Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 16 Jun 2011

Bunian part 2. Manusia dirogol bunian.

Assalamualaikum,

Ada pertanyaan yang saya dapat tentang manusia dirogol bunian. Terlebih dahulu biarlah saya bercerita tentang makhluk bunian. Apa kah bunian. Bunian adalah makhluk halus separa manusia dan separa jin. Disebabkan nasaf yang sukar ditetapkan , bunian lebih banyak menyerupai manusia tetapi berjisim halus seperti jin. Bunian lebih senang digelar makhluk hybrid iaitu kacukan antara manusia dan jin.
Disebabkan kejadian mereka adalah lebih mirip dan banyak menyerupai jin, mereka boleh diketegorikan sebagai hampir jin. Satu fakta yang penting yang perlu ditegaskan ialah mereka bukan manusia dan mereka telah hilang nasaf manusia. That mean mereka bukanlah khalifah. Manusia adalah khalifah.




Disebabkan kehilangan nasaf manusia yang berjisim kasar, umumnya bunian kebanyakkanya mempunyai masalah denial syndrome. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka bukan manusia yang sebenar benarnya manusia. Mereka ini jika ditanya mengaku diri mereka sebagai manusia halimunan or manusia yang halus.

Apa sekali pun dakwaan dan cakap mereka, sebenarnya mereka bukanlah manusia dan automatiknya jatuh pada kelas ke 2. Manusia adalah makluk kelas pertama yang dicipta khas oleh Allah untuk menjadi khalifah.


"Dan Ia (Allah)lah yang telah menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi."(surah Al-An'am: 165)
"dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berkata kepada Malaikat, sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi."(Al-Baqarah ayat 30).

disebabkan oleh iri hati or ketidakpuasan hati mereka terhadap taraf mereka yang dibawah manusia, banyak berlakunya kes manusia diganggu bunian. kali ini saya akan bercerita tentang manusia yang dirogol oleh bunian.

Kisah ini berlaku kepada kaum keluarga saya sendiri. Mak saudara sebelah isteri saya. Apa yang berlaku ialah kakak yang sulung (arwah) ini telah dirogol oleh bunian dan telah 2 kali kandungannya hilang dari kandungannya. Pendek cerita mengandung2...sampai masa nak bersalin tiba-tiba perutnya surut dan kandungannya hilang. Saya pernah beberapa kali berjumpa dengan arwah dan cuba menawarkan bantuan. Maybe ajalnya lebih cepat dari bantuan tiba, beliau akhirnya meninggal dunia sebelum sempat dibantu.

sebenarnya dalam kes mak saudara saya nie, saka keturunannya ialah bunian. Ini bermakna nenek or datuk or generasi yang atas telah berkawan dengan bunian dan mengambil ilmu dengan bunian. Pernah dengar cerita tentang pingan dan mangkuk boleh dipinjam dari org bunian or ada kes sebilangan manusia yang berkahwin dengan bunian? Berkahwin dengan bunian or belajar ilmu dgn bunian atau kedua-duanya sekali adalah satu penyebab saka keturunan bunian.

Sebagai contoh jika si A berkahwin dengan bunian B. Anak cucu dan cicit serta segala keturunan si A ini akan mendapat saka bunian.

Sukar nak dipercayai kaitan bunian dan saka ini. Tetapi jika anda mempunyai rakan or kawan yang mempunyai saka bunian, anda boleh nampak bunian ini akan mengikut salasilah keluarga ini sehingga kiamat jika tidak dihentikan.

Saka keturunan bunian adalah sebab utama ramai manusia yang dirogol jin. Selain itu ada juga kes dimana manusia dirogol bunian disebabkan ilmu bathil yang dipelajari dari guru yang mempunyai saka bunian or belajar dari bunian. Pening kan nak faham? Ada sebilangan kecil kes bunian yang merogol mangsa itu berasal dari barang-barang mistik yang dibeli or diperolehi.


InsyaAllah sememangnya ada cara untuk mengatasi masalah manusia dirogol bunian. yang paling penting ialah mencari dari mana pintu or punca bunian itu bertapak didalam diri simangsa rogol tersebut. Jika dari saka, boleh diatasi dengan cara belasah dan pulangkan saka.

Teknik belasah dan bunuh jin boleh digunakan juga kepada bunian disebabkan jisim mereka yang hampir sama. Jika anda bermasalah diganggu bunian or saudara mara anda dirogol bunian, anda boleh mengatasinya dengan cara membelasah dan bunuh bunian itu sekiranya mereka tetap degil tidak mahu meninggalkan mangsa.

untuk post yang berkenaan Q&A jin asyik merogol manusia dan jin rogol manusia sila rujuk link dibawah.

http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/05/jin-asyik-merogol-manusia-kupasan-part.html

http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/04/jin-merogol-manusia.html

Sekian, Wallahu Aklam..

45 ulasan:

  1. Salam TT,
    Maaf sy ingin bertanya sedikit soalan mungkin bunyi kelakar sikit.Sedangkan manusia pun xle hybrid dgn beruk disebabkan perbezaan jumlah kromonsom dan spesis.Inikan pulak manusia dgn jin yg bukan saja perbezaan spesis dan kelas,malah berbeza dr segi jisim halus dgn kasar,dan jika benar boleh hybrid,roh hybrid itu bagaimana?adakah menjadi roh manusia atau jd roh jin?Setahu saya kita tubuh kasar kita cuma alat tetumpang utk beribadah di dunia dan bila kita meninggal dunia,hanya tubuh kasar kita yg akan hancur tp hakikatnyer kita tetap hidup kekal abadi di alam barzah nanti samada di syurga atau neraka.

    BalasPadam
  2. As salam...

    Saya rasa saudara tersalah faham..bunian adalah golongan jin, cuma cara hidup menyerupai manusia..ada perkampungan, berbeza dgn jin yg hidup dkt tmpt kotor.. ala, mcm dalam drama dan filem melayu tu.. tak kan tak pernah tengok..mcm dlm citer P.Ramlee (Sumpah Org Minyak) yg dia tersesat dkt perkampungan bunian tu.. kan ke hidup mcm manusia? tp jin yg lain kan hidup dlm keadaan x semenggah, rupa hodoh mcm citer drama seram tu.. itu maksudnya, kononnya dia mengaku manusia sbb cara hidup mcm manusia, tapi jisim jin..

    BalasPadam
  3. maksud nya bunian yg mengaku dan iktiraf mereka ni golongan kacukan antara manusia dan jin... mmg lari akidah manusia klu percaya benda2 nih.. sbb saya pernah terambil saka bunian dari seorg bomoh yg merawat masa saya kena gangguan dulu..dan keturunan saya dulu mmg ada saka bunian..serangan bunian 2x ganda saya panggil..masa tu saya jahil..mmg dahsyat sebab dia akan ganggu keturunan..sbb tu saya lambat berkahwin dan lepas akad nikah saya dan suami diganggu cukup2..nauzubillah.. saya dlm proses mencari bomoh tersebut utk pulangkan ilmu bathil sbb kejadian tu lebih kurang 16 tahun yg lepas.. saya dapat tau ada saka bunian selepas bertandang ke rumah en wan..baru "saka2" yg menumpang menunjuk kan sapa diri mereka sebenar.. baru saya tau saya ada byk saka..saka bunian, saka harimau, saka mak andam dan saka tok mudim sume saya dpt dari keturunan yg atas..jahat sume jin ni..xde faedah dan kebaikan pun bersahabat dgn mereka..bkn menjaga keturunan..merosakkan keturunan.nauzubillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. subahanalah_ masalah ni lebih kurng dgn masalah saya hadi bertahun2 lepas... allahuakhbar

      Padam
  4. salam puan MMF,

    Kefahaman yang puan dapat tu semua dari Allah. Alhamdulillah. Bab ilmu dan kefahaman ini semua dari Allah. manusia, pengalaman, buku dan sebagainya adalah perantara ilmu itu sediri.

    Benar sekali pendapat puan tuan bab bunian tu. Ramai sebenarnya yang terkena tipu dengan bunian nie dan ramai juga percaya pada cerita-cerita tv bab bunian nie.

    Kebenarannya, bunian bukanlah manusia. Bunian adalah mostly jin dah dah hilang nasafnya sebagai khalifah dan manusia. Ini adalah masalah jiwa dan kendiri para bunian yang paling sukar diterima oleh mereka.

    wallahu aklam

    BalasPadam
  5. salam cik nurul zakira,

    Sebenarnya nasihat dalam kes macam nie tak cukup untuk selesaikan masalah cik nie. Caranya kena cari dari mana punca jin durjana tu bertapak dalam diri cik.

    jin nie bukan jin tumpang maknanya jin yang liar berada diluar. Kes semacam nie, jin ini bertapak dalam diri cik dalam bentuk saka ataupun ambilan.

    ustaz mail sekarang ada disabah, menyelesaikan kes kat sana. Dalam 3 minggu baru dia balik ke semenanjung nie. Saya boleh ajarkan cara sementara sahaja dalam mengatasi gangguan jin nie.

    Sila cari air zam-zam dan gunakan doa air zam-zam. Kat akhir doa tu, sila masukkan doa cik..apa sahaja doa.,..termasuk pemudahkan cik bunuh sendiri jin yang mengganggu cik.

    ada satu lagi cara yang boleh digunakan sementara waktu tetapi bab tu, silalah e-mail kepada saya. Saya ajarkan melalui email.


    Wallahu aklam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam cik zakira,

      berdasarkan apa yang saya nampak, jin yang menggangu adik dan juga emak bukanlah jin yang dihantar. Jin jenis nie dikenali sebagai jin asyik oleh pengamal perubatan.

      kalau tak silap saya, ini adalah jin warisan or lebih dikenali sebagai saka. That why dia mengacau adik dan emak sekali.

      Jangan sedih sangat sebab ramai yang sebenarnya ada kes semacam adik nie. Bab saka belah mana, saya kurang pasti... kena call ustaz mail menggunakan no yang ada pada profile saya.

      jin or bunian yang mengacau adik nie memang patut dipenggal kepalanya. Saya ada 2-3 cara yang boleh digunakan terutama time nak tidur tu. Silalah e-mail kepada saya selepas ini.

      kat komen nie terbuka kepada semua. Saya akan ceritakan dlm e-mail itu kelak.

      Saka yang menggangu emak adik sekarang menggangu adik pulak. Sebenarnya benda tu dah lama berlaku. Kalau tak silap pengamatan saya, serasanya jin itu adalah dari jenis bunuan.

      takpe, silalah e-mail kepada saya. Untuk sementara waktu nie sila hantarkan nama dan alamat cik menggunakan e-mail kepada saya. Sya akan poskan dvd tu...dan cik tengoklah sendiri serta fahami apakah itu saka dan kaitan dengan ilmu bathil/ sihir.

      sila amalkan doa air zam-zam dengan kerap.

      Wallahu aklam..

      Padam
  6. Assalamualaikum,

    Sekadar ingin bertanya pendapat tentang masalh say ini. Baru-baru ini ibu saya telah minta pertolongan daripada makcik saudara saya di kampung untuk bertanyakan kepada seorang "ustazah" mengenai diri saya yang masih belum bertemu jodoh (saya perempuan dan berusia 30 tahun). "Ustazah" tersebut maklumkan saya ni katanya ada pemdamping daripada bunian lelaki dan itu menyebabkan saya lewat jodoh.
    Saya percaya tentang kewujudan makhluk ghaib ni, tapi selama ini, saya belum la rasa/mimpi benda pelik2 atau ternampak kelibat ke apa di rumah. Macam mana saya nak tau yang memang sebenarnya saya ni ada pendamping tersebut?
    Mohon pendapat..
    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam cik anon,

      Bab bunian lelaki yang ada dengan cik memang ada dan memang mendampingi cik. Bukan setakat 1 ekor bunian sahaja, ada banyak lagi sebenarnya. Tetapi saya minta jangan lah takut atau risau bab ini sebabnya benda nie dah lama dengan cik dan datang dalam bentuk saka.

      Bagaimana nak tahu cik ada pendamping?

      Sukar soalan nie sebenarnya. kalau betul2 cik nak tahu, tanyalah dalam hati sendiri. batin cik akan bagi jawapannya. Memang ada.

      bagi orang yang bekkecimpung , memang benda nie boleh nampak dan dirasakan.

      Kenapa saya tak rasa apa?

      jawapannya mudah. Saka bunian nie sebenanrya berada dengan cik sejak cik lahir lagi. So bagaimana cik nak perasan benda mcm nie. Memang susah nak perasan sebenarnya.

      Saya cadangkan cik pulangkan saka cik kepada Ibu dan bapa. Selesaikan masalah saka bunian nie.

      cik boleh hantar saya e-mail jika cik mahukan DVD penerangan or tanya soalan2 yang private.

      Wallahu aklam

      Padam
  7. assalamualaikum.

    saya di beritahu bahawa isteri saya mempunyai pendamping, ketiga-tiga mereka konon nya mnjaga isteri saya apabila keluar dari rumah. Ada ketika juga,wang simpanan bertambah bila isteri saya meletakkan sejumlah wang tu di bawah bantal ketika tidur. Pernah juga isteri saya bermimpi mndapat beg emas dah sebagainya.

    ---------------------------------------------------
    soalan 1

    apakah status pndamping yg ada pd isteri saya? baik atau tidak baik.
    ---------------------------------------------------
    soalan 2

    apa kah tuan/puan dpt terangkan sedikit sebanyak susur galur isteri saya dgn alam mereka.

    ---------------------------------------------------
    soalan 3

    adakah memberi kesan kepada zuriat saya kelak?

    BalasPadam
  8. Salam,

    Berikut adalh jawapan saya.
    1.status pendamping bunia itu adalah amat jahat.
    2.saya belum mampu melihat scan yg sebegitu. Saya hanya nampak bunian tu datang dari keturunan atas dalam bentuk saka.
    3.ya. amat memberi kesan sebab bunia itu datang dalam bentuk saka. Kesannya byk diantaranya risiko dirogol bunian, banyak dendam dan hasad, sukar utk dapat jodoh, sukar utk solat dan sebagainya.

    Sila hubungi ustaz.mail utk maklumat lanjut. No nya ada pada profail saya.


    Wallahu aklam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, bunian bukanlah jin, dan bunian bukanlah kacukan manusia-jin. Tetapi bunian sebenarnya adalah manusia biasa, mereka juga dari keturunan Adam+Hawa.

      Asal Usul kejadian Bunian bermula di nusantara, tidak dapat dipastikan sama ada di Malaysia atau Indonesia.

      Dikatakan dahulunya wujud seorang lelaki muslim yang soleh, beliau mempunyai tingkat ketakwaan yang tinggi. Beliau mengasingkan diri jauh dari masyarakat yang kebanyakkannya cenderung melukai perasaan orang lain. Sehingga disebabkan beliau mencapai keilmuan yang tinggi iaitu karamullah, doanya tiada hijab dan dimakbulkan serta merta oleh Allah SWT... Beliau berdoa agar dirinya dan seluruh keturunannya ghoib dan tidak dapat dilihat manusia lain. Mereka dikenali sebagai MANUSIA GHOIB atau mudah disebut juga sebagai BUNIAN. Kebanyakkan manusia yang ditukarkan Allah SWT menjadi manusia ghoib (Bunian) ini akan bertukar juga warna darah mereka dari merah menjadi putih.

      Bagi orang yang kurang ilmu, jangan salah faham, darah putih yg dimaksudkan bukanlah penyakit leukimia. Sekiranya dikaitkan orang yang darahnya berwarna putih dengan leukimia. Sudah semestinya tidak hidup lagi manusia itu.

