Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 20 Jun 2011

Diserang ilmu sihir tuju-tuju.

Salam,

Pernah rasa disihir? saya ada satu cerita yang saya nak kongsikan bersama supaya boleh dijadikan panduan dan informasi kepada pembaca-pembaca setia blog saya nie. Sihir adalah lah ilmu bathil dan ilmu bathil yang pertama berjalan dimuka bumi ini telah menruntuhkan sebuah masjid.

sejak dari awal terturunnya ilmu bathil, ilmu bathil telah berkembang pesat dimana pelbagai jenis ilmu bathil diolah dan ilmu bathil ini pendampingnya ialah iblis, syaitan dan juga jin. Ilmu bathil tidak boleh berfungsi sama sekali tanpa penglibatan jin (singkatan untuk iblis, syaitan, bunian, thorought, khannas, jabts, qarin). Didunia ini setiap negara dan bangsa mempunyai versi ilmu bathilnya yang tersendiri dan kali ini saya nak bercerita tentang ilmu tuju-tuju yang pernah saya sekeluarga kena.

pada masa itu saya dan isteri dalam proses mencari empunya ilmu bathil pada peringkat awalnya. isteri saya dulu seorang student disebuah uni swasta dan pernah tinggal bersama seorang awek yang bernama Rina (bukan nama sebenar). Rina nie mempunyai rupa paras yang boleh kata lawa lah tetapi perhubungan dia dgn bf2nya tak pernah kekal lama. Ada aje yang tak kena.



semasa isteri saya tinggal bersamanya, Rina ni telah mengajarkan doa cermin iaitu sejenis doa yang dibacakan ketika melihat wajah dicermin. katanya ilmu seri muka. Semasa tengah2 tak tahu nie, isteri saya pun belajarlah ilmu seri muka nie untuk kelihatan lebih jelita dan chantikk...

dipendekkan cerita selepas berjumpa ustaz mail, pada suatu hari ustaz mail mengatakan ada sejenis makhluk yang bertaring ada pada isteri saya. Ustaz mail bertanyakan sekiranya isteri saya ada menuntut sebarang ilmu seri muka. Setelah bertanya beberapa clue (scanning) akhirnya dapat kami mencari punya ilmu seri muka ini, dan ilmu ini diajar oleh Rina.

kami sudah 5 tahun abis belajar, tetapi semasa kami masih bercouple dulu, saya dan isteri pernah pergi kerumah Rina ini atas beberapa sebab. Disebabkan 5 tahun berlalu kami hanya ingat sikit2 aje jalan kerumah si Rina nie. Berpusing-pusing kami mencari rumah si Rina nie, dan akhirnya kami berhenti untuk solat asar dikawasan tersebut. Semasa itu isteri saya berdoa supaya Allah mempermudahkan kami berjumpa si Rina ini.

tak lama selepas itu kami dapat mengesan dimana rumah si rina nie. Rupanya dia dah berpindah rumah, agak jauh dari rumah asalnya. Sesampainya dirumah Rina nie, kami memberi salam, dan muncullah si bapa Rina nie. Dari raut wajahnya saya dah merasakan sesuatu yang tak kena dengan bapa si Rina nie. kami dijemput masuk kerumah dan dijamu dengan minuman dan makanan. Kami mengatakan bahawa kami adalah kawan lama si Rina nie dan kami hanya datang bertandang.

Tujuan kami rupanya dapat dihidu oleh bapa sirina nie. Satu perkara yang perlu diceritakan semasa berada dirumah si Rina nie, ialah adik si Rina nie adalah seorang anak istimewa (down syndrome). Nasib baik masa itu Rina tiada dirumah, tgk wayang. So kami pun mintak no tel si Rina nie dan kami berangkat pulang. Saya masih ingat semasa kami meninggal rumah si rina nie, ayah si rina berkelakuan agak pelik dimana dia mengangkat kedua-dua tangannya seperti mengangkat takbir tetapi seperti menolak sambil melambai.

ditengah perjalanan akhirnya kami dapat bercakap dgn si Rina nie melalui telefon dan akhirnya isteri saya memulangkan kesemua ilmu yang diambilnya dari si RIna nie. Sesampai aje dirumah saya seperti biasa mandi2, tengah mandi..tiba-tiba isteri saya menjerit memanggil saya. Saya pun pergi melihat apa yang berlaku.

didalam tandas isteri saya ada 3 ekor lipas yang amat hitam sedang berhadapan dgn isteri saya. Agak pelik rupa dan kaler lipas nie. Saya mengambil penyapu dan menghentak kelantai. kebiasaannya lipas biasa akan berundur dan lari. Lipas yang hitam berlegam nie semakin mara kearah kami. "Yang, nie bukan lipas biasa nie, benda lain nie yang" kata isteri saya. Apa lagi saya pukul lah ketiga2 lipan nie sampai lunyai. Susah betul nak mati lipas nie, berkali2 pukul baru lah mati.

Masa itu saya dan isteri perasan cahaya lampu rumah kami seperti nak terpadam..semakin lama semakin malap. Saya jenguk keluar, jiran2 punya lampu semua terang benderang. Sah nie ilmu tuju2.

Last2 saya pun sapu kesemua lipas2 ( semakin lama semakin banyak lipas dalam bilik air tu). tak pernah saya tgk lipas banyak seperti tu. Saya ceduk aje 3 ekor yang utama tu, berlari kebawah dan membawa bangkai tu keluar dari rumah. Tiba2 ada cahaya biru meletup keluar dari rumah saya. Tup2 pada masa yang sama...lampu rumah saya kembali terang seperti biasa.

Selepas itu kami menalifon ustaz mail dan bertanyakan apakah jenis sihir yang kami dapat. katanya ustaz mail itulah sejenis ilmu tuju yang dihantar oleh ayah si Rina tu. 3 ekor lipas mewakili Bapa, Isteri dan anak perempuan yang down syndrome tu.

Agak sukar nak percaya tetapi itu adalah 1st time kami mendapat serangan ilmu bathil. Alhamdullilah kami dapat mematahkan ilmu itu.

Bersambung...

1 ulasan: