriman dan beramal salih. Sembah Allah dan jangan sembah syaitan. Kita sembah Allah dan kita minta darinya untuk dunia dan akhirat kita. Retorik ahli-ahli sufi juga tak salah kerana itu memang maqam mereka yang sudah fana dari inginkan yang selain Allah. Kita orang awam, kalau beramal untuk dapat syurga dan elak neraka, itu maqam kita dan tak syirik selagi kita tidak beriktikad menyembah syurga dan neraka. Bertawassul dengan Al Quran untuk dapat kebaikan dunia pun tak salah kerana kita minta dari Allah dan berdoa itu perintahnya sebagai tanda kehambaan kita padaNya. Wallaahu a'lam.

    BalasPadam