      Di Malaysia, khususnya Sejarah Mahsuri yang difitnah lalu dihukum bunuh dengan ditusuk dengan lembing di perutnya. Maka keluarlah darah putih. Peristiwa ini berlaku kerana Allah SWT hendak tunjukkan bahawa adanya manusia berdarah putih. Cuma bezanya Mahsuri tidak ghoibkan dirinya di khalayak ramai seperti kita, Bunian atau Manusia Ghoib mampu jadikan diri mereka tidak dilihat oleh orang lain, dan mereka hanya akan tonjolkan diri mereka jika mereka kehendaki.

      Ramai orang keliru antara jin dan bunian.

      Padam
    2. assalamualaikum tuan,
      1. semua yg tuan tulis ada pendapat tuan semata mata. langsung tiada fakta sebenar nya.
      2.terpulanglah untuk tuan percaya atau tidak. sebaiknya mintalah Allah tunjukkan pada tuan kebenaran yg haq.

      wallahua'lam

      Padam
  9. assalam.
    en. sy ingin tahu bagaimana kita hendak tahu yang diri kt di rogol oleh jin atau bunian.terima kasih

    BalasPadam
  10. Salam,

    Bagaimana nak tahu? Simptom biasa orang yang hadapi masalah diganggu bunian adalah.
    1. Mimpi melakukan hubungan seks dgn seseorang tetapi mcm kenal orang tu tapi tak.
    2. Dirogol atau bersetubuh dgn sesuatu dalam separa sedar atau sedar.
    3. Berasa sedih dan pilu tanpa sebab. Rindu yg tak tahu punca.
    4. Mimpi pegang bayi..dan 'rasa bayi tu bayi kita.
    5. Kerap bermaslah dgn pasangan.kalau bercinta kerap putus dan sering berganti pasangan.
    6. Baran dan angin kepada sesetengahnya.
    7. Ada masalah dgn keturunan kita. Makcik or sedara kita yg diatas ada yg hadapi masalah kandungan hilang, down syndrome, autism dan sebagainya.
    8..dan byk lagi.


    Wallahu aklam

    BalasPadam
  11. Salm en danish,

    Saya baru2 ni ada masalah kemurungan..sedih,takut,perasaan tak tenteram,rasa hati dan jiwa mcm menebal,sakit..macam penuh sangat masalah..tak tahu nak bagitahu apa sebenarnya perasaan saya tu..saya tiba2 akan jadi takut,sejuk anggota badan,nak muntah dan sakit perut..ni semua symptom2 psikologi yang tengah kacau..saya asyik fikirkan hubungam dan perasaan saya terhadap bakal suami saya yang sering berbolak balik,yang tiba-tiba boleh hilang dan tak ada perasaan dekat dia..macam2 saya fikirkan..kami tak ada masalah..saya cerita ni pun dah campur aduk..rasa fikiran kusut..kalai istighfar jek dapat kurangkan perasaan tak keruan tu..adakah masalah ni berkaitan dengan gangguan halus? Terima kasih

    BalasPadam
  12. walaikumsalam,

    ya cik anon, memang berkaitan dgn makhluk halus. Masalah perasaan kemurungan, sedih, takut, tak tenteram dan gundah gulana tidak boleh terjadi begitu sahaja. Mostly dalam kes cik adalah gangguan saka dan sedikit sihir.

    istirfar hanya mampu mengurangkan gangguan perasaan tetapi tidak menghilangkan gangguan perasaan tu. Punca hendaklah dibenteras dari akar umbi.

    saya harap cik anon dapat hubungi ustaz mail. No dia ada dalam about me. Sila dapatkan bantuan dengan segera. Jangan biarkan masalah ini berlarutan sehingga berkahwin kelak.

    Wallahu aklam

    BalasPadam
  13. terima kasih kerana reply..

    saya dah pergi berubat dekat macam2 tempat, dulu pernah saya sakit perut yang rasa panas sangat2 dekat satu kawasan tu je..waktu sakit ni sangat teruk sebab sakitnya ada masa2 tertentu je..dan paling tak best masa nak solat..sangat sakit seluruh anggota badan..banyak makan ubat doktor, tapi makin teruk..masa ni hati saya tergerak untuk buat rawatan islam..dari situ baru saya tahu rupanya ada gangguan..macam2 perawat, jawapannya pun lebih kurang..benda2 ghaib ni, kita tak nampak, tapi boleh rasa..saya dapat rasa benda tu ada macam2 rancangan nak kacau saya..nasib baik ada family dan kawan2 yang support..saya ok dah, tapi saya tahu, simptom2 jek yang hilang..sekarang baru giat benda tu siksa fizikal dan mental saya...mungkin bila saya dah start sedar kewujudan dia kot..

    ada pakcik tu kata, benda dekat saya boleh buang, tapi benda tu boleh datang balik..saya sendiri kena kuat dan kena yakin..saya nak tanya en danish, adakah saka tu boleh disebabkan sudah lama ia berada dengan saya, maka ia jadi saka?ataupun memang ianya keturunan tanpa kami sekeluarga tahu? apa pandangan encik..sekian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam tuan,

      untuk soalan tuan tu, saka yg menggangu tuan adalah pendamping keluarga tuan tanpa sekelaurga tahu.

      untuk maklumat lanjut:-
      http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2012/07/saka-part-3-hubungan-saka-dan-anda-dan.html

      semua maklumat mengenai saka ada didalam post diatas.

      jika ada sebarang pertanyaan lagi, sila lah tanya.

      Padam
  14. Assalamualaikum..

    Saya merupakan anak perempuan sulung dari 9 beradik.. Saya sudah 8 tahun berkahwin tetapi belum dikurniakan zuriat. saya pernah keguguran pd usia kandungan hampir 3 bulan, 2 tahun lepas. masalah ini juga dialami oleh adik perempuan saya yang sudah berkahwin hampir 3 tahun. 2 ibu saudara saya (adik bapa saya merupakan anak sulung kepada 11 beradik) juga tidak mempunyai anak. Apakah sejarah sukar mendapat anak ni disebabkan oleh jin atau sekadar faktor genetik. Bagaimana nak kenalpastinya dan cara mencegahnya. Maaf saya bertanya bukan tak bersyukur takdir Allah, cuma nak kepastian jika ada jalan penyelesaiannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,

      Sebenarnya kesukaran untuk mendapatkan zuriat banyak disebabkan oleh jin saka. Tetapi bukanlah semua sekali. Kebanyakkan kes jin saka menghalang penyenwaaan telur dan dalam kes puan dan kebanyakkan kes keguguran adalah disebabkan oleh jin saka.

      Bab takdir takda anak sebenarnya perlu diperhalusi. Takdir yang tidak berubah hanyalah mati dan juga jodoh. Yang lain boleh diubah melalui usaha dan juga doa. Dinamakan qadak dan qadar. Qadar yang tidak boleh berubah adalah seperti jantina kita, siapa mak ayah kita. Yang lain usaha tangga kejayaan.

      Silalah berjumpa dengan ustaz mail. Hubungi lah dia dan dapatkanlah bantuan dia. InsyaAllah, masalah tiada anak or sukar nak dapatkan anak dapat diatasi.


      wallahu aklam

      Padam
  15. assalamualaikum post ni dah lama bolehkan jika saya ingin mberi komen,sebenarnya saya jg mangsa jin laknat ni,kejadian saya diganggu seingat saya sewaktu berpindah ke rumah baru,semasa saya ditingktn satu,mula2 tu sy ditindih semasa tidur,dikemudian hari saya sering bermimipi buruk yg m'buat sy takut kadang lepas sedar dr mimpi tu sy nangis sbb ktkutan,saya juga perna mimpi bsetubuh dgn llki x dkenali dan,sy jg ada b'mimpi 1 lembaga itam bdiri dihadapan pintu bilik sy,pernah sepupu sy mceritakn katanya smsa sy tidur saya buka baju tp sy ckp sy x tau dan xsedar yg baju sy t'buka,dan sy sering ditindih n mimipi buruk,kdg sy x nak tidur sbb takut d tindih n mimpi buruk,lagi 1 moyang sy dulu memang ad bela saka n sekarang saka tu berada dlm 3 badan pakcik sy,perangai mreka b'ubah sprt kuat mkn, malas mandi boleh katakan dlm sbulan x mandi habis 1 rumah bau,suka senyum2x nta apa yang didalam fikiran dorang,yg seorang pakcik sy tu dah lama benda tu dlm badan dia smpai skrg x sembuh n x pernah sakit,mereka b'gelagat sperti orang gila, org sekeliling fikir mreka gila tp sbnr'y x,atok n nenek sy sudah b'usaha mngubati penyakit pakcik2 sy ni.

    BalasPadam
  16. walaikumsalam,

    takda sebarang masalah nak komen. Walaupun post ni agak lama akan tetapi masalah yg dialami oleh pesakit tetap sama walaupun 10 tahun yang akan datang.

    jawapan saya untuk persoalan cik

    1. benda yg menggangu pakcik adik sama dengan benda yang menggangu adik.
    2. Sila rujuk posting saya bab gila isim (cari bahagian label gila isim).
    3. Silalah dapatkan bantuan. Jin asyik saka sedang menggangu cik. Calllah ustaz mail. no dia ada pada profail saya.
    4. cik bantu lah pakcik cik dan juga diri cik sekali gus. Sekali dapatkan bantuan, seluruh keluarga akan dibantu sekali. InsyaAllah.
    5. Kepada pembaca yang nak komen di posting ini silakan. Posting jin asyik merogol manusia dah terlalu panjang hingga beratus komen.

    wallahu aklam

    BalasPadam
  17. Bagaimana nak tahu? Simptom biasa orang yang hadapi masalah diganggu bunian adalah.
    1. Mimpi melakukan hubungan seks dgn seseorang tetapi mcm kenal orang tu tapi tak.
    2. Dirogol atau bersetubuh dgn sesuatu dalam separa sedar atau sedar.
    3. Berasa sedih dan pilu tanpa sebab. Rindu yg tak tahu punca.
    4. Mimpi pegang bayi..dan 'rasa bayi tu bayi kita.
    5. Kerap bermaslah dgn pasangan.kalau bercinta kerap putus dan sering berganti pasangan.
    6. Baran dan angin kepada sesetengahnya.
    7. Ada masalah dgn keturunan kita. Makcik or sedara kita yg diatas ada yg hadapi masalah kandungan hilang, down syndrome, autism dan sebagainya.
    8..dan byk lagi.
    saya hadapi semua yg tersenarai diatas dari umur saya 17 tahun... dan skrg lagi teruk diganggu tapi kadang2 diganggu oleh budak. saya pernah bhermimpi seorang lelaki dan seorang kanak2 tapi kanak2 tersebut hendak mengikut saya... Saya tidak kenal lelaki tersebut

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam cik anon,

      1. nampak gayanya mmg cik dah lama diganggu jin saka. sebenarnya simptom gangguan adalah sama untuk jin dan juga bunian.
      2. Cik perlu dapatkan bantuan segera dan hapuskan jin yang menggangu cik dalam masa terdekat ini.
      3. Hubungilah ustaz mail untuk bantuan lanjut.
      4. Sekiranya ada masalah, boleh email terus kepada saya.

      Wallahu aklam

      Padam
  18. Assalamualaikum.. Bleh ka saya bertanya.. Saya mengalami masalah tindihan sdh agak lama sejak dri darjah 6 lagi..tapi masa tu tindihan agak kurang hebat mkin saya dewasa makin teruk tindihan saya.. Ketika tindihan saya sering bersetubuh dgn seorang wanita.. Saya rasa ia bnr2 terjadi sebab saya memperlakukan wanita tersebut sesuka saya mcm di alam sedar..sentuhan dan nikmatnya seakan2 saya d alam sedar..pernah sampai saya tertumpah time bersetubuh ketika tindihan tapi saya hairan saya tidak pernah smpai basah walhal ketika kenikmatan itu dan saya tertumpah saya terjaga sebab sya sgka saya dah basah..tapi soal basah x pernah berlaku..semalam ketika hndak tidur saya terbayang dan ternampak pompuan cntik sebelah saya..mungkin iman saya x kuat saya pun memperlakukan dgn sesuka hati dgn mencumbuinya hingga saya hampir2 bersetubuh dgn dia tapi saya sedar dan ckp kau syaitan..dan saya terjaga dri ketindihan..sudah agak lama perkara ini jadi pada saya..skg umur saya dah 28 thn..baru2 ni sya mimpi melihat 3 org budak pompuan di buaian memakai baju merah..saya haral tuan dpt bg penjelasan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam wan,

      Jawapan saya.
      1..mmg benar tuan diganggu jin asyik betina. Jin ini datang dari pelbagai punca dan bukan seekor. Punca yg saya nampak ialah saka dan ambilan ilmu.
      2. Saya nampak 3.orang tu besar kemungkinan anak luar bukan tuan.
      3. Tuan kena call ustaz ismail dan tunggu waktu dia ke sana. Jika terdesak tuan boleh belikan flight ticket utk dia dan dia akan bantu tuan disana.
      4. Sekiranya ada masalah boleh email terus kepada saya.

      Wallahu aklam

      Padam
  19. Assalamualaikum.
    Saya ingin btanyakan pendapat tuan.mmg saya sering ditindih dan selalu ada kesan lebam dipeha kanan.setiap Kali rasa ditindih saya akan Cuba azan.kdg2 sekejap bole tlepas kdg2 lama.sy seorang yg baik tapi mudah marah tiba2 Dan sampai hilang kwln.dlm minggu ini 3x sy ditindih dua hari bturut2.apa yg sy buat ialah suami akan pasangkan surah alquran srpanjang malam baru saya tidak ditindih.malam tadi saya jadi berdebar debar entah kenapa.surah Quran masih tpasang.saya selalu mengaji alquran disiang hari.apa yg bole dilakukan lagi utk atasinya?krn sy menetap diluar negara.Bukan dimalaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam puan,

      Untuk sementara waktu ini sila lah email terus kepada saya dan saya akan membantu sedaya mungkin.
      Sila cari air zam zam.dan amalkan doa air zam zam seperti yg ada dalam.blog saya.

      Wallahuaklam

      Padam
  20. Salam saya pernah ditindih...sy kadang murung. ..dan sy sering sukar peroleh rezeki...stiap yg sy lakukan untk rezeki pasti ada perkara yg berlaku

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1. Yg tindih tuan tu saka tuan sendiri.
      2. Sama juga bab rezeki, sempit sebab saka dan ambilan ilmu.
      3. Silalah call ustaz ismail utk bantuan lanjut ya.
      4. Ada soalan boleh email terus kepada saya kelak.
      Wallahuaklam

      Padam
  21. Setahu saya bunian ni takda la kacau manusia. Bukan ka bunian ni keturunan puteri balqis dengan nabi sulaiman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum tuan isa khalid.
      1. Setahu tuan bunian x ada ganggu manusia. Sebenarnya bunianlah antara species jin yg paling banyak ganggu manusia.
      2. Bab bunian keturunan puteri balqis dan Nabi semua itu hanyalah pendapat. Tiada hadis kuat yg mengatakan begitum
      3. Yg ada hadis tahap mardhu bab emak ratu balqis adalah dari golongan jin.

      Wallahuaklam

      Padam
  22. Assalamualaikum, saya pernah buat scanning dalam 2 tahun lepas. Tapi mereka kata saya tidak terdapat gangguan. Tapi ibu saya dimaklumkan bahawa arwah neneknya mempunyai saka belaan yg masih belum ditamatkan perjanjian. Saya cukup bimbang jika ibu serta saya diganngu oleh saka itu. memandang ibu saya sering gatal2 tubuh dan sudah pelbagai usaha dibuat untuk merawat gatal2 kulitnya. saya juga baru2 ini pernah ditindih pada siang hari, dan ketika ditindih saya terdengar seperti bunyi ngauman yang kuat di sebelah kiri. saya dapat bukak mata dah melihat orang sesekeliling tapi langsung tak boleh bangun.

    BalasPadam
  23. Saya juga sering bermimpi mendukung bayi yang dirasakan seolah anak saya. dan sering bermimpi lelaki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum cik haura,
      1. Ya gangguan cik dan keluarga cii berpunca daripada saka belah emak dan saka belah ayah.
      2. Sebaiknya berpakatlah dgn emak dan ayah utk jemput ustaz mail utk bantuan cik sekeluarga.
      3. Silalah call dia. 0193619305.
      4. Ada apa apa soalan boleh email terus kpd saya. Email ilmuhaqdanish@gmail.com.

      Wallahuaklam

      Padam
    2. Assalamualaikum cik haura,
      1. Ya gangguan cik dan keluarga cii berpunca daripada saka belah emak dan saka belah ayah.
      2. Sebaiknya berpakatlah dgn emak dan ayah utk jemput ustaz mail utk bantuan cik sekeluarga.
      3. Silalah call dia. 0193619305.
      4. Ada apa apa soalan boleh email terus kpd saya. Email ilmuhaqdanish@gmail.com.

      Wallahuaklam

      Padam
  24. Assalamualaikum mohd idlan,
    1. silalah call dan aturkan temujanji dgn ustaz Ismail ya.
    2. insyaallah sgt boleh diatasi dgn ilmu dan kefahaman.
    3. 0193619305.

    wallahua'lam

    BalasPadam
  25. Sy nk tya..sy prnh tgk2 klu sy ada sesuatu dr warisan klrga..trnyata rmai ckp saka yg menjaga dr jauh..jg kesihatan sy..ada yg ckp saka bunian 4 beradik jg pd 3 akk sy..tp mslhnya kmi xbg mkn atau jg..xtaw menahu pn hal ni dr kcik..saka bunian yg pndai berubat n baik katanya..ada ke saka bunian yg baik? Sy ssh nk pRcaya sb sy lebih yakin allah yg segalanya..tolong bg percerahan ttg saka bunian 4 beradik ni..tol ke baik? Diowg mkn pe sb xde sape bg mkn selepas arwah xde..

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum, saya berharap masalah saya dapat diselesaikan satu hari. saya tidak pasti sama ada jin yang dikatakan berada di perkarangan rumah saya adalah jin yang sama mengganggu saya. Sudah 2-3 kali saya berubat utk mncari tahu dan mghindarkan diri dari gangguan ni. Tapi skrg saya dah hilang deria utk mgetahui sama ada benda tersebut yg saya hanya sebut sbg benda selalu mghampiri tingkap bilik di rumah saya dan memanggil² nama saya, bermain dgn tingkap, bunyi tapak kaki, seperti sepanjang tahun lepas. Saya hanya tahu jika saya akan diganggu belikat saya akan sakit. Saya juga pernah sakit kerana hendak berpindah ke hostel hingga tidak boleh meluruskan bdn ketika berjalan, doktor juga hanya mgatakan saya hanya demam. Kipas di rumah saya hampir mghempas adik saya, di bilik sama yg diganggu. Alhamdulillah adik saya selamat. Sampaikan saya bermimpi berulang kali mendukung bayi, atau mengoyakkan mulut makhluk, diekori makhluk pelik, dan bermain² dgn budak kecil. Adakala saya sedar di dalam mimpi tersebut saya sdg bmimpi dan saya susah kembalikan roh dlm bdn utk bangun. Sampai saya sedar tgn saya sakit disebabkan gigi yg saya pgg selepas mgoyakkan mulut makhluk itu. Pendapat yg saya dapati ketika berubat dgn org yg berbeza lebih kurang sama. Cuma ada yg mgatakan saya dibuat org namun tidak terkena secara mnyeluruh. Bdn ibu saya juga gatal² seperti sakit kulit. Saya berharap jika perkara ini dpt diketahui dan caranya mohon yakinkan saya semula. InsyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam,
      1.sebaiknya sila lah email saya dan nyatakan nama penuh cik.
      2. apa.pun secara kasarnya gangguan cik ni berpunca drpd saka keluarga selain drpd punca punca lain.
      3. saya x boleh nak komen byk disebabkan kurangnya maklumat dan info.
      4. sebaiknya call dan aturkan temujanji dgn ustaz Ismail ya. 0193619305.

      wallahua'lam

      Padam
  27. Assalamualaikum...nk tnya..apa tnda tnda² dia sedang menghamilkn ank jin/bunian dan apakah tnda dia sedang digunakn(rogol)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam unknown,
      1. tanda sedang dirogol ialah mimpu basah dan mimpi melakukan hubungan seks yg sgt real. ada yg rasa dirogol waktu sedar, ada waktu tidur ada waktu separa tidur. biasanya bangun tidur akan rasa sgt penat dan sakit sakit badan.
      2.tanda hamil ialah kebiasaannya
      + tak datang haid dlm jangka masa yg lama.
      + perut (rahim)mcm ada baby.
      +simptom biasa org mengandung.

      wallahua'lam

      Padam
  28. (Diriwayatkan): Bahwa Ratu Balqis ITU Adalah tergolong Wanita Yang Sangat cantik dan Sempurna akalnya, karena Itulah bangsa jin merasa iri hati terhadapnya. Namun Demikian, menurut Acha (para jin) Ratu Balqis mempunyai dua cela (aib), yaitu: Pendek dan Yang Kedua: betisnya Seperti Betis unta.

    Nabi Sulaiman pengkomplemen memerintahkan para jin merubah sedikit singgasananya Balqis, Lalu beliau menyuruh Pula Untuk dibangunkan Sebuah mahligai yang diperbuat dari Kaca, di Sebelah Bawah dan sekitarnya dialiri sungai DENGAN berisikan ikan-ikan dan katak-katak. dan diatas udara ITU dibuatkan Jembatan dari Kaca.

    Ketika Ratu Balqis dan rombongannya Tiba di istana Nabi Sulaiman, Nabi Sulaiman Bertanya kepadanya: Pengertian ini kepada Singgasana Anda?
    Jawab Ratu Balqis: Mungkin, ya.
     Ratu Balqis TIDAK mengatakan ya, karena dilihatnya Ada sedikit Perubahan. Juga TIDAK mengatakan Bukan, sebab dilihatnya Ada Kemiripan bahwa IA Adalah Seorang Wanita Yang lagipula berakal Bijaksana.
     Selanjutnya Nabi Sulaiman mempersilahkan Ratu Balqis dan rombongannya Untuk memasuki istana. Ketika Ratu Balqis Melihat Ke Dalam istana ITU, tampak olehnya Seakan-Akan Ada genangan hawa, Maka IA pun Mengangkat gaunnya kamu makin sukses betisnya tersingkap kelihatan. Nabi Sulaiman mengetahui persis Bentuk betisnya ITU, maka tak tampak Satu aib pun Sebagaimana Yang diisyukan Oleh Golongan jin.
     Sulaiman Berkata Kepada Balqis: Hai Balqis, turunkanlah gaunmu! Ini Adalah Sebuah mahligai Yang Licin yang diperbuat dari Kaca, Tidak Ada airnya, dan TIDAK Basah!
     Ketika Ratu Balqis menyaksikan all kehebatan Nabi Sulaiman ITU, pun IA Berkata Dalam Hatinya: Walaupun kerajaanku Luas, indah singgasanaku dan Hebat, balatentaraku pilkada, namun bila all ITU dibandingkan Semua Yang aku lihat di istana Sulaiman, Tidak Ada bandingannya, Jauh Sekali perbedaannya.
     Karena itu Ratu Balqis Berkata, Seperti Yang dilukiskan Oleh Dalam Allah Al-Qur'an Surah An Naml: 44 Yang Artinya:

    "Ya Tuhanku, Sesungguhnya Aku Telah berbuat aniaya (zhalim) terhada diriku dan aku Berserah Diri bersama Sulaiman Kepada Allah, Tuhan semesta alam."


    Setelah ITU Ratu Balqis kawin DENGAN Nabi Sulaiman sebagai.
     Siapakah Yang boleh membebaskan melukiskan kebesaran Kerajaan Nabi Sulaiman, dimana angin SEBAGAI kendaraannya, Manusia dan jin SEBAGAI balatentaranya, burung SEBAGAI pembantunya dan teman bicaranya, Binatang Buas SEBAGAI pekerjanya dan para Malaikat SEBAGAI utusannya!

    Nabi Sulaiman mempunyai Suatu Lapangan, Yang sebagian tanahnya diperbuat dari emas ansbagan lagi dari perak. Dan bila tentaranya ITU dibariskan Di Lapangan, Maka Panjang barisannya ITU TIDAK seks dari seratus parsakh. Adapun LUAS Tempat tinggalnya Adalah decent Perjalanan.
     Golongan Jin menganyamkan baginya Sebuah permadani dari emas dan perak, komen pada permadani ITU terdapat dua belas ribu mihrab, komen pada SETIAP mihrab Terhadap sofa dari emas dan perak, Duduk diatas tiap-tiap sofa ITU Seorang alim dari ulama Bani Israil.
     SETIAP hari Yang dimasak Adalah Kira-kira seribu unta, empat ribu sapi dan empat puluh ribu kambing. Juga Nabi Sulaiman mempunyai piring-piring Yang Bagaikan besar Kolam, dan Periuk Yang senantiasa Berada diatas tungku. Hal ITU Telah dilukiskan Oleh Allah firman-Nya QS. Saba ': 13 Yang Artinya:

    "Para jin ITU Membuat Untuk Sulaiman Apakah yang dikehendakinya dari gedung-gedung Yang Tinggi, dan Patung-Patung dan piring-piring yang (Kemurahan) Seperti kolah, dan Periuk Yang Tetap (Berada Di Atas tungku) ..."

    (Dalam cerita ini kepada Ada Suatu Isyarat): Wahai Umat Muhammad! Sesungguhnya Di dalam syurga Telah disediakan Tempat tarikan Tinggal, kebun-kebun, sungai-sungai dan buah-buahan. Di Dalamnya terdapat Semua Yang disukai jiwa dan disenangi mata. Dan di Dalamnya Juga terdapat yang Tidak Pernah Terlintas Pada pikiran Manusia.

    BalasPadam
  29. assalamualaikum
    saya nak tanya. betul ke bunian tu dijaga oleh malaikat jibril? bagaimana cara nak putuskan ikatan dengan bunian ni? dia' jadi isteri saya secara ghaib selepas baca surah maryam, adakah sah?

    BalasPadam